** Beautiful Life With U **

Showing posts with label Drama/movie. Show all posts
Showing posts with label Drama/movie. Show all posts

:: Ketika Cinta Bertasbih ::

Kalini saya nk cita psl satu filem Indon yg best bangat...actuallynya film ni drp thn lps..nak tgk2 xtertgk pun. Last2 arituh blk penang dipaksa gak oleh adik ipaq utk tonton cita ni smpi kul 2pg gitu. Hhuhuh mmg berbaloi2..xrugi saya tgk cita ni..jln cita yg best, menarik..yg penting islamic. Barisan pelakon filem2 ini adalah drp program realiti khas utk cari pelakon yg pandai berbahasa arab dgn fasih.

Saya mmg syorkan kpd kawan2 utk tonton cita ni...cita ni asalnya drp novel terhangat. Kalo nk baca novel dia jugak ok lg terperinci. Saya bagi rating 5 bintanglaa. Rs nk ulang dan ulang lg tgk..xpuas..dia ada part 1 & part 2..rs2 nk srh ja director & penerbit smbg lg part 3 dan seterusnya hahhaha.

Read More......

:: End Of The World ::

Da lama saya menantikan utk menonton filem "2012". Bagi saya filem ni sangat bagus ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagai gambaran apa yg bakal berlaku pada bumi kita suatu hari nanti. Saya salute pd pengarahnya yg begitu teliti & berpandangan jauh di dalam beliau menggarap jalan cerita serta kesan2 khas yg canggih mengikut fakta saintifik alam. Saya percaya akannya kiamat..begitu juga penganut agama lain terutama pengikut2 Kitab Injil yg percaya dunia ni akan hancur bila tiba waktunya. Dlm filem ini, mengikut kajian saintis mereka satu letupan solar telah berlaku & ini menandakan sesuatu yg buruk bakal berlaku. Pada waktu itu keadaan suhu kerak bumi semakin meningkat sehingga menyebabkan tasik menjadi kering kontang, keluarnya asap drp perut bumi, larva semakin aktif dan air di dlm perut bumi sedang menggelegak panas. Saintis mereka telah menemui data2 ni sejak tahun 2009 dan mereka telah mengandaikan akan berlakunya disaster yg dasyat pd 21.12.2012.

Bermulanya detik itu, pihak kerajaan US & semua ketua2 negara yg lain telah merahsiakan perkara itu drp rakyat mereka (spy rakyat xcemas & keadaan xmenjadi huru-hara) serta mereka telah membuat satu kenderaan hebat utk menyelamatkan mereka secara rahsia di China. Di akhir kisah ni, sepertinya kisah Nabi Nuh yg belayar dgn bahtera besar menyelamatkan umatnya drp bah besar. Trully saya menangis di saat bumi terbelah, bangunan2 tggi berderai, gunung berapi yg meletup & dihujani dgn abu serta yg plg dasyat ialah tsunami yg tggi setggi gunung everest. Sungguh dasyat korang bayangkanlaa..saya menangis bkn apa psl nmpk real dan takut seolah2 saya berada disitu utk menyelamatkan diri saya. Ia juga turut menceritakan sebuah keluarga yg ingin survive drp ini semua. Bagi sesapa yg menghayati cerita ni mgkn akan timbul satu kesedaran & keinsafan diri. Tp mgkn ada yg ckp cerita ni boring..tgklaa bergantung pd apa yg ingin dicari oleh seseorg semasa menonton filem ni.

Tapi filem ni ada yg xlogiknya juga..psl apa? setahu kita apabila berlakunya kiamat tidak akan ada sesapa yg dpt hidup. Dan tiada sesapapun yg akan tahu bila ianya akan berlaku dan pd ketika itu kita x akan sempat utk berjumpa ahli keluarga serta memohon ampun dsb. Tapi kita harus yakin bahawa bumi kita telah lama hidup dan tanda2 ke arah itu kita sudah nampak..nauzubillah.

Read More......

:: Papadom - Wajib Tayang ::

Da lama xberblog, skang ni tgh sibuk dgn training sukan n peksa akhir tahun. So arini rehatkan minda n badan jap. Plan nk tgk wayang psl kawan saya si Hera tu asyik dok sebut ja cita papadom tu best. Lagipun harini Rabu, tiket half price RM6 so oklaa layan laa gak cita melayu ni. Kebetulan hari ni tgk ada pelancaran tayangan perdana filem 'Pisau Cukur', byklaa artis2 yang kami jumpa kat Cineleisure ni. Okla berbalik pada cita ni mmg best dan sesuai ditonton oleh kaum lelaki terutamanya kepada bapa2. Pengarahnya afdlin for surela x lekang dgn unsur lawaknya cita ni..siap ada nyanyi2 lagi. Baru permulaan citapun org dlm panggung tuh da terbahak2 dok gelak. Di akhir citanya plak sedih..org cengeng cam saya ni nangis gak laa..(hahah malu eden). Tapi mmg very touching psl ada unsur family kan surelaa saya sedih. Patutla filem ni byk menang award walaupun belum ditayangkan lagi sebelum tu. Filem ni digarap oleh afdlin dengan teliti n xboring..satu yg harus dibanggkan psl dia ada bawa unsur muhibah 1 malaysia. Moral of the value gak tinggi kira cita ni still ada maksud yang mendalam utk disampaikan pd semua org. Apa yang saya dapat drp filem ni..kasih sayang & perhatian adalah penting berbanding dgn kesenangan serta kebanyakkan kaum lelaki tidak dapat meluahkan perasaan mereka melalui kata2 tetapi hanya dizahirkan melalui fizikal/perbuatan.

Read More......

:: Ice Age 3 - Dawn Of The Dinosaurs 3D ::



Semlm pi tgk cita kartun ni..psl da janji dgn nurul nak tgk cita kartun drp movie Alien vs Monster aritu. Semlm saya ada kelapangan, lgpun abg blk kerja lewat smpi mlm..tu yg ajak nurul pi menonton. Actuallynya saya xpernah pun mengikuti sangat cita Ice Age 1 smpi 2..tupun just tgk skit2 jaa. Kali ni terpanggil plak nk tgk psl kat Cineleisure tuh ada 3D movie. Tu yg berkobar2 tuh excitednya..nk taulaa camna experiencenya, syok atau xsyok. Dulu kat genting pernah laa pi masuk 3D cinema under indoor game..xpuas rsnya cuma 5 minit ja. Mmg xberbaloi..tp mmg bestlaa siap tmpt duduk tuh bergerak2. So kalini saya ingatkan tmpt duduknya pun bergerak2 laa..pasti adventure tgk movie ni hehhehe. Siap terbayang2 kat movie Ice Age ni kan byk adegan tupai meluncur tuh..mesti kita pun turut meluncur2 hehehhe (tp tmpt duduk kat Cineleisure tu xda pun bole bergerak2).

Seperti biasa beli tiket time ari weekdays ni xdalaa ramai makhluknya. Tapi terkejut gak tgk harga tiketnya rm 17.00 seorg mak ai. Tiket rm 12.00 campur goggle 3D rm 5.00. So far experience kat dlm hall tuh ok laa psl xbyk sgt adegan2 yg masyuk utk di 3D kan kecuali movie 'Cloudy with a chance of Meat Balls'. Psl time iklannya mak ai..nmpk betol gambo burger2nya tgh jatuh atas kita hehhehe..(hai jakun gak saya ni ;p). Walaubagaimanapun jalan cerita Ice Age ni mmg kelakar dengan watak2 binatang dlm tuh..bergema hall tuh dengan gelak ketawa kitaorg penonton semua. Mmg kelakarlaa psl byk gak saya asyik tergelak jaa kejanya. Nak2 tgk ngan adik saya makin menjadi2 laa gelaknya huhuhuh. Lucu tgk gelagat mereka..walaupun xda subtitile still bole mencuit hati (maksudnya dgn gaya n cara percakapan karakter).

Sinopsis : Manny & Ellie xlama lagi akan menantikan kelahiran anak yg bakal tiba. Semua binatang2 di ice age happy terutama kawan2nya Sid, Diego, Crash & Eddie. Pada suatu hari Sid telah menjumpai 3 biji telur dinosaurs di dunia bawah Ice Age. Dia telah bertekad utk mempunyai keluarga dan akan menjaga anak2 dino tu. Sehinggala ibu dino dtg ke Ice Age utk mengambil semula anak-anaknya bersama2 dgn Sid. Dari saat itulah bermulanya ekspedisi mencari dan menyelamatkan Sid. Alangkah terperanjatnya mereka bahawa ada hidupan lain di bawah Ice Age..dan mereka telah dibantu oleh Buck yang telah lama menetap disitu. Bermacam2 perkara berlaku ketika mereka berada disitu sehinggakan diganggu oleh satu makhluk gergasi yg ganas & plg besar. Manakala Scrat masih lagi mengejar makanannya dlm pelbagai situasi diharungi serta Scrat bertemu dgn kekasih hatinya Scratte. Adakah Scrat akan melupakan makanannya itu demi Scratte? Dapatkah mereka semua menyelamatkan Sid dan lari daripada gangguan makhluk gergasi itu? Adakah Ellie beranak disitu dan selamatkah Ellie? Dapatkah mereka kembali semula ke dunia mereka? Marilah mencari jawapannya dan bergelak ketawa dengannya dlm hanya Ice Age 3

Read More......

:: Transformer 2 : Revenge of The Fallen ::



Akhirnya penantian saya dan abg berakhir gak..punyalaa nk tgk cita ni punya psl, abis ja kelas kul 12 terus saya pi beli tiket. Huh time tuh pun tayangan kul 8-11.30 mlm full tggl baris depan ja. Nak xnk alang2 da pi..saya beli gak tiket kul 12.15 a.m. Mmg penangan dan aura cita ni menyebabkan cinema ni pun bukak smpi 8 hall utk sesion 12.15 a.m. Saya pun pilih couple seat..besar skit n luas oklaaa cuma harga dia mahal skit..kesian nurul terpaksa split tmpt dok dgn kitaorg hehhehe. Nak dijadikan cita..ari sabtu saya ada kelas ganti sempena cuti raya puasa nanti (sempat lg nk tgk wayang..da laa abis kul 3 lbh pagi ;p). So disebabkan tayangan tu kul 12 lbh saya pun tidolaa dulu..tup2 ja nk dekat kul 12 lbh nurul da menjerit pggl saya..ckp nak pi kaa x? Punyalaa saya kalut..abg pun tertido gak rupanya..hai sempat kaa smpi sblm kul 12.15.

Sesampainya kat cinema tu..mak ai xpernah saya tgk jam siap beratur pjg nk msk hall. Nasib baiklaa dia xtayangkan lg movie tuh..disebabkan nk tggu org lg dlm kul 1 gaklaa baru ditayangkan. Mmg saya ckp best  betul cita ni..saya salute laa pengarahnya michael bay..seorg pengarah yg inovatif, kreatif & berimaginasi tinggi. Rasa2 cam nk tgk balik ja..ada sense of humour, sedih, exciting..mcm2 lg perasaanlaa. Penggunaan cgi yg semakin canggih dgn penambahan robot-robot baru.

Sinopsis : Selama 2 tahun, autobot bekerjasama dgn pertahanan US utk menentang saki baki decepticon yg dipanggil NEST. Decepticon ingin kembali mencari serpihan all spark kiub yg tertinggal bg menghidupkan kembali megatron yg terkubur di dasar laut. Mengikut sejarah, makhluk robot ini telah lama smpi ke bumi pd 17 ribu SM utk mencari dan menghasilkan tenaga baru energon. Satu mesin energon telah dibina dan salah seorg prime 'the fallen' ingin menguasai dan menakhluki bumi dengan memusnahkan makhluk bumi. 7 primes yg lain tidak bersetuju maka mereka telah bergabung menyembunyikan the matrix yg merupakan kunci utk menghidupkan mesin yg boleh mengambil kuasa matahari. Mereka dan mesin itu telah tertanam di kawasan egypt. 
Sam yg ketika itu sibuk utk masuk ke kolej, dengan xsengaja terkena sentuhan serpihan kiub yg msh tertinggal di baju lamanya sewaktu menyelamatkan Optimus. Dari saat itu dia bisa melihat kod-kod misteri Cybertronian kuno dan cuba mencari maksud disebalik simbol2 itu. Optimus Prime dan Autobots yg lain cuba melindungi Sam krn Decepticon cuba mendptkan rahsia kod yg merupakan petunjuk kpd mesin energon & kuncinya. Pada ketika itu, optimus prime mati gara-gara bertarung menyelamatkan Sam. Ketua Megatron iaitu Prime the Fallen bangkit drp tmptnya & kembali ke bumi. Mengikut sejarah hanya Optimus Prime sahaja yg boleh menghapuskannya. Mampukah Sam mencari the matrix(kunci) dgn simbol2 yg bermain di mindanya? Dapatkah The Fallen dimusnahkan dan bagaimana? Adakah seorang prime lg akan muncul?..Saksikanlaa mmg berbaloi & puas hati

Saya rasa x sabo nak tggu sambungannya 'transformer 3' kerana starscream & megatron masih hidup serta menghilangkan diri. Lastly saya bg 5 bintang.

Read More......

:: Ketulusan Hati ::


Ketulusan Hati - Marshanda

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmatmu untukku
Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah



Saya mmg suka sgt lagu ni..bkn ketulusan hati lagu anuar zain tau. Lagu ni sesuai dgn tema utk sinetron aqso & madina. Penyanyi lagu ni marshanda merupakan heroin dlm cita ni iaitu sbg Madina. Manakala Dude Harlino sbg Aqso. Saya suka tgk sinetron indon drp senimart production..byk cita2 yg berunsurkan keagamaan.

Ok cita psl laguni..sedih & sayu bila dgr. Bila saya nyanyi cam saya pun turut berdoa pada Allah. Bait-bait dlm lirik ni serta melodinya cukup menginsafkan.

Read More......

:: Terminator Salvation ::


Akhirnya yg dinanti sudah tiba hehhe..bkn penantian saya tp abg. Da lama abg tunggu nak tgk cita ni... Abg mmg penggemar filem/cerita saintifik, fiksyen & national geografic. Cita2 yg tangkap jiwang leleh..merapu xlogik jgn harap abg nk layan..lg2 tgk cita seram yg hantunya kita bole gelak hahahhah. Cita terminator berepisod "Terminator: The Sarah Connor Chronicles" tu pun abg da tgk abis musim keduanya walaupun belum ditayangkan kat tv lg..sanggup download guna torrent psl xsabo nk tgk cita tuh smpi abis. Samalaa cam cita heroes siap buat collection.

Nak komen psl filem Terminator 4 ni, so far drp segi teknologi, teknik cgi, letupan, robot mmg bleh dibanggakan & byk peningkatan drp filem sequel sblmnya. Tp jalan citanya kurang menyengat..bg saya ok lg terminator 3: Rise of the machine diikuti dgn kedua & pertama. Memula tgk tuh cam serabut & blur skit nk tangkap jln citanya & last2 part tuh ada touching moment skit. Satu perkara yg saya dpt drp filem ni kira taglinenya.."everyone have their 2nd chance"

Terminator History :
1 - Terminator (1984) director by James Cameron
2 - Terminator 2 : Judgement Day (1991) director by James Cameron
3 - Terminator 3 : Rise Of The Machines (2003) director by Jonathan Mostow
4 - Terminator 4 : Salvation (2009) director by McG


Sinopsis :
Dlm thn 2018, John Connor merupakan seorang penyelamat bumi drp dunia cyborg. Peperangan antara manusia dan mesin bermula. John Connor telah dibantu oleh seorg cyborg Marcus Wright yg mempercayai dirinya adalah manusia mula mencari misteri & identiti dirinya sendiri. Dlm usaha John yg ingin memusnahkan jaringan Skynet yg telah mencipta robot baru T 800..dia cuba mencari ayahnya Kyle Reese yg merupakan salah seorg pejuang resistance. Adakah John dapat mencari ayahnya (dlm cita ni ayahnya masih remaja), adakah dia selamat drp cengkaman T-800, berjayakah dia musnahkan skynet & adakah dia selamat utk terus hidup..jawapannya tu hangpa semua kena tgklaa yaa!!!


Official website for terminator salvation

Read More......

:: Syurga Cinta ::


Arini saya n nurul pi tgk citani..da lama nk tgk sejak tgk gazet dia kat tv cam syok ja..abg xikut psl dia xlayan filem melayu apatah lg drama melayu hehhe. Saya ni kalo ikutkan malas gak nk layan filem melayu bkn pa..tgk dianya iklan cam syok ja tp bila time tgk tuh hampeh..rs nyesal ja tgk. Da byk kali gitu. Tapi kalini saya terpanggil utk tgk filem ni..mgkn dia ada ciri2 islamic..lgpun saya suka heliza AF5 n haziq tuh..awal2 lg saya da beli tiket takut dpt tmpt duduk depan..lgpun arini 1st openingnya takut ramai plak org. Tp bila pi xdalaa penuhpun mgkn arini weekdays kot.

So far citanya ok & penuh pengisian..mgkn sedikit mendatar psl ni cita ttg kesedaran bkn filem aksi @ komedi..tp ada bab kelakar gak dgn keletah haziq..comel sgt dia..heliza pun 1st time berlakon..masih boleh diberi peluang lg. Ada part2 sedih bila time keinsafan drp aktor awal. Tapi saya masih boleh kontrol. Mmg sesuai utk mereka yg dlm percintaan atau baru terjebak ke dunia percintaan. Apa yg saya dpt dlm cita ni..jodoh ada 3 jenis. Jodoh syaitan, Jodoh jin & jodoh Allah..nk tau apa dia tu kenalaa tonton sendiri ;p.


Sinopsis :

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.


Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.

Read More......

:: Sinetron Indon ::

"Sayang..aku amat butuh kamu di sisi. Aku bukan ngacok benaran ni..Kapan sih kamu mau ngomong sama aku jgn bikin aku penasaran dong".

Haaha nilaa di antara ayat2 atau bahasa indon yg selalu atau bisa didengarin dlm sinetron indon. Errmm sejak kapan yaa saya mula minat cita kaya gini..nila kalo x bukan adik-adik sayalaa. Lagipun sejak da dok umah apa lagi rajin gak saya layan cita indon. Memula saya tgk sinetron "Hikmah" daripada musim 1-3. Selepas tuh cita "Liontin"," Anakku Bukan Anankku", " Isteri Untuk Suamiku" byk lagilaa tp nilaa di antara yang syok bangat. And the latest one lum abis lagi sinetron "Intan". Rasanya skang baru episod 183 lambat lg nk tggu cita ni abis smpi 249 episod rasanya kalo x salah laa.Sinetron Intan ni ditayangkan di Astro Prima 105 jam 11 mlm setiap Isnin - Jumaat. Ulangan setiap hari Isnin - Jumaat pkl 4 ptg. Tapi kalo saya xdpt tgk ada hal kaa ada insan yg baik hati tlg uploadkan kat youtube tuh.


Di antara pelakon indon yg best bangat lakonannya selain cun2

Skang ni kan Astro da buat saluran ttg sinetron indon saluran "Astro Aruna". Tetapi kekadang tuh ada gak kat Astro Prima @ Kirana. Kekadang tuh saya smpi berebut2 ngan abg nk ngelihat cita kitaorg. Hai cam bebudak lak rsnya tp skang abg berserah psl dia da tau isteri dia mmg hantu tgk cita indon dan semestinya hindustan gak.

Napa yaa saya suka tgk cita indon sejak dua menjak ni..mgkn da xda keja kot, atau maybe saya ni ada darah jawa kot tuh yg bole layan habis cita ni hahah. Tapi kata org bosan cita lmbt habis ni yerlaa cita indon ni x sah kalo x smpi beratus episod. Tapi bagi saya lain plak..saya suka layan psl kisah atau jln kehidupannya real. Maksudnya bila masalah da selesai timbul masalah lain plak. Cam kehidupan kita skang ni x akan lari drp masalahkan?So setiap hari ternanti2 apa akan berlaku bagaimana cara mslhnya di hadapi dan diselesaikan. Actually tgk perspektif org di dalam mengambil sesuatu yg positif di dlm sesebuah cita. Skang ni pun kekdg saya terbawa2 ckp indon dgn abg smpi abg bilang " sorrylaa abg x paham not interested" sabo jalaa asyik mengenakan saya jaa..

Kekdg kalo boring tuh adik saya nurul mesti ajak saya tgk kat cineleisure tuh apa cita hindustan yg menarik..yerlaa abg x layan cita2 hindustan ni nasib baik ada nurul heheh. Harituh baru tgk cita "Rab ne bana di jodi" Ni yg terbaru filem "Billu Barber" bila nk tgk yaa?Kalo cita hindustan ni kalo saya nk tgk kena tau pelakonnya sapa kalo pelakon dolu2 atau pelakon baru sgt saya xmaulaa..kalo ada SRK atau Ajay Devgan kaa oklaa gak kan. :)

Read More......
Blog Widget by LinkWithin