** Beautiful Life With U **

:: Transformer 2 : Revenge of The Fallen ::



Akhirnya penantian saya dan abg berakhir gak..punyalaa nk tgk cita ni punya psl, abis ja kelas kul 12 terus saya pi beli tiket. Huh time tuh pun tayangan kul 8-11.30 mlm full tggl baris depan ja. Nak xnk alang2 da pi..saya beli gak tiket kul 12.15 a.m. Mmg penangan dan aura cita ni menyebabkan cinema ni pun bukak smpi 8 hall utk sesion 12.15 a.m. Saya pun pilih couple seat..besar skit n luas oklaaa cuma harga dia mahal skit..kesian nurul terpaksa split tmpt dok dgn kitaorg hehhehe. Nak dijadikan cita..ari sabtu saya ada kelas ganti sempena cuti raya puasa nanti (sempat lg nk tgk wayang..da laa abis kul 3 lbh pagi ;p). So disebabkan tayangan tu kul 12 lbh saya pun tidolaa dulu..tup2 ja nk dekat kul 12 lbh nurul da menjerit pggl saya..ckp nak pi kaa x? Punyalaa saya kalut..abg pun tertido gak rupanya..hai sempat kaa smpi sblm kul 12.15.

Sesampainya kat cinema tu..mak ai xpernah saya tgk jam siap beratur pjg nk msk hall. Nasib baiklaa dia xtayangkan lg movie tuh..disebabkan nk tggu org lg dlm kul 1 gaklaa baru ditayangkan. Mmg saya ckp best  betul cita ni..saya salute laa pengarahnya michael bay..seorg pengarah yg inovatif, kreatif & berimaginasi tinggi. Rasa2 cam nk tgk balik ja..ada sense of humour, sedih, exciting..mcm2 lg perasaanlaa. Penggunaan cgi yg semakin canggih dgn penambahan robot-robot baru.

Sinopsis : Selama 2 tahun, autobot bekerjasama dgn pertahanan US utk menentang saki baki decepticon yg dipanggil NEST. Decepticon ingin kembali mencari serpihan all spark kiub yg tertinggal bg menghidupkan kembali megatron yg terkubur di dasar laut. Mengikut sejarah, makhluk robot ini telah lama smpi ke bumi pd 17 ribu SM utk mencari dan menghasilkan tenaga baru energon. Satu mesin energon telah dibina dan salah seorg prime 'the fallen' ingin menguasai dan menakhluki bumi dengan memusnahkan makhluk bumi. 7 primes yg lain tidak bersetuju maka mereka telah bergabung menyembunyikan the matrix yg merupakan kunci utk menghidupkan mesin yg boleh mengambil kuasa matahari. Mereka dan mesin itu telah tertanam di kawasan egypt. 
Sam yg ketika itu sibuk utk masuk ke kolej, dengan xsengaja terkena sentuhan serpihan kiub yg msh tertinggal di baju lamanya sewaktu menyelamatkan Optimus. Dari saat itu dia bisa melihat kod-kod misteri Cybertronian kuno dan cuba mencari maksud disebalik simbol2 itu. Optimus Prime dan Autobots yg lain cuba melindungi Sam krn Decepticon cuba mendptkan rahsia kod yg merupakan petunjuk kpd mesin energon & kuncinya. Pada ketika itu, optimus prime mati gara-gara bertarung menyelamatkan Sam. Ketua Megatron iaitu Prime the Fallen bangkit drp tmptnya & kembali ke bumi. Mengikut sejarah hanya Optimus Prime sahaja yg boleh menghapuskannya. Mampukah Sam mencari the matrix(kunci) dgn simbol2 yg bermain di mindanya? Dapatkah The Fallen dimusnahkan dan bagaimana? Adakah seorang prime lg akan muncul?..Saksikanlaa mmg berbaloi & puas hati

Saya rasa x sabo nak tggu sambungannya 'transformer 3' kerana starscream & megatron masih hidup serta menghilangkan diri. Lastly saya bg 5 bintang.

4 comments:

best ek?...aku punya expectation dah jatuh dah baca review orang hampa ... skalik ko punyer review tinggi lak...la ni dah tak tau apa nak expect. Kene p tengok lah jawabnyer...heheheee...bila lah nak buleh tengok niiii....

ooo ya kaa..sapa yg hampa tgk cita ni..member ko kat aussie kaa? mgkn tgk org kot..ntahlaa bg aku..aku suka ssb ssh nk jumpa cita genre begitu kat m'sia ni..bg aku kira power gak laa cita ni..selain byk ledakan letupan ada gak part lawak, sedih, teruja..kira pandailaa pengarahnya blendkan all the emotion ;p

Alaaa...nie yg jelous nie ko dah tengok...aku nie bila la nak tengok...cam kena layan dvd je aku rasa, nak gi cinema, aku malas la tengah2 cenggini...

hehhehe..cita omputih saintifik aku mmg suka transformer..kira star trek da kalah laa heheh. Psl tu mmg xsabo nk tgk..lgpun mmg aku da agak tiket fully booking. Xtertahan plak nk tggu lama2 org lain asyik dok cita tu yg xsabo tuh.Kalo ko nk tggu dvd lmbt lg laa kot kuarnya. Jgn beli yg pirate psl nanti ko xleh feel dianya sound effect n grafik

Blog Widget by LinkWithin