actually cita ni da lapuk...last day sekolah da berminggu2 yg lps. Xtaulaa skang ni sy betul2 malas nk wat keja...nk update blog pun bole jd malas. Xlama lg persediaan prasekolah akan bermula..satu apa pun sy xprepare lg, nk setup kelas pun belum. Skang ni mood cm nk bercuti ja hahahha..bole lg ka.
Okla..time hari konvo prasekolah..fuh mmg minggu yg memenatkan. Sy pun xsempat nk snap gambar. Mana xnya kena buat belanjawan, kertas kerja, latihan persembahan, urusan hadiah, sijil jubah laporan...mmg xmenang tgn lg2 dlm keadaan yg mcm ni..akhirnya semuanya telah berakhir. Siap sy amik cuti lps tuh...psl baby xgerak2. Sblm konvo tu pun sy mmg da buat jamuan akhir utk murid2. Xsangka time konvo tuh ada ibu2 yg request nk minta buat majlis terakhir persekolahan. Sy ok ja..lgpun mereka da volunteer nk sediakan makanan.
Hari yg ditunggu2 telah pun tiba... mmg sy menyangka parents kat kg bkt badong ni sporting gila. Byk makanan yg dibawa...kami pun siap bergambar2 lg. Tp yg plg sy xsangka..mereka ada menghadiahkan sesuatu kpd sy...dan sy betul2 rs tergamam dan terharu. Siap2 buat ucapan gitu. Huh terima kasih byk2 yg xterhingga...mgkn da rezki baby. Mmg kenangan terindah sgt dan hubungan kami spt da lama walaupun sy br sj dipostingkan disitu pd bln 7 yg lps. Cikgu hny mendoakan yg terbaik buat anak murid cikgu dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yg diberikan oleh ibubapa di situ.
Read More......
Da nk akhir tahun dan akhir persekolahan ni..byklaa juga persediaan yg perlu dibuat. Baru2 ni sy da menjalani penilaian pd anak murid sy. Actually kalo ikutkan prasekolah ni xda ujian2. Mereka ni kita buat pentaksiran drp segi bakat, kemahiran dan sahsiah mereka. Tp sy buat jugalaa sbg kayu pengukur pemahaman mereka terhadap p&p sy. Kat cn sy sharekanlaa cth soalan yg sy gubal pd mereka yg sedang mencari2 cth soalan terutama kpd kawan2 kpli ku. Ianya juga boleh dijadikan lembaran kerja.
Contoh soalan B. Melayu
http://www.mediafire.com/?3dychl5m6e7mqgt
Contoh soalan Matematik
http://www.mediafire.com/?vqjrj2pta3th3z3
Sy pun sudah mula sibuk utk buat sijil tamat persekolahan, pentaksiran, report kad dan persembahan bg hr anugerah. Lps ni sy kena fikir plak utk menghias kelas agar lebih ceria. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan sudah kembali cergas utk bekerja. Br rsnya ada semangat nk buat itu ini. Harapnya segalanya dipermudahkan...Amin.
Read More......
Skang ni kehidupan sy sedikit sibuk dan huru hara sekejap. Saya rskan spt semua perkara nk dibuat...mula2 sy telah mendapat kelas yg semuanya budak 5tahun seramai 22 org. Pada hari pertama..MasyaAllah, kelam kabut kelas tuh, bising xdgr arahan dan xda disiplin. Plak tu guru yg dulu xmeninggalkan report tahap pencapaian budak2 tuh. So sy perlu mula balik dengan mengenalkan mereka abc. Alhamdulillah dlm tempoh sebln ni sy telah mendidik mereka utk disiplin spt beritahu guru apabila nk ke toilet atau minum air, beratur ketika nk mkn @ bsh tgn, bersihkan meja, kutip segala sampah & sisa mknan serta lap minuman yg mereka tumpahkan sendri. Sy ingin mrk berdikari & disiplin...bila mrk mampu mendengar arahan barula senang nk mengajar. Skang ni pun da ramai sudah boleh membaca sukukata kvkv. Hanya 6 org murid lg yg perlu diberi latihan pemulihan krn msh belum mengenal abc. Huh mmg byk perancangan & kerja sy perlu buat utk set up blk kelas sy. Harapnya usaha sy diberkati Allah
Skang ni setiap ptg ada sj meeting & program x termsk Koko lg. Pd mulanya sy agak keberatan bukannya apa...sbb fikirkan nk ulang alik drp umah...jauh tuh. Last2 sy dudukla kat sek. smpi pkl 6 ptg. Itupun ada beberapa kali sy xdtg mana xnya nk menguruskan urusan perlantikan sy yg memerlukan pi pesuruhjaya sumpah, ke IPG, buat medical checkup, ke PPD. semuanya memerlukan sy travel jauh drp ijok tuh. Mmg sy sering keletihan skang ni..dgn cuaca yg boleh menyebabkan sy pening. 3/8 ni plak sy akan ke Putrajaya utk menghadiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Semuanya berlaku sekaligus dlm sekelip mata spt xsempat nk bernafas...preparation utk i/view tu pun sy xprepare lg.
21/7 yg lps sy telah menghantar ibu, makcik & pakcik sy ke KLIA utk mrk mengerjakan umrah sekaligus menyambut ramadhan disana. Smg mrk dpt melaksanakan ibadat dgn baik. Akhir kata smg di bln Ramadhan ni Allah mempermudahkan ibadah puasa sy & sy msh bertenaga utk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sy seharian. Terima kasih abg krn memahami sy..dan sy berharap kesihatan sy semakin membaik. Kawan2 doakan perjuangan sy ini
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA UTK SEMUA"
Read More......
So 30 jun 2011 arituh genaplah setahun saya sudah menghabiskan masa belajar KPLI. Saya juga telah menghadiri kursus induksi..maka lengkaplaa sy sebagai salah seorang penjawat awam. Alhamdulillah bg kes kami, abis blajo terus posting xperlu tggu 2-3 bulan br dpt penempatan. Agaknya mungkin prasekolah ni mcm goreng pisang panas skang ni keperluannya....yerla termasuk di dalam NKRA KPM. So esok sudah bermulala saya untuk lapor diri di sekolah baru memandangkan surat posting sudah dikeluarkaan arini.
Tempat posting saya kalini lebih jauh drp tempat praktikum sy. Dulu sy under PPD Klang..kini sy telah berada di PPD Kuala Selangor. Sy pun xsempat survey lg tempatnya mgkn malam ni baru nk survey ngan abg. Tapi sy ada cr maklumat di maps google adalaa dlm 35-40 minit perjalanan. Kawasan sekolah ni kira kawasan kampunglaa muridnya pun xsmpi 1000 org. Xkiralaa kat mana sy akan ditempatkan janji mencari rezeki yang halal...cuma keadaan kesihatan sy yg menjadi penghalang..harapnya segala urusan sy dipermudahkan. Semoga sy dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin Insya-Allah..
Sekolah Lama : SK Sg. Binjai, Meru, Klang (dalam kenangan)
Nama Sekolah Baru : SK Bukit Badong, Bestari Jaya (Kaw. Ijok/Batang Berjuntai) - menggantikan guru prasekolah yg telah bertukar sekolah
Rasa sedih jugak nk meninggalkan anak murid yg sudah semakin rapat dgn sy..terima kasih sy ucapkan kpd Cikgu Aishah selaku guru pembimbing sy..yg telah byk memberi tunjuk ajar. Disebabkan SK Sg. Binjai guru prasekolahnya da penuh..xdptlaa sy nk meneruskan berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tu ramai guru2 senior org2 meru jugak yg majoritinya kaum jawa...sy pun da ramai kenalan guru disitu...semoga berjumpa lagi
Read More......
Pada minggu hadapana 28-30 jun, sy akan attend kursus induksi bg pengesahan jawatan. Harapnya ujian UAK nanti sy lulusla. Kalo kena mengulang tu yg payah..makin lambat plak sy akan disahkan jawatan. Dulu kursus induksi ni diadakan selama 2 minggu + 1 minggu BTN. tp kali ni dia buat 3 ari ja..mgkn xda budget kot (agaknya la). Tapi kami perlu menyiapkan 2 tugasan serta CD modul diberikan utk kami baca. Masa yg diperuntukkan adalah selama 44 jam
Huh..disebabkan sy masih xberapa sihat lg..masih byk lg nota yg belum dihabiskan. Nasib baik sewaktu sihat saya da siapkan tugasan tuh. Kalo tidak pening jugak nk mengarang utk cari idea. Kami pelajar KPLI, kebiasaannya kursus ini akan dikelolakan oleh pihak IPG. Tp jika xberkesempatan mengikutinya...kursus ini akan ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Tapi lmbt skitlaa nk tggu. Harapnya selama 3 hari kursus ni kesihatan sy semakin membaik...n abg jg diri bebaik di rumah ya hehehhe. Kawan2 doakanlah semoga segala urusan sy dipermudahkan ..Amin.
Read More......
Alhamdulillah..syukur ke hadratnya telah selesai juga tempoh praktikum yang saya jalani selama ini. Sekaligus membuatkan secara rasminya pengajian saya telah tamat. Dan bermula isnin ini, saya telah bertukar status menjadi guru tetap di sekolah yang sama..Insya-Allah.
Sepanjang tempoh praktikum ini, telah byk dugaan yg saya tempuhi..dan alhamdulillah saya berjaya harungi dengan jayanya. Sebanyak 10x saya telah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Mmg gerun..yerlaa org tgk kita mengajar dan mengkritik kita..saya mmg perlu sentiasa bersedia. Dalam tempoh itu juga saya telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dan modul-modul pembelajaran mengikut due nya. Salah satu daripadanya membuat video Teknologi Pendidikan. Setakat ini saya mmg berpuas hati dgn segala tugasan yg disiapkan.
Sekarang ni, saya perlu menunggu surat drp pihak KPM dan menunggu result IPG keluar. Doakan saya kengkawan agar permulaan perjuangan saya sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan dirahmati oleh-Nya.
** da lama xupdate blog.tetiba rs kekok n da xtau nk cita apa lg
Read More......
Alhamdulillah da hampir 9 minggu saya menjalani praktikum...bln depan baru abis. Byk betul dugaan, yerla dengan assignment, jurnal, portfolio, school base experince(SBE). Tu belum masuk ranacangan pengajaran harian dengan nk buat bahan bantu mengajar (BBM) setiap hari. Mmg letih wei...apa2pun sy da mula serasi mengajar di prasekolah..setiap hari sy rasa seronok dengan mereka. Kehidupan saya skang setiap hari dikelilingi dengan kanak-kanak yg seramai 25 orang itu. Melayan karenah mereka..melihat mereka ketawa. Mereka juga sudah mula rapat dengan saya..ada srg tuh manja betul ngan saya asal saya terlepas pandang akan dia pasti dia akan merajuk. Hilang kepenatan melihat mereka happy datang kesekolah.
T
erima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah saya di atas ilmu yang diberikan. Dengan ilmu tersebut saya dapat menangani kanak-kanak ini di peringkat mula masuk sekolah dulu hingga kini. Nak cita time mereka baru masuk kelas, ada yg nangis, yang berlari, panjat gate, berguling2 tok sah citalaa..smpi saya pun main lari2 dengan mereka ni hahahha. Tp tu semua pengalaman..n hasilnya now i know how to treat children. Ibubapa pun diharapkannya jgnlaa asyik dok tggu n tgk anak tepi tingkap..bkn apa kanak2 ni akan lost focus n emosinya terganggu begitu jugak turut effect pd kanak-kanak lain. Mereka ni akan rs seronok bila da kenal n main ngan kawan-kawannya. Saya cuba praktikkan segala teknik, kaedah, strategi pedagogi yang telah diajar mengikut teori maslow, bruner, pavlov, watson, skinner, bandura, piaget, kohler, vygotsky, erik erikson dan mcm2 lg. Kalo nk sebut psl teori ja mmg byk...mmg naik pening laa dulu blajo psl nk ingat semua. Tp tulaa xrugi kita ada ilmu yg byk..dengan adanya ilmu saya dlm ICT..saya cuba mix n matchkan dlm kaedah pengajaran saya seperti menggunakan video, permainan komputer dan simulasi.
Oklaa stop laa cita about this...nanti ada masa sy cita plak teknik2 bagaimana nk bg anak2 menguasai kemahiran menulis dan membaca dengan cepat. Saya merangkap guru prasekolah ni adalah pendidik yg plg mencabar krn kena bg mereka pandai kenal huruf, membaca, mengira dan menulis. Kekdg saya ada dgr org ckp nk ngajo dan jaga anak 2-3 org kat umah pun da pening kepala inikan pulak 25 orang. Saya seorg guru yg mengajar semua subjek kecuali agama islam, terasa diri ini kerdil sgt psl msh byk lg perkara yang perlu saya belajar. Pembelajaran di ipg selama 4 bulan ini, masih belum cukup utk saya menjadi guru yang cemerlang (hehehe ada hati nk jd guru cemerlang). Ok farah, teruskan usaha mencari ilmu dan menjalankan amanah dengan baik..Insya-Allah
**rupa-rupanya da hampir 2 bln saya xbukak n update blog ni ishh..ishhh..sabolaa blog..nanti tuanmu akan kembali aktif yaa**

Read More......
Alhamdulillah telah masuk lembaran baru dlm hidupku kini. Hai blog ku yg telah lama rsnya sy tgglkan. Byk cerita yg ingin dikongsi tp xtau nk start drp mana...Apa yg boleh sy katakan kat sini..setelah selesai xm, baru habis camping pengakap & xlama lg akan bermulala praktikum di sebuah sekolah yg baru. Syukur sesgt, krn tmpt praktikal sy xlah terlalu jauh drp umah dlm 14 km...tupun da ckp bernasib baik drp kawan2 yg dpt jauh. Xperlulaa sy nk sewa rumah lg...n of course sy dpt menetap diumahku syurgaku kini bersama suami tercinta.
Walaupun sy da start cuti skang, sy still busy nk uruskan persiapan praktikal & segala tugasan berasaskan modul. Ini kira cm pjj laa..walaupun kami praktikal tugasan still ada...psl kami xda interaksi dgn pensyarah. blajo sendiri guna modul...nk dekat due date anto assig. Td baru lps jumpa GB di SK Sg Binjai, Meru Klang. Sekolahnya sama spt sek sy yg dulu di mana muridnya ramai sehingga 3 ribu lbh org murid. Harapnya sy dpt jlnkan amanah & mengutip pengalaman serta ilmu sepanjang di sekolah ini nanti
Rs sedihnya..bila terkenangkan kehidupan sy di ipg telah berakhir..rindu korang semua yg 1 Malaysia. Inilaa dia beberapa keping potret & memori bersama mrk baru2 ini. SALAM MAAL HIJRAH
Gambar kenangan bersama jurulatih

plg suka photo ni..korang semua mmg sporting (nmpk cam cover album ja hehhee)
Inila perkhemahan sekawan kuning dan gajet yg dibuat drp buluh. walaupun team kami xda lelaki kami msh mampu melakukannya...cayalaaa
saat plg best mkn beramai2 hasil mskn bersama
hasil ikatan wogelku menggunakan simpul manuk...stlh selesai kemahiran manikayu 1 ni..maka kami wajib memakai wogel ini***tq pd kengkawan yg ada tag n beri award pd saya. Saya amat hargai skali cuma belum ada waktu utk saya lakukannya. Anggaplaa sy sudah menerimanya***
Read More......
Pejam celim, pejam celik...rupanya kehidupan saya di IPG ni akan berkahir. Mmg totally rs sekejap ja..baru rs kenikmatan seronok bersama rakan2 yg 1 Malaysia krn sblm ni sy xprnh ada kwn rapat drp bangsa lain. Best friend sy plak org asli...1st saya jumpa scr dekat & berkawan..Mmg satu sweet memories yg xdpt dilupakan. Kami merupakan perintis atau bhn uji kaji dimana program kami hanya 1 sem. Lps ni kami akan tahu penempatan praktikum yg akan bermula drp Jan-April 2011. Slps itu kami akan terus diposting. Psl tu mmg quit mencabar betul kpli ni. Ssh saya nk describe tp hidup kat U plg boleh relax sy katakan kat sini.
Actually harini sy cuti, psl semua pensyarah ada hal..tulaa yg ada time nk menulis ni. Lgpun rs nk termuntah gak asyik mengadap buku ja. Minggu depan da start minggu xm dan sy nya xm 3 paper 9hb-11hb. Huh walaupun papernya sikit saya punya gerun still ada mana taknya setiap paper 7 jam kredit. I hope i can do better....skang ni mcm2 perasaan ada..rs nk shopping, jln2 mkn angin, rindu nk jumpa keluarga dan of course my darling. Tapi terpaksa sy pendamkanla dulu..sejak msk kpli mmg sy xda time bersosialisasi, x tgk tv (mmglaa jgn tny apa berlaku kat Malaysia ni mmg semua xtau kecuali kalo org bgtau). Bila pk semua ni terasa lamanya azab ni nk berakhir hehehheh.
oklaa kawan2 wish me luck. poning kepala nk menghafal segala teori & fakta dgn segala buku yg tebalnya 7-8 ratus m/s. Ada masa atau boring sy karang lg kay..rindu gak dgn my blog ni ;)
Read More......
Da lama rsnya xupdate blog..korang paham2 jalaa. Saya skang da jd busy women hehehe;). Oklaa kat cn saya nk share gambo beberapa aktiviti yang saya lalui di IPG. Satu pengalaman yg saya xboleh kutip dimana2.

Bina Insan Guru - Water confidence
Motif-meningkatkan keyakinan & motivasi guru. Setiap guru perlu tahu asas renang dan bersiap sedia bg yg dpt posting ke kwsn pedalaman dimana jln pengangkutannya adalah air. Best sgt main air...mandi kolam pun boleh sun burn muka mana xnya open air drp pkl 8.30 pg smpi 2.30 ptg. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan di Pulau Pangkor tp laa ni bajet xda. Saat yg plg saya tggu & teringin nak buat iaitu terjunan. Cuak gila..gayat kat atas tu, kami buat 3 peringkat lompatan yg plg tggi 3 m dgn kedalaman air 3.3 m. Saya blajo asas lompatan yg betul agar badan xsakit..korang mesti xcaya..ada yg lemah & takut sgt smpi menangis dan xnak buat. Siap jurulatih tolak jaa..kami diwajibkan lompat utk lulus.

Masakan ala rimba -memsk nasi di dlm buloh, msk telur & ubi kentang di dlm tanah dan bakar ayam serta ikan. Satu pengalaman baru bg saya..aktiviti ini persediaan bg kami utk perkhemahan perdana nanti. X pernah saya sangka saya akan menjadi ahli pengakap..bukan ahli shj tetapi bakal penasihat & pemimpin pengakap di sekolah nanti. Disebabkan kump kpli hanya satu ja..so kami xda pilihan badan beruniform..mmg pihak IPG da tetapkan. Xpalaa best gak dpt bergaya setiap ari isnin pki uniform pengakap. Saya merupakan penolong ketua sekawan kuning...mmg byk benda saya blajo...mmg kami dilatih utk menjadi pemimpin. Yang bestnya nanti kami dpt sijil yg diiktiraf antarabangsa..kira lakulaa sijil kami.
Cerita psl Olahraga plak, kami blajo asas utk menjadi pegawai kejurulatihan. Secara xlangsung kami ahli Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Kami ada xm, jika lulus sijil itu nanti membolehkan kami menjadi Pengadil Kebangsaan. Kami blajo cara yg betul utk larian pecut, lontar peluru, lompat tggi & lompat jauh. Bukan setakat blajo teori ja, kena buat amali gak di stadium lg huhuu mmg payah betul. Da lama sy meninggalkan zaman atlet saya dulu...hahahah depa semua xcaya org besar cm saya msh mampu berlari pantas & melompat kalah badan kurus hehehhehe. Itu mgkn mmg kebolehan saya...syukur sesgt.

Inilaa dia group KPLI saya..di mana melayu adalah golongan minoriti di cn. Mmg meriah yg melambangkan 1 Malaysia.
Oklaa nanti saya akan smbg lg dgn aktiviti yg lain
Read More......
Huisshh sakitnya segala urat & badan...akhirnya selesai sudah minggu pengurusan pelajar baru. Da lama xberorientasi..tau2 ajalaa mmg rushing. mkn kena cepat, mandi cam x mandi, tido xckp..lg2 plak da berumur ni da xlarat nk buat aktiviti2 lasak setiap ari. Tp mmg funlaa cuma mmg keletihan..satu kenangan yg hebat. Time2 camtu terasa rindu kat abg. Lain benar rsnya bila berjauhan ngan family berbanding husband. Sib baik ada 3g..lps ni saya nk bukak acc skype la plak.
Nak cita pengalaman daftar arituh..terkejut betul saya bila tgk list nama org2 yg same course ngan saya. Melayu 5 orang ja drp 22..yg lain india,cina & bumiputera. Dan dikalangan org melayu tuh sayalaa yg plg muda (prasan sat). Mostly drp kami dtg drp area Selangor & KL. Kos yg saya pilih ni merupakan 1st kos yg dijalankan disini. Kiranya batch kitaorg ni perintislaa. Dan kami juga merupakan 1 kelas KPLI ja. Isnin ni da bermulalaa kuliah. Kami telah diberikan taklimat ttg kursus...rs gerun ja dgr. Mana xnya..1 sem kami blajo n xm..tolak cuti sekolah, perkhemahan, bina insan guru..adalah dlm 3 bln ja kami blajo...so jadual kami mmg ketat & full..rs xleh nk bernafas. Kelas setiap ari bermula jam 8 pg sehingga 7 mlm (termasuk GERKO). Rest time 10-10.30, 12.30-1.30 & 4-4.30 tu ja..tu laa time kami nk mkn, solat n tuko baju. Gila seh..bila ms kami nk pi library, cr bahan buat assignment yg akan melambak2 tuh.
Buat pengetahuan semua..kami bdk KPLI tiada ditawarkan penginapan asrama lg skang ni. Psl semenjak KPLSPM ditawarkan (pengajian selama 5 thn stgh) sejak 5 thn yg lps...majoriti IPG tidak dpt menampung bil. pelajar. So start thn 2009, KPLI student kena dok luar..hanya time orientasi selama seminggu ja dok dlm. Hhuhuu kelam kelibut kami cr umah sewa area cheras ni..bole tahan gak sewa area ni..dlm rm800-1300. Majoriti semua pki agen n contract selama sethn. Tu pun saya ada minta tlg norli...kalo bole kami nk dok dlm 5 bln ja. Psl another 1 sem kami da nk pratikal. Bole ja saya nk ulang alik drp umah...tp bila pk2 blk duit tol & minyak aja sebln nk dekat rm700. Kena kuar umah awal..smpi umah pun lewat dgn nk mengharungi jam lg..for sure smpi umah da penat. Agak2nya sempat ka nk bukak laptop wat assignment. Mmg confirmlaa akan tido lewat maunya 3-4 pg.
So berat ati gak nk wat kptsn...xpalaa sy decide dok umah sewa..bole together2 ngan memember bincang assignment. Kami dpt umah sewa rm650..2 bilik ja..kami ada dlm 6 org. 2 org ja melayu..mmg saya terpaksa bersusah2 dulu skang. Memember yg lain ulang alik drp umah..psl ada yg kat pj & kl (ok lg jaraknya drp umah sy nk ke IPT).
Mmg kucar kacir laa idup sy skang..jgn jd gila sudah. Harapnya saya still kuat mengharungi ni semua. Untuk berjaya bknla sesuatu yg senang dan utk jatuh adalah perkara yg mudah. Komponen utk lulus KPLI ni kami perlu mendapat sekurang2nya B+ dlm setiap aspek Major, GERKO, Praktikum & Ujian. Yg plg berat syaratnya kehadiran 100%,xboleh lewat msk kuliah & kehadiran dicatat (berlainan benar di U). Yerla nk jd guru kena dtg awal drp murid tul x?So dia mmg train kami cam guru. Kerana perkara yg dikatakan remeh ni laa juga bole menyebabkan seseorg x layak amik xm n penganugerahan.
Saya pujuk diri saya supaya lakukan yg terbaik & mengikut kemampuan. Selagi abg & kuarga ada memberi semangat..serta juga kawan2. Dan DIA sentiasa bersama..Insya-Allah akn saya harungi dgn tabah..AMIN.
Read More......
Harini dgn rasminya saya telah meninggalkan SKSB..sekolah ku kebanggaanku (salah satu lirik dlm lagu sekolah). Sedihnya..terima kasih pd guru2 yg mendoakan kejayaan sy & byk membantu sy. Jumpa GB & PK depa semua happy dan memberikan kata2 amanat kpd saya. Akan saya pegang kata & nasihat kalian semua. PK juga da bg green light kalo nk bantuan drpnya jumpa atau call ja dia. Tu sudah pasti akan sy lakukan hehehhe
Tak lupa gak pd anak murid2ku yg melaung2 memanggil & melambaiku sehingga sy keluar drp kaw. sekolah. Cikgu akan rindu pd kamu semua. Semuanya bermula di SKSB & kini ianya menjadi satu kenangan..
Read More......
Heheheh poyo ja tajuk post kali ni..bkn pa sj wat suspen jap. Tp mmg benar pun saya nk tgglkan abg selama sethn..napaaaa...........
Alhamdulillah syukur ke hadratnya..kerana biarpun sebyk mana kita berusaha & xmudah berputus asa..DIA xpernah melupakan kita. Akhirnya DIA tlh memakbulkan impian saya selama ini...sediah bercampur gembira...gembira kerana impian tercapai, kuarga semua happy. Sedihnya..xdptlaa sy nk bermanja ngan abg setiap hari..lakukan tugas2 menjaga abg (my big baby). Risau pun yaa gak..mana xnya skang umah da besar takut sy xda nanti jd kandang kuda plak bila sesekala sy blk. Kerana selama ni tugas tu sy yg handle..(jgn mare yaa bang)
Xplaa nilaa dikatakan pengorbanan..sy lakukan semua bkn utk diri sendiri malah utk insan2 tersayang. Nasib baik..saya lum mempunyai anak..kalo x mesti lg rs payah nk meninggalkan anak yg masih kecil. Harapnya lps ni rezki anak plak menyusul. Saya da nmpk hikmah & perancangan yg dibuat dibalik semua yg berlaku pd saya selama ini.
Cita punya pjg lebar..apakah impian sy tuh..heheheh sy telah ditawarkan KPLI (msk ni 8x kali tau sy da mintak). Lebih mengembirakan Cik Abg..IPG nya dlm KL ja..kat IPG Teknik Bdr Tun Razak(weekend msh leh jumpa lg). Huh skang perasaan sy mcm2 ada..dgr drp pengalaman cikgu2 yg dulu mcm2 gak. Saya akan cuba menyandang tanggungjawab yg diberikan oleh-NYA ni dgn sebaik mgkn. Ada lbh semggu saya kena settlekan segala keperluan & persediaan utk kesana. Harap semuanya dipermudahkan. Saya akan daftar pd 28 Jun. Lps ni kehidupan sy sbg pelajar mesti padat kot..ntah dpt kaa idok update blog kesayangan sy ni slalu.
Apa2pun..kengkawan doakan kejayaan sy yaa..abg plak jgn naughty2 tau.Xlupa jg sy nk mengucapkan setinggi2 terima kasih kpd semua guru2 & murid2 di SKSB..kerana selama ini tlh memberi sy pengalaman & pengajaran yg berguna utk menjadi seorg pendidik.

Read More......
Dalam 2 bln yang lps, Kelab Staf Bestari di sekolah ada menganjurkan pertandingan mencipta logo & moto utk kelab itu memandangkan selama hampir 6 thn kewujudannya belum ada satu logo rasmi yg mewakili kelab itu. Disebabkan penyertaannya xkisah bapa byk...saya tibai hantar 3 design logo. Bukan apa..saya memang minat design mendesign ni...tu yang amik Multimedia dulu. Disebabkan ada kebolehan tu..saya pakat try jalaa. Lagipun saya terpk mgkn nilaa cara saya nk menyumbangkan sesuatu utk sekolah. Sekurang-kurangnya..kalo logo saya terpilih, ia akan menjadi satu kenangan yg akan digunakan smpi bebila (selagi KSB xda hajat nk tuko logo barulaa).
Harini saya ada sambutan Hari Guru di Tropicana Golf Club Resort dekat Sunway Damansara. 1st time masuk kaw. tu..mmg makanan, layanan serta tenpatnya mmg bole buat org semua terpegun. Smpi xterlarat saya makan..yerlaa stail buffet. Tahun ni nya sambutan guru mmg havoc..byk dpt sponsor smpi door giftnya pun dpt barangan drp Protect, Colgate & Giacomo- pie dish. Tu baru door gift lum hadiah cabutan bertuah lg heheh. Tapi malangnya saya xbertuah harini....sehinggalaa.....
Antara design logo yang dihasilkan serta hadiah yg saya menangi
Saya diumumkan sebagai Johan mencipta logo & moto KSB. Saya mendapat sijil penghargaan & wang tunai RM150. Oklaa tu kira berbaloi gaklaa yg ptg niat saya ikhlas nk menyumbang sesuatu kpd sekolah yg telah mengajar saya erti seorg guru. Actually ada 5 design logo yg msk akhir...& of course ketiga2 logo saya tercalon..dan xsangka ramai mengundi utk salah satu logo saya. Alhamdulillah....

design logo yang telah mendapat undian ramai & secara rasminya menjadi logo KSB
Akhirnya logo ini akan diguna pakai di dlm urusan rasmi KSB. Semoga KSB akan menjadi "Teras Komuniti Bestari" sesuai dgn moto & nama sekolah ini..SK Subang Bestari.
Read More......
Da lama xupdate blog..busy memanjang. Ni baru ada kesempatan..kalo ikutkan byk benda nk cita tp tulaa blk umah da penat. Jd guru ni cepat letih psl kena gerak sana sini kot. Lagi2 nk mengawal bebudak thn 1 ni sakit2 badan gak dibuatnya. Tu yg kekdg tu blk umah terasa ngantuk tp ada keja yg nk buat. Mmg seriously..thn ni akibat penat sgt n busy mmg saya da jarang memsk. Tima kasih pd abg kerana memahami..kalo msk pun time weekend ja. Pelik gak sy psl dulu keja swasta blk lewat smpi kul 7 pun msh gagah lg nk memsk. Tp walau camna pun ada lg org yg sibuk drp saya..cam ada 1 kisahni, akak kat tmpt sy tuh..smpi bergaduh dgn laki dia psl xda ms nk uruskan kuarga, uruskan umah, uruskan anak-anak dgn blajo master lg. Da la kat sekolah sandang pelbagai jawatan berat..murid2 lg nk diuruskan..kesian tgk..kekdg tuh pengertian keluarga & suami pun perlu..psl kita buat semua ni pun utk keluarga. Kat mana2 tmpt kerja pun sy tgk...sapa yg cekap buat kerja n cepat..pasti kita akan diberikan mandat kerja yg lebih..camnalaa org2 yg xdiberikan kerja lebih tu nk maju gak. Asyik yg buat kerja muka2 org yg sama jaa.
Huh..okla kalo kupas isu ni pun xabis nanti heheh. Berbalik pd cita asal...baru abis satu program..ada lg dan kalini saya terlibat lg dlm satu program besar kerajaan dlm merealisasikan MKRA & NKRA (National Key Result Area). Program itu ialah program LINUS (Literacy & Numeral Screening) untuk semua murid tahun 1. Ianya perlu dilaksanakan oleh semua guru2 BM & MT thn 1. Program ni dibuat bg memenuhi KPI bahawa menjelang thn 2012 semua murid2 pd 3 thn pertama persekolahan dapat membaca & mengira. Sebelum ni, ianya dipanggil KIA. Biasala..benda baru, byk kena study n byk kerja skit sebelum nk dilaksanakan. Kelam kabut gak psl awal bln depan da nk kena hantar data2 pd PPD.
Ni baru nk buat saringan 1..kalo xlps ada saringan 2 & 3. Murid2 yg x melepasi saringan ni akan di masukkan ke kelas pemulihan atau kelas program LINUS. Sesapa yg tidak melepasi kesemua saringan tuh..akan dimasukkan ke kelas pendidikan khas pembelajaran jika disahkan mempunyai mslh oleh doktor.
Ya Allah..permudahkanlah urusan hambamu ini dalam menjalankan amanah yg diberi. Semoga segala usaha & pengorbanan diberkati & diredhai Olehmu..Amin.
Read More......
Huh busy betul di awal persekolahan ni..nipun baru ada masa skit nk mengarang. Tahun ni saya berpeluang mengajar tahun 1 di sekolah. Terkejut gak memula tuh..psl memula dulu slalu pk mesti ssh nk handle bebudak ni...Tapi apabila sudah menghadapi mereka setiap hari..rs seronok plak. So cute bebudak ni..nak marah pun terus hilang. Biasala bebudak mesti bising psl depa dok asyik ingat main ja..mmg riuh dibuatnya psl mereka satu kelas ramai smpi nk dkt 50 org. Sakit2la tekak ni smpi xda suara rsnya..mmg kalini kalo bw bekal botol air sure xckp..cpt betul hausnya. Tapi yg best depa ni..bila kita ckp depa ikut lum pandai nk bg seribu satu mcm alasan. Terus terang punya..kalo xnk wat keja ckp..kalo xmahu ckp ja xnk heheh.
Di awal persekolahan aritu, kalo ada yg perasan SK Subang Bestari masuk paper n tv. Mana xnya..pengarah pelajaran n TPM KPM dtg melawat sekolah. Nak melihat keadaan sekolah yg crowded ni..mgkn depa tgh pk camna solution nk buat, dgr cita akan ada sekolah baru yg akan dibuat..bila?walllahualam..tunggu n lihat sjlaa.
Tahun ni sj hampir 700 org murid thn 1 masuk. Huh mmg gawat..mak bapak pun ramai gak yg dtg nk menghantar anak2 mereka. Belum masuk kes2 murid yg homesick. Nak cita psl bebudak thn 1 ni..mcm2 gelagat. Guru2 thn 1 mmg perlu bersabar dlm cabaran ni. Ada satu murid ni meronta2 nak lari smpi tertendang guru pun ada (smpi akak yg kena tuh cita ngilu betul perut dia kena tendang da laa baru lps operate bersalin). Guru yg pegang murid tu 3 org lawan 1 bayangkanlaa kuat sggh budak tuh..lps tuh menangis2 minta dilepaskan psl nk cium mak dia dulu..guru2 td tu pun kesian plak, dilepaskanla jugak budak tuh. Bila smpi kat maknya terus tarik baju xmau dilepaskan..mmg sabo jala. Ada satu kes lg..murid ni akn dok dlm kelas kalo maknya ada kat luar kelas..smpi maknya nk pi toilet pun xbole..bila maknya xda..larilaa murid tu drp kelas ikut ke mana sj maknya pergi. Alhamdulillah kelas yg sy msk lum ada kes camtuh..cuma ada yg nangis xda kawan n srg budak ni asyik kacau n cr gaduh dgn kawan..lps tu nangis. Budak2 camni perlu diberi perhatian lebih. Mmg guru memainkan peranan penting dlm proses memujuk murid2 ni. Bagi mereka selesa berada di dlm kelas..kalo marah2 lglaa depa takut nk dtg sekolah. Murid2 thn satu ni..perlu dibimbing samaada ke toilet, tandas, beratur, even ada yg srh ikatkan rambut, betulkan seluar dan sebagainya. Mmg berlainan ssgh drp mengajar thp dua.Tulaa beberapa senario yg berlaku..saya dulu pun nangis gaklaa ms mula msk sekolah cengeng katakan. Tp sat jalaa..anda semua termasuk saya pun kena beringat esk2 giliran anak kita plak gitu..harap2 semuanya dipermudahkan n perlu buat persediaan drp awal. Tp thn ni mmg majoriti budak lelaki yg homesick.
Itu satu pengalamanla buat saya..ada satu pengalaman lg yg buat saya ter'emo' skit. Ada srg budak ni ckp "cikgu cantikla..saya sayang cikgu"..sambil memuncungkan mulutnya minta utk mencium kedua2 pipi saya. So sweet..terharu seh..cam ada satu naluri n perasaan yg timbul ssh nk describe. Mcm anak ngan mak..alangkah bagusnya kalo yg buat tuh anak sendiri. Bayangkan saya baru 2x msk kelas tuh..belum rapat lg dgn mereka. Bila ja saya lalu kelas mereka..mereka menjerit2 memanggil nama saya "Cikgu Farah" utk msk ke kelas walaupun pd ketika itu bukanla masa saya. Ada tuh jumpa sy terus peluk. Mmg satu kenangan yg seronok menjadi guru.
Cita plak psl subjek mengajo, tahun ni saya diberi subjek pj n math plak. Pj tu msh xleh tggl lg laa..jadual mmg pek psl math ja 7 masa utk setiap kelas..pj plak 3 ms. Letih toksah citalaa..awal2 persekolahan pun da nk ada aktiviti marathon, sukan tahunan & bulan pjk. Spt biasa saya memegang jawatan ajk..kalo dihitung2 kerja guru ni pun lbh kurang da mcm office hour. Tp guru ni xleh dok setempat..abis sekolah ada kelas tambahan, meeting, KOKU, latihan & kerja sosial. Plg kurang pun pkl 3-5ptg blk. Msk sekolah 7.30..lbh 8 jam jugalaa sehari bekerja. Balik rumah buat kerja lg nk menanda buku budak2..kalo 1 kelas ada 50 org darab dgn 4 kelas..x beratus kaa nk menandanya huhuh. Menanda buku2 ni wajib seminggu sekali..psl mak bapak skang suka pantau n tgk kerja anak2nya..sat gi ada plak guru kena complain..buku xdisemak n buku latihan xabis digunakan. Tulaa pengorbanan ms yg perlu dibuat. Kalo benar2 ingin menjadi seorg pendidik itu semua pasti dpt diatasi. Walaupun dulu saya xsuka pekerjaan ini..benda yg xsuka tulaa akan selalunya kita dpt hehehhe. Di antara byk2 kerja yg saya lalui nilaa antara pengalaman kerja yg plg manis buat saya. Time cuti sekolah bila xngajo rs rindu betul kat murid2.
Wah drp xda ms..pjg berjelar gak mengarang hehhe..Sekian
Read More......
Banyak perkara yg penting berlaku dalam minggu ni. Seperti mggu2 sblm ni..masih lg sibuk dgn aktiviti2 yang dilaksanakan. Mana xnya..murid2 da excited nak tau ke kelas mana mereka akan ditempatkan pd tahun depan. Adakah mereka termasuk dlm kelas bestari iaitu Anthurium, Daisy, Orchid & Ixora (A.D.O.I). Percubaan naik darjah dilakukan secara serentak utk semua aliran kecuali tahun 6, mereka terpaksa membuat pendaftaran ke SMK yg telah ditetapkan. Pada mggu ni gak, semua ibubapa bg murid2 thn 1 2010 seramai 467..sibuk mengambil buku2 teks di bilik SPBT dan raptai penuh bg Hari Anugerah Cemerlang juga dibuat bg persiapan terkahir.
Huh cukup padat...apatah lg hari yang ditunggu2 oleh pihak sekolah utk mengetahui keputusan UPSR akan keluar pd hari ni iaitu 19/11. Saya plak yg excited..ibubapa juga sudah ada yg dtg awal & xsabo2 menanti keputusan anak2 mereka. Pulak tu saya yg tampal keputusan UPSR..xsempat habis tampal lg ibubapa da berkerumun kat kawasan tuh. So far alhamdulillah..ada peningkatan di dalam resultnya. Tahun ni sekolah saya mendpt 89 murid 5A..kalo ikut target 100 org..tp oklaa drp thn lps hanya 76 murid. Saya pun turut sebak bila tgk bebudak dgn ibubapa mereka menangis kegembiraan. Sekalung tahniah kpd mereka yg berjaya begitu juga utk guru2 yg selama ni telah berusaha keras.
Dan xlupa juga, pd Rabu yg lps bermulala peperiksaan SPM di seluruh M'sia. Diharapkan adik saya dik la dpt melakukan yg terbaik utk dirinya sendiri demi masa depannya. Kami sekeluarga akan mendoakan kejayaanmu. Habis SPM ni..adik saya akan terlibat dgn PLKN siri 7, xdptlaa hang nk dtg kl umah kak yong utk jln2 & rehat2. Nasib laa yaa dik oii.
Akhir skali, yg plg saya tggu apa lg kalo bukan cuti sekolah. Hahahah esk da last day sekolah yahooo. Ermm..bole bercuti pjg..nk buat apa yerk
Read More......
Makin nak cuti sekolah makin byk benda nk buat rupanya..belum masuk meeting PIBG, KOKU, HEM dan mcm2 lg. So mgguni blk lmbt skitlaa..memandangkan saya ni AJK utk pelbagai aktiviti. Nama pun guru mmg byk terlibat dgn aktiviti sosial..bkn hanya kena pandai mengajar malah kena arif dlm bab2 mengendalikan sesuatu program supaya ianya berjalan dgn lancar. Di antara program yg dibuat mggu ni:
- Mggu pusat sumber
- Lawatan ke SMK SB & LGM
- Perkhemahan Perdana
- Hari Kanak2 sedunia peringkat sekolah
- Hari Akademik 2
- Hi-Tea Tahun 6 & Guru2 thn 6
- Transisi tahun 1
Disebabkan bukan sj badan yg letih..otak pun letih gak, setiap hari Rabu pasti saya amik masa pi jln2 dgn adik saya..kekdg pi tgk wayang hehehhe. Lgpun time ari Rabu tiket wayang murah (tulaa psl)..nak cita2 yg xsakit otak atau bercelaru..sy suka tgk bollywood. Baru2 ni saya tgk Main Aur Mrs Khanna & All the best fun begins..cita ni mmg lawak gila, mmg syok betulla tgk. 1st time saya tgk filem bollywood xsmpi 3 jam. Huh tgk aktor Ajay Devgan..huiishh mcm abg heheh. Depa ni pelakon hindu makin meningkat usia 40 mak aii..makin gantang, segak. Dgn badan yg sasa..alamak puji lebih2 jgn mare yg bang. Target mggu dpn nk tgk filem bollywood London Dreams & Aladdin plak. Janji dgn abg nk tgk cita omputih '2012'..tp mggu ni abg kena kejalaa plak..xpa tggu mggu dpn.

Saya pun setiap mggu bole rest start hari Rabu..psl Isnin & Selasa saya buat tuisyen. Sehari saya buat dlm 2 jam. Saya amik subjek Sains & Math ja. Itupun parents tuh srh sy ajar semua subjek. Xberani plak saya..nanti bebudak xbole fokus and aim sy xsmpi plak. Biarlaa saya tumpukan dulu pd 2 subjek tuh. Lagipun saya minat subjek tuh hehehe. Biasala dlm rest2, sy shopping2 beli apa yg patut..n jln2 cr mkn mesti x lupa punya. Kami try satu donut baru ni..nk tgk sedap kaa idok 'J.Co Donut & Coffee' . Dia lebih krg cam Big Apple, tp truly..'Big Apple' nya donut lg sodap. Xtaulaa apa kandungan doh dia..walaupun ltk kat peti ais still lembut. Gerenti beb..korang bole try sendiri. Lps tuh kami lunch ( nk dkt kul 4 br nk lunch :( ) kat Chicken rice shop. Hahah saya 1st time masuk kedai ni...mgkn org lain da berkali2 kot. Saya amik set yg harganya RM 14.99..set hong kong beef stew tuh. Oklaa not bad. Apa2 pun yg pasti..aktiviti2 ni mmg mengurangkan sedikit stress yg ada..n bersemangat utk keja..keja n keja ;).
Sebelum tu,kat cn saya ltk beberapa gambo sewaktu hari sukaneka dan sukan olahraga kat Stadium Matsushita pd weekend yg lps. Walaupun perbarisan umah merah kalah..tp secara keseluruhannya Umah merah menang yyeeeiii!!!Suka sgt walaupun terpaksa berjemur ditgh panas..mmg da naik belang muka ni dok bg semangat kat murid2 ni. Tahniah pd semua guru2 & murid2 umah merah.


olahragawan 2009 drp umah merah..semua acara bantai masuk n bg markah umah merah naik. Syabas adik Muhd Afif Danish
Read More......
Selepas ja peksa..beberapa program tlh disusun oleh pihak sekolah. Baru-baru ni ada shooting kid@fgw oleh ntv7..byk aktiviti yg dibuat. Kebanyakkannya sukaneka, senamrobik, story telling n persembahan drp artis dina. 1st time saya tgk dina drp dekat..peramah gak. Bebudak ni kalo penyanyi dtg senyap..suka betul. Bila turn nyanyi semua ingat..bila blajo ssh nk ingat sabo jalaaa. Slps tuh, esoknya ada yogurt nestle dtg dgn maskotnya. Sukalaa bebudak ni dpt yogurt free..xketinggalan guru2 pun dpt gak. Yg geramnya..bolekaa bebudak ni main2 ngan maskotnya..siap tumbuk2 tendang2. Hai kesian betul org dlm sarung tuh..da la berat nk bw sarung strawberry tuh. Kalo saya dpt budak tuh..saya nk srh plak dia pki sarung tuh n jalan satu sekolah. Baru depa tau..huisshh jgn main2 garang gak saya ni hahha.
Harini, Jumaat merupakan hari keusahawanan thn 6. Setiap kelas akan menjual makanan n minuman mengikut tema yg telah diberikan. Kebanyakkan makanan n minuman tuh semua ibubapa yg sponsor n buat. Saya salute betul ibubapa, terutamanya ibu2..yg sanggup bgn awal pg utk msk nasi lemak..mee, kek n mcm2 lg utk support anak2 mereka. Bebudak ni suka betul berjual..saya plak rs nk tlg jual skali. Harini kantin tutup..so saya berjln2la ke satu gerai ke gerai yg lain. Asal jumpa ja kelas yg saya ajar..depa ni tarik2 saya srh beli jualan mereka. Hai xterlarat plak semua sy nk membeli n memakannya. Actuallynya tujuan penjualan ni adalah utk mengutip dana bg jamuan akhir kelas nanti. So depa ni kena bertungkus lumus berjual n menghabiskan jualan mereka. Mcm2 strategi depa buat..dgn banner..buat promotian beli 1 percuma 1..jual dgn bakul cr org. Mmg nampaklaa kesungguhan depa ni. Akhir skali..saya rs happy sgt harini..da laa xda kelas asyik membeli ja..belum termasuk bdk belanja lg hehhe
Read More......
Harini bermulanya peperiksaan UPSR..pg ni pi sekolah kalut gak psl kena smpi awal kul 7 pg..terkejut gak tgk byknya keta..mmg parking penuh ni..smpi ada kat luar pagar sekolah. Rupanya kereta2 pengawas periksa n ibubapa. Bagus betul..saya da rs cam peperiksaan UPSR ni da mcm satu peperiksaan besar..sanggup mak ayah cuti kerja psl nak menemani anak2 mereka utk bg semangat. Setahu saya dulu..xda plak mak abah tggu saya time peksa. Bersembang dengan ibubapa kat situ..depa yg risau mengalahkan anak2 mereka..lgpun kebanyakkan ibubapa disitu, nilaa anak pertama mereka..tu yg risau lebih.
Sesampai jaa sekolah, saya terus dapatkan bebudak bilik 4 yg dipertanggungjawabkan utk saya jaga. Disebabkan murid2 thn 6 nya ramai, sekolah ni ada 3 pusat iaitu BH189, BH190 & BH191. Sempat gak saya buat rehearsal..beratur, bg salam semua (time saya dulu xda plak smpi cmni). Bagi mereka mask, surat perakuan pelajar, hand sanitizer & sukat suhu badan (maklumlaa sekolah ni kan ada kes H1N1 dulu..sbg langkah berjaga2)..terkejut saya dlm ramai2 murid thn 6..budak bilik saya terpaksa dikuarantinkan psl demam tggi. Ada gak 4 org budak pengsan..siap muntah2 psl pagi x breakfast...agaknya mereka semua ni panik kot. Tapi seriously, saya tgk mereka semua ni take serius peperiksaan ni..cam saya dulu xrs apa2, cam biasa jaa..tau peksa pakai redah jaa heheh. Pagi td subjek BM penulisan & pemahaman serta math kertas 2. Saya sempat gak tgk kertas BM..soalannya boleh tahan..byk soalan yg keliru & jawapan yg samar2. Patutlaa saya tgk muka budak2 ni monyok ja lps peksa. Ada gak sesetgh murid sempat lg menanyakan saya ttg asrama penuh..apa kriteria n sbgnya. Dulu di dlm kelas ada gak saya menceritakan pd mereka pengalaman hidup di asrama penuh..nampaknya ramai betul yg berminat.
Saya tgk ada gak sebilangan cikgu yg cemas..rupa2nya ada anak2 mereka dikalangan murid2 tuh..saya pun sblm ni xtaulaa plak. Sepanjang perjumpaan sblm msk ke bilik peperiksaan..guru2 siap bg tips dan xabis2 srh berselawat, berdoa & beri nasihat. Mmg jauh beza pengalaman saya dulu amik peksa UPSR & kini. So arini, saya boring skit psl xda kelas yg kena msk utk mengajar. Kelas tahun 4&5 plak ada yg dtg ada yg x. Nila rutin saya sepanjang seminggu ni
Read More......