
Bahan-bahannya :
Pastri
1. 280 g tepung gandum
2. 2 sudu bsr gula
3. 2 sudu bsr susu tepung ( xda pun xpa)
4. 1 biji telur size B @ C
5. sedikit esen vanilla
6. 125 g buttercup
Cara-caranya :
- Campurkan semua bhn 2-6 dan gaulkan sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam ( utk dptkan pastri yg rapuh & rangup)
Krim Keju
1. 1 buku krim keju
2. 100 - 200 ml whipping cream
3. 1 biji telur size B @ C
4. 1/2 cwn gula aising
5. 1 sudu esen vanilla
6. 2 sudu shortening ( tidak menggunakan butter kerana nanti warnanya jadi kekuningan )
7. sedikit lemon esen (xda pun xpa)
8. jam blueberry ( bole juga digantikan dgn jam strawberry dsb)
Cara-caranya :
- Putar krim keju, shortening & gula sehingga sebati
- Masukkan esen, telur dan akhir skali whipping cream
- Putar sehingga menjadi krim yg likat
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Step by step :
- Bentukkan doh di dalam acuannya. Jgn terlalu tebal
- Cucukkan dgn garpu jgn smpi tertembus bg mengelakkan doh terlalu kembang
- Bakar separuh msk selama 8 minit ;175 celsius
- Selesai bakar sejukkan seketika sblm ditanggalkan drp acuannya
- Letakkan di dalam papercup & aktiviti mengisi krim keju & jam (terpulang nk letak skit atau byk, mcm saya sy suka isi byk2 tp jgn smpi tertumpah sudahla..)
- Bakar kembali sehingga msk selama 20 minit ; 175 celsius
- Slps bakar bolehlah disejukkan di dalam peti sejuk ( baru lg sedap)

No comments:
Post a Comment