** Beautiful Life With U **

:: Kenduri Doa Selamat Buat Diriku ::

Time2 cuti sekolah ni mmg ramai org buat majlis kenduri kendara..begitu juga dgn familyku. Baru2 ni 1st time dlm ahli keluargaku adik lelakiku bersunat. Dan ini merupakan pengalaman pertama bg ibu juga...yerlaa sblm2 ni semuanya perempuan. Mmg jakun ya rabbi kami ni..dok tny mcm2 soalan kat anas hahahah. So stlh adikku ni telah sihat kami telah mengadakan majlis kesyukuran sekaligus majlis khatam buatnya. Ibu juga bercadang utk jln sekaligus majlis doa selamat utkku. Alhamdulillah majlis doa selamat beserta bacaan yassin & tahlil telah berjalan dengan lancar and i'm very happy. Harapnya segalanya dipermudahkan memandangkan sy pun telah 8 bln..da xlama lg da.

Gambar sekitar majlis tersebut

Read More......

:: Last Day ::

actually cita ni da lapuk...last day sekolah da berminggu2 yg lps. Xtaulaa skang ni sy betul2 malas nk wat keja...nk update blog pun bole jd malas. Xlama lg persediaan prasekolah akan bermula..satu apa pun sy xprepare lg, nk setup kelas pun belum. Skang ni mood cm nk bercuti ja hahahha..bole lg ka.

Okla..time hari konvo prasekolah..fuh mmg minggu yg memenatkan. Sy pun xsempat nk snap gambar. Mana xnya kena buat belanjawan, kertas kerja, latihan persembahan, urusan hadiah, sijil jubah laporan...mmg xmenang tgn lg2 dlm keadaan yg mcm ni..akhirnya semuanya telah berakhir. Siap sy amik cuti lps tuh...psl baby xgerak2. Sblm konvo tu pun sy mmg da buat jamuan akhir utk murid2. Xsangka time konvo tuh ada ibu2 yg request nk minta buat majlis terakhir persekolahan. Sy ok ja..lgpun mereka da volunteer nk sediakan makanan.

Hari yg ditunggu2 telah pun tiba... mmg sy menyangka parents kat kg bkt badong ni sporting gila. Byk makanan yg dibawa...kami pun siap bergambar2 lg. Tp yg plg sy xsangka..mereka ada menghadiahkan sesuatu kpd sy...dan sy betul2 rs tergamam dan terharu. Siap2 buat ucapan gitu. Huh terima kasih byk2 yg xterhingga...mgkn da rezki baby. Mmg kenangan terindah sgt dan hubungan kami spt da lama walaupun sy br sj dipostingkan disitu pd bln 7 yg lps. Cikgu hny mendoakan yg terbaik buat anak murid cikgu dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yg diberikan oleh ibubapa di situ.

Read More......

:: Glucose Test :

Semlm sy pi check up utk kali ke-4 iaitu untuk minum air gula for the 1st time. Nama testnya GCT (Glucose Challenge Test). Saya memula ingat kena posa drp umah mgkn drp mlm da xperlu mkn. tapi doktor inform sy sblm ni utk 1st time xperlu. Tapi yg 2nd time iaitu nk buat MGTT (Modified Glucose Tolerence Test) kena posa dulu. So sy follow ja..sempat lg sblm smpi hospital saya sarapan nasi lemak & teh tarik. Huhuh skang ni xbole kalo xsarapan dulu...xtahan abis pedih perut & ulu hati plak.

Sampai2 ja di hospital..sy melakukan rutin biasa cek air kencing, tekanan darah n timbang. Semuanya ok. Dan total kenaikan sy skang setelah 7 bln dlm 3.5 kg (takut gak naik byk2 da la sy ni jenis bsr & mmg jenis ssh nk turun). Penyelamatnya mgkn sy masih lg muntah2. Tapi alhamdulillah baby semuanya sihat. Makin bergerak aktif dlm perut ni..kalo dia memusingkan badannya huh..bole senak rsnya. Abg pun seronok bila dpt rs tendangan & tumbukannya.

So skang giliran sy nk minum air gula perasa oren yg pekat tu. nurse tu bancuhkan menggunakan air suam2 kuku dlm satu gelas besar. Memula nk minum tuh sy cuba tenangkan diri tarik nafas dulu. Saya tgk org disebelah sy sedang teguk sedikit demi sedikit. Sy plak terpk nk teguk skit2 atau minum tanpa henti. Sblm ni sy pernah dgr org ckp jgn minum benti2 tu yg rs nk termuntah. Saya nk minum tutup hidung (da gaya cm nk minum air pahit plak) tp buat malu ja psl xpernh org wat agaknya. Last2 sy teguk tanpa henti....xsmpi seminit da abis. nurse tu pun terkejut dok tny betul ka da abis. Huh time tuh lega sy. Nurse nasihatkan sy jgn jln jauh2 & posa dlm tempoh 1 jam. Baru ingat nk minum air msk.

Tp memula tu pelik gak sy awat depa xamik pun darah sy sblm minum air gula tuh. Ada tgk blog kekawan depa..amik darah dulu biasanya. Ntahlaa sy redah ja...sy bknnya tau sgt br 1st experince. Tunggu...punya tunggu smpilaa giliran sy amik darah slps 1 jam minum air gula tuh. Memula sy tgk org india depan sy kena amik darah dulu..berkerut2 dahi menahan sakit siap terjelir lidah lg. Napa sakit sgt ka kena cucuk amik darah tuh. Huh bila kena turn sy...bole tahan gak...tp sy tahankan ja la. Slalunya x sakit cmtuh. Tgk drp gaya org lab tuh mcm br lg kot dlm bidang cucuk mencucuk ni. Psl lps dia cucuk darah meleleh smpi kat kain kasa sy tuh. Balik umah sy tgk biru tgn sy bengkak dibuatnya kat tmpt cucuk tuh. Mmg da nasiblaa.

Pd hr tu gak sy dpt 1st injection for kancing gigi. Kata org ini utk mengelakkan jangkitan apabila kita bersalin nanti. Psl dikhuatiri kot2 kita terbersalin kat kereta, umah atau klinik yg x hygine gitu..bole mendatangkan penyakit. So best advised sy akan diberikan lg satu suntikan (2nd dos) for the next appointment. Injek dia sat ja...nurse srh tarik nafas n injek. Lps bbrp jam sy bole rs lenguh kat tmpt tgn saya kena injek tuh.

After that jumpa doktor cek degupan jantung bayi n everything is fine. Cuma doktor bgtau kalo kptsn GCT sy x ok pihak hospital akan hubungi sy bg mengulangi test tersebut yg dipanggil MGTT. Kalo sy nk gak tau result sy bole call ja terus hospital utk tahu kptsnnya pd keesokkan harinya. So pada hari ni sy call hospital dan alhamdulillah nurse ckp levelnya normal iaitu 6.8 slps minum air gula. So sy xperlu buat BSP. Nurse bgtau kalo bacaannya 7.2 keatas confirm kena wat blk. Risau gak sy..... psl kita ni mkn xjaga lps tu umur pun da meningkat.

Hujung bln 11 ni..last check up sy dgn PPUM. Psl lps ni sy decide nk bersalin kat Rahman Putra Medical Centre..dekat skit ngan umah. Drp umah sy skang nk ke PPUM mmg jauh dgn nk redah jem lg mmg agak payah buat sy melainkan sy stay kat wad PPUM smpi bersalin.

Read More......

:: Opening New Shop ::

Uiikkss jgn terkejut bukan sy yg nk buka kedai heheheh. Ni sy nak cita psl adik sy yg ke-2, si Nurul ni..alhamdulillah impiannya tercapai nk ada kedai sendiri. Kedainya baru beroprasi sbln. Dulu sewaktu dia menetap dgn sy drp sy blm kahwin sehinggala sy da kawin di subang shah alam tuh...byk kenangan bersamanya. Dulu sy xkeja so dgn skill menjahit sy yg xdalaa terror sgt..sy membantu adik sy mencari tempahan baju. Adik sy ni pun da ada pengalaman hampir 8 tahun menjahit dibutik org. lps tuh cr income sendiri di rumah..mmg masyuk tp penat skitlaa kena membongkok duduk ja.

So skang ni dia da buka kedai di segamat..kat kg ni sewa kedai kat majlis bandaraya segamat..murah skit nk dibandingkan dgn kl. Bagus gaklaa dia blk ke kg..dpt tgk2kan mak di kg sambil membantu penduduk kg yg nk tempah baju. Tp harga upah di kg dgn di kl jauh berbeza..itupun adik sy dlm sebln akan 2 kali turun ke kl ambil tempahan dgn org yg da besa tempah dgnnya. Akak bangga dgn hang..eloklaa dia fokus dgn kerjaya ni psl tgh bujang lg..sok2 nanti da senang.

