** Beautiful Life With U **

:: Career @ Kerjaya ::

Kalini saya nk berkongsi luahan pendapat saya ttg kerjaya. Tetiba saya terpanggail utk mengupas isu yg melanda negara kita. Saya pasti kini ramai graduan yg ssh hati utk mendapatkan peluang kerja..memandangkan situasi ekonomi yg merundum, persaingan yg terlalu ramai & kesesuaian pengiktirafan dgn kehendak industri. Tapi di dalam dunia era IT ni..mcm2 benda kita boleh kaji & perolehi drp internet. Cthnya spt bidang yg plg byk diperlukan & peluangnya, kajian ttg course yg kita ambil (ni ptg supaya kita xmerasa menyesal dgn course yg kita ambil disebabkan timbul krg nya minat pd subjek pembelajarannya) & mencari penaja bg pengajian kita (kalo keputusan bagus ada kebarangkalian utk diserap terus bekerja). Selain tu, kita juga bole bertanya pd kaunselor atau org2 yg tlh berpengalaman/berpendidikan dlm bidang yg kita ingin belajar & pastikan apa yg kita betul2 inginkan utk masa depan kita.

Semua tu penting kerana ia berkait rapat dgn kerjaya kita akan dtg dan sememangnya kita tidak mahu membuang masa dgn kesalahan akibat tersilap langkah. Tapi kita juga harus mendapat petunjuk daripada-NYA..kerana dialaa yg menentukan nasib & rezeki seseorg. Apa2pun kita haruslaa bersabar & berusaha utk bangkit dlm memajukan diri kita. Sudah pastinya setiap org yg sudah menamatkan pembelajarannya ke peringkat yg tinggi inginkan sesuatu kerja yg dpt menjamin masa depan serta dpt membantu keluarga,membalas jasa ibubapa & mengubah nasib keluarga. Semua org jika boleh ingin mendapatkan kerja yg bagus, gaji yg lumayan, kondusi persekitaran kerja yg baik, cuti yg byk, waktu kerja yg fleksibel, bonus & etc. Tapi adakah..dgn segulung pengiktirafan dpt menjanjikan & menjamin tu semua. Jawapannya tidak…oleh sbb itulaa pihak kerajaan ni bertungkus lumus utk..mengurangkan kadar pengangguran serta mewujudkan kursus2 kemahiran percuma utk membantu anda semua. Mgkn apa yg kita inginkan tidak tercapai..tp kita harus kreatif & peka terhadap apa saja peluang yg dtg walaupun peluang tu kecil pada mulanya.

Graduan juga harus berhati2 krn dlm situasi begini ada juga sesetgh pihak syarikat yg mengambil kesempatan dgn menjanjikan kata2 manis ttg kerjaya..walhal mereka semua hanya ingin menjana wang dgn penipuan secara mengelirukan pemohon. Mgkn ada yg mudah terpengaruh krn berada didlm keadaan yg terdesak. Ada diantara mereka juga mengetahui akn hal ni..meletakkan gaji yg kurang drp market salary yg sepatutnya diterima oleh pemohon.

Saya berpendapat golongan lelaki & golongan yg kurang berkemampuan lbh tertekan dgn situasi ini. Lebih2 lg..kita perlukan wang yg byk utk hidup khususnya dibandar2 besar metropolitan. Apa2pun jgn menyesali apa yg berlaku…tiada penyesalan terhadap ilmu yg kita belajar..krn ilmu Allah itu luas. Saya juga bingung bagaimana ingin menghentikan krisis ni yg bkn hanya berlaku di Malaysia tp di seluruh dunia. Nasihat saya..walaupun kita sukar mencari pekerjaan..itu bkn syarat utk kita mencari duit dgn cara yg mudah, xberkat & haram. Perbanyakkan doa & hampiri diri pd Tuhan yg Esa. Sesungguhnya kita x keseorangan dlm perjuangan kita di dunia ini. Mgkn kita harapkan panas hingga ke petang tp hujan di tgh hari..xterduga kita bila pelangi yg muncul di ptg hari. Mgkn Allah lbh mengetahui apa yg terbaik utk kita. Jgnlaa bersedih jika apa yg kita ingini xkesampaian. Cepat atau lambat waktunya akan tiba. Renung2kanlah..Wallahualam

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin