Cerita psl resepi roti ni..saya dpt drp pelbagai sumber akhirnya saya olah dan edit mengikut citarasa saya & abg..maka jdlaa ni resepi saya sendiri. Resepi dohnya ni bole gak nk buat roti bun biasa. So ni saya nk kongsi resepi ni bersama korang semua :
Resepi Roti Sosej (12 biji)

Bahan A
1. *320 gm tpg roti
2. *80 gm tepung kek/ superfine flour
3. *1/2 sudu bread improver
4. *2 sudu susu tepung
5. *4 sudu gula halus
6. *1 sudu kecil garam
7. 1 sudu dough softener
8. 1 biji telur (dipukul sedikit)
- Bhn yg bertanda '*' perlu di ayak (utk dptkan tekstur yg halus)
- Satukan dgn dough softener & telur. Gaul rata
Bahan B
1. 1 sudu gula
2. 2 sudu yis kering
3. air suam (xtau bp ml agak2 da bole jd doh)
- Satukan gula & yis di dalam air suam. Kacau
- Masukkan skit demi skit ke dlm bhn A
Bahan C
1. 60 gm shortening
Bahan D
1. 12 ketul frankfurter chic (direndam dlm air panas skjp & dikeringkan)
Bahan E
Sos cili, sos tomato, pizza seasoning, lada sulah, lada hitam, garam (disatukan semua), mayonis & keju mozarella
- Apabila bahan A & B telah sebati campurkan shortening.
- Uli sehingga doh lembut dan x melekat pd tgn. Jika doh keras tmbhkan air dan jika doh lembik tmbhkan tpg lg. Uli doh selama 20 minit dan rehatkan di tmpt yg tertutup @ tutup dgn tuala lembap sehingga dia naik 3x ganda. Boleh juga ditutup & diletakkan dlm peti ais semalaman.
- Tumbuk & uli kembali utk buang angin yg terkumpul selama 10 minit. Bahagikan kpd 12 bhg dan rehatkan kembali selama 30 minit.
- Slps tu tumbuk & uli lg doh2 kecil tu dan sedia utk di gelek. Taburkan tpg supaya x lekat.
- Amik satu ketul bahan D dan gulungkan. Pastikan sosej ngam2 & ditutupi oleh doh tu.
- Bhg yg dikepilkan diltk dibhg bwh dan kerat kpd 10 bhg (jgn dipotong hingga putus)
- Tekniknya..tolak ke kiri & ke kanan berselang-seli. Panaskan oven terlebih dulu 170
- Sapukan sosnya, letak mayonis & taburkan keju (lg byk keju pun sodap)
- Biarkan kembang seketika (dlm 10 min) sblm dibakar selama 20-23 minit. Pastikan loyang disapukan butter skit
- Slps msk sapukan butter pd roti utk mengekalkan & melambatkan proses kekeringan. Roti akan tahan kelembutannya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hah..nmpk cam byk bahan n rumitkan..tp sebenarnya xdalaa gitu. Kalo nk lg mudah bole start dgn buat bun manis/kosong. Okla kat sini saya nk bg skali tip-tip utk dptkan roti yg lembut :
- Saya campurkan dgn tpg kek/superfine kerna penggunaan tpg roti semata2 akan menyebabkan roti kenyal dan liat skit
- Bread improver digunakan utk membantu dlm proses pengembangan manakala dough softener utk melembutkan doh.
- Gula & air suam membantu yis lbh aktif tp jika yis terkena garam akn membantutkan pengaktifannya.
- Pengunaan shortening drp butter dpt melembutkan lbh roti dan putih
- Roti yg lbh lama diuli dan naik dpt membuatkan roti lembut lbh lama (better guna bread machine tp sy xda pun lg)
- Pembakaran roti biarla dgn suhu yg sederhana & lama
Semoga info yg saya bg berguna kpd yg ingin blajo n mencuba. Orait ;).
No comments:
Post a Comment