** Beautiful Life With U **

:: Kek Lobak @ Carrot Cake ::

Da lama saya plan nak blajo buat kek ni..psl arituh ada jamuan disekolah terbekenan plak saya kat kek ni. Sebelum ni xpernah plak saya mkn..skali rs nak lg. Ntah bapa kali saya amik kek tuh siap bawa balik kasi abg rs lg. Abg pun ckp kek tu sodap..yg menyebabkan ianya sedap..psl rsnya yg crunchy dgn adanya kacang pecan/walnut, plak tuh disaluti dgn creamcheese & ditaburi parutan carrot diatasnya. So arini ni saya try buat..n alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. Dapatlaa saya bawa kek ni blk ke penang gak. Nampaknya da 3 jenis kuih dpt saya siapkan utk raya haji kalini. Nak buat kek ni agak leceh gak psl byk bahan yg perlu digunakan & kosnya boleh tahan gak. Mmg kalo nk senang beli ja..1 kg dlm rm 40 kat kl ni. Tapi kalo buat sendiri tuh..kita rs kepuasan dan kenikmatannya.

Carrot Cake

Bahan-bahannya :
1. 100g kekcg walnut @ pecan (dibakar)

2. 250g lobak (diparut halus)

******(diayak)*****************

3. 280g tpg gandum

4. 1 1/2 sudu baking powder

5. 1 sudu soda bikarbonat
6. 1/2 sudu kecil garam

******************************

~~~~~~(diputar)~~~~~~~~~~~

7. 4 biji telur saiz besar/ 6 biji telur saiz kecil

8. 250g gula halus

9. 240ml minyak jagung

10. 2 sudu esen vanilla

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara-caranya :

1. telur dipukul sehingga kembang & masukkan gula halus

2. pukul lg sehingga adunan menjadi pekat & keputihan

3. kemudian masukkan pula minyak & esen smpi sebati

4. selepas itu dimasukkan semua bahan yg tlh diayak sedikit demi sedikit

5. Akhir sekali barulah dimasukkan carrot yg tlh diparut bersama2 walnut yg telah dicincang kasar

6.
Adunan mmg akan menjadi pekat ( dlm fasa ni adunan saya juga menjadi berat psl saya letak terlalu byk carrot..psl sy suka mkn carrot )
7. Panasakan oven 180 darjah & bolehlah dibakar selama 45 minit - 1 jam
7. Setelah siap dimasak bolelaa disejukkan sebentar

++++++++++++++++++++++++++++
Cream Cheese Frosting

++++++++++++++++++++++++++++

- krim keju Philadelphia, gula & esen diputar (sukatan mengikut citarasa)
- setelah gebu & kek juga telah sejuk. Bolelah disalut dgn krim ini atau kek diptg 2 lapisan utk diletakkan sebagai inti.

- Akhir skali taburkan carrot atau apa jua decoration di atasnya


Nota : Kek ni mmg lembut & moist even letak di dalam peti ais juga masih moist. Percubaan pertama mmg tidak merugikan.

Wah akhirnya siap 3 jenis kuih utk dibawa balik ke penang..utk mak di johor pun saya da pek kan utk nurul bw balik. Huh now aktiviti kemas umah laa plak.." Selamat Hari Raya Haji" kepada semua kengkawan..yg nk blk ke kg hati2 dijalan raya terutama di musim hujan ni.

2 comments:

kek yang moist2 ni memang aku suka...tapi tahap suka makan jer....suka 'nak buat' tu kene ikut angin ler...thanks 4 sharing the recipe

heheh..bkn ko ja suka aku pun suka.

Blog Widget by LinkWithin