Cita psl adik...mak sy juga bisnes di kg sebagai peraih getah. Mak merupakan peraih wanita melayu pertama kat kg tuh..byknya cina ja. Mak pun da ada lesen lembaga getah Malaysia. sesapa yg nk tahu harga getah naik atau turun bolelaa tnya :). Sy ni xbapa hairanlaa kalo mak xreti dok diam krn org da biasa bisnes drp dulu. Mak pun tgh nk memperkembangkan bisnesnya membantu penduduk kg dgn nk beli lori. Lps ni mak bole upah org bw lori ke estet2. Sapa yg xbesa bau getah ni mgkn xtahan. Saya mmg dibesarkan dlm kuarga atuk nenek penoreh. Dulu kecik2 slalu tlg kopek beku atau buh cuka..tp menoreh xbp pandailaa.

Tgk mereka da ada bisnes n kedai sendiri..terasa plak bilalaa turn sy plak. InsyaAllah ada rezki sy pun teringin nk buka kedai gak...tp xtau bila. Terfikir gak xkan nk tggu smpi umur 60 br nk pencen..ingat nk berjinak2 kembali dgn dunia bisnes ni..tp tu semua perancangan. Allah juga yg maha mengetahui apa yg terbaik buat kita. Kat cn akak doakan nurul & mak sukses slalu. Amin.

Read More......

:: Daftar Haji ::

Alhamdulillah baru2 ni sy ada pergi ke tabung haji di gemas. Kebetulan ketika itu saya blk ke kg Segamat sempena cuti Deepavali sekolah sy selama 5 ari. Abg telah mengizinkan sy pulang ke kg tanpa abg..kerna abg perlu settlekan projek & kejanya di kl. Biasalaa guru kan mmg byk cuti skit..so abg mmg xleh nk follow cuti sy.

Actuallynya da sethn sy buka akaun tabung haji..itupun di gemas jg..psl di kl ni jauh sgtlaa nk pi. Sy bukak akaun ni pun atas saranan mak. Simpan duit kat cn pun mcm simpan duit kat bank atau ASB. Lgpun kerajaan ada skim potong tabung haji melalui gaji kita. Mak sy pun da lama menyimpan di tabung haji ni..tp br thn lps daftar. Itupun dpt thn 2037..bayangkan umur da 76 gitu. So mak srh sy daftar awal walaupun duit simpanan xckp xpa. So daftarla..xssh daftarnya. Xkena isi borang pun hanya ke kaunter shj. Sy dapat dlm thn 2042...huishh lama gak tuh. Lg lambat kita daftar lg lambat turn kita. Kita bole daftar as long dlm simpanan kita da ada dlm RM1500 ke atas. Dulu sy ingat duit da ckp br bole daftar. So skang sy da rs lega...da buat spt mana yg mak srh. Lps ni bolela menyimpan lg setiap bln utk tmbhkan duit kat tabung haji tu. Saya berniat utk menunaikan umrah dulu sblm pi haji..sy berharap dan berdoa agar impianku ini termakbul

Read More......

:: Sumber Penilaian Prasekolah ::

Da nk akhir tahun dan akhir persekolahan ni..byklaa juga persediaan yg perlu dibuat. Baru2 ni sy da menjalani penilaian pd anak murid sy. Actually kalo ikutkan prasekolah ni xda ujian2. Mereka ni kita buat pentaksiran drp segi bakat, kemahiran dan sahsiah mereka. Tp sy buat jugalaa sbg kayu pengukur pemahaman mereka terhadap p&p sy. Kat cn sy sharekanlaa cth soalan yg sy gubal pd mereka yg sedang mencari2 cth soalan terutama kpd kawan2 kpli ku. Ianya juga boleh dijadikan lembaran kerja.

Contoh soalan B. Melayu
http://www.mediafire.com/?3dychl5m6e7mqgt
Contoh soalan Matematik
http://www.mediafire.com/?vqjrj2pta3th3z3

Sy pun sudah mula sibuk utk buat sijil tamat persekolahan, pentaksiran, report kad dan persembahan bg hr anugerah. Lps ni sy kena fikir plak utk menghias kelas agar lebih ceria. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan sudah kembali cergas utk bekerja. Br rsnya ada semangat nk buat itu ini. Harapnya segalanya dipermudahkan...Amin.

Read More......

:: Rujukan Ku Kini ::

Sy ni bukanlaa ulat buku atau suka membaca sgt..tp demi nk dptkan panduan, rujukan serta ilmu, amalan membaca adalah perlu. Kalo kita tgk skang ni mmg byk buku-buku mengenai kehamilan di pasaran. Info-info yang penting dan menarik di internet juga melambak. Orang merantau cam sy yg jauh drp keluarga ni mmg perlu pd ilmu...psl xda ibu yang memantau keadaanku. Hanya telefonlaa penghubung kami. Selain itu..byk gak info yang sy kutip drp pengalaman kawan-kawan. Mmg skang ni byk persoalan yg sy ajukan pd teman-teman krn inilah pengalaman pertamaku ttg persediakan kehamilan, kelahiran, berpantang dan mcm2 lg. Brg2 pun sy xbeli lg...tp list tu sy da ada atas jasa baik teman.

Nilaa di antara buku-buku yg sy beli xdala byk pun...ada di antaranya sy beli drp thn 2008 lg. Tp buku yg plg sy suka adalah buku terbitan Pelangi tu yg telah diterjemahkan ke dlm BM. Penuh dgn gambarajah yg real dan harganya bole tahan dlm RM 60. Tapi amat2 berbaloi. Harapnya lps ni sy da bole prepare drp segi mental, emosi dan fizikal.

Read More......

:: Pemeriksaan Berkala ::

1st CHECK UP (11 weeks)

Masa ni doktor ckp masa yg baik utk buat 'Nuchal translucency (NT) Ultrasound'. Pemeriksaan ni slalunya dilakukan ketika kdgn 10-16 mggu. Tujuannya adalah utk cek keabnormalan bayi kita. Apa yg sy ingat dia cek cecair yg berada dibhg blakang leher baby. Ultrasound ni lama psl dia nk cr kedudukan startegik baby utk mengira ketebalan cecair tersebut. Ultrasound ini juga dpt detect jika baby kita mengalami down syndrome. Jika bacaan krg drp 2 adalah normal, jika lebih mgkn disuspect bayi mengalami down syndrome. Alhamdulillah ketika tu sy cek bacaan dalam 1.7. Ni 1st time sy dgr psl benda alah ni. Lps tuh doktor cek skali degupan jantung, kedudukan placenta dan nasal bone fracture (tulang hidung). Ini krn jika kita tgk kanak2 down syndrome ni keadaan dan wajah mereka sama. Ada juga kes di mana cecair yg byk di dalam kepala bayi sehingga ada ketikanya doktor menyarankan utk gugurkan kdgn tersebut. Ini berlaku kpd kawan abg.

Kemudian rutin cek up :
Timbang berat - setakat ni ok nurse pun xda ckp atau bising2 lg
Urine test - normal. Tiada kdgn glukos yg tggi
BHP - normal (dalam 110/77 & 127/70)
+++++++++++++++++ Rujukan BHP ++++++++++++++++++++++++++++++++++

From the US Institute of Health:
Optimal: Systolic Less than 120, Diastolic Less than 80
Normal: Systolic Less than 130, Diastolic Less than 85
High-normal: Systolic Less than 140, Diastolic Less than 90
Mild Hypertension: Systolic Less than 160, Diastolic Less than 100
Moderate Hypertension: Systolic Less than 180, Diastolic Less than 110
Severe Hypertension: Systolic 180 or more, Diastolic 110 or more

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2nd CHECK UP (16 weeks)

time ni saya buat blood test. Byk gak darah dia ambil dlm 3 tabung uji. Ujian darah ini akan diuji untuk :
1. syphilis or hepatitis B
2. HIV
3. Rh Factor dan Hemoglobin (HGB)

Alhamdulillah semuanya normal dan negatif serta level kdgn darah sy ok iaitu 11.5. Maksudnya darah cukup dan pekat
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Normal Hemoglobin Levels:

Hemoglobin is measured in grams per deciliter of blood. The normal levels are:

  • Women: 12.1 to 15.1 gm/dl
  • Men: 13.8 to 17.2 gm/dl
  • Children: 11 to 16 g/dl
  • Pregnant women: 11 to 12 g/
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Doktor juga cek my breast dan perut untuk mendengar jantung baby dgn menggunakan satu alat ni. And everything normal.

