** Beautiful Life With U **

:: The Journey Begins ::

Alhamdulillah..syukur ke hadratnya telah selesai juga tempoh praktikum yang saya jalani selama ini. Sekaligus membuatkan secara rasminya pengajian saya telah tamat. Dan bermula isnin ini, saya telah bertukar status menjadi guru tetap di sekolah yang sama..Insya-Allah.

Sepanjang tempoh praktikum ini, telah byk dugaan yg saya tempuhi..dan alhamdulillah saya berjaya harungi dengan jayanya. Sebanyak 10x saya telah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Mmg gerun..yerlaa org tgk kita mengajar dan mengkritik kita..saya mmg perlu sentiasa bersedia. Dalam tempoh itu juga saya telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dan modul-modul pembelajaran mengikut due nya. Salah satu daripadanya membuat video Teknologi Pendidikan. Setakat ini saya mmg berpuas hati dgn segala tugasan yg disiapkan.

Sekarang ni, saya perlu menunggu surat drp pihak KPM dan menunggu result IPG keluar. Doakan saya kengkawan agar permulaan perjuangan saya sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan dirahmati oleh-Nya.

** da lama xupdate blog.tetiba rs kekok n da xtau nk cita apa lg

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin