** Beautiful Life With U **

:: Ice Age 3 - Dawn Of The Dinosaurs 3D ::



Semlm pi tgk cita kartun ni..psl da janji dgn nurul nak tgk cita kartun drp movie Alien vs Monster aritu. Semlm saya ada kelapangan, lgpun abg blk kerja lewat smpi mlm..tu yg ajak nurul pi menonton. Actuallynya saya xpernah pun mengikuti sangat cita Ice Age 1 smpi 2..tupun just tgk skit2 jaa. Kali ni terpanggil plak nk tgk psl kat Cineleisure tuh ada 3D movie. Tu yg berkobar2 tuh excitednya..nk taulaa camna experiencenya, syok atau xsyok. Dulu kat genting pernah laa pi masuk 3D cinema under indoor game..xpuas rsnya cuma 5 minit ja. Mmg xberbaloi..tp mmg bestlaa siap tmpt duduk tuh bergerak2. So kalini saya ingatkan tmpt duduknya pun bergerak2 laa..pasti adventure tgk movie ni hehhehe. Siap terbayang2 kat movie Ice Age ni kan byk adegan tupai meluncur tuh..mesti kita pun turut meluncur2 hehehhe (tp tmpt duduk kat Cineleisure tu xda pun bole bergerak2).

Seperti biasa beli tiket time ari weekdays ni xdalaa ramai makhluknya. Tapi terkejut gak tgk harga tiketnya rm 17.00 seorg mak ai. Tiket rm 12.00 campur goggle 3D rm 5.00. So far experience kat dlm hall tuh ok laa psl xbyk sgt adegan2 yg masyuk utk di 3D kan kecuali movie 'Cloudy with a chance of Meat Balls'. Psl time iklannya mak ai..nmpk betol gambo burger2nya tgh jatuh atas kita hehhehe..(hai jakun gak saya ni ;p). Walaubagaimanapun jalan cerita Ice Age ni mmg kelakar dengan watak2 binatang dlm tuh..bergema hall tuh dengan gelak ketawa kitaorg penonton semua. Mmg kelakarlaa psl byk gak saya asyik tergelak jaa kejanya. Nak2 tgk ngan adik saya makin menjadi2 laa gelaknya huhuhuh. Lucu tgk gelagat mereka..walaupun xda subtitile still bole mencuit hati (maksudnya dgn gaya n cara percakapan karakter).

Sinopsis : Manny & Ellie xlama lagi akan menantikan kelahiran anak yg bakal tiba. Semua binatang2 di ice age happy terutama kawan2nya Sid, Diego, Crash & Eddie. Pada suatu hari Sid telah menjumpai 3 biji telur dinosaurs di dunia bawah Ice Age. Dia telah bertekad utk mempunyai keluarga dan akan menjaga anak2 dino tu. Sehinggala ibu dino dtg ke Ice Age utk mengambil semula anak-anaknya bersama2 dgn Sid. Dari saat itulah bermulanya ekspedisi mencari dan menyelamatkan Sid. Alangkah terperanjatnya mereka bahawa ada hidupan lain di bawah Ice Age..dan mereka telah dibantu oleh Buck yang telah lama menetap disitu. Bermacam2 perkara berlaku ketika mereka berada disitu sehinggakan diganggu oleh satu makhluk gergasi yg ganas & plg besar. Manakala Scrat masih lagi mengejar makanannya dlm pelbagai situasi diharungi serta Scrat bertemu dgn kekasih hatinya Scratte. Adakah Scrat akan melupakan makanannya itu demi Scratte? Dapatkah mereka semua menyelamatkan Sid dan lari daripada gangguan makhluk gergasi itu? Adakah Ellie beranak disitu dan selamatkah Ellie? Dapatkah mereka kembali semula ke dunia mereka? Marilah mencari jawapannya dan bergelak ketawa dengannya dlm hanya Ice Age 3

2 comments:

Wah 3D cinemaa...camne feelingnya msk kat 3d cinema ngan cinema biasa...kat sini tak de laa...M'sia mmg laju la dr segi tech brbanding sini...

aku x sabar nak tgk ice age 3 nii...-isyah

heheh tp xsemua cinema ada..ishh musykil gak aku kat sana xda..kat cinema tuh kalo ada movie kartun sure ada 2 type, satu biasa satu 3D.
Budak2 pasti plg seronok..org tua pun siap jakun gak hehhehe

Blog Widget by LinkWithin