:: Majlis Doa Restu, Solat Hajat & Berbuka Puasa ::
Pada hari Jumaat yang lps..sblm abis kerja kul 11.45 am(sempena bln puasa blk awal), ada majlis restu utk murid2 tahun 6 ni..mana xnya mggu hadapan mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Apalagi murid2 n guru2 punyalaaa beratur pjg da laa time tu hujan (berkat tuh..moga2 hasrat sekolah nak dpt 130 pelajar dpt 5A tercapai). Mula2 tu jenuh gaklaa berdiri dok hulur2 tgn..murid2nya ada lbh 4oo org. Tapi kepenatan tuh hilang bila tgk keikhlasan depa ni salam siap minta ampun..minta restu drp kita. Teringat time saya sekolah2 dulu...sayu ja. Murid2 pompuan ada yg menangis..truly saya bgtau, saya pun turut sebak n rs nk nangis tp saya kontrol depan mereka..walaupun saya mengajar mereka xlama mana..tp rsnya cam sudah akrab dgn mereka. Bayangkan darjah 6 saya mengajar 9 kelas drp 11 kelas..nama diaorg pun saya xhafal kenal muka ja..tupun budak2 yg nakal, aktif, rajin bertny, pandai, kepoh..saya ingatla nama depa. Sblm mereka beransur pulang ada taklimat & pihak sekolah membekalkan mereka kismis & air zamzam.
Saya kagum melihat sekolah ni..mggu dpn nk periksa..Sabtu, Ahad still ada revision kelas..tulaa pengorbanan sekolah & guru2. Pada malamnya pula, ada aktiviti solat hajat, bacaan Yaasin, terawih, berbuka & moreh bersama2 murid tahun 6 & ibubapa murid. Mmg meriah & happening..psl jarang dpt pengalaman ni di luar. Di sebabkan org ramai..surau sekolah pun xmuat kami solat di dlm khemah dekat dataran & laman bestari. Sambil2 tuh dapat merapatkan hubungan guru & ibubapa pelajar. Sekalung tahniah kpd Panitia Agama Islam kerana berjaya menganjurkan majlis sebegini. Ni mmg experience yg berharga buat saya sepanjang perjalanan saya sbg seorg guru. Dalam kul 10.30mlm majlis bersurai
0 comments:
Post a Comment