Selepas selesai siang sy bersihkan menggunakan asam jawa n cuka memandangkan limau xda kat umah ni. Kemudian bermulala aktiviti potong serai, halia, segala bawang dan sedikit sayur. . Hah beza steam biasa ngan thai style ni ialah warnanya merah kerana menggunakan cili kering blender bersama2 ramuan diatas td. Nak senang saya guna yg instant punya jenama 'ikan brand' keluaran produk malaysia.
Time nk steamkan, sy potong ikan tuh kpd 2 bhg psl panjang plak. Ramaskan dgn bahan2 yang dipotong, lumurkan dgn garam, gula, lada sulah, lada hitam dan campuran air asam jawa/limau, kiub ikan, fish/plum/oyster sauce dan sos cili. Kukus selama 10 minit, selepas itu barulah dituang ke atasnya cili paste td. Kukus lg selama 15 minit. Walaupun guna paste instant saya still menokok tambah ingredientnya. Walaa da siap..time rs kuah dia mmg terangkat cukup segala rs masam, manis, pedas. Rs dia mmg xda rs cam tomyam pun. Makan time panas baru sedap jgn tggu sejuk. Berpeluh2 mkn da la skang musim kemarau..nk tau rs kelainannya..cubalaa.
No comments:
Post a Comment