Alhamdulillah sy telah melahirkan seorang putera yg sudah lama kami nanti-nantikan. Anak kami telah dilahirkan secara c-sect pada 03.02.2012 (20hb beday sy & 12hb beday abg), hari jumaat bersamaan 10 Rabiul Awal. Pada pukul 1.14pg...hr kelahiran putera kami sama dgn hari kelahiran abg iaitu pd hari Jumaat gak cuma abg masanya 1 lbh ptg gitu.
Memperkenalkan kehadiran org baru....
" HAFEEY BIN HILMI" (Yang Memuliakan)DOB:
3.2.2012 Time :
0114 amHari :
Jumaat (10 Rabiul Awal 1433 )Berat :
3.45 kgTempat :
Putra Medical Ctr, Bkt Rahman Putra, Sg. BulohPanjang :
51 cmLilit Kepala :
38 cm
Entry sy yg seterusnya, sy akan cerita pengalaman pertama saya untuk melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Insya-Allah
terima kasih pd mrk yg tlh mendoakan kami anak beranak
Read More......
Da lama planning..nk jln2 kat CH ni. tp da ujung thn ni abg asyik busy keja psl sibuk nk apply new system kat opisnya. Alhamdulillah...1 jan yg lps..termakbul juga hasrat di hati nk ke cameron highland. Ni kali ke-2 kami ke cn...dalam keadaan terbuyut2 da ckp bln pun masih ada hati nk jln2 lg. Bkn apa..hajat di hati nk mkn ais krim pop perisa strawberry yg berharga rm2 tu, selain drp nk mkn jagung mutiara n asparagus goreng. ais krim pop ni hanya ada kat CH ja dan jagung mutiara ni manis..bole di makan begitu shj tanpa dimsk psl mmg rsnya sedap. Tapi kena pastikan yg ori laa.
Kami pi xdirancang n pki redah ja. Hotel pun byk yg penuh psl mmg ramai yg bercuti di sana. Lagi plak mmg jam kat CH ni. So kami dok ja kat hotel murah yg ada (breakfast xdisediakan). Nama ja hotel murah byr mahal gak psl pi time peak season kan. Walaupun hotel ni mmg xda aircond n kipas..tp disebabkan cuaca di CH ni sejuk..kami still rs dok dlm aircond...sejukkkkkk. Kami xberjln kemana2 sgt..psl semua tmpt tu kami pernah kunjungi dulu. Kami just beli apa yg kami nk..n lg satu jeruk strawberry...mmg puas betullah sy mkn. Tp tang asparagus tu xda..mgkn bkn musim dia kot..yg ada kim ci. Ada gak jual oren madu (mmg manis sehingga kurang rs masamnya)..bsr betul buahnya..tp kami xbeli psl xteragak pun.
Fuhhh..puas betul berjln kali ni...cm bidan terjun ja plannya. Ingatkan nk pi dlm 7hb jan ni..time tu mgkn org da krg. Tapi disebabkan sy dok pk keadaan sy ni...takut terberanak ja kat sana nanti. Mana tahu kan....so da puas bercuti...harini da pun bermula sesi persekolahan. Smg Allah mempermudahkan segala urusan sy. Amin....
Maaf kali ni mmg xda capture gambo...psl sibuk dok pk nk beli brg heheheh
Read More......
Time2 cuti sekolah ni mmg ramai org buat majlis kenduri kendara..begitu juga dgn familyku. Baru2 ni 1st time dlm ahli keluargaku adik lelakiku bersunat. Dan ini merupakan pengalaman pertama bg ibu juga...yerlaa sblm2 ni semuanya perempuan. Mmg jakun ya rabbi kami ni..dok tny mcm2 soalan kat anas hahahah. So stlh adikku ni telah sihat kami telah mengadakan majlis kesyukuran sekaligus majlis khatam buatnya. Ibu juga bercadang utk jln sekaligus majlis doa selamat utkku. Alhamdulillah majlis doa selamat beserta bacaan yassin & tahlil telah berjalan dengan lancar and i'm very happy. Harapnya segalanya dipermudahkan memandangkan sy pun telah 8 bln..da xlama lg da.
Gambar sekitar majlis tersebut

Read More......
actually cita ni da lapuk...last day sekolah da berminggu2 yg lps. Xtaulaa skang ni sy betul2 malas nk wat keja...nk update blog pun bole jd malas. Xlama lg persediaan prasekolah akan bermula..satu apa pun sy xprepare lg, nk setup kelas pun belum. Skang ni mood cm nk bercuti ja hahahha..bole lg ka.
Okla..time hari konvo prasekolah..fuh mmg minggu yg memenatkan. Sy pun xsempat nk snap gambar. Mana xnya kena buat belanjawan, kertas kerja, latihan persembahan, urusan hadiah, sijil jubah laporan...mmg xmenang tgn lg2 dlm keadaan yg mcm ni..akhirnya semuanya telah berakhir. Siap sy amik cuti lps tuh...psl baby xgerak2. Sblm konvo tu pun sy mmg da buat jamuan akhir utk murid2. Xsangka time konvo tuh ada ibu2 yg request nk minta buat majlis terakhir persekolahan. Sy ok ja..lgpun mereka da volunteer nk sediakan makanan.
Hari yg ditunggu2 telah pun tiba... mmg sy menyangka parents kat kg bkt badong ni sporting gila. Byk makanan yg dibawa...kami pun siap bergambar2 lg. Tp yg plg sy xsangka..mereka ada menghadiahkan sesuatu kpd sy...dan sy betul2 rs tergamam dan terharu. Siap2 buat ucapan gitu. Huh terima kasih byk2 yg xterhingga...mgkn da rezki baby. Mmg kenangan terindah sgt dan hubungan kami spt da lama walaupun sy br sj dipostingkan disitu pd bln 7 yg lps. Cikgu hny mendoakan yg terbaik buat anak murid cikgu dan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yg diberikan oleh ibubapa di situ.
Read More......
Di sini saya nk share sedikit pengalaman berharga dan bermakna buat sy..and i gonna miss it one day. Setiap org mgkn akan mengalami pengalaman yg sama atau berbeza...so inilaa perkara2 yg telah dan sedang sy lalui
Demam/Batuk - Masuk 5 mggu sy mengalami sakit tekak, hidung berair dan batuk. Demam sehr sudah kebah akan tetapi batuk kekdg bersama bersin, sy alami sehingga kdgn mencecah 14 mggu (on & off). Hampir 2 botol ubat batuk dan beberapa paket fishermen's friend sy mkn ketika waktu itu. Batuk menyebabkan muntah sy semakin teruk
Muntah (Active in afternoon & Evening, Sometime x kira waktu pun) - Actually time demam tu sy da start muntah. Memula ingat psl demam tetapi dia berlarutan sehingga sekarang. Saya alami alahan yg teruk drp mggu ke-5 sehingga minggu ke-16. Di mana sy akan muntah setiap hr sebyk 4-6 kali. Apa shj yg sy mkn akan keluar blk xkirala ketika itu sy mkn buah, biskut, asam, susu atau apa shj. Sy pun tercr2 apakah makanan yg boleh melegakan sy. Byk jg kwn2 suggest mkn itu dan ini tp xjln utk sy even asam pun. Sehinggakan sy mengadu pd doktor untuk mendapatkan ubat muntah. Tp doktor ckp "it's a good sign of pregnancy, u should worry if the feeling go away". So sy tetap kuatkan dan gagahkan diri sehingga sy merasakan itu satu rutin dan akan rs janggal kalo sy xmuntah. Tp bila da lama keadaan berterusan begitu sy da rs biasa..xmcm memula dulu. Pernah satu ketika perut da kosong krn da muntah pun stil dia muntah lg sehingga sy merasakan perit anak tekak dan kuar suatu cecair masam sgt mengalahkan benda masam. Sejak drp itu, sy elakkan drp itu berlaku dgn xmkn benda pedas2 and at least minum air. Sy rela dia muntah makanan drp kuarkan benda alah itu. Doktor pun nasihatkan sy jgn smpi sy kena thn wad dan dimasukkan dip.
Bila sy rs loya pasti sy akan lega apabila sudah muntah. Keadaan menjadi teruk bila sy batuk dan selsema..kekdg muntah tu kuar ikut hidung. Mula2 sy siap nangis2 sehingga abg kesian melihat keadaan sy. Psl sy mmg xpernah muntah kecuali dulu psl keracunan makanan. Di tambah lg dgn keadaan waktu itu selera mkn sy mmg down gila2. Ketika di bln Ramadhan sy gagahkan diri jugak posa walaupun doktor tidak galakkan. Hari pertama dan kedua mmg teruk...dgn perut msk angin, pening, muntah nk drive pun xlarat. Sehingga seminggu sy tumpang cikgu yg dok kat area umah sy ni. Slps tu setiap hr slps berbuka pasti sy muntah. Oleh tu, makanan yg sy beli itu sy mkn skit..lps muntah br saya smbg blk. Alhamdulillah hanya 1 ari ja sy tggl posa tupun gara2 sy xbgn sahur. Sekarang ni sy masih muntah tp on off laa, sy ingat da msk 5 bln da totally ilang tp tidak. Doktor ckp yg muntah smpi 9 bln pun ada (huhuhuh)
Tidak berselera - start awal hamil sehingga 17 mggu mmg sy xda selera mkn..bila pk nk mkn nasi atau apa2 sy pk nk muntah ja. Abg pun smpi xtau nk belikan sy makanan apa. Ada gak abg utarakan tmpt mkn yg sy suka, tp pd ms tu semuanya jd xbest. Benda yg sy suka mkn pun da jd xlalu cth cam yogurt, coklat dll. Smpi tersimpan kat peti ais berkurun lamanya xabis2. Badan sy pun lemah smpi sy lebih suka terperuk di rumah even hr weekend actually sy suka jln2. Pd waktu tu pun mmg dapur sy da lama xberasap. Abglaa ketika ini memainkan peranan penting dan memahami keadaan sy sehingga dia xsanggup tgk sy sebegitu psl sblm ni sy seorg yg energetic even sy sakit dulu. Oleh sbb itu juga, berat sy trn 5 kg dan alhamdulillah skang ni selera sy da kembali normal dan bertenaga sedikit.
Tak sedap Badan - start hamil sy sering mengantuk awal. Pkl 10 lbh sy da msk tido. Kekdg tertido di sofa..malah sy jg cpt penat. Yg sy perasan badan sy panas..cpt berpeluh dan sy xsuka sejuk. Abg pun pelik psl sy kalo bukak kipas maunya no 3 atau 4. Time tuh sy bole bukak no 1 ja. Air cond kereta pun sy xsuka psl angin yg kuat ni membuatkan sy nk termuntah. Sense bau2an kat hidung pun semakin sensitif tetapi sy xalah plak bau abg, bau masakan atau bau wangi2. Cuma jgn terlalu kuatlaa.
Sembelit & Pening kepala - Alhamdulillah perkara2 ini amatla jarang berlaku. Mgkn krn sy ni kuat minum air dan makan buah. Sy gak slalu stand by minyak angin dlm beg..agak2 rs nk pening terus letak n so far dia hilang. Better than sblm hamil
Pertambahan berat - berat sblm hamil telah diturunkan scr mendadak dek krn muntah walaupun sy ni seorg yg ssh trn berat bdn. Kemudian skang last cek up last week br naik 800 g drp berat sblm peknenlaa..kalo pertambahan slps muntah tu dlm 5kg lbhlaa. Setakat ni, kalo sy ckp kat org sy da nk msk 6 bln..org terkejut skitlaa psl perut sy belum nmpk sgt. Tp org ckp dlm 6 bln ke atas tuh berat akan naik mendadakkan..Sy pun belum dgn rasminya pki baju hamil lg...mgkn akan dtg :) (actually da xsabo gak)
Sakit pinggang - Alhamdulillah setakat ni masih belum terasa lg...
Sore Breast - Waaaa....sy sblm ni xprnh rs camna psl tanda2 nk period pun xalami ini. Nak masuk 2 bln sy rs ianya da nk membesar 2x ganda (sehingga sy da mencr2 bra br), aerola jg semakin bsr n become darker. Yg plg skt adalah nipple..lgsg xbole disentuh atau terkena kain...waaa sakitnya. Ianya juga membesar. Skang ni da msk 5 bln, sy perhatikan kolustrumnya da kuar kot psl kekdg sy belek ada kerak.
Keadaan Perut - Masuk 4 bln gak...satu line coklat timbul di tgh2 perut sy. Dan skang ni da nk msk 6 bln sy lihat pusat pun cam nk terkeluar skit dan perut sy kekdg rs gatal. Tp stretch mark tu belum lg timbul. Tp sy da start sapu cream gak laa sebagai langkah berjaga2.
Kulit - Sewaktu hamil ni sy perhatikan kulit sy lg berminyak dan kuar jerawat. Tetapi masih bole dikawal. Dan ada beberapa tmpt pigmentasinya lbh gelap. Kata org ni semua akan hilang slps bersalin.
Frequent Urination - Sy xtau nk ckp psl sblm hamil pun sy slalu ketandas psl sy kalo byk minum air even air masak mmg rajin masuk ke tandas. So skang ni sy xbrp nmpklaa perubahannya. Cuma kekdg sy terjaga tgh mlm sy akan ke tandas. Time awal hamil dlm 3 bln sewaktu sy buat medical check up sbg guru sy ada kencing kotor. Tp alhamdulillah skang ni setiap kali jumpa doktor da normal.
Terjaga Malam - Skang ni sy perhatikan sy suka terjaga mlm dlm pkl 2-3 pg dan 4-5 pg. Kekdg sy bole smbg tido blk kekdg ssh nk continue blk.
Mengidam - Errmmm yg ni sy xtau nk kata..psl ngidam yg pelik2 tu xdalaa..kalo xdpt mkn smpi terbyg2 pun xda gak. Cuma kalo sy rs nk mkn sy mkn cm feeling sblm hamil la
Emosi - Alhamdulillah emosi sy stabil sepanjang kehamilan ni...sy dan abg pun rs lg romantik mgkn psl abg caring2 gila skang ni. Cuma bila sy tgk cita sedih skit cpt sgt sedihnya. Kira cpt touchinglaa. Perasaan nk marah, geram lebih2 pun belum lg...mgkn belum ada org yg buat sy gitu kot. Tp emosi sy plg best bila sy sering sembang2 smbl pegang perut citerkan pengalaman yg sy lalui hr tuh pd baby mmg kekdg tersentuh. Lebih2 lg doktor ckp skang ni baby da boleh dgr suara & environment luar.
Alhamdulillah, skang sy enjoy with my pregnancy. Lebih2 lg 5 bln hrtuh sy da bole merasakan 1st movement from my baby in womb. So speechless...hanya memanjatkan kesyukuran pdMu. Terima kasih pd abg yg memahami dan byk membantu serta melayani kerenah sy. Doakan sy agar semuanya selamat. Nanti sy akan smbg lg ke simptom yg bakal sy alami dgn pembesaran kdgn sy ini.
Read More......
Wah rasanya cam da lama xmkn western food. Xtaulaa nk kata mengidam atau x...psl dedulu pun mmg suka mkn asal ada kelapangan. So kami decide nk cuba tmpt br. Dekat ja ngan umah...berhampiran dgn kg paya jaras. Tempatnya betul2 tepi jln. So far environment dia ok. harga makanan pun bole tahan mahal gak. Saya order 'Bakau Black Russian Steak' - Lamb & Beef with black pepper & bbq sauce RM 20.90. Abg plak order 'Pinang Black Stirleon Steak' - Beef served with both sauce RM17.90.
Cita psl hidangannya mmg bole kenyanglaa dia bg setiap set 2 ketul daging with side dish (salad & french fries). Yang plg sedap ialah dua2 sauce nya yg mengancam..Air plak kami order mango juice with peel RM3.00. Time kami pegi tu mmg tgh hujan..mmg layan habislaa selera kami :). Ada rezki kami akan dtg lg...
Read More......

Cuti Hari Malaysia yg lps...sy pergi jalan2 di JB. Time tuh mmg ramai pelawaan guru2 yg buat open house..tp apakan daya xdpt pegi. Da lama plan nk jln2 ni...thn lps xdpt bercuti disebabkan sibuk blajo..kalini pegi jugak akhirnya. Xdalaa pergi tmpt yg jauh sgt dlm keadaan diriku begini..tp bole tahan jugaklaa penatnya. Sebenarnya sy teringin nk mandi laut...sambil2 pergi ke tmpt mkn yg best2..dan mengenang memori disitu.
Bertolak hari Jumaat pg...smpi2 terus ke UTM dulu. UTM skang da byk fakulti baru dibina. Skang ni melambak betul foreigner terutama drp afrika selatan dan sewaktu dgnnya. Terkejut gak memula2 psl sblm2 ni mmg xpernah jumpala plak. Kat sana kami pi mkn di arked meranti tmpt sy & abg slalu mkn dulu. Slps tu kami round2 tgk fakulti sc komp..kolej2 kami. Semuanya sudah dicat baru.

Selesai mkn2, aktiviti cr tmpt penginapan. Kami xda booking2 pun..pki redah ja. Sib baik ada jumpa yg berpatutan. Betul2 berhadapan dgn danga bay. Kami menginap 2 mlm disitu iaitu Straits View Hotel. View kami mmg betul2 mengadap laut..cantik skali. Lps abis rehat, mandi & lepak2 dlm bilik. Malamnya kami mkn di nasi lemak famous di perling. Kemudian kami jln2 di stulang dan danga city mall.
Keesokan hrnya..pg2 lg kami da kuar utk bertlk ke Pantai Tanjung Balau di kota tinggi. Alhamdulillah cuaca sesgt ok pd hr tersebut. Airnya jernih..sejuk xspt pantai di sebelah barat. Huh sejam lebih jugaklaa kami mandi..tp kalini mandi laut sy xplak kena sunburn...mgkn cuaca mendung hr itu. Ngam2 kami blk hujan pun turun...sy plak da tertido kepenatan di dlm keta. Tgh harinya, kami telah singgah di Restoran Pak Ali..restoran favorite abg..psl ada cendawan goreng. Mmg byk pilihan dan sedap2...byk gak lauk sy ambil. Lps mkn kami lepak2 cuci mata brg2 komp, motor, buku di kedai2 di Tmn U. Blk hotel kami pun kepenatan. Planning mlm plak kami nk mkn di 'Payung'. Kat cn dulu sy suka order keuy teow bandung dgn abg. Ada otak2...tp kali ni kami pi da xbyk kedai mcm dulu dan otak2 pun da xda. Lps mkn...kami ronda di dataran dan restoran jaja luton van yg menjual steamboat. Hahahaah kalini pun sy rembat beberapa cucuk utk mkn. Wah perut da kenyang...mata pun da layu...kami pun zzzzzz
Di pg Ahadnya plak, sy planning nk blk awal..psl nanti nk bajet smpi umah dlm pkl 2-3ptg. Bolelaa sy rehat2 sambil buat persediaan utk ke sekolah esok. Terpaksalaa kami tunda plan kami nk msk Singapore. Passport da bw..tp ms tidak mencukupi. Rsnya cm nk dok lama lg..tp apakan daya cuti da abis hehehe. Huh seronoknya dpt berjalan smbil mengimbau kenangan terutama ketika mkn2 :)
Read More......

Alhamdulillah syukur di atas nikmatnya..tahun ni abg dpt bonus lebih skit. Company abg pembahagian pemberian bonusnya mengikut penilaian prestasi kerja oleh bos2 besar. Terima kasih krn abg da bekerja keras utk family walaupun kekdg saya terpaksa keseorangan di rumah.
Oleh sbb tu abg ada buat kejutan utk sy dgn menghadiahkan kpd sy sebuah hp br yg lbh kurang sama dgn abg. 1st time sy pki touch screen..dulu xbapa minat psl rs cm leceh & ssh. Tp kalo org da beri terutama org tersyg..rugi xamik hehehhe. Abg plak tukar drp Omnia ke Galaxy S II. Tq sayang...smg kita sama2 membina keluarga yg semakin besar akan dtg dan Allah melimpahi rahmat & keberkatan buat kita..Amin...
Read More......

Rasanya masih belum terlambat utk sy wish Selamat Hari Raya..mohon maaf dipinta jika ada salah silap yg sengaja atau tidak disengajakan. Yang tersurat ataupun tersirat harap dimaafkan laa ya. Tahun ni giliran raya di johor...raya ketiga br blk penang. Inilaa dia baju raya last minit sy beli kat Segamat. Tak sangka bdr kecik cm Segamat byk pilihan baju yg sy bole pilih. Tetapi kesian...hanya baju org lelaki ja xsiap dijahit oleh tukang jahit. So xsedondonlaa kami di pg raya....

