***********************************************************************************
Bahan-bahannya :
1. 1 paket serbuk agar-agar 10-11gm (pilihla warna/perisa asli..kalo xda bole amik warna oren atau kuning) - senang skit guna serbuk ni berbanding yg solid tu
2. 2 biji telur saiz kecil @ sederhana
3. 1 tin susu cair
4. 3/4 - 1 cwn gula
5. 1 tin bsr fruit cocktail (boleh dipotong kecil kalo ianya bsr, bole beli saiz tin biasa tp sy suka ada byk cocktailnya)
6. 3 sudu bsr tepung bird's kastard - psl warna kekuningannya
7. 3 cwn air + 1 cwn air cocktail
Cara-caranya :
- masak sehingga larut serbuk agar-agar, air, air cocktail dan gula.
-pukul telur bersama-sama dgn tepung kastard sehingga rata dan tidak berketul
- apabila bahan yg dimasak tadi telah mendidih, bolehlah dimasukkan campuran telur dan tepung ke dalamnya. Pastikan anda kacau sentiasa kerana dikhuatiri telur akan masak dan bergentel.
- Api bole dimatikan dan kacau sehingga adunan agak kental barulah dimasukkan buah-buahan cocktail itu.
- Setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam acuan utk disejukkan
**********************************************************************************
Setelah itu..bole utk dimkn. nyummm...nyummm

No comments:
Post a Comment