** Beautiful Life With U **

:: End Of The World ::

Da lama saya menantikan utk menonton filem "2012". Bagi saya filem ni sangat bagus ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagai gambaran apa yg bakal berlaku pada bumi kita suatu hari nanti. Saya salute pd pengarahnya yg begitu teliti & berpandangan jauh di dalam beliau menggarap jalan cerita serta kesan2 khas yg canggih mengikut fakta saintifik alam. Saya percaya akannya kiamat..begitu juga penganut agama lain terutama pengikut2 Kitab Injil yg percaya dunia ni akan hancur bila tiba waktunya. Dlm filem ini, mengikut kajian saintis mereka satu letupan solar telah berlaku & ini menandakan sesuatu yg buruk bakal berlaku. Pada waktu itu keadaan suhu kerak bumi semakin meningkat sehingga menyebabkan tasik menjadi kering kontang, keluarnya asap drp perut bumi, larva semakin aktif dan air di dlm perut bumi sedang menggelegak panas. Saintis mereka telah menemui data2 ni sejak tahun 2009 dan mereka telah mengandaikan akan berlakunya disaster yg dasyat pd 21.12.2012.

Bermulanya detik itu, pihak kerajaan US & semua ketua2 negara yg lain telah merahsiakan perkara itu drp rakyat mereka (spy rakyat xcemas & keadaan xmenjadi huru-hara) serta mereka telah membuat satu kenderaan hebat utk menyelamatkan mereka secara rahsia di China. Di akhir kisah ni, sepertinya kisah Nabi Nuh yg belayar dgn bahtera besar menyelamatkan umatnya drp bah besar. Trully saya menangis di saat bumi terbelah, bangunan2 tggi berderai, gunung berapi yg meletup & dihujani dgn abu serta yg plg dasyat ialah tsunami yg tggi setggi gunung everest. Sungguh dasyat korang bayangkanlaa..saya menangis bkn apa psl nmpk real dan takut seolah2 saya berada disitu utk menyelamatkan diri saya. Ia juga turut menceritakan sebuah keluarga yg ingin survive drp ini semua. Bagi sesapa yg menghayati cerita ni mgkn akan timbul satu kesedaran & keinsafan diri. Tp mgkn ada yg ckp cerita ni boring..tgklaa bergantung pd apa yg ingin dicari oleh seseorg semasa menonton filem ni.

Tapi filem ni ada yg xlogiknya juga..psl apa? setahu kita apabila berlakunya kiamat tidak akan ada sesapa yg dpt hidup. Dan tiada sesapapun yg akan tahu bila ianya akan berlaku dan pd ketika itu kita x akan sempat utk berjumpa ahli keluarga serta memohon ampun dsb. Tapi kita harus yakin bahawa bumi kita telah lama hidup dan tanda2 ke arah itu kita sudah nampak..nauzubillah.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin