** Beautiful Life With U **

:: Kek Kukus Buah @ Mix Fruit ::

Ni percubaan kedua saya buat kek ni..actuallynya kek ni mak yg request, arituh siap srh abah tempah kek ni rm 50. Mak ckp da la xsedap mahal lak tuh. So mak bg kepercayaan pd saya utk buat kek ni. So sempena harijadi mak kali ni..2 biji kek sy bg. Yang si Dik Pi pulak sibuk srh saya buatkan cheese kek utknya, siap nk bayar lg..wah bole bengkok badan dibuatnya. Lain kali la kak yong buat kek hang tuh..xlama lgkan birthday Dik Pi & Nurul. Kek ni sy pernah nmpk ada dua warna satu warna kekuningan satu lg kecoklat hitaman. Yang saya plg suka..stail kecoklat hitaman tuh psl ia dibuat pki gula hangus. Kek kukus ni lembap kalo ltk dlm peti ais pun msh sedap dimakan. Nak buat kek ni ada petuanya..kalo tak mix fruitnya tu mendap kat bawahja...xsekata nanti saya akan kongsikan skali tips2nya. Kat cn pun saya gunakan butter yg lain drp biasa iaitu drp jenama golden charn atau SCS. Butter drp jenis ni..sedap bau susunya yg berlemak..so kek kita akan ada bau2 spt ini gak. Butter ni normallynya mahal, 1 buku 250 g berharga rm6-8. Sbb tu jarang org gunakannya utk buat kek..padahal ianya lbh sodap.

Resepi Kek Kukus Mix Fruit Basah

Bahan-bahannya :

1. 300 g tpg gandum (diayak)
2. 150 g gula
3. 4 biji telur
4. 250 g butter jenama golden charn atau scs
5. 250 g mix fruit ( kalo potongannya besar2 boleh dipotong kecil)
6. 1/2 sudu soda bikarbonat
7. 1 sudu cream of tartar (xda pun xpa)
8. 1 susu esen vanilla
9. sedikit pewarna coklat atau kicap pekat
10. 1 cwn gula (utk dibuat gula hangus)

Cara-caranya :

- pukul gula & butter sehingga kembang
- masukkan esen & pewarna
- masukkan telur satu persatudan putar smpi sebati
**jgn diputar terlalu lama & jgn terlalu kembang, nanti keknya akan kering**
- masukkan tpg sedikit demi sedikit, cukupla sekadar menggaulnya dgn sudip
- hanguskan gula dgn api yg kecil & kacau sepjg masa sehingga cair & warna bertukar kpd keperangan. Jgn smpi hangit
- Rapatkan adunan tadi spy gula hangus itu mudah dituangkan dgn cepat & gaul rata.
**gula hangus ini cpt mengeras, jgn bimbang jika gulanya xsebati krn bila dikukus ia akan larut**
- Akhir sekali masukkan mix fruit yg tlh digaulkan bersama dgn sedikit tpg (petua ni bg mix fruitnya tidak mendap kebwh)
- Sblm dikukus, pastikan kukusan telah betul2 mendidih bg mengelakkan mix fruitnya mendap kebwh semula.
- Alaskan kertas & griskannya.

**utk kek ini tahan lbh lama sehingga 6 bln, kukuskan ia selama 4 jam**
**Adunan ini kental & tak terlalu cair**
**Resepi ini tidak menggunakan baking powder krn telah menggunakan soda bikarbonat sbg alternatifnya. Ini krn soda bersifat alkali yg dpt meneutralkan asid di dlm penggunakan mix fruit & gula hangus so kek akan tetap naik**
**Semasa kukus, ikat penutup loyang dgn kain spy air kukusan x menitik di atas kek**
**Slps kek siap dimasak, sejukkan seketika..bole juga dibalut dgn aluminium foil & disimpan di dalam peti sejuk..kek ini masih sedap dimakan walaupun disimpan lama di dlm peti sejuk**

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin