** Beautiful Life With U **

:: Kuih Pau ::

Ermm arini saya fikir nk buat kuih pau da lama saya x buat bole buat sarapan dan minum ptg abg. Ingatkan nk try buat kuih pau cam kat kedai tuh pakai tepung hong kong tapi mmg ssh nk cari tepung tuh kat kedai laa ni, psl tpg ni halus sgt teksturnya dan xtahan lama utk dibuat stok kat kat kedai. Tepung ni senang ada kutu beras tuh kalo simpan lama..tu yg jarang kedai amik tepung ni.Takpalaa terpaksalaa saya guna tepung pau blue key tuh ok gak cuma dia x jd gebulaa permukaan cuma cam licin/gebu skit jaa.Abg plak ckp dia xnk inti manis dia ckp buat daging ka..psl sblm ni saya buat inti kacang merah..abg ni mmg xsuka manis...kalo buat milo pun susunya skit ja..xbapa mkn coklat n aiskrim..tapi isterinya plak terbalik suka bangat coklat(Cardbury) n aiskrim(Mc'D).

Saya pi psr subang tmpt yg slalu abg beli ikan kat situ, mahal gak daging..saya amik daging yg xda lemak sekilo rm17. Pada yg nk mencuba bolelaa cuba..pau ni kena mkn panas baru sedap n lembut. kalo da sejuk kureng psl tuh kat kedai dia masukkan dlm tpmt kukus bambu n ketuhar jaa. Org nk beli baru kuarkan. So saya plak xkan nk buat gitu abis gak elektrik time nk mkn kukus jaa sat bg panas.

Resepi Pau (16-20 biji)

Intinya: Saya buat daging black pepper (rsnya semua org tau buat kot), kalo bole dicampurkan dgn kentang skit baru nmpk cam byk skit intinya kalo nk guna daging jaa byk lak kosnya.
Bole gak digantikan dengan inti kacang merah, jagung, coklat,kelapa, kari ayam & etc

Bahan-bahannya:

1. 500gm tpg pau (blue key/hong kong)
2. 1/2 sudu baking powder
3. 1/2 sudu garam
4. 2 sudu yis serbuk (mauripan)
5. 2 sudu shortening (lemak sayuran)
6. *air suam agak2
7. 1 sudu dough softener atau emplex (optional)
8. daun pisang secukupnya

Cara-caranya:

-Masukkan semua bahan kecuali yis. Gaulkan smpi sebati dan barula dimasukkan yis (yis tidak boleh terkena garam kerna pengaktifannya akan terbantut).
-Masukkan air suam (air suam digunakan utk mempercepatkan proses perkembangan doh n yis aktif). Gaul sehingga doh lembut dan kenyal.
-Jika doh sudah x melekat pd tgn tp doh nya still xbapa lembut. Tambahkan air lg. Jgn khuatir jika doh lembik uli dan uli smpi ianya x melekat pd tgn.
-Perapkan doh selama 1/2 - 1 jam sehingga doh naik 2-3x ganda (perap di kaw. tertutup)
-Selepas itu, tumbuk doh dan uli kembali utk buang anginnya. Bulatkan kecil2 dan masukkan inti.
-Biarkan seketika utk dia naik sedikit sblm dikukus.
-Susun 6 biji pau shj di dlm loyang kukusan biasa, ini kerna pau akan kembang apabila dikukus dan nanti ianya akan melekat antara satu sama yg lain.

Tips: Jgn letak unsur-unsur kekuningan pada adunan ni contohnya butter,minyak, telur atau ovalet ni kerna paunya nanti x cantik,x nmpk putih gebu serta warnanya akn kekuningan sbb itulaa saya gunakan shortening cam butter gak. Shortening lbh sesuai digunakan bkn shj pau tetapi gak pada donut dan roti bg menggantikan butter. ianya putih dan lembut pada adunan.

2 comments:

kalau buat byk2 leh sejuk bekukan ke farah?Nak makan baru amik kukus...

xtau lak syah bole bekukan kaa x?aku x pernah buat lak kiranya ko tny aku cam pau segera kat kedai tu kaa..aku setiap kali buat arini esok da abis. Tp kalo ko nk try bole ja..tp ko kena kukus gak paunya dlm 2 minit sat ja..lps tuh baru bekukan (better mskkan dlm plastik sblm dibekukan).Kalo nk mkn biarkan seketika paunya dlm suhu bilik baru bole dikukus..itupun pastikan kukusan da betul2 mendidih.

Blog Widget by LinkWithin