** Beautiful Life With U **

:: Restoran Ikan Bakar FEND ::

Errmm laponya lama x pi jalan- jalan cari makan..abg ni pun asyik nk mkn kat umah jaa :(. Actually saya teringin nak mkn ikan bakar bila dik pi cita dia tgk rancangan "warung kita" kat astro, ada satu restoran namanya "Restoran Ikan Bakar Fend". Locationnya kat blakang Giant Kelana Jaya (SS6). Saya pun ada tgk rancangan tuh (ulangan di astro) nmpk cam sedop ja..tgk farouk husin (host) dgn rakan-rakannya mkn. Tu yg menyebabkan saya lg nk try rasa.

Apalagi harini abg off day, saya terus ajak abg lunch kat situ..memula abg cam xmau yerlaa dulu saya ada tgk rancangan "jalan-jalan cari makan" kat tv3 tuh, ada kedai kat puchong "Restoran Bumbu Bali" dalaa mahal tgk kat tv cam sedop jaa..last2 bila order biasa jaa nk kata sedap sgt xdalaa sgt. Tapi saya convince kan abg, kami pun pi laa dlm kul 1 lbh..nak pi sana punyalaa jam jln LDP tuh maybe org kuar lunch kan..nasib baik ada parking. Restorannya kat corner lot, wah punya laa ramai makhluk kat situ..tp xpa nk makan punya psl tunggu gak laa.Dia pakai sistem beratur mmg panjanglaa. Kat situ ada byk jenis ikan bakar keli, kembung, pari, ayam, bawal & etc. Kami pilih ikan pari walaupun saya ni mmg suka ikan keli bakar tp arituh nmpk cam parituh besar n sodapjaa..dia bakar letak sambal tu yg special skit merah jaa. Abg lak mmg hantu pari heheh..lps tuh minum lak ada desert special "chikong" namanya. mmg sedap rsnya cam masam manis..dia letak kelapa laut, buah kundur, limau nipis, agar2 buatan sendiri. Mmg 1st time saya rs ni..



Haha perut da kenyang apa lg bayarlaa..saya tny abg sedap x..abg ckp mmg sedaplaa (psl abg ni dlm kategori cerewet bab mkn kalo dia kata sedap..sedaplaa tuh).Tapi abg ckp dekat sarawak sana lg best laa fresh drp laut (toksah ckplaa sana dekat ngan laut..jauh lak tuh tmptnya;( ). Harga pun bole tahanlaa yerlaa standard ikan bakar. Cara penyediaannya pun lain..cam stail nasi ayam..dia kira set letak nasi,sambal belacan, sambal asam pedas(asam pedas dia mmg best), sayur n ikan bakar. Mungkin dalam rm 5 lbh sepinggan psl semua skali dgn air dlm rm 16 lbh. Actually ada lg makanan yg sedap gak kat situ cam sup, asam laksa, cendol n ABC special tapi menu bestnya ikan bakarlaa..kata org PJ dulu diaorg berniaga pakai van bergerak ja..tulaa rezeki hasilnya depa da ada kedai sendiri dan makanannya da popular hingga crowded setiap hari.

Pada sesapa yg nk cuba bolelaa saya bg rating **** drp 5 bintang

Read More......

:: Ibu @ Pasangan ::

SEKADAR UNTUK BUAT RENUNGAN....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah.

*kepada yg masih ber "ibu"...renung2kanlah

Read More......

:: Arrgghhh!!! Suamiku Kahwin Lagi ::

Erm..huh satu perkara yang mengerikan aku tajuk kali ni..actually ni satu mimpi. Cuma aku selalu terpk kenapa aku mimpi seperti itu daripada tahun lepas dan mimpi itu berulang2 dalam situasi yang berlainan tetapi meaning yg sama. Nak kata aku selalu pk benda mengarut camtuh xpernah lak aku pikir.Ntahlaa jarang aku dapat mimpi yang sama berulang2 selalunya mimpi cam gini satu alamat..huahh :( betul ka??sudah ready kaa aku..apa akan jadi pada aku..adakah ni semua hanya mainan tidur atau ada maksud disebaliknya. Kata orang ikatan suami isteri kuat dan si isteri selalu akan mendapat firasat mengenai suaminya dalam pelbagai bentuk.

Tapi aku betul-betul nak tau apa maksud disebalik ni semua yaa..ada sapa2 boleh tolong kaa?Kekadang tuh perasaan marah dan nangis dalam mimpi terbawa sampai sedar drp mimpi..betul xcayaka?heemm bila saya citakan pada abg..abg mesti ckp..
-usah dok pk laa mimpi camtuh...
-alaaa mengarut jaa tuh semua..
-tulaa terlalu sangat tgk sinetron indon
-cantik x pompuan tuh..(hai sempat lg tanya camtuh)
-apa yg berlaku mgkn disebaliknya

lega gak laa dgr abg kata gitu tapi ntahlaa mimpi ni mmg memusykilkan aku.Ya Allah apakah alamat yg ingin kau sampaikan..walau apa pun jua Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam aku mengharungi dugaan yang Kau berikan..Amin..

Read More......

:: Potato Mash ::


Kekdg pening kepala jugak yaa nk fikirkan nak msk apa. Last2 tgk stok kentang byk lg, teringin plak buat potato mash sendiri utk minum ptg sblm abg balik keja. Memandangkan abg mmg suka potato mash,cheesy wedges n mushroom soup kalo kat kfc tuh.Ni resepi sendiri tau, ikut dan.. jaa bubuh apa2 yg rs2nya cam potato mash. Yang penting black paper n stock ayam laa dlm resepini. Potato ni saya x lenyekkan tp blender tu yg teksturnya halus cam kat kfc tuh. Ok selamat minum petang !

Read More......

:: Exercise Equip ::

Hiarrgg..huhh penatnya, senamnya x smpi bapa minit pun hehhe..kononnya nk bersenamlaa azam memulaa ja kuat lps tu hampehla. Punyalaa abg pun beria belikan semua peralatan tuh yerlaa da isterinya beria nk bersenam. Tapi mmg berpeluh betul. Kalo mood rajin mmg selalu buat bila dtg malasnya tuh buat perhiasan sat laa benda alah tu semua hahaha. Time hujung minggu tuh, kalo rajin pagi2 tu adalaa pi main badminton ngan abg tu pun tgk mood abg kalo x ada kat katil lglaa. Tapi oklaa xda benda nk buat kat umah ni bole buat aktiviti bersenam lps tuh buat aktiviti memsk .Elok benorlaa tuh mana berat nk turun2 hai..hai..lemak2 bila laa ko nk pegi ni :)




Read More......

:: Kuih Koci ::

Tetiba harini teringin makan kuih koci.Bila pi kat kedai satu2nya makcik jual kuih koci kat subang perdana tuh...tutuplaa plak.Selalu mmg beli kat makcik tuh tetapi tiap kali beli RM 1 dpt 3 rs cam x cukup lak.Terpk lak nk buat kuih koci lgpun modalnya x besar mana.Puas mencari kedai jual tepung pulut hitam..x byk kedai jual tpg tuh nasib baik ada satu kedai borong tuh ada jual jenama cap kelapa 250gm.kalo ikutkan buat sendiri dapat byk bkn bole habis pun 2 org laki bini ja mkn..tp tulaaa saya xkisah buat sambil bole blajo sambil sedekah kat jiran..untung sapa jd jiran saya yerk :)

Resepi Kuih Koci (14-16 biji)

Bahan-bahan utk doh:
-2 cwn tpg pulut biasa (putih)
-1 cwn tpg pulut hitam (x bole ltk byk sgt nanti hitam sgt kocinya)
-*1 cwn santan (x pekat n x cair sgt) *agak2

-sedikit garam
-sedikit minyak (utk disapukan pd daun pisang n koci ketika digentel)
-daun pisang

Bahan-bahan utk inti:
-2 1/2 cwn kelapa parut @ stgh biji kelapa parut
-1 cwn gula merah
-3/4 cwn air
-2 sudu gula perang @ 1 1/2 sudu gula pasir
-2 helai daun pandan
-sedikit tpg gandum (supaya intinya cantik n melekat)
-sedikit kicap pekat (bg intinya kelihatan gelap skit -optional)

Cara-cara buat inti:
-Panaskan air n masukkan gula merah.Masak sehingga gula merah larut
-Tapiskan air gula merah (takut berpasir)
-Kemudian masukkan daun pandan,gula perang n kelapa parut.
-Last skali sedikit tpg gandum.Masak sehingga agak2 kering.

Cara-cara buat doh:
-Masukkan tpg pulut biasa n hitam.Taruk sedikit garam
-Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga doh x melekat pd tangan
-Bulatkan doh kecil2 (dlm berat 35-40gm)
-Leperkan dan masukkan inti (saya letak byk lg sedap..terasa skit manisnya)
-Gentelkan dgn minyak n balut pada daun pisang yg telah dilayukan n disapukan minyak
-Cara membalut rasanya semua tau kot
-Kukus selama 30 minit

Tip-tips:
-Pastikan daun pisang dipotong jgn terlalu kecil cukup utk membalut koci
-Apabila membalut jgn biarkan koci terdedah ni krn apabila koci msk kwsn yg terdedah menggerutu n x licin serta sedikit keras
-Pastikan membalut jgn terlalu ketat psl koci ni kembang sedikit apabila msk

Read More......

:: Pembuka Bicara @RealReen ::

Assalamualaikum semua visitors...

RealReen

Alkisah disebalik nama domain blog saya ni actually ada kisah tersirat disebaliknya. Anyway saya mmg nak guna nama tag yg selalu saya pakai "FaraMie". Bila daftar ja rupanya da ada orang guna melepaslaa nk guna tag name tuh..Tag name tu saya anggap bertuah pada diri saya napa yerk..xtaulaa tp saya mmg suka :).

Actually "Real" adalah sempena nama abg kat alam siber. Itulah nama yang menjadi penghubung di dlm mirc hehhee kelakar plak psl kitaorg ni satu tmpt study. Memang semenjak menjadi kawan chatting nilaa tempat kitaorg berbual sakan..honestly time tuh saya xbapa kenal abg n abg pun xbapa kenal saya sampailaa kita jadi kawan.Xtau napa mmg bila saya online abg mesti masuk saya rupa2nya abg da syok berchat ngan saya ya..hahahhah. Dan "Reen" adalah nama saya yg hujung skali. Sejak drp tuh abg tlh menggunakan tag name "RealReen" di mana-mana termsklah buat wallpaper n screensaver.

Seronoknya bila mengimbas kembali memori indah di kuantan, pahang. Bilalaa dapat pi sana lg..
Jodoh pertemuan xpernah kita sangkakan itulah ketetapan Ilahi.Dan saya bersyukur di atas pemberian-Nya.

Read More......
Blog Widget by LinkWithin