3rd CHECK UP (22 weeks)

Untuk kali ketiga, doktor sarankan saya utk buat 'Fetal anomaly screen/fetal anatomy survey'. Kiranya detail screening. Kebiasaan ulatrasound ini dibuat ketika kdgn berusia 5-6 bln. Tujuannya adalah untuk melihat organ bayi yg telah sempurna pertumbuhannya. Krn ketika ini organ bayi telah lengkap terbentuk. Mula2 doktor ukur dan cek kepala bayi. Doktor measure organ yg terbentuk di dalam otak bayi. Kemudian doktor ukur perut...cek kedudukan mata, hidung, mulut, buah pinggang. Tulang kaki bayi juga doktor ukur utk lihat tumbesarannya. Psl ketika 2nd check up doktor telah memberikan sy mkn obimin dan calsium tablet utk pembentukan tulang. Doktor juga cek tulang blakangnya, tapak kaki dan jari baby. Keadaan dan aliran darah dalam jantung juga doktor cek. Alhamdulillah semuanya normal...keadaan uri diatas, air ketuban ok cuma baby songsanglaa. Tp doktor ckp xperlu risau psl skang msh awal dia bole mengubah kedudukannya nanti.

Pada ketika inilaa juga sy dpt tahu gender baby. Abg org yg plg excited siap merakamkan lg ultarsound ini. Mmg sgt2 teruja melihat perkembangan baby..dpt lihat dia gerak2 dan apa yg telah dia pandai buat dalam tuh. Ermm ada satu aksi dimana jari anak mama buat cam pistol. Sehinggakan sy xsangka ketika itu satu aliran panas mengalir drp mata sy. Skang ni hampir setiap hr sy akan lihat rakaman itu bersama abg ditayangkan di tv (besar skit).

Setakat tu jaa pemeriksaan lanjutan yg sy lalui...awal bln 11 nanti baru sy akan minum air gula buat kali pertama. Ingatkan 3rd check up nk buat..tp doktor ckp akan dtg ja. Harap2nya semuanya berjalan lancar dan normal. Nanti sy akan sambung kembali resultnya dan kami ingatkan nak buat scanning utk 3D/4D akan dtg.

* semua rujukan adalah drp sumber internet

Read More......

:: My Great Experience ::

Di sini saya nk share sedikit pengalaman berharga dan bermakna buat sy..and i gonna miss it one day. Setiap org mgkn akan mengalami pengalaman yg sama atau berbeza...so inilaa perkara2 yg telah dan sedang sy lalui

Demam/Batuk - Masuk 5 mggu sy mengalami sakit tekak, hidung berair dan batuk. Demam sehr sudah kebah akan tetapi batuk kekdg bersama bersin, sy alami sehingga kdgn mencecah 14 mggu (on & off). Hampir 2 botol ubat batuk dan beberapa paket fishermen's friend sy mkn ketika waktu itu. Batuk menyebabkan muntah sy semakin teruk

Muntah (Active in afternoon & Evening, Sometime x kira waktu pun) - Actually time demam tu sy da start muntah. Memula ingat psl demam tetapi dia berlarutan sehingga sekarang. Saya alami alahan yg teruk drp mggu ke-5 sehingga minggu ke-16. Di mana sy akan muntah setiap hr sebyk 4-6 kali. Apa shj yg sy mkn akan keluar blk xkirala ketika itu sy mkn buah, biskut, asam, susu atau apa shj. Sy pun tercr2 apakah makanan yg boleh melegakan sy. Byk jg kwn2 suggest mkn itu dan ini tp xjln utk sy even asam pun. Sehinggakan sy mengadu pd doktor untuk mendapatkan ubat muntah. Tp doktor ckp "it's a good sign of pregnancy, u should worry if the feeling go away". So sy tetap kuatkan dan gagahkan diri sehingga sy merasakan itu satu rutin dan akan rs janggal kalo sy xmuntah. Tp bila da lama keadaan berterusan begitu sy da rs biasa..xmcm memula dulu. Pernah satu ketika perut da kosong krn da muntah pun stil dia muntah lg sehingga sy merasakan perit anak tekak dan kuar suatu cecair masam sgt mengalahkan benda masam. Sejak drp itu, sy elakkan drp itu berlaku dgn xmkn benda pedas2 and at least minum air. Sy rela dia muntah makanan drp kuarkan benda alah itu. Doktor pun nasihatkan sy jgn smpi sy kena thn wad dan dimasukkan dip.

Bila sy rs loya pasti sy akan lega apabila sudah muntah. Keadaan menjadi teruk bila sy batuk dan selsema..kekdg muntah tu kuar ikut hidung. Mula2 sy siap nangis2 sehingga abg kesian melihat keadaan sy. Psl sy mmg xpernah muntah kecuali dulu psl keracunan makanan. Di tambah lg dgn keadaan waktu itu selera mkn sy mmg down gila2. Ketika di bln Ramadhan sy gagahkan diri jugak posa walaupun doktor tidak galakkan. Hari pertama dan kedua mmg teruk...dgn perut msk angin, pening, muntah nk drive pun xlarat. Sehingga seminggu sy tumpang cikgu yg dok kat area umah sy ni. Slps tu setiap hr slps berbuka pasti sy muntah. Oleh tu, makanan yg sy beli itu sy mkn skit..lps muntah br saya smbg blk. Alhamdulillah hanya 1 ari ja sy tggl posa tupun gara2 sy xbgn sahur. Sekarang ni sy masih muntah tp on off laa, sy ingat da msk 5 bln da totally ilang tp tidak. Doktor ckp yg muntah smpi 9 bln pun ada (huhuhuh)

Tidak berselera - start awal hamil sehingga 17 mggu mmg sy xda selera mkn..bila pk nk mkn nasi atau apa2 sy pk nk muntah ja. Abg pun smpi xtau nk belikan sy makanan apa. Ada gak abg utarakan tmpt mkn yg sy suka, tp pd ms tu semuanya jd xbest. Benda yg sy suka mkn pun da jd xlalu cth cam yogurt, coklat dll. Smpi tersimpan kat peti ais berkurun lamanya xabis2. Badan sy pun lemah smpi sy lebih suka terperuk di rumah even hr weekend actually sy suka jln2. Pd waktu tu pun mmg dapur sy da lama xberasap. Abglaa ketika ini memainkan peranan penting dan memahami keadaan sy sehingga dia xsanggup tgk sy sebegitu psl sblm ni sy seorg yg energetic even sy sakit dulu. Oleh sbb itu juga, berat sy trn 5 kg dan alhamdulillah skang ni selera sy da kembali normal dan bertenaga sedikit.

Tak sedap Badan - start hamil sy sering mengantuk awal. Pkl 10 lbh sy da msk tido. Kekdg tertido di sofa..malah sy jg cpt penat. Yg sy perasan badan sy panas..cpt berpeluh dan sy xsuka sejuk. Abg pun pelik psl sy kalo bukak kipas maunya no 3 atau 4. Time tuh sy bole bukak no 1 ja. Air cond kereta pun sy xsuka psl angin yg kuat ni membuatkan sy nk termuntah. Sense bau2an kat hidung pun semakin sensitif tetapi sy xalah plak bau abg, bau masakan atau bau wangi2. Cuma jgn terlalu kuatlaa.

Sembelit & Pening kepala - Alhamdulillah perkara2 ini amatla jarang berlaku. Mgkn krn sy ni kuat minum air dan makan buah. Sy gak slalu stand by minyak angin dlm beg..agak2 rs nk pening terus letak n so far dia hilang. Better than sblm hamil

Pertambahan berat - berat sblm hamil telah diturunkan scr mendadak dek krn muntah walaupun sy ni seorg yg ssh trn berat bdn. Kemudian skang last cek up last week br naik 800 g drp berat sblm peknenlaa..kalo pertambahan slps muntah tu dlm 5kg lbhlaa. Setakat ni, kalo sy ckp kat org sy da nk msk 6 bln..org terkejut skitlaa psl perut sy belum nmpk sgt. Tp org ckp dlm 6 bln ke atas tuh berat akan naik mendadakkan..Sy pun belum dgn rasminya pki baju hamil lg...mgkn akan dtg :) (actually da xsabo gak)

Sakit pinggang - Alhamdulillah setakat ni masih belum terasa lg...

