** Beautiful Life With U **

:: Percutian Day 1 (18 Oct) - Part 1 ::

Sepertimana kebiasaan, setiap tahun kami akan selalu plan percutian keluarga. Disebabkan kami masih berdua bolehlaa kiranya dipanggil honeymoon gak ;). Tahun2 sblm ni kami pergi bercuti ke Pulau langkawi, pangkor & cameron highland. Saya mmg suka melihat keindahan pulau & pantai..ingatkan tahun ni pun nk pi pulau gak. Tapi sebelah pantai timur skang tgh monsun asyik hujan & laut bergelora..last2 kami plan nk pi kepulauan sipadan, manukan atau mabul. Tapi percaya atau tidak budgetnya lebih mahal drp destinasi kami kali ni..mgkn xda offer kot. Oleh itu, pd tahun 2009 ni, kami telah memilih utk ke Phuket, Thailand.

Pertukaran mata wang Thailand MYR RM1 = 10 bath. Kalo nk diikutkan better tukar siap2 kat m'sia psl depa beli mahal RM1 = 10.80 bath kalo tuko kat thai depa amik murah ja RM1 = 8.75 bath. So kita rugilaa..saya pun baru blajo benda alah ni semua.

Kami bertolak drp rumah dlm kul 5 pagi..adik saya nurul yg hantar pi ke lcct. Saya plak mmg da bangun kul 3 pg lg psl mata xbole lelap mgkn terlalu excited kot. Setibanya di sana kami terus check in psl flight kami dlm kul 7.20 am. Sebelum tuh kami breakfast kat marrybrown.

Alhamdulillah..time kami nk naik flight hujan da benti..tapi xlama kami di awangan cuaca mula berubah..da nmpk awan gelap. Time tuh cuak gak saya..tp buat2 cool n sambil tu mulut terkumat-kamit gak..harap2 perjalanan kami selamat. Sungguhpun gitu, pemandangan drp atas flight mmg menakjubkan. Perjalanan kami ke Phuket mengambil masa dalam sejam lbh. Kami tiba dlm pkl 7.50 waktu Phuket (kira waktu malaysia 8.50 am). Setibanya disana hari hujan..time tuh kami sedikit kecewa gaklaa psl wrongly timing..for sure xleh kemana2. Tapi according to the taxi driver ckp..baru harituh hujan slps semggu xhujan. Time tuh kami lega skit dgr psl kami ingat tiap2 hari ujan kat situ. Kami naik taxi (toyota camry) dlm 650 bath utk ke Patong town tmpt penginapan kami. Perjalanan mengambil masa 40 minit lbh krg dlm 40km drp airport. Kat area Phuket bdr yg besar adalah di Patong & Phuket town. Bentuk mukabumi disitu byk bukit bukau & gunung ganang. Korang bayangkanla perjalanan kami.

Kedudukan hotel kami dlm 10 minit berjalan kaki utk ke Patong town. Kawasannya terletak agak tggi drp kaw. bandar. Org2 di Phuket cukup peramah walaupun mereka x bapa fasih n xpaham english tp depa still layan kita dgn baik. Mereka cukup suka kalo kita pandai menggunakan bahasa mereka. Saya ada juga menggunakan ayat2 spt Sawasdee Kap, Kop Pun Kap & Mai Pen Rai. Hotel ni servicenya mmg tip top walaupun hanya bertaraf 3 bintang dan murah iaitu 3D 2N accommodation dlm 1,900 bath, semua facilities yg saya nk ada. Kami dpt Deluxe room dilengkapi dgn hiasan2 tradisi thai. Cuma view kami xbapa cantikla. Kami check in awal dlm kul 8.00 & kami diberi welcome drink..satu minuman herba thai. Disebabkan cuaca masih hujan..kami relax2 n lepak2 di hotel dulu.

To be continued.....

4 comments:

Taxi dia pakai toyota camry yg baru tu ke? dasattt...cab yg air port punya ke cab yg public tu?

xsurelaa plak aku camry baru ka lama..tp era skang punyala. ni cab public..ada gak cab airport tp aku tgk harganya sama ja. tp keta tuh dia da modified ltk facilities cam lcd tv..majalah, brochure dll

humangaiii...teksi pun dah toyota camry ye kat sana...

Mcm familiar je tudung ko ms minum air tu...i-syah

hahha tu tudung zaman berjaman drp aku blajo kat utmp laa tuh..ko ingat tudung tuh.hanim yg slalu pinjam tudung aku ni pki.

tulaa dasatkan cab dia..kat sana mmg byk or pki keta toyota atau honda..yg plg cikai pun vios. Tapi kalo nk more adventure naiklaa tuk tuk atau bas dia yg open view n cam lori tuh..

Blog Widget by LinkWithin