** Beautiful Life With U **

:: Happy Teacher's Day ::


Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari guru bg semua tenaga pengajar di Malaysia. Segala usaha murni mereka yg bkn shj mengajar tetapi mendidik anak bangsa menjadi modal insan yg seimbang adalah sesuatu tanggungjawab yg besar, bersesuaian dgn temanya thn ni "Guru Pembina Negara Bangsa". Saya xkan lupakan jasa guru2 yg selama ni telah memberikan ilmu yg xterhingga... drp saya xtau apa2 kepada tahu membaca, mengaji, menulis, mengira, menghafal & berfikir.

Dikesempatan ni saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat sepupu rapat saya, cikgu mimie haslinda, mck2 saya yg jd guru iaitu bik alang, bik uteh, siwo & bik shikin. Xlupa gak pd member2 saya yg telah menyandang jawatan perguruan serta yg diingati guru2 saya di SRK Sg. Rapat, SRK Sg. Raya (Ipoh), SRK Sg. Buloh & MRSM Terendak, Melaka (huh byk sekolah..maklumla abah TUDM so byk tmpt kena posting).

Kenangan Zaman Persekolahanku 1994-1998

Skang jika kita lihat..profesion guru semakin diminati..setiap tahun bole dikatakan puluhan ribu org yg apply. Kini kerajaan juga telah menaikkan taraf guru dgn kelebihan2 yg telah diberikan. Disini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih khusus buat guru2 tersebut:

>>Cikgu Gee Tet Hin (guru 5 dahlia) - seorg yg penyayang, kelakar dan sering bawakan coklat, gula2, keropok di dlm kelas. Saya rs seronok & bersemangat setiap kali berada dlm kelas. Cikgu jugala org pertama yg yakin saya akan lulus cemerlang dlm UPSR.

>>Cikgu Bob - cikgu bujang yg kdg2 agak nakal suka kacau murid pompuan hehehe. Cikgu tlh byk berikan keyakinan pd sy kerna stlh saya pindah ke SRK Sg. Buloh drp sekolah pekan kecil ke sekolah bandar, saya jd takut & krg yakin pd diri. Yerlaa bebudak bandarkan terrer2 gitu termsk bdk india & cina. Alhamdulillah saya termasuk dlm 15 pelajar yg dpt keputusan baik dlm UPSR atas jasa cikgu.

>>Ustaz Fuad- ustazlaa yg tlh membuka minat saya utk mendalami bhs arab. Sehinggakan ustaz memberikan galakkan yg jitu utk saya mengambil subjek bhs arab di dlm PMR.

>>Almarhum Ustaz Suhaimi - seorg yg klakar..dan suka beri nasihat. Ceramah yg diberikan penuh hikmah. Ustaz gak yg byk menjawab segala persoalan saya ttg agama walaupun diluar kelas.

>>Cikgu Kamil - seorg yg kreatif, klakar & amat rapat dgn murid2nya. Cikgu tlh buatkan pembelajaran KH satu aktiviti yg menyeronokkan. Bila time nk test cikgu mesti ckp sapa dpt markah 90 ke atas cikgu bg hadiah kfc & sapa dpt 80 ke atas dpt aiskrim Magnum. Tu yg menambahkan semangat kami utk bersaing.

>>Cikgu Wan Ainizah - seorang guru yg berdedikasi serta byk membantu saya drp saya gagal subjek Fizik hingga saya berjaya dpt A. Time tuh saya pun xpercaya saya berjaya lakukan. Disebabkan saya tlh buktikan pd cikgu maka habuannya cikgu bg hadiah pd saya. TQ cikgu.

>>Cikgu Isa - pembelajaran sains yg xmembosankan..malah saya selalu tertunggu2 utk masuk kelas sains. Cikgu xpernh bosan walalupun saya byk sgt bertny n kacau cikgu.

>>Cikgu Ahmad - Penceritaan cikgu dlm subjek sejarah memudahkan saya memahami & seronok mengkaji ttg sejarah serta fakta. Cikgu pun klakar & suka bergurau dgn murid2nya.

Nilaa diantara cikgu yg byk membantu saya dan saya amat menyenangi mereka. Tanpa mereka saya xkan berjaya dlm subjek tu. Biasalaa setiap org ada subjek yg mereka suka & xbapa gemar..saya xtaulaa napa saya xbapa interest dlm subjek add math & BI. Bila mula subjek tuh mulalaa saya nk tido dlm kelas..bagus betoi punya anak murid. Satu cabaran bg guru utk menarik minat murid2nya terhadap pengajaran mereka supaya subjek yg xdisukai akan jd subjek yg digemari oleh murid.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin