** Beautiful Life With U **

:: Govt. vs Private ::

Dulu time blajo..punyalaa saya teringin nk kerja private psl gajinya pasti besar n byk benda baru yg bole kita belajar. Tapi bila smpi ke alam realiti bkn itu yg dijangkakan. Apa yg saya lihat..silibus pembelajaran selalunya tidak menepati kehendak industri itu sendiri..itu menjadikan pemohon sukar menyesuaikan diri dgn realiti pekerjaan. Saya pasti kebanyakkan tenaga pengajar hanya di expose dgn teori pembelajaran shj..sehingga sukar utk pelajar menggambarkan & memahami pembelajaran itu sendiri. Hasilnya kebanyakkan pelajar hanya byk menghafal tanpa tahu sesuatu itu dgn mendalam apabila tiba waktu peperiksaan. Sapa terrer bab menghafal ni bolelaa dpt keputusan yg baik. Saya terfikir mgkn seseorg tenaga pengajar perlu ada pengalaman bekerja dlm bidang yg diajari plg kurang 5 tahun..supaya senang proses pengajarannya nanti didlm kuliah. Ini kerana tenaga pengajar telah terdedah dgn kehendak realiti industri serta dpt memberitahu pelajar apa yg mereka akan lalui diluar sana.

Oklaa cukup rsnya bab tu..berbalik pd tajuk asal..skang slps abis study..saya terkejar2 plak nk mencari kerja didlm kerajaan. Sejak Pak Lah jd PM, semua sektor kerajaan telah dinaik taraf drp semua segi. Diantaranya :


a) Pengiktirafan – normally govt. jawatan yg dipohon hendaklah bersesuaian dgn sijil yg kita ada. Cth kalo diploma jawatannya adalah Pen. Pegawai. So kalo degree holder nk apply mmg xdilayan laa. Swasta plak, kalo yg apply clerk ada spm & degree, sure depa akn pilih degree..Kesimpulannya govt. lbh mengiktiraf sijil kita.


b) Gaji – tangga gaji kerajaan bersesuaian dgn taraf jawatan yg dipohon. Swasta plak..dia x kira ada sijil apa yg ptg kalo kerani..gaji keranilaa walaupun kita degree holder.


c) Cuti – Kalo kita lihat cuti bg kerajaan 30 ari..dan swasta memerlukan kerja mgkn 10 tahun baru dapat cuti mcm tu.


d) Stress/Kritikal – Kerja disektor swasta lbh mencabar, byk benda baru harus dieksploitasi, keperluan kerja yg byk sehingga kerap melibatkan masa yg lebih, kena lbh independent & persaingan yg sengit.


e) Dibuang – kerajaan ssh utk membuang pekerjanya melainkan ada kes yg melibatkan jenayah atau makhamah. Swasta pula, jika berlaku kejatuhan ekonomi atau bankrup pasti kita akn dibuang.


f) Kursus – Kerajaan sentiasa membuat kursus percuma & ujian kecekapan utk meningkatkan produktiviti pekerjanya manakala perkara ni sukar didapati di sektor swasta.


g) Penganugerahan – Kebiasaannya di setiap jabatan kerajaan ada penganugerahan atau pekerja contoh utk setiap bulan.


h) Elaun – Spt yg kita tahu..setiap pekerja dijabatan awam even pembantu rendah still dpt elaun. Kalo swasta certain org shj yg mgkn dpt cth saleman.


i) Prasarana – Kerajaan menitik beratkan prasarananya..jika swasta mgkn hanya compny yg besar menjaga prasarananya.


Apa2pun mgkn ni hanya sebahagian drp apa yg saya tahu & mgkn xkesemua company swasta sebegitu. Jika kita lihat sekarang ni..terlalu ramai siswa siswi yg memohon jawatan di sektor perkhidmatan awam. Bagi saya..dgn bekerja didlm kerajaan sedikit sebyk saya telah mencurahkan sedikit bakti utk negara. “Berkhidmat Untuk Negara”

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin