Kembali ke zaman 2004..pd bulan April kami sekeluarga terkejut dan gembira apabila mak bgtau yg kami bakal dpt adik bukan satu malah dua. Wah mmg sgt teruja dan xsabo menantikan kehadiran mereka yg dijangka lahir pd bln Okt 2004. Nilaa ahli keluarga kembar (identical twin- kembar seiras) pertama kami. Tidak pernah terlintas dlm fikiran saya, yg saya akan mempunyai adik kembar satu anugerah yg kami sekeluarga amat syukuri. Tapi itula dia kekuasaan Allah..Allah lebih menyayangi mereka. Selang sehari daripada beday abah, iaitu pada 8/6/04..mak mengalami kesakitan spt hendak bersalin...doktor di PPUM gak terkejut kerna belum lg sampai duenya. Walaupun begitu adik kembarku selamat dilahirkan. Tapi pihak doktor tidak dapat berbuat apa2 untuk selamatkan mereka kerana organ2nya masih belum dpt berfungsi dgn baik malah keadaan mereka yg terlalu kecil hanya 1kg lbh menyukarkan utk menyalurkan sistem pernafasan ke badan mereka. Pada ketika tu kami pasrah. Dan apa yg menyebabkan saya terkilan...saya tidak berada ketika kejadian tu berlaku dan lbh malang lg saya tidak dpt melihat & memegang mereka. Drp cerita adik2 saya, mereka seperti patung..jelas kelihatan urat dan salur darah mereka. Mereka bergerak2 lemah dan tangisannya sayu spt x kedengaran. Mak sempat mencium mereka..sayang rsnya membiarkan mereka pergi. Mungkin mereka sayangkan mak..tidak mahu mak membahayakan diri yg ketika tu usia mak 43 tahun..ada mslh darah tggi..tidak memungkinkan mak meneruskan kehamilan itu. Mak berada di samping mereka hinggala di saat akhir degupan jantungnya..kira2 8 jam shj jangka hayatnya.

Dik Syah & Dik Jah..
Sentiasa Dalam Ingatan
Sentiasa Di Hati Kami
Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment