Alhamdulillah sy telah melahirkan seorang putera yg sudah lama kami nanti-nantikan. Anak kami telah dilahirkan secara c-sect pada 03.02.2012 (20hb beday sy & 12hb beday abg), hari jumaat bersamaan 10 Rabiul Awal. Pada pukul 1.14pg...hr kelahiran putera kami sama dgn hari kelahiran abg iaitu pd hari Jumaat gak cuma abg masanya 1 lbh ptg gitu.
Memperkenalkan kehadiran org baru....
" HAFEEY BIN HILMI" (Yang Memuliakan)DOB:
3.2.2012 Time :
0114 amHari :
Jumaat (10 Rabiul Awal 1433 )Berat :
3.45 kgTempat :
Putra Medical Ctr, Bkt Rahman Putra, Sg. BulohPanjang :
51 cmLilit Kepala :
38 cm
Entry sy yg seterusnya, sy akan cerita pengalaman pertama saya untuk melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Insya-Allah
terima kasih pd mrk yg tlh mendoakan kami anak beranak
Read More......
Da lama planning..nk jln2 kat CH ni. tp da ujung thn ni abg asyik busy keja psl sibuk nk apply new system kat opisnya. Alhamdulillah...1 jan yg lps..termakbul juga hasrat di hati nk ke cameron highland. Ni kali ke-2 kami ke cn...dalam keadaan terbuyut2 da ckp bln pun masih ada hati nk jln2 lg. Bkn apa..hajat di hati nk mkn ais krim pop perisa strawberry yg berharga rm2 tu, selain drp nk mkn jagung mutiara n asparagus goreng. ais krim pop ni hanya ada kat CH ja dan jagung mutiara ni manis..bole di makan begitu shj tanpa dimsk psl mmg rsnya sedap. Tapi kena pastikan yg ori laa.
Kami pi xdirancang n pki redah ja. Hotel pun byk yg penuh psl mmg ramai yg bercuti di sana. Lagi plak mmg jam kat CH ni. So kami dok ja kat hotel murah yg ada (breakfast xdisediakan). Nama ja hotel murah byr mahal gak psl pi time peak season kan. Walaupun hotel ni mmg xda aircond n kipas..tp disebabkan cuaca di CH ni sejuk..kami still rs dok dlm aircond...sejukkkkkk. Kami xberjln kemana2 sgt..psl semua tmpt tu kami pernah kunjungi dulu. Kami just beli apa yg kami nk..n lg satu jeruk strawberry...mmg puas betullah sy mkn. Tp tang asparagus tu xda..mgkn bkn musim dia kot..yg ada kim ci. Ada gak jual oren madu (mmg manis sehingga kurang rs masamnya)..bsr betul buahnya..tp kami xbeli psl xteragak pun.
Fuhhh..puas betul berjln kali ni...cm bidan terjun ja plannya. Ingatkan nk pi dlm 7hb jan ni..time tu mgkn org da krg. Tapi disebabkan sy dok pk keadaan sy ni...takut terberanak ja kat sana nanti. Mana tahu kan....so da puas bercuti...harini da pun bermula sesi persekolahan. Smg Allah mempermudahkan segala urusan sy. Amin....
Maaf kali ni mmg xda capture gambo...psl sibuk dok pk nk beli brg heheheh
Read More......
Time2 cuti sekolah ni mmg ramai org buat majlis kenduri kendara..begitu juga dgn familyku. Baru2 ni 1st time dlm ahli keluargaku adik lelakiku bersunat. Dan ini merupakan pengalaman pertama bg ibu juga...yerlaa sblm2 ni semuanya perempuan. Mmg jakun ya rabbi kami ni..dok tny mcm2 soalan kat anas hahahah. So stlh adikku ni telah sihat kami telah mengadakan majlis kesyukuran sekaligus majlis khatam buatnya. Ibu juga bercadang utk jln sekaligus majlis doa selamat utkku. Alhamdulillah majlis doa selamat beserta bacaan yassin & tahlil telah berjalan dengan lancar and i'm very happy. Harapnya segalanya dipermudahkan memandangkan sy pun telah 8 bln..da xlama lg da.
Gambar sekitar majlis tersebut

Read More......
Uiikkss jgn terkejut bukan sy yg nk buka kedai heheheh. Ni sy nak cita psl adik sy yg ke-2, si Nurul ni..alhamdulillah impiannya tercapai nk ada kedai sendiri. Kedainya baru beroprasi sbln. Dulu sewaktu dia menetap dgn sy drp sy blm kahwin sehinggala sy da kawin di subang shah alam tuh...byk kenangan bersamanya. Dulu sy xkeja so dgn skill menjahit sy yg xdalaa terror sgt..sy membantu adik sy mencari tempahan baju. Adik sy ni pun da ada pengalaman hampir 8 tahun menjahit dibutik org. lps tuh cr income sendiri di rumah..mmg masyuk tp penat skitlaa kena membongkok duduk ja.
So skang ni dia da buka kedai di segamat..kat kg ni sewa kedai kat majlis bandaraya segamat..murah skit nk dibandingkan dgn kl. Bagus gaklaa dia blk ke kg..dpt tgk2kan mak di kg sambil membantu penduduk kg yg nk tempah baju. Tp harga upah di kg dgn di kl jauh berbeza..itupun adik sy dlm sebln akan 2 kali turun ke kl ambil tempahan dgn org yg da besa tempah dgnnya. Akak bangga dgn hang..eloklaa dia fokus dgn kerjaya ni psl tgh bujang lg..sok2 nanti da senang.
Cita psl adik...mak sy juga bisnes di kg sebagai peraih getah. Mak merupakan peraih wanita melayu pertama kat kg tuh..byknya cina ja. Mak pun da ada lesen lembaga getah Malaysia. sesapa yg nk tahu harga getah naik atau turun bolelaa tnya :). Sy ni xbapa hairanlaa kalo mak xreti dok diam krn org da biasa bisnes drp dulu. Mak pun tgh nk memperkembangkan bisnesnya membantu penduduk kg dgn nk beli lori. Lps ni mak bole upah org bw lori ke estet2. Sapa yg xbesa bau getah ni mgkn xtahan. Saya mmg dibesarkan dlm kuarga atuk nenek penoreh. Dulu kecik2 slalu tlg kopek beku atau buh cuka..tp menoreh xbp pandailaa.
Tgk mereka da ada bisnes n kedai sendiri..terasa plak bilalaa turn sy plak. InsyaAllah ada rezki sy pun teringin nk buka kedai gak...tp xtau bila. Terfikir gak xkan nk tggu smpi umur 60 br nk pencen..ingat nk berjinak2 kembali dgn dunia bisnes ni..tp tu semua perancangan. Allah juga yg maha mengetahui apa yg terbaik buat kita. Kat cn akak doakan nurul & mak sukses slalu. Amin.
Read More......

Rasanya masih belum terlambat utk sy wish Selamat Hari Raya..mohon maaf dipinta jika ada salah silap yg sengaja atau tidak disengajakan. Yang tersurat ataupun tersirat harap dimaafkan laa ya. Tahun ni giliran raya di johor...raya ketiga br blk penang. Inilaa dia baju raya last minit sy beli kat Segamat. Tak sangka bdr kecik cm Segamat byk pilihan baju yg sy bole pilih. Tetapi kesian...hanya baju org lelaki ja xsiap dijahit oleh tukang jahit. So xsedondonlaa kami di pg raya....

Read More......
Tahun ni persiapan raya xbuat apa lg. Nak buat biskut raya mmg xlarat..beli ja. baju pun x beli lg. Slalunya sblm puasa lg kami sekeluarga da pi beli tp disebabkan mak busy nk menunaikan umrah harituh so xdalaa yg beria nk beli. Minggu ni sy pergi shah alam Jln TAR & masjid jamek kl. Huh punyalaa ramai org...da laa skang musim hujan ptg2. Parking pun ssh & mahal. Nak pilih baju pun cm xselesa. Ni 1st time nk shopping raya di kl..mmg xbole jd. Rs sakit2 pinggang ni..xlarat nk jln lg. Penyudahnya satu apa pun xbeli. Last2 mak bgtau belija kat kg..xpun pakai ja laa baju yg ada. Hahaha seumur hidup sy xprnh xda baju raya lg..kalo sy xbeli..mak sure akan belikan utk sy walaupun sy tlh berkahwin. Agaknya mak da biasa beli baju raya utk anak2nya.
Sumber Gambar : http://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/the-ZON-hotel/715847729
Dlm shopping2 di kl...skali harunglaa berbuka puasa di sana. Lgpun abg da booking mkn buffet di The Zon Hotel. Harga sekepala RM65 tp ada promotion dpt dlm RM40. Hotel ni berdekatan dgn KLCC. Tempat dan makanannya not bad. Ada kebab, roti john, nasi briyani kambing, kambing golek, aiskrim, rojak buah, segala mcm dessert tp mostlynya asian & timur tgh cuisine laa. Kat situ pun mmg ada surau...so kami lepak situ smpi pkl 9. Lps tuh kami solat isyak di masjid as-syakirin kat KLCC tuh. Blk umah penat sgt & terus zzzzzz memandangkan esok nk keja.
Read More......
Skang ni kehidupan sy sedikit sibuk dan huru hara sekejap. Saya rskan spt semua perkara nk dibuat...mula2 sy telah mendapat kelas yg semuanya budak 5tahun seramai 22 org. Pada hari pertama..MasyaAllah, kelam kabut kelas tuh, bising xdgr arahan dan xda disiplin. Plak tu guru yg dulu xmeninggalkan report tahap pencapaian budak2 tuh. So sy perlu mula balik dengan mengenalkan mereka abc. Alhamdulillah dlm tempoh sebln ni sy telah mendidik mereka utk disiplin spt beritahu guru apabila nk ke toilet atau minum air, beratur ketika nk mkn @ bsh tgn, bersihkan meja, kutip segala sampah & sisa mknan serta lap minuman yg mereka tumpahkan sendri. Sy ingin mrk berdikari & disiplin...bila mrk mampu mendengar arahan barula senang nk mengajar. Skang ni pun da ramai sudah boleh membaca sukukata kvkv. Hanya 6 org murid lg yg perlu diberi latihan pemulihan krn msh belum mengenal abc. Huh mmg byk perancangan & kerja sy perlu buat utk set up blk kelas sy. Harapnya usaha sy diberkati Allah
Skang ni setiap ptg ada sj meeting & program x termsk Koko lg. Pd mulanya sy agak keberatan bukannya apa...sbb fikirkan nk ulang alik drp umah...jauh tuh. Last2 sy dudukla kat sek. smpi pkl 6 ptg. Itupun ada beberapa kali sy xdtg mana xnya nk menguruskan urusan perlantikan sy yg memerlukan pi pesuruhjaya sumpah, ke IPG, buat medical checkup, ke PPD. semuanya memerlukan sy travel jauh drp ijok tuh. Mmg sy sering keletihan skang ni..dgn cuaca yg boleh menyebabkan sy pening. 3/8 ni plak sy akan ke Putrajaya utk menghadiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Semuanya berlaku sekaligus dlm sekelip mata spt xsempat nk bernafas...preparation utk i/view tu pun sy xprepare lg.
21/7 yg lps sy telah menghantar ibu, makcik & pakcik sy ke KLIA utk mrk mengerjakan umrah sekaligus menyambut ramadhan disana. Smg mrk dpt melaksanakan ibadat dgn baik. Akhir kata smg di bln Ramadhan ni Allah mempermudahkan ibadah puasa sy & sy msh bertenaga utk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sy seharian. Terima kasih abg krn memahami sy..dan sy berharap kesihatan sy semakin membaik. Kawan2 doakan perjuangan sy ini
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA UTK SEMUA"
Read More......
Pada 12 jun yg lps adalah beday abg. Disebabkan tuan umah xbapa sihat so lmbt postingkan cita ni. cuti sekolah da abis tp tuan umah masih belum msk sekolah lg psl demam agak teruk gak. Al kisahnya Jumaat lps abg n sy skt tekak..lps tuh abg demam. sy msh ok lg..lps tuh sy plak yg kena. Ketikan camni brla rs bestnya nikmat ketika sihat.
So beday abg ni pun disambut dlm keadaan semuanya sedang sakit...sakit2 pun mkn punya psl bedal gak la. Kali ni tmpt sy yg pilih...tmpt ni sy tau pun drp kawan nurul. nama restoran ni kunangkunang..ingatkan jauh sgt kat kuala selangor sana tu. Tp rupa2nya kat mrr2 gombak ja. Drp pemandangan sy tmptnya mmg cantiklaa sbb dia ala2 cam bali gitu. Cuma yg xbestnya..walaupun orgnya sikit servicenya lambat. Bayangkan abg order steak (RM33.90)..smpi da licin makan...synya order xsampai2 lg. Saya cm besalaa order lamb rack (RM34.90) with rosemary sauce. Air plak sy order sarbat tea -teh halia panas (RM2.50) dan abg order fresh orange tanpa ais (RM4.90). Saya rs kalo keadaan sy sihat sure sy da balun air ais yg pelik2 skit. Tp time tuh tgh sedar diri gitu. Kesimpulannya, kami kurang berpuas hatilaa mostly pd makanannya xtaula effect drp tekak kami yg xbrp bagus time tuh. Rsnya krg berbaloi dengan harganya tuh. Apa2pun abg tetap happy dengan hadiah yg sy berikan sebelum beday abg lg.
Read More......
Jumaat yang lepas merupakan hari jadi sy yg sudah tentunya menjangkau 30 tahun..mak aiiii mmg da rs tua betul. Alhamdulillah sy masih mampu lg meraikan ulang tahun sy bersama cik somi tercinta. Terima kasih sy ucapkan pd kawan2 yg telah wish sekaligus mendoakan sy. Harapan sy..sy hanya mendoakan yg terbaik dunia akhirat bkn utk diri sy sj tp utk insan2 yg berada di samping sy...semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati olehNya.
Jumaat mlm tuh abg keja smpi pg so planningnya pegi mkn2 pada malam Sabtunya. Awal2 lg sy da pilih satu restoran ni...tp sy sj tny abg nk bw sy mkn kat mana. Abg jawab mkn seafood kat Jeram..sy ikutkan ja laa org nk blanjakan. Actuallynya ini kali ke-2 sy pernah mkn di situ. Iaitu di "Restoran Aroma Ikan Bakar". Mmg famouslaa kat situ...skang ni kami kalo nk mkn seafood da xpi ke area port klang lg. Psl da krg menyengat di sana..lgpun lg jauh.
Kami smpi dlm 6 lbh..xnk pegi mlm2 psl sure ramai org smpi terpaksa menunggu to be seated. Kat sana surau semua ada..so xperlu laa gaduh2 nk pi solat. Kami dpt tmpt duduk yg strategik..boleh nmpk sunset gitu..ala2 romantiklaa konon2nya. Sy pesan kat abg xyahlaa order terlalu byk takut xabis..psl slalunya mmg xabis. Kami order siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, kerang bakar, jus oren dan jus tembikai laici.
Order segitu pun xabis gak hehehe...kami bgks sotong goreng tuh. Yg lain sy gagahkan jg abis psl abg ckp beday girl kena abiskan makan barulaa lbh bermakna (dera sy yaa bang). So far seafood kat cn lbh better laa drp di port klang sana. Byk gak pilihan...harga pun berpatutanla...lbh krg sama spt di tmpt lain around RM 70++. Gambar di bawah ni sy gabungkan order mknan yg 1st time dulu dan skang..tu yg nmpk meriah..jgn terkezut plak. Tp kami ni mmg hantu melantaklaa..tu yg membesar dgn jayanya. Abg yg dulu kurus kering pun xsangka boleh ikut jejak sy hahahah.

Pada hari Ahadnya plak sy ada buat mkn2 utk family sy ...sy buat mee bandung disebabkan rencahnya ada. Iqbal pun bedaynya sama ngan sy...sy hadiahkan baju doraemon pdnya. Dan2 tu gak dia terus nk tukar baju baru...sabo ja laaa. Malamnya plak sy jln2 di jusco bkt raja. Tujuan asalnya semata2 nk beli air cup bon/bubble tea. Minuman ni adik sy yg introducekan..kalo x, mmg sy xpernah terpk nk mencubanya. Mmg best minum air ni..sy slalu order vanilla pearl. Dalam minuman tuh ada mcm pearl hitamlaa..mmg sedapla bila dihirup. Dia ada magic ball, jelly, pearl. Harga dlm RM4- 4.50. So weekend ni mmg puas betul sy.

Read More......
Pada 23 & 24 April yg lps adalah beday adik kesayanganku nurul & dikpi. Mmg saya da plan nk belanja depa makan..nurul pun semggu awal da bgtau sy nk bw mkn kat satu tmpt yg best ni. Oklaa diaorg da decide tmpt, ari sblm tuh kami da makan besar ngan abah pekena mee bandung.
So ari yang ditggu da tiba..si nurul srh saya pegi ke IKEA mutiara damansara. Memula tuh sy pelik gak ada restoran best2 kaa kat situ..psl sy jarang msk IKEA. Nurul ckp mkn kat food courtnya...biaq betoi budak ni. Xpala ikutkan ja beday girl punya keinginan ni...sesampai di food court mak aiiii...punyalaa ramai org bersesak2. Tmpt mkn pun smpi kami berempat kena berpecah cari..kena tggu org smpi abis mkn utk dptkan tmpt. Mgkn hr mggu kot lgpun kata nurul tmpt ni mmg famous. Awatlaa sy xtau. Tp dulu pernahlaa time bln ramadhan nk mkn buffet kat situ. Member abg ckp best..so last2 kami cancel mana xnya..da nk waktu berbuka kami msh beratuq pjg lg. Time tu sy mmg xtau menu makanannya.
Akhirnya dlm 10min dpt gak kami cr tmpt duduk. So time tu order..siap ada troli makanan tuh..satu pengalaman betul. Menunya semua western style. Menu yg plg famous adalah meatball nya. Kami order 4 set meeatball 10 ketul (RM10). Mmg sedap meatball ni dihidang bersama blueberry jam, kentang goreng dgn mushroom sauce. Lps tu kami order kek 'Almondary Daim' (RM5++). Kek ni smpi skang sy msh terliur nk mkn lg..ada lapisan keju, coklat & daim. Kami amik satu ja takut byk2 nanti xabis plak. Mushroom soup (RM6++) dan chicken wing (RM9++). Chicken wing dia biasa ja kalo ikut tekak sy ni. Air (RM2) panas atau sejuk..boleh refill.
Menu lain cam burger, sandwich, salmon, chick grill, spaghetti aneka dessert..semuanya adalaa. Memula ingatkan mkn meatball ni xkenyang..last2 nk perabihkannya pun punyalaa payah. Patutlaa nurul srh kami makan dulu sblm jln2 msk IKEA. Mmg berbaloi laa 4 org mkn dlm RM68 semuanya.
Abih drp mkn..mulalaa sesi cuci mata di IKEA. Ingatkan brg kat IKEA ini semuanya mahal2 belaka. Rupanya ada gak yg murah. Sy beli tmpt simpan plastik, rak dapur & bilik air. Apa2pun mmg happy la smpi xsangka da berjam2 kami disitu.
Read More......
Harini genaplaa usia en. somi yg ke 29thn...ingatkan thn ni jd org 1st wish rupanya..adik iparku si yani da wish dulu semlm kul 10 mlm..hishhh potong line akak yaaa. Oklaa, apa yg abg nk sempena hari abg ni????no no no baik sy xyah tny soklan tu sat gi abg mintak yg pelik2 da agak daa..Apa2pun saya doakan abg sihat, pjg umur, bahagia, dimurahkan rezki & diberkati.
Hari weekend ni kami xpi jln mana2 pun..cian kat abg mggu ni kepenatan sgt yer laa baru pindah umah..keja lg. So sy biarkan abg berehat & qada' tido yg xckp selama semggu ni. Bila mlm menjelma saya celebrate b'day abg cam besa mkn luarlaa. Saya tny abg nk mkn mana??abg jawab pizza hut jaa...2,3x gak sy tny betul kaa nk mkn kat pizza jaa..konpius jap. Abg ckp dia da lama kempunan nk mkn pizza..so sy mengabulkan keinginan abg tuh. Dlm hati tertny2 gak..abg ni nk savekan duit sy ka..mmg dlm kepala otak ni da plan 1 tmpt yg kami mmg lum pi lg.
Kat pizza tuh cam besalaa sy order kesukaan abg cheesy stuffed crust super supreme. Mmg dr dulu smpi laa ni pizza jenis ni yg besa kami order kalo kat pizzaa hut ni. Lps tu saya ada belikan cheese cake kesukaan abg & blueberry cheesecake. Mmg kekenyangan sgt bila mkn pizza ni..saya sekadar mkn 2 slice tu da ckp..yg balance mesti bw blk. Mgkn sbb da mkn supnya, lps tuh berkeju & roti ni kembang dlm perut bila kena air (ni teori abg). Lastly, suka tgk abg happy harini..bila abg suka & happy sy pun turut bahagia. Thanks utk segalanya bang. Maaflaa atas kekurangan di hari istimewa abg ni
Read More......
Alhamdulillah..ibu semakin pulih, setelah hampir 8 ari di Hospital Pantai Ayer Keroh..akhirnya ibu bole pulang. Walaupun begitu ibu kena menyambung rawatan terapi di Hospital Segamat dan harus memakai alat apa yg kat tengkuk tu selama 3bln. Lps ni jgn kepala ibu tegak ja xteleng2 sudahla. Tq pd kwn2 dgn berkat doa kalian semua, ibu saya telah pulih walaupun belum 100%. Tq juga pd abah..krn sepanjang ibu di hospital abahlaa yg menemaninya..luv u abah.
