** Beautiful Life With U **

:: Petua Kesihatan ::

Di sini saya nak berkongsi petua kesihatan pada anda semua..saya yakin pada masa kini org sanggup menghabiskan wang puluhan atau ratusan ringgit untuk kekal sihat dan cantik. Lebih2 lagi di dalam cara kehidupan masa kini serta persekitaran dan amalan yg tidak sihat mengundang pelbagai penyakit di dalam usia yang muda. Kajian juga menunjukkan manusia pada masa kini mengalami jangka hayat hidup yang pendek.Faktor-faktor yang mengundang kepada semua ini adalah gaya pemakanan, persekitaran yg kurang bersih, bahan kimia, merokok & etc.

Oleh kerna memikirkan ini semualaa saya juga mula mengamalkan petua tradisional cam org dolu2. Kalo ikutkan semua produk kesihatan yg ada kat Malaysia ni saya nk try bila tgk testimoni org. Tapi itu semua bergantung pada kesesuaian individu ada yang berkesan, ada yg x berkesan ada yg lmbt berkesan. Saya ubat xda pantang x kisah ubat tuh pahit kaa saya bole gagahkan diri utk telan.Tgk plak pd cara kita berdisiplin mengambil ubat2 tuh. Tapi yerlaa ubat2 masa kini mgkn xbp pure psl da campur dgn mcm2 jenis kimia, pewarna & etc. Mgkn x semualaa..tapi risau gak bila fikir2kan. Abg pun xbapa galakkan kalo ubat2 yg was2 msk dlm badan (internal) kalo external msh ok lg.

Lagipun kalo nk jimat apa salahnya kita try buat sendiri. Skang ni pun saya amalkan minum air kunyit+halia. Mungkin semua org pun tau kelebihan kunyit dan halia ni. Setiap kali saya buat saya ambil sebesar satu ibu jari halia n kunyit tanpa dikupas kulitnya hanya basuh dan terus blender dgn 1 liter air. Rebus smpi mendidih. Di galakkan minum suam2 untuk 1 cawan setiap hari. Xboleh minum byk sgt nanti sapa yg xtahan panas lak. 1 liter tuh tahan utk 4 hari so setiap kali nk minum saya hanya panaskan ja. Rasanya oklaa skit psl bkn kunyit semata2 cmpr ngan halia rs berangin pun ada. Nak dicampurkan dgn madu pun lbh baik.


Kalo waktu2 petang tuh saya suka minum chinese tea..teh cina ni pun byk jenis nya..tapi kalo nk minum jgn letak gula nanti kurang khasiatnya. Ada green tea, red tea, black tea, white tea, yellow tea. Teh ni ada agen antioksida mmg sesuai utk hindari kanser, kawal blood circle, kolestrol..yg ptg kena rajin minum kalo ikutkan sehari tuh 4x laa kena minum tapi saya minum sekali ja sehari tp gelas besarlaa..Harga teh cina ni pun ada mahal n murah..kalo yg ssh nk minum bole ambil yg ada aroma bunga cam teh cina aroma jasmine @ chrysanthemum kaa..Saya selalu beli teh cina ni kat kedai ubatan cina kat kg. melayu subang. Biasanya org kita ambil jenis Tikuanyin tea..kalo yg nk kurus biasa amalkan Oolong Tea. Tapi saya pilih teh yg plg pahit Jiaogulan Tea. Mmg pahitlaa smpi da abis minum pun msh terasa..tp lps tuh bila kita minum air masak dia akn dpt rs manisnya. Tapi kalo yg baru2 nk mencuba ambil yg biasa punya jaa satu saket 0.50 @ 0.60.Biasanya dijual dlm uncang atau serbuk (Kasar2 bila rendam panas nmpk satu2 daunnya). Yang bentuk cam pinggan pun ada kalo nk minum tggl kepakkan n rebus(ni mahallaa puluh2, ratus2 pun ada).

Lps tuh kalo waktuh mlm saya suka buat air limau nipis. Ni kalo blk kg saya amik free ja kat kebun mak saya besar2 lak buahnya x mcm kat kedai. Kalo nak tahan lama buahnya petik skali dgn tangkai n daunnya. Normally saya buat satu gelas dgn 2 biji limau bsr tuh n letak kulit skali pun bole tp rs pahit skitlaa..minum time suam2 kalo bole jgn taruk gulaa..kalo x biasa letak skit jalaa..Seperti biasalaa limau ni pun bole buang lemak utk sesapa yg nk kurus. Byk lg khasiatnya nak tulis mmg pjg plaklaa nanti.

Tapi ubat2 tradisional ni kesannya lambat skit tapi jika kita istiqamah buat n berterusan insya-Allah segala penyakit bole dihindari n dikawal. Tidak seperti ubat di kedai mgkn kesannya cepat tapi x berkekalan. Apa2pun renung2kanlaa apa yg terbaik utk kesihatan kita. Ada sapa2 yang nk kongsi petua lg ka?? :)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin