:: Pemeriksaan Berkala ::
1st CHECK UP (11 weeks)
Masa ni doktor ckp masa yg baik utk buat 'Nuchal translucency (NT) Ultrasound'. Pemeriksaan ni slalunya dilakukan ketika kdgn 10-16 mggu. Tujuannya adalah utk cek keabnormalan bayi kita. Apa yg sy ingat dia cek cecair yg berada dibhg blakang leher baby. Ultrasound ni lama psl dia nk cr kedudukan startegik baby utk mengira ketebalan cecair tersebut. Ultrasound ini juga dpt detect jika baby kita mengalami down syndrome. Jika bacaan krg drp 2 adalah normal, jika lebih mgkn disuspect bayi mengalami down syndrome. Alhamdulillah ketika tu sy cek bacaan dalam 1.7. Ni 1st time sy dgr psl benda alah ni. Lps tuh doktor cek skali degupan jantung, kedudukan placenta dan nasal bone fracture (tulang hidung). Ini krn jika kita tgk kanak2 down syndrome ni keadaan dan wajah mereka sama. Ada juga kes di mana cecair yg byk di dalam kepala bayi sehingga ada ketikanya doktor menyarankan utk gugurkan kdgn tersebut. Ini berlaku kpd kawan abg.
Kemudian rutin cek up :
Timbang berat - setakat ni ok nurse pun xda ckp atau bising2 lg
Urine test - normal. Tiada kdgn glukos yg tggi
BHP - normal (dalam 110/77 & 127/70)
+++++++++++++++++ Rujukan BHP ++++++++++++++++++++++++++++++++++
From the US Institute of Health:
Optimal: Systolic Less than 120, Diastolic Less than 80
Normal: Systolic Less than 130, Diastolic Less than 85
High-normal: Systolic Less than 140, Diastolic Less than 90
Mild Hypertension: Systolic Less than 160, Diastolic Less than 100
Moderate Hypertension: Systolic Less than 180, Diastolic Less than 110
Severe Hypertension: Systolic 180 or more, Diastolic 110 or more
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2nd CHECK UP (16 weeks)
time ni saya buat blood test. Byk gak darah dia ambil dlm 3 tabung uji. Ujian darah ini akan diuji untuk :
1. syphilis or hepatitis B
2. HIV
3. Rh Factor dan Hemoglobin (HGB)
Alhamdulillah semuanya normal dan negatif serta level kdgn darah sy ok iaitu 11.5. Maksudnya darah cukup dan pekat
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Normal Hemoglobin Levels:
Hemoglobin is measured in grams per deciliter of blood. The normal levels are:
- Women: 12.1 to 15.1 gm/dl
- Men: 13.8 to 17.2 gm/dl
- Children: 11 to 16 g/dl
- Pregnant women: 11 to 12 g/
Doktor juga cek my breast dan perut untuk mendengar jantung baby dgn menggunakan satu alat ni. And everything normal.
3rd CHECK UP (22 weeks)
Untuk kali ketiga, doktor sarankan saya utk buat 'Fetal anomaly screen/fetal anatomy survey'. Kiranya detail screening. Kebiasaan ulatrasound ini dibuat ketika kdgn berusia 5-6 bln. Tujuannya adalah untuk melihat organ bayi yg telah sempurna pertumbuhannya. Krn ketika ini organ bayi telah lengkap terbentuk. Mula2 doktor ukur dan cek kepala bayi. Doktor measure organ yg terbentuk di dalam otak bayi. Kemudian doktor ukur perut...cek kedudukan mata, hidung, mulut, buah pinggang. Tulang kaki bayi juga doktor ukur utk lihat tumbesarannya. Psl ketika 2nd check up doktor telah memberikan sy mkn obimin dan calsium tablet utk pembentukan tulang. Doktor juga cek tulang blakangnya, tapak kaki dan jari baby. Keadaan dan aliran darah dalam jantung juga doktor cek. Alhamdulillah semuanya normal...keadaan uri diatas, air ketuban ok cuma baby songsanglaa. Tp doktor ckp xperlu risau psl skang msh awal dia bole mengubah kedudukannya nanti.
Pada ketika inilaa juga sy dpt tahu gender baby. Abg org yg plg excited siap merakamkan lg ultarsound ini. Mmg sgt2 teruja melihat perkembangan baby..dpt lihat dia gerak2 dan apa yg telah dia pandai buat dalam tuh. Ermm ada satu aksi dimana jari anak mama buat cam pistol. Sehinggakan sy xsangka ketika itu satu aliran panas mengalir drp mata sy. Skang ni hampir setiap hr sy akan lihat rakaman itu bersama abg ditayangkan di tv (besar skit).
Setakat tu jaa pemeriksaan lanjutan yg sy lalui...awal bln 11 nanti baru sy akan minum air gula buat kali pertama. Ingatkan 3rd check up nk buat..tp doktor ckp akan dtg ja. Harap2nya semuanya berjalan lancar dan normal. Nanti sy akan sambung kembali resultnya dan kami ingatkan nak buat scanning utk 3D/4D akan dtg.
* semua rujukan adalah drp sumber internet
0 comments:
Post a Comment