Hehhe ni cerita sampingan ja..cerita yg sebetulnya..smbil2 saya ziarah ibu, kami adik beradik serta abah pi jln2 sekitar Melaka. Negerinilaa tmpt saya blajo dulu..mmg da byk perubahannya. Byk kwsn pantai da ditambak..padang yg dulu ada keta lembu tlh dibuat shopping kompleks. Kami xlaa berjalan byk tempat pun..kami just hang around kat Jusco baru (bsr gila lg bsr drp Mid Valley kot). Kat dlm jusco ni adik saya perkenalkan makanan baru. Huhuhu sedapnya yummy..makanan jepun 'Takoyaki'. Jatuh hati saya pd makanan tu..saya ni pun penggemar Japanese cuisine tp abg plak xsuka. 3 ketul bebola harganya RM4.30-4.50. Ingat bebila jumpa kedai Tako Tao kat kl nk beli lg laa.

Lps tu kami jenjalan kat pantai Puteri Sg Udang.Kat area ni ada satu stall yg penuh org ingatkan ada jual cendol best..rupa2nya coconut shake. Bole tahan gak 1st time saya try. Segelas dlm RM2. Ramuannya air kelapa & isinya diblend dgn aiskrim. Sblm kami beransur blk..nurul ajak kami pi Menara Taming Sari...ingatkan mcm Menara Kl. Yg menariknya ia bole berputar drp bwh ke atas..Cantik sgt tgk view sekitar bdraya Melaka. 1 kepala RM10..kalo nk naik beca RM 20. Mmg menarik2 cara becanya dihias.
Lg satu nk cita..kat Melaka ni ssh gak nk cr kedai mkn yg sodap. Ada satu tmpt ni kami tgk punyalaa ramai org walaupun time tuh da pkl 3ptg lauk pun da tggl saki baki ja. Saya n abg just amik nasi putih & 2 ketul ikan pari serta 1 air. Dalaa ikan parinya xfresh rs cam hanyir hancing..total semua RM17.30...mak aiiii. Camnalaa bole ramai org kat kedai ni.
Huhuh mmg puaslaa ronda da jd cam mkn angin plak..byk lg tmpt2 menarik kami xpi..sehari mmg xckp hahaha hehhe kesian mak kat spital..bagus betul kitaorg ni..xpa ada nurse jaga. ;p
Read More......
Happy beday..to you..hepi bday to me...hahah da makin tua da rasanya. Alhamdulillah diharapkan yg terbaik buat diri sendiri & kuarga tercinta. Untuk hari special day saya ni..abg bw mkn2 di sebuah restoran yg ala2 garden gitu (Garden lifestyle & cafe)..tp kat shopping complex & ditgh2 bdr. Errmm tgk tempatnya mmg lawa..ala2 english garden, suasana yg romantik & kondusif dgn alunan instrumen muzik ala2 english.
Saya mmg ckp berpuas ati have dinner kat situ...tempat best, makanan dia mmg best & servicenya yg tip top. Xperlu menunggu lama...mmg jauh perbezaan dgn our anniversary celebration. Seperti biasa..kami order two slice kek (beli sebiji mmg xabisnya)..tp my favorite oreo cheese cake xda. So saya rembat jalaa raspberry & choc cake. Actually kami xsentuh pun kek2 tuh..psl da penuh perut xleh nk sumbat da. Xpalaa kami simpan dlm peti ais ja...sok2 bole mkn.
Cita psl order kami..sy pilih Grilled Rib Eye Steak (RM26.90), abg plak order Grilled Sirloin Steak (RM26.90). Huh..abg nya menu lg best psl dia guna black pepper sauce (sedap saucenya). Tp bab side dish sayanya menu lg best..heheh. Lps tu saya teringin nk mkn spaghetti..so saya order Carbonara spaghetti -RM17.90 (guna cream sauce + bacon + mushroom + parmesan cheese). Time panas2 makan nikmatnya..smpi comot mulut saya mkn. Abg pun mengakui kesedapannya. Air plak kami order Iced Choc (RM9.90). Huh mmg xterlarat nk menghabiskannya..pulak tu order yg bersusu & cheese..bole muak gak. Apa2pun saya bg rating lima bintanglaa..harga pun xlaa semahal mcm kat kedai lain tuh. Tp biasalaa kalo restoran2 sebegini xsah kalo service chargenya x 10%.
Balik drp rumah..saya still membayangkan kesedapan spaghetti & sirloin abg. Thanks abg..
Read More......
Harini abah call ckp mak akan kena operate. Terkejut gak saya dgr, sedih & berbaur mcm2 perasaan da..mulala saya dok pk bkn2...walaupun operation lum dijalankan.
Ceritanya drp raya haji thn lps lg mak da start skt asalnya drp semput. Sepatutnya kena tahan wad tp mak xnk psl nk meraikan hari raya bersama (rsnya entry ni pernah sy buat). Bayangkan mak da lama sakit..lps drp kena semput tuh..mak xlarat jln, bangun, tgn rs kebas, xleh berdiri lama2.
Dah mcm2 klinik, hospital pi tp xtau puncanya apa & masih tidak pulih?Siap jumpa pakar..msk kamera dlm mulut, cek segala anggota badan termsk rahim, mkn ubat tu...ubat ni. Berubat secara tradisional pun sudah, siap ada bomoh yg ckp kena buatan orglaa, ada hantulaa huhuhuh sj2 nk duit ja depa ni. Walaupun gitu still xbaik2 lg sakit mak. Saya pun hanya dpt berdoa,sbg anak sy terkilan gak psl xberada disisi mak slalu bila mak nk ke hospital & sebagainya. Apatah lagi soal kewangan...mmg kalo sakit ni duit pun memainkan peranan penting..nasib baik mak jenis beringat menyimpan duit. Bila terpk akan keadaan ini..better kita simpan duit drp skang atau bukak insuran apa2 ka..mana tau penyakit yg xdisangka tetiba dtg.
So Selasa lalu..doktor menyarankan mak buat MRI Scanning ( alat scan yg mcm terowong tuh) dekat Hospital Pantai, Melaka. Nak buat test ni pun dgrnya mahal..nak2 lg kat swastakan. Tu yang arini abah call bgtau resultnya. Hasil keputusan scanning..ada ketulan daging di bhg tengkuk menyumbat salur darah..so darah xbole lalu secara lancar ke seluruh badan. So operation ni utk buat daging tuh. Rsnya nila kali pertama mak kena operate...jadualnya mak akan ditahan wad pd hari Isnin depan & pd keesokkannya operation dijalankan. Kos pembedahan ini juga memakan belanja hampir 20k. Harapnya semua dipermudahkan & berjalan lancar. Dan harap2nya juga xda komplikasi yg berlaku sepanjang pembedahan dijalankan. Seriously..saya plak yg cuak & berdebar.
Saya berharap pd ketika itu saya berada disisi mak..diharapkan kawan2 tolonglaa doakan agar semuanya selamat yaa. Ya Allah..harapnya mak akan sembuh seperti sediakala & semoga semuanya selamat...Amin.
Read More......
Alhamdulillah jadualku sgt2 padat...ni pun curi2 tulis walaupun byk lg kerja perlu disettlekan. Rasanya blog ni akan melahu utk beberapa mggu busy utk proses pindah umah. Walaupun kami berdua sibuk & jumaat abg kena kerja smpi sabtu petang ( 1 May) baru blk..tp malamnya abg msh dapat meluangkan masa bersama2 saya utk meraikan our big day. Tq dear muahhh..
Tahun ni spt biasa..kami mengharapkan & mendoakan yg terbaik dlm perhubungan kami. Destinasi yg kami pilih ialah di Chili's Bangsar. Restoran ni mmg penuh org....kami kena tggu for seated. Kalo drp segi environment mmg xda unsur2 romance pun..so kami mengharapkan makanannya sodap. Harga mmg bole tahan..cam biasa sy suka makanan western. Abg order New York Steak..sy plak order Lamb Shank. Air plak kami order mango jus & green guava jus ..yg bestnya air ni bole refill beberapa kali..smpi xterlarat minum laa. Hidangan kami mmg big sizelaa..kekenyangan sgt. 1st time kami mkn steak dia ada sebut nk raw, medium atau well done. Mula2 xbapa paham..tp lps tu br dpt tgkp. Sorrylaa kami mesti mintak yg well done nya...xlalu laa plak kalo tgk daging uncooked & masih berdarah utk dimakan huhuhu.
Tp seriously sy mmg unsatisfied dgn makanan kami..bg sy oklaa tp memandangkan kami pernah makan yg lg sodap tu yg rs kecewa skit. Walaupun begitu, abg still ceriakan hari & mood sy dgn keadaan yg romantik..mgkn abg nk sy ingat hari yg penting buat kami. Napa sy ckp gitu..hehehe da lama sy xmerasa abg bukakan pintu keta & persilakan sy msk. Bab2 yg lain terlalu segan utk sy kongsikan hehhehe.
Akhirnya dpt juga sy luangkan ms bersama abg..setelah kami asyik sibuk dgn kerja. Byk yg kami bualkan ttg perancangan masa depan..thn ni mmg thn yg rushing buat kami..bak kata abg thn harimau..semuanya mahu dilaksanakan & dicapai pd thn ni. Thanks Abg ;)
Read More......
Sabtu yg lps Dik Nas & Dik Pi ajak kami sekeluarga picnic mandi manda di Wet World. Saya pun ok ja dgn planning tu..kira planning last minit. Arituh cakap arituh gak pi..kalut laa kami siap2 sib baik da siap msk utk lunch time. Tapi yg xbestnya mak xdpt join psl mak msh lg xbapa sihat..so abah & nurul temankan mak dirumah. Kami pun xdpt celebrate b'day ibu kat luar..tp kami ada buat msk2 diumah, mkn ramai2 still happening gak.
Nak dijadikan cita, kami bertolak dlm kul 12 lbh..perjalanan dlm 2jam..hai sempat kaa??Tp kami blasah ja..siap siwo ckp rugi ja pi psl da smpi nanti dok sat ja da nk blk. Tapi yerlaa kesian saya tgk si Anas beriya2 dia..Wet World yg ada kat S.Alam pun sa xpernah msk. So kami teruskan perjalanan kami..sesampai ja di Yong Peng..fuh hujan punyala lebat..smpi ada dahan yg jatuh..mmg xnmpk jln. Abg pun siap benti tepi jln..ada gak abg ckp nk patah blk kaa? atau kita pi air terjun di Bekok ja laa? Tapi alang2 da nk dkt smpi kami redah jalaa. Saya berharap sgt hujan akan reda nanti walaupun nmpk gayanya mcm tidak.
Kami singgah di surau Parit Yaani..hujan msh turun tp xlah terlalu lebat..kalo smpi sana still hujan..depa still gak nk mandi..punyalaa nekad. Akhirnya dalam pkl 3.30ptg kami smpi di Pekan Batu Pahat..actuallynya xda sesapa pun antara kami tau jln utk ke sana so abg benti tny di Petronas...lega rsnya tmpt tuh da xjauh lg. Alhamdulillah sesampai disana..hujan da reda..cuma renyai2 skit..mmg da rezki kami adik beradik. Masuk ja keta kena byr rm2 kalo motor rm1. Lps itu dewasa rm10 & kanak-kanak rm6 tp utk si Iqbal free ja mgkn psl baru 3 thn kot.
Pemandangannya cantik..org pun xterlalu ramai. Mmg excited gila kami nk mandi..abg xmandi..malas nk tuko baju pny psl so abg jd cameraman kami laa. Saya yg plg teruja main gelongsor airnya tuh..mmg xpernah merasa naik pun. Huh best betul mcm roller coaster ja..smpi menjerit2 sy siap terbalik pelampung kami, terus tenggelam. Pedih hidung dibuatnya kerna msk air. Kami sewa pelampung besar tuh rm 14 tp kalo return blk nanti dpt rm7 blk..asalkan resitnya disimpan. Mmg puaslaa kami mandi hampir 2 jam..syok melayan adik2. Pkl 6 kami bergerak pulang..perut pun da lapo ingatkan alang2 da smpi batu pahat ni nk merasa laa kot2 ada restoran jual mee bandung. Bestnya nk merasa mee bandung johor ni..abg nya gps plak bateri abis. So xdptlaa kami cr kedai yg ada jual mee bandung muar, kami just mkn di kedai biasa ja.
Mmg happy sgt arituh & best sesgt. Ya laa dpt pi berkumpul bersama family. Abah siap bgtau kami napa xpi Wet World kat Melaka atau Pedas lg dekat. Xpalaa lain kali kami try kat situ plak. Sesmpi ja diumah dlm kul 9 lbh..penat sgt smpi semuanya zzZZZZzzZZzz lps tuh.
Read More......
Hujung bln 12 arituh..kami dgn sanak sedara jemput ayah yg baru pulang drp Haji di KLIA. Alhamdulillah semuanya selamat..Seperti kebiasaan, setiap hujung tahun abg akan menghabiskan cutinya. So kami pulang ke BM hampir seminggu..memandangkan mak ingin mengadakan kenduri selamat sempena kepulangan ayah. Mmg gamat n riuhlaa dirumah..ramai sanak sedara & jiran tetangga yg ingin melawat ayah serta byk cita2 yg menarik sepanjang ayah berada disana. Huh..ayah siap ckp ngan kami.."kalo nk pi haji ni muda2 pi lg baik..masih kuat & ramai gak yg muda2 buat haji kat sana". Ermm..mmg dgr cita ayah kami pun terasa excited gak nk pi..tp kalo nk pi pun mgkn umrah dulu kot. Ayah pun siap ckp dia akan pi utk kali ke-2 plak. Cerita psl kenduri..kami buat mlm tahun baru tuh. Kami tempah catering ja senang skit..badan pun x penat umah pun xkotor sgt. Apa2 pun lauk2nya mmg sedap n best..catering ni sama dgn catering time kami kahwin dulu.
Keesokkannya pulak, 1 Jan..kami sekeluarga pi ke Perlis untuk menghantar kawan abg iaitu Mazlan (kawan rapat abg drp sek. men.) ke majlis pertunangannya. Ayah jd wakil utk belah lelaki memandangkan Lan sudah tidak mempunyai ibu & ayah. Mak & Ayah kami pun da menganggapnya cam anak sendiri ja. Kawan2 abg semua saya rapat..lgpun Lan da besa dtg umah kami di KL. Dalam perjalanan ke Perlis, saya teringat kat Zue. Ingat nk pi singgah umah dia..tp saya xda no tipon hang laa Zue. Xda jodoh plak kita..xpalaa mgkn lain kali ja.
Dalam perjalanan pulang ke BM..kami singgah ke RFC di Mergong Kedah. Hehehe saya yg teringin nk ke situ, psl tgk dlm blog Zue ttg restoran ni..tu yg nk try. Huh besar gak restorannya da mcm KFC. Dianya menu pun lbh kurang cam KFC & harganya lebih murah skitlaa berbanding KFC. Tgk pekerja2nya terutama yg wanita semua pki baju t-shirt yg labuh tuh mmg bagus laa. Tmptnya pun bersih & selesa. Kami order Radix Combo di mana ayamnya kami pilih mix Herb & Spicy. Rasanya not bad tp secara jujurnya drp segi rempah kureng skit drp KFC. Manakala coleslawnya kurang mayonis serta cair. Apa2pun RFC ni produk bumiputera islam dan ayam2nya terjamin halal drp segi penyembelihan, ayam organic tiada suntikan & pemakanannya di jaga serta fresh tiada penyimpanan sejuk beku & penggunaan MSG. Akhirnya termakbul sudah keinginan saya..setelah kenyang kami pun beransur pulang.
Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bertam Perdana, Kepala Batas. Actuallynya saya pi umah kawan kita si Aliya. Rupanya dia dok menyewa umah si Chaq. Kedatangan saya ke situ apalagi kalo bkn urusan bisness hehehhe. Saya beli tudung ngan Aliya..aliya jgn lupa ya bawa tudung2 tu ke KL nanti. Thanks a lot yaa my friend. Saya rapat ngan Aliya ni pun semenjak dia jd partner saya dlm latihan Silat Cekak Hanafi kat UTMP dulu. Seronok bila dpt berjumpa dgn member2..bersembang sakan.
Pulang ke kg kali ni, padat ngan aktiviti..tu pun byk tempat kami x pi. Ikutkan lg kami nk pi Kolam Air Panas kat Baling..lps tu abg nk ajak saya pi Pulau Aman utk mkn Mee Udang. Xpalaa mgkn entry ni lain kali saya akan buat. Penat ni baru smpi ke KL..nak ZzzZZZZzz
Read More......
Semlm adik saya dik pie call bgtau..mak sesak nafas. Hantar pi klinik doktor ckp ni da tahap kena tahan wad. Doktor srh pi hospital segamat utk ditahan wad 5 ari. Huh da nak raya2 camni ada ja dugaan yg dtg. Risau sy mendengarnya..nak harapkan mak bgtau mmg dia xkan bgtau anak2 kalo dia sakit. Tu laa seorg ibu kalo bole xnak menyusahkan anak2nya. Yg menjadikan saya khuatir mak xnak dok wad..siap mak sign surat doktor..yg mengatakan pihak hospital xnak bertanggungjawab jika berlaku apa2 pd mak. Pelik gak saya sebelum2 ni xpernah plak mak semput @ sesak nafas. 1st saya dgr drp mulut adik saya dik la ckp arituh mak sakit..lg skali saya xtau pun. ni kali kedua..mgkn da tua2 mcm2 penyakit yg dtg. Kalo ikutkan keturunan saya mmg ada semput..cam makcik sy 2 org n dlm kuarga saya adik saya si anas tuh. Adik saya si anas tuh kalo kena semput mmg parah skit. Saya kekdg tu panik gak kalo dia kena semput.
Kesian mak..nasib baik ada adik saya yg besar dik pi blajo kat sana. Abah plak keja kat kl ni..blk pun hujung mggu. Dalaa raya ni pun saya blk penang..mmg rs xsedap ati plak. Saya srh adik saya si nurul tu balik kg raya ni smpi smggu lbh..biar smpi mak betul2 sihat. Saya pun ingat abis blk raya ni nk blk segamat gak. Tapi ingatkan cuti2 sekolah ni bole cuti..tp saya masih lg kena dtg sekolah psl ada keja2 yg berkaitan perkeranian & kelas bimbingan thn 6 2010. Harap2la dipermudahkan segala urusan saya & mudah2an mak cpt sembuh.
Saya bila pk mak sakit ni ssh hati psl mak jarang sakit serius gitu..kalo kena sakit mmg lmbt baiknya. Da la mak ada darah tggi. Mulalaa saya ni pk bukan2..takut mak dpt sakit jantung atau stroke. Bkn apa arwah maksu saya meninggal dulu pd usia 27thn gara2 sakit jantung. Tu yg dgr mak sesak nafas risau plak saya. Harap2 mak ok..& kami akan doakan mak sihat kembali.
Saya ni pun..kalo kena serangan batuk mmg lambat baik..doktor pun ada ckp cam nk kena asma. Dulu xpernah plak batuk smpi cenggitu..rsnya mgkn da bsr da xaktif bersukan agaknya kot. Nampaknya saya perlu lbh menjaga kesihatan memandang penyakit2 kronik camtuh pun org muda atau budak pun bole kena zaman skang ni. Lagi2 plak kalo penyakit keturunan. Kawan2 tlg doakan skali moga2 mak saya sihat yaa nak2 lg di hari perayaan ni. Ya Allah berikanlaa kesihatan yg baik & jauhilaa drp sebarang penyakit utk kedua ibubapaku..Amin.
Read More......
Beberapa hari lg kita akan menyambut Hari Raya Haji..dlm waktu itu juga mmg setiap tahun di serata dunia, umat muslimin & muslimat akan mengerjakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji di Mekah. So tahun ni giliran pak mertua saya serta adik2nya pergi haji. Penerbangan ke Mekah pd pkl 7 pagi 18.11.09 di KLIA. Tapi kami sekeluarga serta sedara mara hanya menghantar jemaah di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Huh mmg ramai org..suasana juga agak sayu..yerla kerna menghantar org yang tersayang dlm waktu yg lama ke tmpt yg jauh. Saya doakan semoga ayah, cik tan, cik rosma dan mak tam selamat pergi & pulang. Semoga mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Amin..
Read More......
Pada weekends yg lps, saya pulang ke kg dgn adik saya. Abg xblk psl tuntutan kerja..sian abg. Xpa tanggungjawab tu penting..ia merupakan satu amanah. Actuallynya, saya blk kg ni pun psl 24.10.09 adalah beday adik saya Nur Syaidatul Syaqilla. Happy birhday dik la..akak doakan hang berjaya di dunia n akhirat terutama becoming spm ni yaa..Hang dpt result 7A ke atas..kamera digital yg hang nk tu kak yong bole bg..kalo x jgn mimpilaa. So far harituh saya tgk result trial spm dia okla masih ada sinar harapan.
Seperti biasa..mak msk sedap2 utk kami sekeluarga mkn ramai2 di asramanya. Kesian time tuh, turn pelajar lelaki outing. Kira ni berkelah di kawasan sekolah laa. Huhuhu mak siap tempah 2 kek coklat utk hang..mmg xaci psl kak yong xdpt cenggitu. ni yg jeles ni. Lps2 mkn n lepak2..kami pi jln2 kat bandar..kata mak nk tgk perodua mpv baru tuh..cantik kaa idok..sj2 cuci mata. Time tuh, dik la curi2 kuar sian dia..nk berjln2 ngan kitaorg reramai ni. Tetiba terpacul drp mulut siapa entah nk mkn pizza..adik saya ni penggemar western food..laju jaa nk. Kami pun mkn lg..kat Segamat ni xbyk pilihan western food..fast food cenggitu adalah. Adik saya si Iqbal tuh pun apa lg kemain suka gaklaa pi tmpt2 cenggitu..siap berlari keseronokkan dia. Skang iqbal da jd good boy..byk benda dia nk blajo..bila tgk akak2 dia tgh menyapu..dia pun nak pegang penyapu..menyapu. Bila kita nk buang sampah dia pun ngeko..bila kita nk siram bunga dia pun sibuk jaa nk buat. Kira cam nk tolong tp buat sepah adalaa.
Huh harituh kekenyangan smpi ke mlm..mlm pun da xmkn apa pun. Lastly, Dik La u are my good advisor n pendengar yg baik. Rahsia akak hang simpan elok2 noo..n jgn nk menggatal dgn budak imam sekolah ko tuh ;p. Gelang tangan yg marka hang bg tuh..mak berkenan, akak da bg kat mak..;p.
Read More......