** Beautiful Life With U **

:: Letupan ::

Malam semalam sedang saya asyik membuat soalan sains di komputer dan abg pula sedang kusyuk menonton tv. Satu bunyi yang kuat "berdentum" mematikan suasana malam yang sunyi. Memula tu terkejut saya sambil merungut sapalaa yang memalam ni main mercun..kuat plak tuh x pekak ka telinga depa time letupkan tuh. Tetiba dengar bunyi lagi..memang menganggu keharmonian kejirananlaa. Terfikir plak saya ada festival apa plak depa ni main mercun..yang peliknya bunyi tuh kuat sampi bergegar rumah kami. Komputer yang tengah saya guna pun turut begegar..tingkap semua. Hai ni da mcm gempa bumi..depa ni main mercun atau bom. Korang bayangkan ibarat bunyinya da macam org pecah tanah guna bom kat kawasan batu kapur ja. Suruh abg tgk kat luar..nmpk tak org main mercunnya kat kawasan mana. Abg jenguk kot tingkap xnmpk plak bunga api..tetiba kat luar rumah org da bising ckp ada kebakaran. Kitaorg apalagi kalut gaklaa kuar umah.

Rupanya satu kebakaran dengan api yang menjulang tinggi ke udara. Rasa cam dekat jaa kejadian tuh..walaupun tmpt berlakunya adalah di Kg Melayu Subang. Dengar lg bunyi dentuman yang mengeluarkan api..da mcm dlm filem pun ada. Suruh abg tangkap gambo api yang tgh menjulang tinggi tu, gambonya waktu mlm kurang jelas plak. Ramai betul org kuar rumah smpi taman sebelah pun ingin melihat apakah yg berlaku sehingga gegaran berlaku di tempat mereka. Orang ckp tu kebakaran kilang gas..patutlaa meletup2. Tengok apinya da macam nk merebak ke arah penempatan kami. Nasib baik kebakaran ni bkn berlaku di tgh hari kalo x mmg lg teruklaa merebaknya. Dala dekat ngan kasawan hutan. Yang abg da siap bgtau to get ready nk amik barang2 berharga bawa kuar. Kalo ikutkan jarak tmpt kejadian ngan umah kami dlm 2km..tp mcm dekat jaa psl api membara besar. Tak boleh nak digambarkan penduduk2 di sekitar kg subang tu camna..lglaa depa panik dan merasai kesan letupan itu.

Nasib baik gak pihak bomba dan polis datang awal untuk meredakan kebakaran tuh. Alhamdulillah, dengarnya xda plak ada kehilangan nyawa atau kecederaan orang awam. Tadi pi sekolah ingatkan berita ni da masuk paper..baru ingat nak baca cita selanjutnya. Tapi belum kuar lg..mgkn malam ni masuk bita kot. Try baca kat internet..saya dpt drp satu sumber ni mengatakan tu kilang yang dijalankan secara haram. Nilaa akibatnya berlaku jika kilang2 yang menghasilkan benda bahaya ni berada di persekitaran penempatan penduduk.

(sumber gambar daripada : http://mmyazan.blogspot.com/)

4 comments:

kilang tu kilang haram ke? camne kilang haram ni leh terlepas n beroperasi sampai meletup letup niii?

Ape tindakan pihak berkuasa pas kejadian tu eh?

tulaa syah xtaulaa aku..biasalaa pihak berkuasa da jd camni baru amik tindakan..kalo x time ngadu byk kali buat xtau n lmbt2 ja. skang pun aku xtau cita..kilang tu tutuplaa lgpun tggl bangkainya ja

salam... takut juga dgn letupan2 ni... hhehehe

hai farid..tulaa psl da mcm gempa bumi pun ada hehhehe

Blog Widget by LinkWithin