:: Sentiasa Di Hati ::
Sudah hampir 5 tahun mereka meninggalkan kami sekeluarga. Tetiba rasa sayu dan rindu dihatini mengingati mereka..terdetik rsnya nak menziarahi mereka. Rasa cam lama xjenguk..lgpun nilaa 1st time abg nk jumpa mereka. Selalunya saya ikut abah atau adik saya ja. Hari minggu harituh..dipanas yg terik gak kami pi ke destinasi kami. Berpeluh-peluh gak laa cari mana satu makamnya..lupa plak kat mana..da laa tempat tu luas. Akhirnya kami jumpa gak...seperti biasa air mata membasahi pipi saya disaat melihat makam adik-adikku. Seperti baru sahaja kejadian tu berlaku..saya membersihkan makamnya dan sedekahkan Al-fatihah untuknya. Perkuburan di kg melayu subang ni terjaga elok dan rapi oleh AJK2nya. Saya gak mewakili ahli keluarga di kg untuk mengirim sayang rindu pada mereka. Sejak mak da menetap di kg, sayalaa yang telah diamanahkan utk menjaga & menziarahi makam mereka..Kalo tibanya hari raya kami mmg tidak berkesempatan menjenguk mereka. Hanya doa shj yang mengiringi mereka.
Kembali ke zaman 2004..pd bulan April kami sekeluarga terkejut dan gembira apabila mak bgtau yg kami bakal dpt adik bukan satu malah dua. Wah mmg sgt teruja dan xsabo menantikan kehadiran mereka yg dijangka lahir pd bln Okt 2004. Nilaa ahli keluarga kembar (identical twin- kembar seiras) pertama kami. Tidak pernah terlintas dlm fikiran saya, yg saya akan mempunyai adik kembar satu anugerah yg kami sekeluarga amat syukuri. Tapi itula dia kekuasaan Allah..Allah lebih menyayangi mereka. Selang sehari daripada beday abah, iaitu pada 8/6/04..mak mengalami kesakitan spt hendak bersalin...doktor di PPUM gak terkejut kerna belum lg sampai duenya. Walaupun begitu adik kembarku selamat dilahirkan. Tapi pihak doktor tidak dapat berbuat apa2 untuk selamatkan mereka kerana organ2nya masih belum dpt berfungsi dgn baik malah keadaan mereka yg terlalu kecil hanya 1kg lbh menyukarkan utk menyalurkan sistem pernafasan ke badan mereka. Pada ketika tu kami pasrah. Dan apa yg menyebabkan saya terkilan...saya tidak berada ketika kejadian tu berlaku dan lbh malang lg saya tidak dpt melihat & memegang mereka. Drp cerita adik2 saya, mereka seperti patung..jelas kelihatan urat dan salur darah mereka. Mereka bergerak2 lemah dan tangisannya sayu spt x kedengaran. Mak sempat mencium mereka..sayang rsnya membiarkan mereka pergi. Mungkin mereka sayangkan mak..tidak mahu mak membahayakan diri yg ketika tu usia mak 43 tahun..ada mslh darah tggi..tidak memungkinkan mak meneruskan kehamilan itu. Mak berada di samping mereka hinggala di saat akhir degupan jantungnya..kira2 8 jam shj jangka hayatnya.
Di saat mereka dikebumikan pun saya tiada disitu..saya lambat mengetahui berita tu kerna mak tidak mahu kerja2 saya terganggu. Mereka dimakamkan didalam satu kubur. Mak telah menamakan mereka dgn nama isteri-isteri mulia Nabi iaitu "Siti Aisyah" & "Siti Khadijah" . Semoga mereka bahagia di atas sana didalam syurgamu Ya Allah. Kelak merekala yg akan membantu kedua orang tuaku di akhirat kelak.
Dik Syah & Dik Jah..
Sentiasa Dalam Ingatan
Sentiasa Di Hati Kami
Al-Fatihah....
0 comments:
Post a Comment