Sore Breast - Waaaa....sy sblm ni xprnh rs camna psl tanda2 nk period pun xalami ini. Nak masuk 2 bln sy rs ianya da nk membesar 2x ganda (sehingga sy da mencr2 bra br), aerola jg semakin bsr n become darker. Yg plg skt adalah nipple..lgsg xbole disentuh atau terkena kain...waaa sakitnya. Ianya juga membesar. Skang ni da msk 5 bln, sy perhatikan kolustrumnya da kuar kot psl kekdg sy belek ada kerak.

Keadaan Perut - Masuk 4 bln gak...satu line coklat timbul di tgh2 perut sy. Dan skang ni da nk msk 6 bln sy lihat pusat pun cam nk terkeluar skit dan perut sy kekdg rs gatal. Tp stretch mark tu belum lg timbul. Tp sy da start sapu cream gak laa sebagai langkah berjaga2.

Kulit - Sewaktu hamil ni sy perhatikan kulit sy lg berminyak dan kuar jerawat. Tetapi masih bole dikawal. Dan ada beberapa tmpt pigmentasinya lbh gelap. Kata org ni semua akan hilang slps bersalin.

Frequent Urination - Sy xtau nk ckp psl sblm hamil pun sy slalu ketandas psl sy kalo byk minum air even air masak mmg rajin masuk ke tandas. So skang ni sy xbrp nmpklaa perubahannya. Cuma kekdg sy terjaga tgh mlm sy akan ke tandas. Time awal hamil dlm 3 bln sewaktu sy buat medical check up sbg guru sy ada kencing kotor. Tp alhamdulillah skang ni setiap kali jumpa doktor da normal.

Terjaga Malam - Skang ni sy perhatikan sy suka terjaga mlm dlm pkl 2-3 pg dan 4-5 pg. Kekdg sy bole smbg tido blk kekdg ssh nk continue blk.

Mengidam - Errmmm yg ni sy xtau nk kata..psl ngidam yg pelik2 tu xdalaa..kalo xdpt mkn smpi terbyg2 pun xda gak. Cuma kalo sy rs nk mkn sy mkn cm feeling sblm hamil la

Emosi - Alhamdulillah emosi sy stabil sepanjang kehamilan ni...sy dan abg pun rs lg romantik mgkn psl abg caring2 gila skang ni. Cuma bila sy tgk cita sedih skit cpt sgt sedihnya. Kira cpt touchinglaa. Perasaan nk marah, geram lebih2 pun belum lg...mgkn belum ada org yg buat sy gitu kot. Tp emosi sy plg best bila sy sering sembang2 smbl pegang perut citerkan pengalaman yg sy lalui hr tuh pd baby mmg kekdg tersentuh. Lebih2 lg doktor ckp skang ni baby da boleh dgr suara & environment luar.

Alhamdulillah, skang sy enjoy with my pregnancy. Lebih2 lg 5 bln hrtuh sy da bole merasakan 1st movement from my baby in womb. So speechless...hanya memanjatkan kesyukuran pdMu. Terima kasih pd abg yg memahami dan byk membantu serta melayani kerenah sy. Doakan sy agar semuanya selamat. Nanti sy akan smbg lg ke simptom yg bakal sy alami dgn pembesaran kdgn sy ini.

Read More......

:: Ikan Sumbat ::

Sejak seminggu dua ni..mood nk msk kembali lg setelah sekian lama dapur tu xberasap. Abg pun senang hati..baru2 ni kami beli stok seminggu ikan ja..drp ikan kembung, ikan bawal, ikan tongkol dan ikan cencaru. Biasanya kalo ikan cencaru atau jaket ni, abg suka msk sambal sumbat belakang. Kalo dulu sy suka bakar/goreng mkn ngan sambal kicap.

Sambalnya mmg kena msk smpi kering n jgn berminyak sgt. Sy suka sambalnya ada rs manis2 pedas (maknanya xlaa pedas sgt). Bahan2nya cam besa pes cili, bwg mrh/putih, belacan, halia dan kunyit. Kalo xda kunyit ni rsnya bg sylaa xbp gemar..psl dulu sy xltk kunyit. Skang sy rs ok. Errmm xsabo nk mkn dgn abg

Read More......

:: Tree Steak House ::

Wah rasanya cam da lama xmkn western food. Xtaulaa nk kata mengidam atau x...psl dedulu pun mmg suka mkn asal ada kelapangan. So kami decide nk cuba tmpt br. Dekat ja ngan umah...berhampiran dgn kg paya jaras. Tempatnya betul2 tepi jln. So far environment dia ok. harga makanan pun bole tahan mahal gak. Saya order 'Bakau Black Russian Steak' - Lamb & Beef with black pepper & bbq sauce RM 20.90. Abg plak order 'Pinang Black Stirleon Steak' - Beef served with both sauce RM17.90.

Cita psl hidangannya mmg bole kenyanglaa dia bg setiap set 2 ketul daging with side dish (salad & french fries). Yang plg sedap ialah dua2 sauce nya yg mengancam..Air plak kami order mango juice with peel RM3.00. Time kami pegi tu mmg tgh hujan..mmg layan habislaa selera kami :). Ada rezki kami akan dtg lg...

Read More......

:: Roti John For Pot Luck ::

Mggu ni byk jg open house yg sy dan abg terima. Mggu lps mmg xdtp pi krn pergi bercuti. Huh smlm pegi open house..mkn mcm2 smpi skang penatnya xhilang. Badan pun rs xselesa smpi termuntah2 dibuatnya. Itupun sblh mlmnya sy srh abg srg ja yg pegi psl seriously sy da xlarat. Hrni kaw umah sy ada buat pot luck utk wanita ja..motifnya utk rapatkan silaturrahimla. Persatuan penduduk umah sy ni mmg aktif dan majoritinya kaum melayu dan government servantla. Memula pening kepala gak nk wat apa. Lps tu sy decide buat yg simple2 cm roti john..ok gak kan?.

Sy guna roti hotdog tuh..lps tu sayur2annya sy buat coslow ja..abis citer. Sy guna daging cincang yg sy msk dulu dgn ramuan2 lain spt kari, bwg, lada hitam sblm dicmprkan dgn telur. Taraaa siap gak akhirnya....inilaa hasilnya

Read More......

:: Jalan-jalan @ JB ::


Cuti Hari Malaysia yg lps...sy pergi jalan2 di JB. Time tuh mmg ramai pelawaan guru2 yg buat open house..tp apakan daya xdpt pegi. Da lama plan nk jln2 ni...thn lps xdpt bercuti disebabkan sibuk blajo..kalini pegi jugak akhirnya. Xdalaa pergi tmpt yg jauh sgt dlm keadaan diriku begini..tp bole tahan jugaklaa penatnya. Sebenarnya sy teringin nk mandi laut...sambil2 pergi ke tmpt mkn yg best2..dan mengenang memori disitu.

Bertolak hari Jumaat pg...smpi2 terus ke UTM dulu. UTM skang da byk fakulti baru dibina. Skang ni melambak betul foreigner terutama drp afrika selatan dan sewaktu dgnnya. Terkejut gak memula2 psl sblm2 ni mmg xpernah jumpala plak. Kat sana kami pi mkn di arked meranti tmpt sy & abg slalu mkn dulu. Slps tu kami round2 tgk fakulti sc komp..kolej2 kami. Semuanya sudah dicat baru.


Selesai mkn2, aktiviti cr tmpt penginapan. Kami xda booking2 pun..pki redah ja. Sib baik ada jumpa yg berpatutan. Betul2 berhadapan dgn danga bay. Kami menginap 2 mlm disitu iaitu Straits View Hotel. View kami mmg betul2 mengadap laut..cantik skali. Lps abis rehat, mandi & lepak2 dlm bilik. Malamnya kami mkn di nasi lemak famous di perling. Kemudian kami jln2 di stulang dan danga city mall.

Keesokan hrnya..pg2 lg kami da kuar utk bertlk ke Pantai Tanjung Balau di kota tinggi. Alhamdulillah cuaca sesgt ok pd hr tersebut. Airnya jernih..sejuk xspt pantai di sebelah barat. Huh sejam lebih jugaklaa kami mandi..tp kalini mandi laut sy xplak kena sunburn...mgkn cuaca mendung hr itu. Ngam2 kami blk hujan pun turun...sy plak da tertido kepenatan di dlm keta. Tgh harinya, kami telah singgah di Restoran Pak Ali..restoran favorite abg..psl ada cendawan goreng. Mmg byk pilihan dan sedap2...byk gak lauk sy ambil. Lps mkn kami lepak2 cuci mata brg2 komp, motor, buku di kedai2 di Tmn U. Blk hotel kami pun kepenatan. Planning mlm plak kami nk mkn di 'Payung'. Kat cn dulu sy suka order keuy teow bandung dgn abg. Ada otak2...tp kali ni kami pi da xbyk kedai mcm dulu dan otak2 pun da xda. Lps mkn...kami ronda di dataran dan restoran jaja luton van yg menjual steamboat. Hahahaah kalini pun sy rembat beberapa cucuk utk mkn. Wah perut da kenyang...mata pun da layu...kami pun zzzzzz

Di pg Ahadnya plak, sy planning nk blk awal..psl nanti nk bajet smpi umah dlm pkl 2-3ptg. Bolelaa sy rehat2 sambil buat persediaan utk ke sekolah esok. Terpaksalaa kami tunda plan kami nk msk Singapore. Passport da bw..tp ms tidak mencukupi. Rsnya cm nk dok lama lg..tp apakan daya cuti da abis hehehe. Huh seronoknya dpt berjalan smbil mengimbau kenangan terutama ketika mkn2 :)

Read More......

:: New Gadget ::


Alhamdulillah syukur di atas nikmatnya..tahun ni abg dpt bonus lebih skit. Company abg pembahagian pemberian bonusnya mengikut penilaian prestasi kerja oleh bos2 besar. Terima kasih krn abg da bekerja keras utk family walaupun kekdg saya terpaksa keseorangan di rumah.
Oleh sbb tu abg ada buat kejutan utk sy dgn menghadiahkan kpd sy sebuah hp br yg lbh kurang sama dgn abg. 1st time sy pki touch screen..dulu xbapa minat psl rs cm leceh & ssh. Tp kalo org da beri terutama org tersyg..rugi xamik hehehhe. Abg plak tukar drp Omnia ke Galaxy S II. Tq sayang...smg kita sama2 membina keluarga yg semakin besar akan dtg dan Allah melimpahi rahmat & keberkatan buat kita..Amin...

Read More......

:: Aidilfitri 2011 ::


Rasanya masih belum terlambat utk sy wish Selamat Hari Raya..mohon maaf dipinta jika ada salah silap yg sengaja atau tidak disengajakan. Yang tersurat ataupun tersirat harap dimaafkan laa ya. Tahun ni giliran raya di johor...raya ketiga br blk penang. Inilaa dia baju raya last minit sy beli kat Segamat. Tak sangka bdr kecik cm Segamat byk pilihan baju yg sy bole pilih. Tetapi kesian...hanya baju org lelaki ja xsiap dijahit oleh tukang jahit. So xsedondonlaa kami di pg raya....

Read More......

:: Buffet @ Terracotta's Restaurant in The Zon Hotel ::

Tahun ni persiapan raya xbuat apa lg. Nak buat biskut raya mmg xlarat..beli ja. baju pun x beli lg. Slalunya sblm puasa lg kami sekeluarga da pi beli tp disebabkan mak busy nk menunaikan umrah harituh so xdalaa yg beria nk beli. Minggu ni sy pergi shah alam Jln TAR & masjid jamek kl. Huh punyalaa ramai org...da laa skang musim hujan ptg2. Parking pun ssh & mahal. Nak pilih baju pun cm xselesa. Ni 1st time nk shopping raya di kl..mmg xbole jd. Rs sakit2 pinggang ni..xlarat nk jln lg. Penyudahnya satu apa pun xbeli. Last2 mak bgtau belija kat kg..xpun pakai ja laa baju yg ada. Hahaha seumur hidup sy xprnh xda baju raya lg..kalo sy xbeli..mak sure akan belikan utk sy walaupun sy tlh berkahwin. Agaknya mak da biasa beli baju raya utk anak2nya.

Sumber Gambar : http://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/the-ZON-hotel/715847729

Dlm shopping2 di kl...skali harunglaa berbuka puasa di sana. Lgpun abg da booking mkn buffet di The Zon Hotel. Harga sekepala RM65 tp ada promotion dpt dlm RM40. Hotel ni berdekatan dgn KLCC. Tempat dan makanannya not bad. Ada kebab, roti john, nasi briyani kambing, kambing golek, aiskrim, rojak buah, segala mcm dessert tp mostlynya asian & timur tgh cuisine laa. Kat situ pun mmg ada surau...so kami lepak situ smpi pkl 9. Lps tuh kami solat isyak di masjid as-syakirin kat KLCC tuh. Blk umah penat sgt & terus zzzzzz memandangkan esok nk keja.

Read More......

:: Buffet @ Island BBQ Steamboat ::

Semlm hari Selasa...abah ajak kami adik beradik berbuka posa di Island BBQ Steamboat @ Kg Melayu Subang. Sy mmg familiar area ni psl dulu mmg pernah menetap disitu. Abg xdpt join psl abg dpt invitation berbuka bersama klien di hotel. Dalam mggu ni ja 3hr abg berbuka di hotel. Mmg terpaksalaa sy mengadap makanan srg2. Ntahlaa apa mood abah nk blanja kitaorg mkn ni..sure da dpt bonus raya laa tuh. Psl weekend sblm tuh adik2 da shopping raya di masjid jamek...tu pun abah sponsor. Sib baik sy xda kat situ psl blk penang..kalo x nk join skali hehehhe.

Inilah 1st buffet restoran yg sy pegi plg murah. Dewasa RM 19.90, kanak2 RM 9.90 dan bwh umur 5 thn free. So mmg not badlaa. Menunya mmg steamboat, kuih muih, nasi goreng, air sejuk & panas, aiskrim. Disebabkan sy smpi lambat dlm pkl 7.20 (gara2 tgk cita kesukaanku skang ni tv2-golden phoniex =hui jia de you huo 6-7ptg). Orang mmg da ramai..tmpt pun nmpk sesak..makanannya pun da byk yg habis. Xpalaa kami tggu di refill blk nanti. Pemilihan menu fish ballnya nak kata terlalu byk xlaa sgt. Tp sy suka amik seafood, daging & ayam ja..hhhmmmm perut xmkn lg...sibuk dok memskkan makanan tersebut hehehhe. Ni pengalaman pertama sy sblm ni rebus ja.


Kami lepak disitu hampir pkl 10 mlm...psl surau mmg ada disediakan disitu. Disebabkan keadaan kelam kabut psl lmbt..mmg xsempat nk snap gambo pun. Thanks a lot abah...kami syg abah

Read More......

:: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ::

Skang ni kehidupan sy sedikit sibuk dan huru hara sekejap. Saya rskan spt semua perkara nk dibuat...mula2 sy telah mendapat kelas yg semuanya budak 5tahun seramai 22 org. Pada hari pertama..MasyaAllah, kelam kabut kelas tuh, bising xdgr arahan dan xda disiplin. Plak tu guru yg dulu xmeninggalkan report tahap pencapaian budak2 tuh. So sy perlu mula balik dengan mengenalkan mereka abc. Alhamdulillah dlm tempoh sebln ni sy telah mendidik mereka utk disiplin spt beritahu guru apabila nk ke toilet atau minum air, beratur ketika nk mkn @ bsh tgn, bersihkan meja, kutip segala sampah & sisa mknan serta lap minuman yg mereka tumpahkan sendri. Sy ingin mrk berdikari & disiplin...bila mrk mampu mendengar arahan barula senang nk mengajar. Skang ni pun da ramai sudah boleh membaca sukukata kvkv. Hanya 6 org murid lg yg perlu diberi latihan pemulihan krn msh belum mengenal abc. Huh mmg byk perancangan & kerja sy perlu buat utk set up blk kelas sy. Harapnya usaha sy diberkati Allah

Skang ni setiap ptg ada sj meeting & program x termsk Koko lg. Pd mulanya sy agak keberatan bukannya apa...sbb fikirkan nk ulang alik drp umah...jauh tuh. Last2 sy dudukla kat sek. smpi pkl 6 ptg. Itupun ada beberapa kali sy xdtg mana xnya nk menguruskan urusan perlantikan sy yg memerlukan pi pesuruhjaya sumpah, ke IPG, buat medical checkup, ke PPD. semuanya memerlukan sy travel jauh drp ijok tuh. Mmg sy sering keletihan skang ni..dgn cuaca yg boleh menyebabkan sy pening. 3/8 ni plak sy akan ke Putrajaya utk menghadiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Semuanya berlaku sekaligus dlm sekelip mata spt xsempat nk bernafas...preparation utk i/view tu pun sy xprepare lg.

21/7 yg lps sy telah menghantar ibu, makcik & pakcik sy ke KLIA utk mrk mengerjakan umrah sekaligus menyambut ramadhan disana. Smg mrk dpt melaksanakan ibadat dgn baik. Akhir kata smg di bln Ramadhan ni Allah mempermudahkan ibadah puasa sy & sy msh bertenaga utk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sy seharian. Terima kasih abg krn memahami sy..dan sy berharap kesihatan sy semakin membaik. Kawan2 doakan perjuangan sy ini

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA UTK SEMUA"

Read More......

:: Tempat Posting - Tempat Baru ::

So 30 jun 2011 arituh genaplah setahun saya sudah menghabiskan masa belajar KPLI. Saya juga telah menghadiri kursus induksi..maka lengkaplaa sy sebagai salah seorang penjawat awam. Alhamdulillah bg kes kami, abis blajo terus posting xperlu tggu 2-3 bulan br dpt penempatan. Agaknya mungkin prasekolah ni mcm goreng pisang panas skang ni keperluannya....yerla termasuk di dalam NKRA KPM. So esok sudah bermulala saya untuk lapor diri di sekolah baru memandangkan surat posting sudah dikeluarkaan arini.

Tempat posting saya kalini lebih jauh drp tempat praktikum sy. Dulu sy under PPD Klang..kini sy telah berada di PPD Kuala Selangor. Sy pun xsempat survey lg tempatnya mgkn malam ni baru nk survey ngan abg. Tapi sy ada cr maklumat di maps google adalaa dlm 35-40 minit perjalanan. Kawasan sekolah ni kira kawasan kampunglaa muridnya pun xsmpi 1000 org. Xkiralaa kat mana sy akan ditempatkan janji mencari rezeki yang halal...cuma keadaan kesihatan sy yg menjadi penghalang..harapnya segala urusan sy dipermudahkan. Semoga sy dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin Insya-Allah..

Sekolah Lama : SK Sg. Binjai, Meru, Klang (dalam kenangan)
Nama Sekolah Baru : SK Bukit Badong, Bestari Jaya (Kaw. Ijok/Batang Berjuntai) - menggantikan guru prasekolah yg telah bertukar sekolah

Rasa sedih jugak nk meninggalkan anak murid yg sudah semakin rapat dgn sy..terima kasih sy ucapkan kpd Cikgu Aishah selaku guru pembimbing sy..yg telah byk memberi tunjuk ajar. Disebabkan SK Sg. Binjai guru prasekolahnya da penuh..xdptlaa sy nk meneruskan berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tu ramai guru2 senior org2 meru jugak yg majoritinya kaum jawa...sy pun da ramai kenalan guru disitu...semoga berjumpa lagi

Read More......

:: Kursus Induksi @ KISSM ::

Pada minggu hadapana 28-30 jun, sy akan attend kursus induksi bg pengesahan jawatan. Harapnya ujian UAK nanti sy lulusla. Kalo kena mengulang tu yg payah..makin lambat plak sy akan disahkan jawatan. Dulu kursus induksi ni diadakan selama 2 minggu + 1 minggu BTN. tp kali ni dia buat 3 ari ja..mgkn xda budget kot (agaknya la). Tapi kami perlu menyiapkan 2 tugasan serta CD modul diberikan utk kami baca. Masa yg diperuntukkan adalah selama 44 jam

Huh..disebabkan sy masih xberapa sihat lg..masih byk lg nota yg belum dihabiskan. Nasib baik sewaktu sihat saya da siapkan tugasan tuh. Kalo tidak pening jugak nk mengarang utk cari idea. Kami pelajar KPLI, kebiasaannya kursus ini akan dikelolakan oleh pihak IPG. Tp jika xberkesempatan mengikutinya...kursus ini akan ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Tapi lmbt skitlaa nk tggu. Harapnya selama 3 hari kursus ni kesihatan sy semakin membaik...n abg jg diri bebaik di rumah ya hehehhe. Kawan2 doakanlah semoga segala urusan sy dipermudahkan ..Amin.

Read More......

:: Rezeki Tahun Ini ::


alhamdulillah..tahun ini kami ada rezeki lebih skit mungkin rezeki anak (hahahha yo laa tu). Abg da lama simpan niat untuk beli motor idamannya. Akhirnya terlaksana n termakbul juga. Actually sy gerun gak..yerla motor ni mmg bole bwk laju..risaula akan keselamatan abg. Abg mmg pergi kerja jauh gak setiap hari dlm 100km..motor lama mmg panas punggung dibuatnya. Skang ni abg perlu byk jumpa klien, attend meeting yg memerlukan dia bergerak on time sentiasa meredah jem di ibu kota. Harapnya segala urusan abg dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki buat keluarga setelah adanya kemudahan n rezeki yg diberikan Oleh-Nya.

Read More......

:: Celebrate @ Kunang-kunang ::

Pada 12 jun yg lps adalah beday abg. Disebabkan tuan umah xbapa sihat so lmbt postingkan cita ni. cuti sekolah da abis tp tuan umah masih belum msk sekolah lg psl demam agak teruk gak. Al kisahnya Jumaat lps abg n sy skt tekak..lps tuh abg demam. sy msh ok lg..lps tuh sy plak yg kena. Ketikan camni brla rs bestnya nikmat ketika sihat.

So beday abg ni pun disambut dlm keadaan semuanya sedang sakit...sakit2 pun mkn punya psl bedal gak la. Kali ni tmpt sy yg pilih...tmpt ni sy tau pun drp kawan nurul. nama restoran ni kunangkunang..ingatkan jauh sgt kat kuala selangor sana tu. Tp rupa2nya kat mrr2 gombak ja. Drp pemandangan sy tmptnya mmg cantiklaa sbb dia ala2 cam bali gitu. Cuma yg xbestnya..walaupun orgnya sikit servicenya lambat. Bayangkan abg order steak (RM33.90)..smpi da licin makan...synya order xsampai2 lg. Saya cm besalaa order lamb rack (RM34.90) with rosemary sauce. Air plak sy order sarbat tea -teh halia panas (RM2.50) dan abg order fresh orange tanpa ais (RM4.90). Saya rs kalo keadaan sy sihat sure sy da balun air ais yg pelik2 skit. Tp time tuh tgh sedar diri gitu. Kesimpulannya, kami kurang berpuas hatilaa mostly pd makanannya xtaula effect drp tekak kami yg xbrp bagus time tuh. Rsnya krg berbaloi dengan harganya tuh. Apa2pun abg tetap happy dengan hadiah yg sy berikan sebelum beday abg lg.

Read More......

:: The Beginning of 3 series ::

Jumaat yang lepas merupakan hari jadi sy yg sudah tentunya menjangkau 30 tahun..mak aiiii mmg da rs tua betul. Alhamdulillah sy masih mampu lg meraikan ulang tahun sy bersama cik somi tercinta. Terima kasih sy ucapkan pd kawan2 yg telah wish sekaligus mendoakan sy. Harapan sy..sy hanya mendoakan yg terbaik dunia akhirat bkn utk diri sy sj tp utk insan2 yg berada di samping sy...semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati olehNya.

Jumaat mlm tuh abg keja smpi pg so planningnya pegi mkn2 pada malam Sabtunya. Awal2 lg sy da pilih satu restoran ni...tp sy sj tny abg nk bw sy mkn kat mana. Abg jawab mkn seafood kat Jeram..sy ikutkan ja laa org nk blanjakan. Actuallynya ini kali ke-2 sy pernah mkn di situ. Iaitu di "Restoran Aroma Ikan Bakar". Mmg famouslaa kat situ...skang ni kami kalo nk mkn seafood da xpi ke area port klang lg. Psl da krg menyengat di sana..lgpun lg jauh.

Kami smpi dlm 6 lbh..xnk pegi mlm2 psl sure ramai org smpi terpaksa menunggu to be seated. Kat sana surau semua ada..so xperlu laa gaduh2 nk pi solat. Kami dpt tmpt duduk yg strategik..boleh nmpk sunset gitu..ala2 romantiklaa konon2nya. Sy pesan kat abg xyahlaa order terlalu byk takut xabis..psl slalunya mmg xabis. Kami order siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, kerang bakar, jus oren dan jus tembikai laici.

Order segitu pun xabis gak hehehe...kami bgks sotong goreng tuh. Yg lain sy gagahkan jg abis psl abg ckp beday girl kena abiskan makan barulaa lbh bermakna (dera sy yaa bang). So far seafood kat cn lbh better laa drp di port klang sana. Byk gak pilihan...harga pun berpatutanla...lbh krg sama spt di tmpt lain around RM 70++. Gambar di bawah ni sy gabungkan order mknan yg 1st time dulu dan skang..tu yg nmpk meriah..jgn terkezut plak. Tp kami ni mmg hantu melantaklaa..tu yg membesar dgn jayanya. Abg yg dulu kurus kering pun xsangka boleh ikut jejak sy hahahah.