Read More......
Skang ni kehidupan sy sedikit sibuk dan huru hara sekejap. Saya rskan spt semua perkara nk dibuat...mula2 sy telah mendapat kelas yg semuanya budak 5tahun seramai 22 org. Pada hari pertama..MasyaAllah, kelam kabut kelas tuh, bising xdgr arahan dan xda disiplin. Plak tu guru yg dulu xmeninggalkan report tahap pencapaian budak2 tuh. So sy perlu mula balik dengan mengenalkan mereka abc. Alhamdulillah dlm tempoh sebln ni sy telah mendidik mereka utk disiplin spt beritahu guru apabila nk ke toilet atau minum air, beratur ketika nk mkn @ bsh tgn, bersihkan meja, kutip segala sampah & sisa mknan serta lap minuman yg mereka tumpahkan sendri. Sy ingin mrk berdikari & disiplin...bila mrk mampu mendengar arahan barula senang nk mengajar. Skang ni pun da ramai sudah boleh membaca sukukata kvkv. Hanya 6 org murid lg yg perlu diberi latihan pemulihan krn msh belum mengenal abc. Huh mmg byk perancangan & kerja sy perlu buat utk set up blk kelas sy. Harapnya usaha sy diberkati Allah
Skang ni setiap ptg ada sj meeting & program x termsk Koko lg. Pd mulanya sy agak keberatan bukannya apa...sbb fikirkan nk ulang alik drp umah...jauh tuh. Last2 sy dudukla kat sek. smpi pkl 6 ptg. Itupun ada beberapa kali sy xdtg mana xnya nk menguruskan urusan perlantikan sy yg memerlukan pi pesuruhjaya sumpah, ke IPG, buat medical checkup, ke PPD. semuanya memerlukan sy travel jauh drp ijok tuh. Mmg sy sering keletihan skang ni..dgn cuaca yg boleh menyebabkan sy pening. 3/8 ni plak sy akan ke Putrajaya utk menghadiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Semuanya berlaku sekaligus dlm sekelip mata spt xsempat nk bernafas...preparation utk i/view tu pun sy xprepare lg.
21/7 yg lps sy telah menghantar ibu, makcik & pakcik sy ke KLIA utk mrk mengerjakan umrah sekaligus menyambut ramadhan disana. Smg mrk dpt melaksanakan ibadat dgn baik. Akhir kata smg di bln Ramadhan ni Allah mempermudahkan ibadah puasa sy & sy msh bertenaga utk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan sy seharian. Terima kasih abg krn memahami sy..dan sy berharap kesihatan sy semakin membaik. Kawan2 doakan perjuangan sy ini
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA UTK SEMUA"
Read More......

alhamdulillah..tahun ini kami ada rezeki lebih skit mungkin rezeki anak (hahahha yo laa tu). Abg da lama simpan niat untuk beli motor idamannya. Akhirnya terlaksana n termakbul juga. Actually sy gerun gak..yerla motor ni mmg bole bwk laju..risaula akan keselamatan abg. Abg mmg pergi kerja jauh gak setiap hari dlm 100km..motor lama mmg panas punggung dibuatnya. Skang ni abg perlu byk jumpa klien, attend meeting yg memerlukan dia bergerak on time sentiasa meredah jem di ibu kota. Harapnya segala urusan abg dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki buat keluarga setelah adanya kemudahan n rezeki yg diberikan Oleh-Nya.
Read More......
Pada 12 jun yg lps adalah beday abg. Disebabkan tuan umah xbapa sihat so lmbt postingkan cita ni. cuti sekolah da abis tp tuan umah masih belum msk sekolah lg psl demam agak teruk gak. Al kisahnya Jumaat lps abg n sy skt tekak..lps tuh abg demam. sy msh ok lg..lps tuh sy plak yg kena. Ketikan camni brla rs bestnya nikmat ketika sihat.
So beday abg ni pun disambut dlm keadaan semuanya sedang sakit...sakit2 pun mkn punya psl bedal gak la. Kali ni tmpt sy yg pilih...tmpt ni sy tau pun drp kawan nurul. nama restoran ni kunangkunang..ingatkan jauh sgt kat kuala selangor sana tu. Tp rupa2nya kat mrr2 gombak ja. Drp pemandangan sy tmptnya mmg cantiklaa sbb dia ala2 cam bali gitu. Cuma yg xbestnya..walaupun orgnya sikit servicenya lambat. Bayangkan abg order steak (RM33.90)..smpi da licin makan...synya order xsampai2 lg. Saya cm besalaa order lamb rack (RM34.90) with rosemary sauce. Air plak sy order sarbat tea -teh halia panas (RM2.50) dan abg order fresh orange tanpa ais (RM4.90). Saya rs kalo keadaan sy sihat sure sy da balun air ais yg pelik2 skit. Tp time tuh tgh sedar diri gitu. Kesimpulannya, kami kurang berpuas hatilaa mostly pd makanannya xtaula effect drp tekak kami yg xbrp bagus time tuh. Rsnya krg berbaloi dengan harganya tuh. Apa2pun abg tetap happy dengan hadiah yg sy berikan sebelum beday abg lg.
Read More......
Jumaat yang lepas merupakan hari jadi sy yg sudah tentunya menjangkau 30 tahun..mak aiiii mmg da rs tua betul. Alhamdulillah sy masih mampu lg meraikan ulang tahun sy bersama cik somi tercinta. Terima kasih sy ucapkan pd kawan2 yg telah wish sekaligus mendoakan sy. Harapan sy..sy hanya mendoakan yg terbaik dunia akhirat bkn utk diri sy sj tp utk insan2 yg berada di samping sy...semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati olehNya.
Jumaat mlm tuh abg keja smpi pg so planningnya pegi mkn2 pada malam Sabtunya. Awal2 lg sy da pilih satu restoran ni...tp sy sj tny abg nk bw sy mkn kat mana. Abg jawab mkn seafood kat Jeram..sy ikutkan ja laa org nk blanjakan. Actuallynya ini kali ke-2 sy pernah mkn di situ. Iaitu di "Restoran Aroma Ikan Bakar". Mmg famouslaa kat situ...skang ni kami kalo nk mkn seafood da xpi ke area port klang lg. Psl da krg menyengat di sana..lgpun lg jauh.
Kami smpi dlm 6 lbh..xnk pegi mlm2 psl sure ramai org smpi terpaksa menunggu to be seated. Kat sana surau semua ada..so xperlu laa gaduh2 nk pi solat. Kami dpt tmpt duduk yg strategik..boleh nmpk sunset gitu..ala2 romantiklaa konon2nya. Sy pesan kat abg xyahlaa order terlalu byk takut xabis..psl slalunya mmg xabis. Kami order siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, sotong goreng, kerang bakar, jus oren dan jus tembikai laici.
Order segitu pun xabis gak hehehe...kami bgks sotong goreng tuh. Yg lain sy gagahkan jg abis psl abg ckp beday girl kena abiskan makan barulaa lbh bermakna (dera sy yaa bang). So far seafood kat cn lbh better laa drp di port klang sana. Byk gak pilihan...harga pun berpatutanla...lbh krg sama spt di tmpt lain around RM 70++. Gambar di bawah ni sy gabungkan order mknan yg 1st time dulu dan skang..tu yg nmpk meriah..jgn terkezut plak. Tp kami ni mmg hantu melantaklaa..tu yg membesar dgn jayanya. Abg yg dulu kurus kering pun xsangka boleh ikut jejak sy hahahah.

