** Beautiful Life With U **

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

:: The Journey Begins ::

Alhamdulillah..syukur ke hadratnya telah selesai juga tempoh praktikum yang saya jalani selama ini. Sekaligus membuatkan secara rasminya pengajian saya telah tamat. Dan bermula isnin ini, saya telah bertukar status menjadi guru tetap di sekolah yang sama..Insya-Allah.

Sepanjang tempoh praktikum ini, telah byk dugaan yg saya tempuhi..dan alhamdulillah saya berjaya harungi dengan jayanya. Sebanyak 10x saya telah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Mmg gerun..yerlaa org tgk kita mengajar dan mengkritik kita..saya mmg perlu sentiasa bersedia. Dalam tempoh itu juga saya telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dan modul-modul pembelajaran mengikut due nya. Salah satu daripadanya membuat video Teknologi Pendidikan. Setakat ini saya mmg berpuas hati dgn segala tugasan yg disiapkan.

Sekarang ni, saya perlu menunggu surat drp pihak KPM dan menunggu result IPG keluar. Doakan saya kengkawan agar permulaan perjuangan saya sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan dirahmati oleh-Nya.

** da lama xupdate blog.tetiba rs kekok n da xtau nk cita apa lg

Read More......

:: Perpustakaan Desa ::

Huisshh serabut kepala otak bila fikirkan nk praktikal dgn tugasan modul2 lg..cam byk benda nk kena settlekan tu belum cmpr keja yg akan dpt kat sekolah nanti. Dulu time blajo dok umah sewa cam ada semangat skit nk wat keja...mgkn tgk kwn2 buat keja kita pun xkan buat xtau plak. Laa ni dok umah, rs cm malas betul nk start buat esei dll. Nak start kot mana dulu pun xtau...da laa library jauh sana tuh..walaupun sy ni bknlaa pengguna tegar library. Kawan2 semuanya da jauh2 ssh skit nk communicate n bincang. Mgkn nilaa perkara yg berlaku kalo org amik pjj..xpalaa kutip as pengalaman.

Baru2 ni sy ada call library besar shah alam tuh..dulu last dtg ngan hanim. Tp nasib xbaik, xleh nk pinjam buku psl library tuh da nk berpindah ke sec. 13 plak. Ermm, cam na nk dptkan bahan rujukan...last2 try tgk website library ni. Sj gode2 last2 jumpa satu link perpustakaan bg cawangn, daerah, pekan, desa & bergerak negeri Selangor. Masya-Allah sblm ni jahilnya sy xtau pun psl kewujudan perpustakaan ni. So sy try cari lokasi yg dekat ngan umah saya. Alhamdulillah sy jumpa dan try call tny tempatnya di mana. Saya pergi di perputakaan desa kg kubu gajah. Librarynya mmg kecil tp so far apa yg sy nk dpt jugalaa dicari walaupun xcomplete. Buku cerita kanak-kanak & novel pun ada. Huh lega rsnya...farah kena semangat !!!!!, jgn pending keja lama2 nanti akhirnya menyusahkan diri juga..caiyok..caiyok

Read More......

:: Penghijrahan ::

Alhamdulillah telah masuk lembaran baru dlm hidupku kini. Hai blog ku yg telah lama rsnya sy tgglkan. Byk cerita yg ingin dikongsi tp xtau nk start drp mana...Apa yg boleh sy katakan kat sini..setelah selesai xm, baru habis camping pengakap & xlama lg akan bermulala praktikum di sebuah sekolah yg baru. Syukur sesgt, krn tmpt praktikal sy xlah terlalu jauh drp umah dlm 14 km...tupun da ckp bernasib baik drp kawan2 yg dpt jauh. Xperlulaa sy nk sewa rumah lg...n of course sy dpt menetap diumahku syurgaku kini bersama suami tercinta.

Walaupun sy da start cuti skang, sy still busy nk uruskan persiapan praktikal & segala tugasan berasaskan modul. Ini kira cm pjj laa..walaupun kami praktikal tugasan still ada...psl kami xda interaksi dgn pensyarah. blajo sendiri guna modul...nk dekat due date anto assig. Td baru lps jumpa GB di SK Sg Binjai, Meru Klang. Sekolahnya sama spt sek sy yg dulu di mana muridnya ramai sehingga 3 ribu lbh org murid. Harapnya sy dpt jlnkan amanah & mengutip pengalaman serta ilmu sepanjang di sekolah ini nanti

Rs sedihnya..bila terkenangkan kehidupan sy di ipg telah berakhir..rindu korang semua yg 1 Malaysia. Inilaa dia beberapa keping potret & memori bersama mrk baru2 ini. SALAM MAAL HIJRAH

Gambar kenangan bersama jurulatih



plg suka photo ni..korang semua mmg sporting (nmpk cam cover album ja hehhee)
Inila perkhemahan sekawan kuning dan gajet yg dibuat drp buluh. walaupun team kami xda lelaki kami msh mampu melakukannya...cayalaaa

saat plg best mkn beramai2 hasil mskn bersama

hasil ikatan wogelku menggunakan simpul manuk...stlh selesai kemahiran manikayu 1 ni..maka kami wajib memakai wogel ini

***tq pd kengkawan yg ada tag n beri award pd saya. Saya amat hargai skali cuma belum ada waktu utk saya lakukannya. Anggaplaa sy sudah menerimanya***

Read More......

:: Kenangan Di IPG KPTEK ::

Gajet tower pengakap...xpernah sy sangka akan masuk pengakap..apatah lg nanti di sekolah bakal menjadi guru penasihat pengakap. Maka inilaa hasil pembelajaran saya dlm pioneering pengakap

Belajar buat puppet pki stoking & kotak utk kaedah bercerita & main peranan

Apatah yg sedang digelak tuh. Penilaian micro teaching..

Aktiviti semasa micro teaching, menyuruh pelajar membuat biskut raya..kanak2 prasekolah pasti suka dgn aktiviti ini

Semasa nk bertolak pi BIG di Sg. Gading.

Walaupun penat da berakhir BIG..kami masih ceria

Nila pengalaman pertama naik ramai org dlm 1 kereta..dgn keadaan jln tanah merah yg adventure

Selaku penghuluwati, sy pergi dahulu dgn segala beg2 kawan2 yg lain

Hari Sukaneka prasekoah anjuran drp kump kami. walaupun dlm xckp masa dgn kertas kerja, pelaksanaan & dll. Akhirnya semuanya berjln dgn baik. Kami di ajar utk berada atau selesaikan mslh dlm keadaan yg kritikal


Selaku AJK Pelajar bg Hari Ilmu Pendidikan

Pameran BBM hasil drp projek kami di pameran Ilmu Pendidikan peringkat IPG

walaupun kehidupan kami di IPG ni dalam ms yg singkat tetapi terlalu byk kenangan bersama yg sukar dilupakan. Good luck to all of u utk xm lg semggu lbh ni. Dan harapnya penempatan praktikum korang semua spt yg diharapkan.

Read More......

:: Hasil KerjaKu ::

inilah hasil kerja saya sepanjang sy berada di IPG ini...saya amat meminati subjek seni dan sy amat berterima kasih kpd semua pensyarah krn membantu sy menghasilkan yg terbaik. Minor sy adalah muzik & seni. 1st time pengalaman sy bermain keyboard..lps ni bolela main piano plak. rsnya kalo xmsk kpli ni xda maknanya sy nk blajo main keyboard..tau baca not, tempo, forte dll. Selain itu, kami juga blajo utk menjadi kreatif bg menghasilkan bahan bantu mengajar yg menarik.



Abaikan keadaan umah sewa ku yg berselerak. Kiranya ni tgh berlatih la sblm pi kuliah

Beberapa hasil tugasan yg dibuat. Disebabkan kami ni prasekolah maka tugasan kami pun perlu nmpk ceria


BBM micro tecahing kami sempena tema perayaan Hari Raya


Sample biskut raya bg aktiviti dengan plastisin
menggunakan teknik pemudahcara & modelling


BBM bg tema angkasa lepas : sistem solar. Hasil kerja ini telah di pamerkan pada Hari Ilmu Pendidikan peringkat IPG



Inila hasil seni yg plg lama & leceh utk koyak & lekatkan. Buat hasil seni ni pun mengajar kita ttg kesabaran




Mesti korang hairan awatla sy dok capture hasil kerja2 ini. Actuallynya ia sbg rujukan krn semua hasil ini pensyarah tidak akan pulangkan kembali. So bila sy simpan gambo ni next time saya bole rujuk blk..tul x? hheheheh Last but not least, baru saya tahu penghargaan nilai estetika.

Read More......

:: Minggu Exam ::

Pejam celim, pejam celik...rupanya kehidupan saya di IPG ni akan berkahir. Mmg totally rs sekejap ja..baru rs kenikmatan seronok bersama rakan2 yg 1 Malaysia krn sblm ni sy xprnh ada kwn rapat drp bangsa lain. Best friend sy plak org asli...1st saya jumpa scr dekat & berkawan..Mmg satu sweet memories yg xdpt dilupakan. Kami merupakan perintis atau bhn uji kaji dimana program kami hanya 1 sem. Lps ni kami akan tahu penempatan praktikum yg akan bermula drp Jan-April 2011. Slps itu kami akan terus diposting. Psl tu mmg quit mencabar betul kpli ni. Ssh saya nk describe tp hidup kat U plg boleh relax sy katakan kat sini.

Actually harini sy cuti, psl semua pensyarah ada hal..tulaa yg ada time nk menulis ni. Lgpun rs nk termuntah gak asyik mengadap buku ja. Minggu depan da start minggu xm dan sy nya xm 3 paper 9hb-11hb. Huh walaupun papernya sikit saya punya gerun still ada mana taknya setiap paper 7 jam kredit. I hope i can do better....skang ni mcm2 perasaan ada..rs nk shopping, jln2 mkn angin, rindu nk jumpa keluarga dan of course my darling. Tapi terpaksa sy pendamkanla dulu..sejak msk kpli mmg sy xda time bersosialisasi, x tgk tv (mmglaa jgn tny apa berlaku kat Malaysia ni mmg semua xtau kecuali kalo org bgtau). Bila pk semua ni terasa lamanya azab ni nk berakhir hehehheh.

oklaa kawan2 wish me luck. poning kepala nk menghafal segala teori & fakta dgn segala buku yg tebalnya 7-8 ratus m/s. Ada masa atau boring sy karang lg kay..rindu gak dgn my blog ni ;)

Read More......

:: Proses Pembelajaran ::

Setiap hari jadual pack, stress, badan penat...kami merupakan perintis KPLI Prasekolah yg menggunakan format baru. Kalo ikutkan KPLI biasa...mereka blajo 1 sem, sem depan lps praktikum smbg blajo & xm. Cam kami...semuanya telah dicompresskan semuanya menjadi 1 sem ja blajo. Dalam tempoh tu gak bln 11 ni kami peksa akhir. sem depan kami tggl SBE (school base exprerience) 2 mggu, 15 mggu Praktikum dan terus dipostingkan. Lagi satu start thn 2011 kurikulum baru iaitu KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ) dilaksanakan. Kamilaa org yg dipertanggungjawabkan melaksanakannya dahulu. Tu yg cam byk benda nk blajo & buat.

Hidup saya da mmg kelim kelabut jadinya..blajo setakat ni xtau apa yg dpt. Tugasan tok sah ckp..da laa broadband mlm2 lembab..terpaksalaa saya tido dulu & bgn tgh mlm br laju skit line. Walaupun begitu saya seronok blajo subjek ni..psl sy pelajari ttg psikologi kanak2, perkembangan kognitif kanak2, bagaimana ingin mendidik anak2 ke arah pembinaan konsep kendiri positif. Rs xsabo plak nk ada anak utk diaplikasikan. senang cita camna nk bg anak jd pandailaa..

Apa yg xsyoknya, ada beberapa org pensyarah xsuka group KPLI ni..depa cam pndg rendah skit psl kami bakal guru mee segera. Xkisahlaa asal msg2 tau apa matlamat msg2. Pengajian minor saya ialah Pendidikan Seni Visual & Muzik. Wah dua2 tu mmg subjek yg saya suka. Mmg xmembosankan dalam kelas. Nanti saya akan share apa yg saya lakukan di dalam subjek ni.

Apa2pun, saya slalu positifkan minda dan jaga kesihatan (da mcm2 multivitamin saya mkn utk kecergasan badan. Apa lg produk yg bagus ye..bole sesapa bg cadangan?). Sekian...jam da menunjukkan pkl 12 tgh mlm nk smbg wat tugasan plak...Adios

Read More......

:: Aktiviti Di IPG ::

Da lama rsnya xupdate blog..korang paham2 jalaa. Saya skang da jd busy women hehehe;). Oklaa kat cn saya nk share gambo beberapa aktiviti yang saya lalui di IPG. Satu pengalaman yg saya xboleh kutip dimana2.


Bina Insan Guru - Water confidence

Motif-meningkatkan keyakinan & motivasi guru. Setiap guru perlu tahu asas renang dan bersiap sedia bg yg dpt posting ke kwsn pedalaman dimana jln pengangkutannya adalah air. Best sgt main air...mandi kolam pun boleh sun burn muka mana xnya open air drp pkl 8.30 pg smpi 2.30 ptg. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan di Pulau Pangkor tp laa ni bajet xda. Saat yg plg saya tggu & teringin nak buat iaitu terjunan. Cuak gila..gayat kat atas tu, kami buat 3 peringkat lompatan yg plg tggi 3 m dgn kedalaman air 3.3 m. Saya blajo asas lompatan yg betul agar badan xsakit..korang mesti xcaya..ada yg lemah & takut sgt smpi menangis dan xnak buat. Siap jurulatih tolak jaa..kami diwajibkan lompat utk lulus.


Masakan ala rimba -memsk nasi di dlm buloh, msk telur & ubi kentang di dlm tanah dan bakar ayam serta ikan. Satu pengalaman baru bg saya..aktiviti ini persediaan bg kami utk perkhemahan perdana nanti. X pernah saya sangka saya akan menjadi ahli pengakap..bukan ahli shj tetapi bakal penasihat & pemimpin pengakap di sekolah nanti. Disebabkan kump kpli hanya satu ja..so kami xda pilihan badan beruniform..mmg pihak IPG da tetapkan. Xpalaa best gak dpt bergaya setiap ari isnin pki uniform pengakap. Saya merupakan penolong ketua sekawan kuning...mmg byk benda saya blajo...mmg kami dilatih utk menjadi pemimpin. Yang bestnya nanti kami dpt sijil yg diiktiraf antarabangsa..kira lakulaa sijil kami.

Cerita psl Olahraga plak, kami blajo asas utk menjadi pegawai kejurulatihan. Secara xlangsung kami ahli Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Kami ada xm, jika lulus sijil itu nanti membolehkan kami menjadi Pengadil Kebangsaan. Kami blajo cara yg betul utk larian pecut, lontar peluru, lompat tggi & lompat jauh. Bukan setakat blajo teori ja, kena buat amali gak di stadium lg huhuu mmg payah betul. Da lama sy meninggalkan zaman atlet saya dulu...hahahah depa semua xcaya org besar cm saya msh mampu berlari pantas & melompat kalah badan kurus hehehhehe. Itu mgkn mmg kebolehan saya...syukur sesgt.


Inilaa dia group KPLI saya..di mana melayu adalah golongan minoriti di cn. Mmg meriah yg melambangkan 1 Malaysia.

Oklaa nanti saya akan smbg lg dgn aktiviti yg lain

Read More......

:: New Life ::

Huisshh sakitnya segala urat & badan...akhirnya selesai sudah minggu pengurusan pelajar baru. Da lama xberorientasi..tau2 ajalaa mmg rushing. mkn kena cepat, mandi cam x mandi, tido xckp..lg2 plak da berumur ni da xlarat nk buat aktiviti2 lasak setiap ari. Tp mmg funlaa cuma mmg keletihan..satu kenangan yg hebat. Time2 camtu terasa rindu kat abg. Lain benar rsnya bila berjauhan ngan family berbanding husband. Sib baik ada 3g..lps ni saya nk bukak acc skype la plak.

Nak cita pengalaman daftar arituh..terkejut betul saya bila tgk list nama org2 yg same course ngan saya. Melayu 5 orang ja drp 22..yg lain india,cina & bumiputera. Dan dikalangan org melayu tuh sayalaa yg plg muda (prasan sat). Mostly drp kami dtg drp area Selangor & KL. Kos yg saya pilih ni merupakan 1st kos yg dijalankan disini. Kiranya batch kitaorg ni perintislaa. Dan kami juga merupakan 1 kelas KPLI ja. Isnin ni da bermulalaa kuliah. Kami telah diberikan taklimat ttg kursus...rs gerun ja dgr. Mana xnya..1 sem kami blajo n xm..tolak cuti sekolah, perkhemahan, bina insan guru..adalah dlm 3 bln ja kami blajo...so jadual kami mmg ketat & full..rs xleh nk bernafas. Kelas setiap ari bermula jam 8 pg sehingga 7 mlm (termasuk GERKO). Rest time 10-10.30, 12.30-1.30 & 4-4.30 tu ja..tu laa time kami nk mkn, solat n tuko baju. Gila seh..bila ms kami nk pi library, cr bahan buat assignment yg akan melambak2 tuh.

Buat pengetahuan semua..kami bdk KPLI tiada ditawarkan penginapan asrama lg skang ni. Psl semenjak KPLSPM ditawarkan (pengajian selama 5 thn stgh) sejak 5 thn yg lps...majoriti IPG tidak dpt menampung bil. pelajar. So start thn 2009, KPLI student kena dok luar..hanya time orientasi selama seminggu ja dok dlm. Hhuhuu kelam kelibut kami cr umah sewa area cheras ni..bole tahan gak sewa area ni..dlm rm800-1300. Majoriti semua pki agen n contract selama sethn. Tu pun saya ada minta tlg norli...kalo bole kami nk dok dlm 5 bln ja. Psl another 1 sem kami da nk pratikal. Bole ja saya nk ulang alik drp umah...tp bila pk2 blk duit tol & minyak aja sebln nk dekat rm700. Kena kuar umah awal..smpi umah pun lewat dgn nk mengharungi jam lg..for sure smpi umah da penat. Agak2nya sempat ka nk bukak laptop wat assignment. Mmg confirmlaa akan tido lewat maunya 3-4 pg.

So berat ati gak nk wat kptsn...xpalaa sy decide dok umah sewa..bole together2 ngan memember bincang assignment. Kami dpt umah sewa rm650..2 bilik ja..kami ada dlm 6 org. 2 org ja melayu..mmg saya terpaksa bersusah2 dulu skang. Memember yg lain ulang alik drp umah..psl ada yg kat pj & kl (ok lg jaraknya drp umah sy nk ke IPT).

Mmg kucar kacir laa idup sy skang..jgn jd gila sudah. Harapnya saya still kuat mengharungi ni semua. Untuk berjaya bknla sesuatu yg senang dan utk jatuh adalah perkara yg mudah. Komponen utk lulus KPLI ni kami perlu mendapat sekurang2nya B+ dlm setiap aspek Major, GERKO, Praktikum & Ujian. Yg plg berat syaratnya kehadiran 100%,xboleh lewat msk kuliah & kehadiran dicatat (berlainan benar di U). Yerla nk jd guru kena dtg awal drp murid tul x?So dia mmg train kami cam guru. Kerana perkara yg dikatakan remeh ni laa juga bole menyebabkan seseorg x layak amik xm n penganugerahan.

Saya pujuk diri saya supaya lakukan yg terbaik & mengikut kemampuan. Selagi abg & kuarga ada memberi semangat..serta juga kawan2. Dan DIA sentiasa bersama..Insya-Allah akn saya harungi dgn tabah..AMIN.

Read More......
Blog Widget by LinkWithin