** Beautiful Life With U **

:: Blueberry Cheese Tart ::

Harini teringin nk mkn blueberry cheese tart..sblm2 ni biasa buat tart telur ja. Bahan2 utk pastrinya sama ja cuma fillingnya ja lain. Saya kalo pi jln2 singgah kat kedai bakeri mesti beli tart ni. Saya suka blueberry cheese tart ni berbanding tart telur. Kalo kat kedai normal size pricenya lbh krg RM 1.50-2.00. Adik saya nurul juga penggemar tart ni. Jom kita layan bahan-bahannya.

Resepi Blueberry Cheese Tart ( 20-22 biji dlm normal saiz)

Bahan-bahannya :

Pastri
1. 280 g tepung gandum
2. 2 sudu bsr gula
3. 2 sudu bsr susu tepung ( xda pun xpa)
4. 1 biji telur size B @ C
5. sedikit esen vanilla
6. 125 g buttercup

Cara-caranya :
- Campurkan semua bhn 2-6 dan gaulkan sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam ( utk dptkan pastri yg rapuh & rangup)

Krim Keju
1. 1 buku krim keju
2. 100 - 200 ml whipping cream
3. 1 biji telur size B @ C
4. 1/2 cwn gula aising
5. 1 sudu esen vanilla
6. 2 sudu shortening ( tidak menggunakan butter kerana nanti warnanya jadi kekuningan )
7. sedikit lemon esen (xda pun xpa)
8. jam blueberry ( bole juga digantikan dgn jam strawberry dsb)

Cara-caranya :
- Putar krim keju, shortening & gula sehingga sebati
- Masukkan esen, telur dan akhir skali whipping cream
- Putar sehingga menjadi krim yg likat
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Step by step :

- Bentukkan doh di dalam acuannya. Jgn terlalu tebal
- Cucukkan dgn garpu jgn smpi tertembus bg mengelakkan doh terlalu kembang
- Bakar separuh msk selama 8 minit ;175 celsius
- Selesai bakar sejukkan seketika sblm ditanggalkan drp acuannya
- Letakkan di dalam papercup & aktiviti mengisi krim keju & jam (terpulang nk letak skit atau byk, mcm saya sy suka isi byk2 tp jgn smpi tertumpah sudahla..)
- Bakar kembali sehingga msk selama 20 minit ; 175 celsius
- Slps bakar bolehlah disejukkan di dalam peti sejuk ( baru lg sedap)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin