Skang ni kehidupan sy sedikit sibuk dan huru hara sekejap. Saya rskan spt semua perkara nk dibuat...mula2 sy telah mendapat kelas yg semuanya budak 5tahun seramai 22 org. Pada hari pertama..MasyaAllah, kelam kabut kelas tuh, bising xdgr arahan dan xda disiplin. Plak tu guru yg dulu xmeninggalkan report tahap pencapaian budak2 tuh. So sy perlu mula balik dengan mengenalkan mereka abc. Alhamdulillah dlm tempoh sebln ni sy telah mendidik mereka utk disiplin spt beritahu guru apabila nk ke toilet atau minum air, beratur ketika nk mkn @ bsh tgn, bersihkan meja, kutip segala sampah & sisa mknan serta lap minuman yg mereka tumpahkan sendri. Sy ingin mrk berdikari & disiplin...bila mrk mampu mendengar arahan barula senang nk mengajar. Skang ni pun da ramai sudah boleh membaca sukukata kvkv. Hanya 6 org murid lg yg perlu diberi latihan pemulihan krn msh belum mengenal abc. Huh mmg byk perancangan & kerja sy perlu buat utk set up blk kelas sy. Harapnya usaha sy diberkati Allah
Skang ni setiap ptg ada sj meeting & program x termsk Koko lg. Pd mulanya sy agak keberatan bukannya apa...sbb fikirkan nk ulang alik drp umah...jauh tuh. Last2 sy dudukla kat sek. smpi pkl 6 ptg. Itupun ada beberapa kali sy xdtg mana xnya nk menguruskan urusan perlantikan sy yg memerlukan pi pesuruhjaya sumpah, ke IPG, buat medical checkup, ke PPD. semuanya memerlukan sy travel jauh drp ijok tuh. Mmg sy sering keletihan skang ni..dgn cuaca yg boleh menyebabkan sy pening. 3/8 ni plak sy akan ke Putrajaya utk menghadiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Semuanya berlaku sekaligus dlm sekelip mata spt xsempat nk bernafas...preparation utk i/view tu pun sy xprepare lg.
21/7 yg lps sy telah menghantar ibu, makcik & pakcik sy ke KLIA utk mrk mengerjakan umrah sekaligus menyambut ramadhan disana. Smg mrk dpt melaksanakan ibadat dgn baik. Akhir kata smg di bln Ramadhan ni Allah mempermudahkan ibadah puasa sy & sy msh bertenaga utk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sy seharian. Terima kasih abg krn memahami sy..dan sy berharap kesihatan sy semakin membaik. Kawan2 doakan perjuangan sy ini
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA UTK SEMUA"
Read More......
So 30 jun 2011 arituh genaplah setahun saya sudah menghabiskan masa belajar KPLI. Saya juga telah menghadiri kursus induksi..maka lengkaplaa sy sebagai salah seorang penjawat awam. Alhamdulillah bg kes kami, abis blajo terus posting xperlu tggu 2-3 bulan br dpt penempatan. Agaknya mungkin prasekolah ni mcm goreng pisang panas skang ni keperluannya....yerla termasuk di dalam NKRA KPM. So esok sudah bermulala saya untuk lapor diri di sekolah baru memandangkan surat posting sudah dikeluarkaan arini.
Tempat posting saya kalini lebih jauh drp tempat praktikum sy. Dulu sy under PPD Klang..kini sy telah berada di PPD Kuala Selangor. Sy pun xsempat survey lg tempatnya mgkn malam ni baru nk survey ngan abg. Tapi sy ada cr maklumat di maps google adalaa dlm 35-40 minit perjalanan. Kawasan sekolah ni kira kawasan kampunglaa muridnya pun xsmpi 1000 org. Xkiralaa kat mana sy akan ditempatkan janji mencari rezeki yang halal...cuma keadaan kesihatan sy yg menjadi penghalang..harapnya segala urusan sy dipermudahkan. Semoga sy dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin Insya-Allah..
Sekolah Lama : SK Sg. Binjai, Meru, Klang (dalam kenangan)
Nama Sekolah Baru : SK Bukit Badong, Bestari Jaya (Kaw. Ijok/Batang Berjuntai) - menggantikan guru prasekolah yg telah bertukar sekolah
Rasa sedih jugak nk meninggalkan anak murid yg sudah semakin rapat dgn sy..terima kasih sy ucapkan kpd Cikgu Aishah selaku guru pembimbing sy..yg telah byk memberi tunjuk ajar. Disebabkan SK Sg. Binjai guru prasekolahnya da penuh..xdptlaa sy nk meneruskan berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tu ramai guru2 senior org2 meru jugak yg majoritinya kaum jawa...sy pun da ramai kenalan guru disitu...semoga berjumpa lagi
Read More......
Pada minggu hadapana 28-30 jun, sy akan attend kursus induksi bg pengesahan jawatan. Harapnya ujian UAK nanti sy lulusla. Kalo kena mengulang tu yg payah..makin lambat plak sy akan disahkan jawatan. Dulu kursus induksi ni diadakan selama 2 minggu + 1 minggu BTN. tp kali ni dia buat 3 ari ja..mgkn xda budget kot (agaknya la). Tapi kami perlu menyiapkan 2 tugasan serta CD modul diberikan utk kami baca. Masa yg diperuntukkan adalah selama 44 jam
Huh..disebabkan sy masih xberapa sihat lg..masih byk lg nota yg belum dihabiskan. Nasib baik sewaktu sihat saya da siapkan tugasan tuh. Kalo tidak pening jugak nk mengarang utk cari idea. Kami pelajar KPLI, kebiasaannya kursus ini akan dikelolakan oleh pihak IPG. Tp jika xberkesempatan mengikutinya...kursus ini akan ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Tapi lmbt skitlaa nk tggu. Harapnya selama 3 hari kursus ni kesihatan sy semakin membaik...n abg jg diri bebaik di rumah ya hehehhe. Kawan2 doakanlah semoga segala urusan sy dipermudahkan ..Amin.
Read More......

alhamdulillah..tahun ini kami ada rezeki lebih skit mungkin rezeki anak (hahahha yo laa tu). Abg da lama simpan niat untuk beli motor idamannya. Akhirnya terlaksana n termakbul juga. Actually sy gerun gak..yerla motor ni mmg bole bwk laju..risaula akan keselamatan abg. Abg mmg pergi kerja jauh gak setiap hari dlm 100km..motor lama mmg panas punggung dibuatnya. Skang ni abg perlu byk jumpa klien, attend meeting yg memerlukan dia bergerak on time sentiasa meredah jem di ibu kota. Harapnya segala urusan abg dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki buat keluarga setelah adanya kemudahan n rezeki yg diberikan Oleh-Nya.
Read More......
Pada 12 jun yg lps adalah beday abg. Disebabkan tuan umah xbapa sihat so lmbt postingkan cita ni. cuti sekolah da abis tp tuan umah masih belum msk sekolah lg psl demam agak teruk gak. Al kisahnya Jumaat lps abg n sy skt tekak..lps tuh abg demam. sy msh ok lg..lps tuh sy plak yg kena. Ketikan camni brla rs bestnya nikmat ketika sihat.
So beday abg ni pun disambut dlm keadaan semuanya sedang sakit...sakit2 pun mkn punya psl bedal gak la. Kali ni tmpt sy yg pilih...tmpt ni sy tau pun drp kawan nurul. nama restoran ni kunangkunang..ingatkan jauh sgt kat kuala selangor sana tu. Tp rupa2nya kat mrr2 gombak ja. Drp pemandangan sy tmptnya mmg cantiklaa sbb dia ala2 cam bali gitu. Cuma yg xbestnya..walaupun orgnya sikit servicenya lambat. Bayangkan abg order steak (RM33.90)..smpi da licin makan...synya order xsampai2 lg. Saya cm besalaa order lamb rack (RM34.90) with rosemary sauce. Air plak sy order sarbat tea -teh halia panas (RM2.50) dan abg order fresh orange tanpa ais (RM4.90). Saya rs kalo keadaan sy sihat sure sy da balun air ais yg pelik2 skit. Tp time tuh tgh sedar diri gitu. Kesimpulannya, kami kurang berpuas hatilaa mostly pd makanannya xtaula effect drp tekak kami yg xbrp bagus time tuh. Rsnya krg berbaloi dengan harganya tuh. Apa2pun abg tetap happy dengan hadiah yg sy berikan sebelum beday abg lg.
Read More......
Jumaat yang lepas merupakan hari jadi sy yg sudah tentunya menjangkau 30 tahun..mak aiiii mmg da rs tua betul. Alhamdulillah sy masih mampu lg meraikan ulang tahun sy bersama cik somi tercinta. Terima kasih sy ucapkan pd kawan2 yg telah wish sekaligus mendoakan sy. Harapan sy..sy hanya mendoakan yg terbaik dunia akhirat bkn utk diri sy sj tp utk insan2 yg berada di samping sy...semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati olehNya.
Jumaat mlm tuh abg keja smpi pg so planningnya pegi mkn2 pada malam Sabtunya. Awal2 lg sy da pilih satu restoran ni...tp sy sj tny abg nk bw sy mkn kat mana. Abg jawab mkn seafood kat Jeram..sy ikutkan ja laa org nk blanjakan. Actuallynya ini kali ke-2 sy pernah mkn di situ. Iaitu di "Restoran Aroma Ikan Bakar". Mmg famouslaa kat situ...skang ni kami kalo nk mkn seafood da xpi ke area port klang lg. Psl da krg menyengat di sana..lgpun lg jauh.
Kami smpi dlm 6 lbh..xnk pegi mlm2 psl sure ramai org smpi terpaksa menunggu to be seated. Kat sana surau semua ada..so xperlu laa gaduh2 nk pi solat. Kami dpt tmpt duduk yg strategik..boleh nmpk sunset gitu..ala2 romantiklaa konon2nya. Sy pesan kat abg xyahlaa order terlalu byk takut xabis..psl slalunya mmg xabis. Kami order siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, kerang bakar, jus oren dan jus tembikai laici.
Order segitu pun xabis gak hehehe...kami bgks sotong goreng tuh. Yg lain sy gagahkan jg abis psl abg ckp beday girl kena abiskan makan barulaa lbh bermakna (dera sy yaa bang). So far seafood kat cn lbh better laa drp di port klang sana. Byk gak pilihan...harga pun berpatutanla...lbh krg sama spt di tmpt lain around RM 70++. Gambar di bawah ni sy gabungkan order mknan yg 1st time dulu dan skang..tu yg nmpk meriah..jgn terkezut plak. Tp kami ni mmg hantu melantaklaa..tu yg membesar dgn jayanya. Abg yg dulu kurus kering pun xsangka boleh ikut jejak sy hahahah.

Pada hari Ahadnya plak sy ada buat mkn2 utk family sy ...sy buat mee bandung disebabkan rencahnya ada. Iqbal pun bedaynya sama ngan sy...sy hadiahkan baju doraemon pdnya. Dan2 tu gak dia terus nk tukar baju baru...sabo ja laaa. Malamnya plak sy jln2 di jusco bkt raja. Tujuan asalnya semata2 nk beli air cup bon/bubble tea. Minuman ni adik sy yg introducekan..kalo x, mmg sy xpernah terpk nk mencubanya. Mmg best minum air ni..sy slalu order vanilla pearl. Dalam minuman tuh ada mcm pearl hitamlaa..mmg sedapla bila dihirup. Dia ada magic ball, jelly, pearl. Harga dlm RM4- 4.50. So weekend ni mmg puas betul sy.

Read More......
Sebenarnya oat bknlaa my favorite pun. Sy mkn segala benda yg diperbuat drp oat cam biskut, roti, coklat, kek..semuanya laa. Cumaa...nak makan begitu shj tu laa yg payah. Biarpun org kata oat ni bagus utk kesihatan kita sampi nenek sy pun mkn..xkan org muda cam sy ni xnk jdkan ianya amalan harian. Errmm..bila sy tgk oat teringat sy mkn dgn cam berlendir melekat kat tekak, rs nk muntah pun ada.
Tapi baru2 ni sy ada beli oat segera yg warna merah tuh..kalo yg biru tuh kena msk dulu kot. Saya beli pek kecil ja dulu utk testing. Mmg spt yg dijangkakan..xleh nk telan. Last2 sy try tmbhkan air lg bg cair. Nak menyedapkan lg oat sy tuh sy letak horlick, susu dan kismis. Kacau dgn air suam. Waalaa baru bole mkn dgn lajunya. Orang lain sy xtau camna cr mereka makan. Mgkn boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri.
***time cuti pjg skit ni..adalah ms sy update byk cita. Tu pun byk cita yg pending lg. Hahah lagi2 byk cita psl mkn yerlaa weekdays keja..weekend jln2. Nama da jln2 mmg jln2 cr makan skali laa. Nak2 tuan blog ni mmg suka makan :p. Harapnya info mkn di blog ni dpt memberi pilihan kepada mereka yg mencari tmpt2 mkn yg best.
Read More......