Pada hari Ahadnya plak sy ada buat mkn2 utk family sy ...sy buat mee bandung disebabkan rencahnya ada. Iqbal pun bedaynya sama ngan sy...sy hadiahkan baju doraemon pdnya. Dan2 tu gak dia terus nk tukar baju baru...sabo ja laaa. Malamnya plak sy jln2 di jusco bkt raja. Tujuan asalnya semata2 nk beli air cup bon/bubble tea. Minuman ni adik sy yg introducekan..kalo x, mmg sy xpernah terpk nk mencubanya. Mmg best minum air ni..sy slalu order vanilla pearl. Dalam minuman tuh ada mcm pearl hitamlaa..mmg sedapla bila dihirup. Dia ada magic ball, jelly, pearl. Harga dlm RM4- 4.50. So weekend ni mmg puas betul sy.

Read More......
alhamdulillah syukur kehadrat-Nya sudah 5 tahun kami melayari bahtera rumahtangga rupanya..rs cam baru 3 thn ja hahahah. Semoga kehidupan kami bahagia dan segala impian kami tercapai...Amin
Dalam minggu ni sy xbapa sihat so malam sabtu baru kami planning makan malam bersama. Tahun ni kami makan ni TGI Friday @The Curve, Mutiara Damansara. Da lama nk pi tmpt ni psl abg ckp steaknya sedap..yg xbestnya mahal skit la..tu yg tertangguh-tangguh nak pi. Cuaca mlm ni juga sejuk baru lps hujan..tp laa ni mmg musim hujan pun..tu yg kami pun makin romantik melekat ja hahahah.

Saya order vanilla shake (RM11.50) dan abg pulak air ice lemon tea bole refill (RM8). vanilla shake nya mmg sedap mana xnya..makanan xsmpi lg airnya pun da abis. Saya kalo bab mkn western for sure sy order kambing yg jarang2 sy dpt makan ni- 'Garlic Marinated Grilled Lamb Chop' (RM46.90). Yummy..hidangannya mmg big size..rsnyapun mmg sedap gak. Yang lain drp lamb chop yg biasa sy makan adalah mmg xda rs n bau kambing pun. Saya rs mgkn ni kambing import kot tu yg rs n harganya bole tahan. Abg plak cm biasalaa mmg xleh tggl dgn sirlion steaknya (RM44.90). Kemudian saya order pasta 'Southwest Mac & Cheese' (RM24.90). Huhuhu sebenarnya da kekenyangan pun tp pasta nya mmg sedap psl byk cheesy kegemaranku. Pulak tu dia pki pasta jenis manicotti..huh mmg cheesenya pun penuh masuk dlm pasta tuh. Mmg lemak berkrim hahaha time tuh perut da kenyang rs muak skitlaa. So kami bungkus bawak blk. Kekenyangan sgt...da la sejuk plak tuh da xlarat nk jalan ke mana2 so kami decide blk tido ja la. Apa2 pun thanks abg for the dinner..mmg terbaikkkk!!!
Part yg sy xsuka TGI (Thank God Is) Friday ni..dia ada satu bar so ni da kali ke-3 sy tgk depan mata saya sendiri anak melayu n org islam kita minum arak secara terbuka tanpa segan silu. Huh mmg dunia nk akhir zaman..cabaran betul buat pendidik dan ibubapa skang ni dalam nk melahirkan generasi yg mempunyai modal insan menyeluruh..hahah tetiba nk bg tazkirah plak. Oklaa utk renungan bersama.
Read More......
Balik penang kali ni..plg sekejap 4 ari ja...hahahha sy kalo blk sana xspend semggu mmg xsah. abg dpt cuti lmbt psl settlekan project juta2..tp pekerjanya xlaa dpt juta2 pun..kalo dpt kan best kuikuikui. sy plak dlm mggu ni ari Selasa da kena dtg sekolah utk uruskan hal2 yg patut sedangkan abg actuallynya still cuti lg smpi thn depan. Nak buat camna cuti time xsama, so xdptlaa nk dok penang lama2. Blk kalini, cian abg xdpt lepaskan giannya nk turun ke tgh laut naik bot utk mengail. Terpaksalaa mengail tepi laut ja..sy cam besala, melepaskan giannya pd char keow tiaw smpi 2x trip pi mkn kat situ.
Ni nak cita, adik ipar ku dok belanja kami satu family kat satu tempat mkn eksklusif ni. Nama kedainya 'Puncak Mutiara Cafe' dekat dgn kg pelet. Mak aiii...ramai betul org mkn kat situ, penuh parking & meja mkn. Kawasannya agak terpencil psl kalo 2 keta bertembung mmg ssh nk jln. Tp environmentnya cun..penuh dgn pokok2, ladang, kandang, pondok ..pendek kata mesra alam dan nyamanlaa. Makanannya juga fresh2 dtg drp ternakan mereka sendiri. Berhampiran restoran ini mmg ada ladang ternakan kambing, lembu, kasawari, rusa , arnab dll. Mmg mcm2 jenis menu yg ada dan yg plg mahal burung kasawari dlm rm 30++. Saya of courselaa order kambing, abang order burung puyuh dan ayah order ayam kg. Yang lain punya order cam besa ja ayam & daging. Bg saya menu yg best kat sini nasi beriani nya dan kambing grill. Manakala airnya pula vanilla shake dan kalamansi juice. Rating ni berdasarkan segala mcm yg kami order so yg belum try lg tuh xtaulaa plak.
Mmg have fun laa kami time tuh..siap pakat rs srg skit order masing2. Kami mmg plan setiap org order lain jenis..baru dpt rs semua benda. Drp segi servicenya mmg lambat betul kami tggu dan drp segi harganya pula..not badlaa psl kami dlm 9 org total Rm160. Lps kami abis mkn, kami pi round2 pantai kat queensbay. Nk dekat pkl 2 pg baru kami smpi umah. Thanks yani & midah..lps ni bole belanja lg yaaa :)
Read More......
Alhamdulillah telah masuk lembaran baru dlm hidupku kini. Hai blog ku yg telah lama rsnya sy tgglkan. Byk cerita yg ingin dikongsi tp xtau nk start drp mana...Apa yg boleh sy katakan kat sini..setelah selesai xm, baru habis camping pengakap & xlama lg akan bermulala praktikum di sebuah sekolah yg baru. Syukur sesgt, krn tmpt praktikal sy xlah terlalu jauh drp umah dlm 14 km...tupun da ckp bernasib baik drp kawan2 yg dpt jauh. Xperlulaa sy nk sewa rumah lg...n of course sy dpt menetap diumahku syurgaku kini bersama suami tercinta.
Walaupun sy da start cuti skang, sy still busy nk uruskan persiapan praktikal & segala tugasan berasaskan modul. Ini kira cm pjj laa..walaupun kami praktikal tugasan still ada...psl kami xda interaksi dgn pensyarah. blajo sendiri guna modul...nk dekat due date anto assig. Td baru lps jumpa GB di SK Sg Binjai, Meru Klang. Sekolahnya sama spt sek sy yg dulu di mana muridnya ramai sehingga 3 ribu lbh org murid. Harapnya sy dpt jlnkan amanah & mengutip pengalaman serta ilmu sepanjang di sekolah ini nanti
Rs sedihnya..bila terkenangkan kehidupan sy di ipg telah berakhir..rindu korang semua yg 1 Malaysia. Inilaa dia beberapa keping potret & memori bersama mrk baru2 ini. SALAM MAAL HIJRAH
Gambar kenangan bersama jurulatih

plg suka photo ni..korang semua mmg sporting (nmpk cam cover album ja hehhee)
Inila perkhemahan sekawan kuning dan gajet yg dibuat drp buluh. walaupun team kami xda lelaki kami msh mampu melakukannya...cayalaaa
saat plg best mkn beramai2 hasil mskn bersama
hasil ikatan wogelku menggunakan simpul manuk...stlh selesai kemahiran manikayu 1 ni..maka kami wajib memakai wogel ini***tq pd kengkawan yg ada tag n beri award pd saya. Saya amat hargai skali cuma belum ada waktu utk saya lakukannya. Anggaplaa sy sudah menerimanya***
Read More......
Huhuhuu tahun ni saya pecah rekod...dlm bln posa ni dapur xberasap. tq tuk cik somi yg memahami ke'busy'an isterinya. Kami byk beli atau mkn kat luar..
Kali ni saya nk cita satu kedai western yg kami pi kat area balakong. Huh smpi ke balakong sana...mana xnya area cheras ni ssh nk cr kedai2 yg best..tanya norli pun dia xtau gak. Nama kedai ni unik skit ' Milwaukee Steak Corner'. Time kami bukak posa kat cn..xjumpa org muslim pun terpk plak halal kaa idok...byknya org cina & mat salleh. Saya pun dgn muka xmalu tny waiter kat situ...halal kaa? depa kata halal siap tunjukkan lg sijil halal yg tergantung tuh. Mgkn time tuh xda org melayu buka posa kat situ...rajin2 org balakong ni msk kat uma hehhehh.
So far makanan dia puas ati...saya order shoulder lamb..wow besar betul..abg order steak. Harga menu saya & abg dlm rm20.90-24.90. Air plak jus buah kedondong limau & epal dlm rm 6. Saya siap bungkus bw blk psl xlarat nk abis kan...mmg byk betul. Siap sahur kambing tuh kat umah sewa...
Lps tu beberapa ari yg lps sblm pulang ke penang..elaun masuk..masyuk betul. Saya belanja abg mkn makanan laut kat jeram..perjalanan hampir sejam. Kalo makan punya psl..jauh skit pun xpa. Lupa plak nama restoran tuh...tp dia dekat kat masjid jamiur ridhuan. Tempatnya dekat muara mmg cantik pemandangan tepi laut yg da nk senja...bole nmpk sunset gitu. Mmg sakanlaa kami order cam bole abis jaa...tp kami mmg pk kalo xabis bungkus buat sahur. Selama ni kat umah pun kami bersahur simple jaa buat roti bakar dgn cheese. Tu pun da sodap.
Kat cn kami order ikan siakap msk 3 rasa, sayur kailan, toyam seafood, pari bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung.Yang plg bestnya sotong goreng bakar tuh. Tapi walau camanpun hati kami tetap pd seafood kat phuket tuh..mmg lum ada lg restoran kami pi kat m'sia ni cam sana. Sbbkan kami pernah rs sodap mkn di phuket,tu da jd kayu pengukur atau standard mark buat kami kalo mkn seafood ni. Oklaa korang teka..bapa semuanya termasuk jus tembikai laici 2. Rm 60...nilaa yg kami mkn plg murah & byk..kesedapannya ok nak dibandingkan dengan di muara port klang. Kat sini pun ada surau..so xgaduhlaa kami nk pi solat. Huhuhu posa kali ni makan sakan...lain plak jdnya..berat baru nk turun nampaknya naik blklaa ni. Tu yg saya pggl pesta makan tuh.Tapi posa tahun ni mmg rs sat jaa...mgikn saya busy sgt kot rs mcm baru 2 mggu ja posa..tup2 dgr da nak raya...oklaa sambung lain kali
Read More......
Da lama rsnya xupdate blog..korang paham2 jalaa. Saya skang da jd busy women hehehe;). Oklaa kat cn saya nk share gambo beberapa aktiviti yang saya lalui di IPG. Satu pengalaman yg saya xboleh kutip dimana2.

Bina Insan Guru - Water confidence
Motif-meningkatkan keyakinan & motivasi guru. Setiap guru perlu tahu asas renang dan bersiap sedia bg yg dpt posting ke kwsn pedalaman dimana jln pengangkutannya adalah air. Best sgt main air...mandi kolam pun boleh sun burn muka mana xnya open air drp pkl 8.30 pg smpi 2.30 ptg. Sepatutnya aktiviti ini dijalankan di Pulau Pangkor tp laa ni bajet xda. Saat yg plg saya tggu & teringin nak buat iaitu terjunan. Cuak gila..gayat kat atas tu, kami buat 3 peringkat lompatan yg plg tggi 3 m dgn kedalaman air 3.3 m. Saya blajo asas lompatan yg betul agar badan xsakit..korang mesti xcaya..ada yg lemah & takut sgt smpi menangis dan xnak buat. Siap jurulatih tolak jaa..kami diwajibkan lompat utk lulus.

Masakan ala rimba -memsk nasi di dlm buloh, msk telur & ubi kentang di dlm tanah dan bakar ayam serta ikan. Satu pengalaman baru bg saya..aktiviti ini persediaan bg kami utk perkhemahan perdana nanti. X pernah saya sangka saya akan menjadi ahli pengakap..bukan ahli shj tetapi bakal penasihat & pemimpin pengakap di sekolah nanti. Disebabkan kump kpli hanya satu ja..so kami xda pilihan badan beruniform..mmg pihak IPG da tetapkan. Xpalaa best gak dpt bergaya setiap ari isnin pki uniform pengakap. Saya merupakan penolong ketua sekawan kuning...mmg byk benda saya blajo...mmg kami dilatih utk menjadi pemimpin. Yang bestnya nanti kami dpt sijil yg diiktiraf antarabangsa..kira lakulaa sijil kami.
Cerita psl Olahraga plak, kami blajo asas utk menjadi pegawai kejurulatihan. Secara xlangsung kami ahli Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Kami ada xm, jika lulus sijil itu nanti membolehkan kami menjadi Pengadil Kebangsaan. Kami blajo cara yg betul utk larian pecut, lontar peluru, lompat tggi & lompat jauh. Bukan setakat blajo teori ja, kena buat amali gak di stadium lg huhuu mmg payah betul. Da lama sy meninggalkan zaman atlet saya dulu...hahahah depa semua xcaya org besar cm saya msh mampu berlari pantas & melompat kalah badan kurus hehehhehe. Itu mgkn mmg kebolehan saya...syukur sesgt.

Inilaa dia group KPLI saya..di mana melayu adalah golongan minoriti di cn. Mmg meriah yg melambangkan 1 Malaysia.
Oklaa nanti saya akan smbg lg dgn aktiviti yg lain
Read More......
Sudah lama kuidamkan hadiah ini....tapi ku pendam kerana belum ada kepentingan. Saya masih setia menggunakan pc yang da berzaman dan masih elok utk dipakai. Sekali sekala...disekolah ada gak dpt gunakan laptop sekolah..siap pki laptop guru besar lg(GB ku yg baik hati)...tu pun bila ada kerja2 atau program yg hendak dibuat.
Pernah saya utarakan kehendak ini pd abg..abg cuma bgtau bila sy smbg blajo baru bole dpt. So alhamdulillah...saya dpt KPLI maka kehendak saya abg tunaikan. Saya anggap ini sebagai special presentlaa..smg laptop pemberian abg ni membawa berkat sepanjang saya menggunakannya.
Saya cuma pilih laptop yg plg murah..asal bole guna. Ni pun antara model terbaru drp Acer. Designnya cantik..specnya pun bagus..so berbaloi2laa dgn harganya siap dpt pelbagai free gift. Acer Aspire model 4741Z using Intel (dia ada Intel @ AMD). Dianya cover non-scratchable..oklaa. Xsangka plak abg belikan gak pd saya bag laptop HP yg cun pd saya. Saya br bercadang nk beli beg lain utk dibawa ke kuliah. Apa2pun saya happy sesgt & tq very much abg....(krn telah byk merealisasikan impian saya)

Read More......