Pada hari Ahadnya plak sy ada buat mkn2 utk family sy ...sy buat mee bandung disebabkan rencahnya ada. Iqbal pun bedaynya sama ngan sy...sy hadiahkan baju doraemon pdnya. Dan2 tu gak dia terus nk tukar baju baru...sabo ja laaa. Malamnya plak sy jln2 di jusco bkt raja. Tujuan asalnya semata2 nk beli air cup bon/bubble tea. Minuman ni adik sy yg introducekan..kalo x, mmg sy xpernah terpk nk mencubanya. Mmg best minum air ni..sy slalu order vanilla pearl. Dalam minuman tuh ada mcm pearl hitamlaa..mmg sedapla bila dihirup. Dia ada magic ball, jelly, pearl. Harga dlm RM4- 4.50. So weekend ni mmg puas betul sy.

Read More......

:: Kisah Oat :

Sebenarnya oat bknlaa my favorite pun. Sy mkn segala benda yg diperbuat drp oat cam biskut, roti, coklat, kek..semuanya laa. Cumaa...nak makan begitu shj tu laa yg payah. Biarpun org kata oat ni bagus utk kesihatan kita sampi nenek sy pun mkn..xkan org muda cam sy ni xnk jdkan ianya amalan harian. Errmm..bila sy tgk oat teringat sy mkn dgn cam berlendir melekat kat tekak, rs nk muntah pun ada.

Tapi baru2 ni sy ada beli oat segera yg warna merah tuh..kalo yg biru tuh kena msk dulu kot. Saya beli pek kecil ja dulu utk testing. Mmg spt yg dijangkakan..xleh nk telan. Last2 sy try tmbhkan air lg bg cair. Nak menyedapkan lg oat sy tuh sy letak horlick, susu dan kismis. Kacau dgn air suam. Waalaa baru bole mkn dgn lajunya. Orang lain sy xtau camna cr mereka makan. Mgkn boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri.

***time cuti pjg skit ni..adalah ms sy update byk cita. Tu pun byk cita yg pending lg. Hahah lagi2 byk cita psl mkn yerlaa weekdays keja..weekend jln2. Nama da jln2 mmg jln2 cr makan skali laa. Nak2 tuan blog ni mmg suka makan :p. Harapnya info mkn di blog ni dpt memberi pilihan kepada mereka yg mencari tmpt2 mkn yg best.

Read More......

:: Food @ IKEA ::

Pada 23 & 24 April yg lps adalah beday adik kesayanganku nurul & dikpi. Mmg saya da plan nk belanja depa makan..nurul pun semggu awal da bgtau sy nk bw mkn kat satu tmpt yg best ni. Oklaa diaorg da decide tmpt, ari sblm tuh kami da makan besar ngan abah pekena mee bandung.

So ari yang ditggu da tiba..si nurul srh saya pegi ke IKEA mutiara damansara. Memula tuh sy pelik gak ada restoran best2 kaa kat situ..psl sy jarang msk IKEA. Nurul ckp mkn kat food courtnya...biaq betoi budak ni. Xpala ikutkan ja beday girl punya keinginan ni...sesampai di food court mak aiiii...punyalaa ramai org bersesak2. Tmpt mkn pun smpi kami berempat kena berpecah cari..kena tggu org smpi abis mkn utk dptkan tmpt. Mgkn hr mggu kot lgpun kata nurul tmpt ni mmg famous. Awatlaa sy xtau. Tp dulu pernahlaa time bln ramadhan nk mkn buffet kat situ. Member abg ckp best..so last2 kami cancel mana xnya..da nk waktu berbuka kami msh beratuq pjg lg. Time tu sy mmg xtau menu makanannya.

Akhirnya dlm 10min dpt gak kami cr tmpt duduk. So time tu order..siap ada troli makanan tuh..satu pengalaman betul. Menunya semua western style. Menu yg plg famous adalah meatball nya. Kami order 4 set meeatball 10 ketul (RM10). Mmg sedap meatball ni dihidang bersama blueberry jam, kentang goreng dgn mushroom sauce. Lps tu kami order kek 'Almondary Daim' (RM5++). Kek ni smpi skang sy msh terliur nk mkn lg..ada lapisan keju, coklat & daim. Kami amik satu ja takut byk2 nanti xabis plak. Mushroom soup (RM6++) dan chicken wing (RM9++). Chicken wing dia biasa ja kalo ikut tekak sy ni. Air (RM2) panas atau sejuk..boleh refill.

Menu lain cam burger, sandwich, salmon, chick grill, spaghetti aneka dessert..semuanya adalaa. Memula ingatkan mkn meatball ni xkenyang..last2 nk perabihkannya pun punyalaa payah. Patutlaa nurul srh kami makan dulu sblm jln2 msk IKEA. Mmg berbaloi laa 4 org mkn dlm RM68 semuanya.

Abih drp mkn..mulalaa sesi cuci mata di IKEA. Ingatkan brg kat IKEA ini semuanya mahal2 belaka. Rupanya ada gak yg murah. Sy beli tmpt simpan plastik, rak dapur & bilik air. Apa2pun mmg happy la smpi xsangka da berjam2 kami disitu.

Read More......

:: Bumbu Mee Bandung Johor ::

Sejak busy ni mmg dapur rumah kurang berasap sgt..msk pun simple2 jaa..tu pun utk en.somi. buat jemput, kuih-muih, bubur ataupun sandwich. Cuti ni pun planning nk buat mee bandung psl teringat abah buat time sambut beday nurul & dik pi arituh. abg beli rencahnya kat tangkak..skang ni da ada instant semua keja jd senang. So arini saya plan nk buat bumbunya sendiri.

Sabtu pagi tuh sy n abg pi psr tani jln2 cr bahan-bahannya. So projek di dapur pun bermula..abg tukang ayak kacang dan tumbuk bahan kering. Sebenarnya secret of the resepi adalah udang kering, biskut marie dan kacang tanah yang diblend separa hancur. Bahan kering ni saya buat lebih boleh disimpan sbg rencah utk digunakan pada bila2 masa. Selebihnya sy juga gunakan air rebusan daging dan udang..bab sayur tuh bole letak ja laa apa yg patut. Lps da siap semua benda..tggl tumis ja segala mcm bwg dan cili paste..kemudian masukkan laa serbuk bahan kering dan air rebusan. Campak sana sini da siap....yang nk makannya 2 org jaa..tp rsnya dgn bahan yg ada maunya seminggu kitaorg bole pulun makan mee bandung ja ari2 heheh. Biasanya apabila nk mkn baru saya pecahkan telur dlm kuah yg telah diasingkan sedikit utk dimkn.

Mmg marvelouslaa..abg pun siap hirup kuahnya sampai licin..abg siap ckp lg mcm mana org bole terpk nk ltk biskut marie bg pekatkan kuah. Oklaa selamat menjamu selera

Read More......

:: My 5th Celebration ::

alhamdulillah syukur kehadrat-Nya sudah 5 tahun kami melayari bahtera rumahtangga rupanya..rs cam baru 3 thn ja hahahah. Semoga kehidupan kami bahagia dan segala impian kami tercapai...Amin

Dalam minggu ni sy xbapa sihat so malam sabtu baru kami planning makan malam bersama. Tahun ni kami makan ni TGI Friday @The Curve, Mutiara Damansara. Da lama nk pi tmpt ni psl abg ckp steaknya sedap..yg xbestnya mahal skit la..tu yg tertangguh-tangguh nak pi. Cuaca mlm ni juga sejuk baru lps hujan..tp laa ni mmg musim hujan pun..tu yg kami pun makin romantik melekat ja hahahah.


Saya order vanilla shake (RM11.50) dan abg pulak air ice lemon tea bole refill (RM8). vanilla shake nya mmg sedap mana xnya..makanan xsmpi lg airnya pun da abis. Saya kalo bab mkn western for sure sy order kambing yg jarang2 sy dpt makan ni- 'Garlic Marinated Grilled Lamb Chop' (RM46.90). Yummy..hidangannya mmg big size..rsnyapun mmg sedap gak. Yang lain drp lamb chop yg biasa sy makan adalah mmg xda rs n bau kambing pun. Saya rs mgkn ni kambing import kot tu yg rs n harganya bole tahan. Abg plak cm biasalaa mmg xleh tggl dgn sirlion steaknya (RM44.90). Kemudian saya order pasta 'Southwest Mac & Cheese' (RM24.90). Huhuhu sebenarnya da kekenyangan pun tp pasta nya mmg sedap psl byk cheesy kegemaranku. Pulak tu dia pki pasta jenis manicotti..huh mmg cheesenya pun penuh masuk dlm pasta tuh. Mmg lemak berkrim hahaha time tuh perut da kenyang rs muak skitlaa. So kami bungkus bawak blk. Kekenyangan sgt...da la sejuk plak tuh da xlarat nk jalan ke mana2 so kami decide blk tido ja la. Apa2 pun thanks abg for the dinner..mmg terbaikkkk!!!

Part yg sy xsuka TGI (Thank God Is) Friday ni..dia ada satu bar so ni da kali ke-3 sy tgk depan mata saya sendiri anak melayu n org islam kita minum arak secara terbuka tanpa segan silu. Huh mmg dunia nk akhir zaman..cabaran betul buat pendidik dan ibubapa skang ni dalam nk melahirkan generasi yg mempunyai modal insan menyeluruh..hahah tetiba nk bg tazkirah plak. Oklaa utk renungan bersama.

Read More......

:: The Journey Begins ::

Alhamdulillah..syukur ke hadratnya telah selesai juga tempoh praktikum yang saya jalani selama ini. Sekaligus membuatkan secara rasminya pengajian saya telah tamat. Dan bermula isnin ini, saya telah bertukar status menjadi guru tetap di sekolah yang sama..Insya-Allah.

Sepanjang tempoh praktikum ini, telah byk dugaan yg saya tempuhi..dan alhamdulillah saya berjaya harungi dengan jayanya. Sebanyak 10x saya telah diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Mmg gerun..yerlaa org tgk kita mengajar dan mengkritik kita..saya mmg perlu sentiasa bersedia. Dalam tempoh itu juga saya telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dan modul-modul pembelajaran mengikut due nya. Salah satu daripadanya membuat video Teknologi Pendidikan. Setakat ini saya mmg berpuas hati dgn segala tugasan yg disiapkan.

Sekarang ni, saya perlu menunggu surat drp pihak KPM dan menunggu result IPG keluar. Doakan saya kengkawan agar permulaan perjuangan saya sebagai seorang pendidik dipermudahkan dan dirahmati oleh-Nya.

** da lama xupdate blog.tetiba rs kekok n da xtau nk cita apa lg

Read More......

:: Praktikum ::

Alhamdulillah da hampir 9 minggu saya menjalani praktikum...bln depan baru abis. Byk betul dugaan, yerla dengan assignment, jurnal, portfolio, school base experince(SBE). Tu belum masuk ranacangan pengajaran harian dengan nk buat bahan bantu mengajar (BBM) setiap hari. Mmg letih wei...apa2pun sy da mula serasi mengajar di prasekolah..setiap hari sy rasa seronok dengan mereka. Kehidupan saya skang setiap hari dikelilingi dengan kanak-kanak yg seramai 25 orang itu. Melayan karenah mereka..melihat mereka ketawa. Mereka juga sudah mula rapat dengan saya..ada srg tuh manja betul ngan saya asal saya terlepas pandang akan dia pasti dia akan merajuk. Hilang kepenatan melihat mereka happy datang kesekolah.

Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah saya di atas ilmu yang diberikan. Dengan ilmu tersebut saya dapat menangani kanak-kanak ini di peringkat mula masuk sekolah dulu hingga kini. Nak cita time mereka baru masuk kelas, ada yg nangis, yang berlari, panjat gate, berguling2 tok sah citalaa..smpi saya pun main lari2 dengan mereka ni hahahha. Tp tu semua pengalaman..n hasilnya now i know how to treat children. Ibubapa pun diharapkannya jgnlaa asyik dok tggu n tgk anak tepi tingkap..bkn apa kanak2 ni akan lost focus n emosinya terganggu begitu jugak turut effect pd kanak-kanak lain. Mereka ni akan rs seronok bila da kenal n main ngan kawan-kawannya. Saya cuba praktikkan segala teknik, kaedah, strategi pedagogi yang telah diajar mengikut teori maslow, bruner, pavlov, watson, skinner, bandura, piaget, kohler, vygotsky, erik erikson dan mcm2 lg. Kalo nk sebut psl teori ja mmg byk...mmg naik pening laa dulu blajo psl nk ingat semua. Tp tulaa xrugi kita ada ilmu yg byk..dengan adanya ilmu saya dlm ICT..saya cuba mix n matchkan dlm kaedah pengajaran saya seperti menggunakan video, permainan komputer dan simulasi.

Oklaa stop laa cita about this...nanti ada masa sy cita plak teknik2 bagaimana nk bg anak2 menguasai kemahiran menulis dan membaca dengan cepat. Saya merangkap guru prasekolah ni adalah pendidik yg plg mencabar krn kena bg mereka pandai kenal huruf, membaca, mengira dan menulis. Kekdg saya ada dgr org ckp nk ngajo dan jaga anak 2-3 org kat umah pun da pening kepala inikan pulak 25 orang. Saya seorg guru yg mengajar semua subjek kecuali agama islam, terasa diri ini kerdil sgt psl msh byk lg perkara yang perlu saya belajar. Pembelajaran di ipg selama 4 bulan ini, masih belum cukup utk saya menjadi guru yang cemerlang (hehehe ada hati nk jd guru cemerlang). Ok farah, teruskan usaha mencari ilmu dan menjalankan amanah dengan baik..Insya-Allah

**rupa-rupanya da hampir 2 bln saya xbukak n update blog ni ishh..ishhh..sabolaa blog..nanti tuanmu akan kembali aktif yaa**

Read More......

:: Labu a.k.a Pumpkin Dessert ::

Labu??cita psl labu ni..actuallynya sy jarang msk labu kat umah psl sy srg ja mkn kalo dijadikan sayur. Tak terpk plak sy nk buat benda lain dgn labu tuh. Bubur lglaa jarang skali..sejak kawin dgn abg xprnh plak sy buat bubur labu krn tgk abg cam xsuka sehinggalaa pd suatu hari sewaktu di johor, bibikku buat kenduri. Time tuh ada labu lebih..bibik srh sy buat bubur labu...hahahah xsangka bubur yg byk tuh habis, xsempat sy nk merasa...yg bestnya abg makan. Byk juga abg mkn..sejak drp harituh abg slalu request saya buat bubur labu. Blk keja mkn bubur tu ja pun xpa..kekdg sekali buat smpi 2 biji. So arini sy tny abg nk mkn apa..abg request lg bubur ni.

Cita psl bubur ni..sy mkn juga tp cam biasa sy xbapa gemar penggunaan santan yg byk. So saya bubuh skit ja santan yg byknya saya letak susu sejat atau susu fresh. Lps tuh gula sy pki brown sugar. Nak buat dia pun sat ja..yg lamanya tang nak kupas labu tuh. Kalo nk kuahnya pekat bole taruk sagu..tp saya x buh pun. Bila da ada geng mkn bubur ni rs sedap..kalo nk dicomparekan bubur pisang yg sy suka. Tp kata org labu ni xelok mkn byk2 psl dia angin. Hahaha walaupun gitu kitaorg tibai gak.

Read More......

:: Tanamanku ::

Semenjak sy da kembali dok kat umah ni, mmg planning nk tanam pokok2. Saya ni xpernah ada pengalaman tanam pokok cuma time blajo dulu adalah. Sy ni suka sgt tgk ada tanaman atau bungaan2..nak2 bila tgk pokok yg ditanam tu ada hasilnya. Hal2 menanam ni sy serahkan pd abg..psl abg suka bercucuk tanam. Abg tny sy nk tanam apa??Saya fikir biarla tanam pokok yang hasilnya boleh sy guna selalu. So buat sementara waktu ni, kami tanam pokok cili api, limau kasturi, serai dan daun kari. Semangat betul sy bila tgk ada tanaman kat halaman umah..hampir hari2 sy dan abg tgk, jaga & siramnya. Happy sesgt bila tgk pokok2nya da tumbuh tunas baru dan membesar terutama pokok serai dan daun kari. Pokok limau plak da start berbunga....pokok cili da tumbuh buahnya. Pokok cili api ni..stail besar punya..kata org tuh namanya cili siam. Dekat depan rumah plak mmg da tertanam pokok mangga oleh pemaju. Pokoknya pun da besar..lps ni bolelaa kalo nk mkn mangga sendiri heheh. Apa2pun lps ni kami planning nak tambah sikit2 pokok untuk ditanam daripada semasa ke semasa. Buat masa ni kami tanam pokok2 yg tahan lasak ja dulu psl kami ni kalo blk kg..lama juga. So bab2 tanam bunga tuh dibiarkan dulu. Nampaknya da ada skit kemajuan bg sy....now i think i love gardening.

Read More......
Blog Widget by LinkWithin