** Beautiful Life With U **

:: Fasa 2 - Kemas Rumah ::

Pada hari mggu yang lps kami da start cuci & basuh umah...fwweehh penat seh smpi kepenatan kami..sengal2 badan rs xmo pi keja. Mmg tido mampus jam loceng bunyi pun xsedaqkan diri ishshh sishshh. Sblm cuci umah, abg x ketinggalan menyambung mengecat kamar beradu kami plak. Saya suka bilik kami ni jd tmpt yg syok berdua2an beristirehat hahha..so nk timbulkan mood tuh, normally warna yg sesuai pink (romantis) & ungu (spritual). Sy nk pilih warna2 cute cam pink. Tp abg plak xberkenan..so saya pilih gabunagn warna pink keunguan. Kami guna cat Vinilex Fresh (Kepekatannya lbh pekat drp Satin Glo) warna '272A Fastination'. Mcm biasa kami xcat semua kira buat feature wall gak. Hasilnya mmg memuaskan hatiku ahaakss.

Selesai satu kerja ada satu lg kerja yg lain.Sblm cuci umah puas kami buh asid..nk bg kesan simen & kapur bekas renovation yg kontraktor buat tuh. Mmg 2,3,4 kali kerjalaa. Setelah semuanya puas ati baru aktiviti membasuh beberapa toilet & mengemop lantai menggunakan Ajax Fabuloso ..wangian lavender. Huh time bau tuh..terasa hilang penat sekejap. Lps da lepak2 sat..tugas memasang reel & langsir laa plak. Setiap bilik saya ada buat tema & warna, material langsir yg berlainan (tgh mood rajin). Kalini utk umah kami, abg request buat langsir ada 2 lapis satu day & night curtain. Wah pandai gak abg..nk mendekorasi umah bg cantik yaa.

Rasanya2 da bole mula pack brg & pindah laa lps ni. Skang ni tggl tggu perabot & barang elektrik baru smpi. Harap2nya saya masih kuat & larat lg mengemas..caiyok2

Read More......

:: Lawatan Ke Melaka ::

Alhamdulillah..ibu semakin pulih, setelah hampir 8 ari di Hospital Pantai Ayer Keroh..akhirnya ibu bole pulang. Walaupun begitu ibu kena menyambung rawatan terapi di Hospital Segamat dan harus memakai alat apa yg kat tengkuk tu selama 3bln. Lps ni jgn kepala ibu tegak ja xteleng2 sudahla. Tq pd kwn2 dgn berkat doa kalian semua, ibu saya telah pulih walaupun belum 100%. Tq juga pd abah..krn sepanjang ibu di hospital abahlaa yg menemaninya..luv u abah.

Hehhe ni cerita sampingan ja..cerita yg sebetulnya..smbil2 saya ziarah ibu, kami adik beradik serta abah pi jln2 sekitar Melaka. Negerinilaa tmpt saya blajo dulu..mmg da byk perubahannya. Byk kwsn pantai da ditambak..padang yg dulu ada keta lembu tlh dibuat shopping kompleks. Kami xlaa berjalan byk tempat pun..kami just hang around kat Jusco baru (bsr gila lg bsr drp Mid Valley kot). Kat dlm jusco ni adik saya perkenalkan makanan baru. Huhuhu sedapnya yummy..makanan jepun 'Takoyaki'. Jatuh hati saya pd makanan tu..saya ni pun penggemar Japanese cuisine tp abg plak xsuka. 3 ketul bebola harganya RM4.30-4.50. Ingat bebila jumpa kedai Tako Tao kat kl nk beli lg laa.

Lps tu kami jenjalan kat pantai Puteri Sg Udang.Kat area ni ada satu stall yg penuh org ingatkan ada jual cendol best..rupa2nya coconut shake. Bole tahan gak 1st time saya try. Segelas dlm RM2. Ramuannya air kelapa & isinya diblend dgn aiskrim. Sblm kami beransur blk..nurul ajak kami pi Menara Taming Sari...ingatkan mcm Menara Kl. Yg menariknya ia bole berputar drp bwh ke atas..Cantik sgt tgk view sekitar bdraya Melaka. 1 kepala RM10..kalo nk naik beca RM 20. Mmg menarik2 cara becanya dihias.

Lg satu nk cita..kat Melaka ni ssh gak nk cr kedai mkn yg sodap. Ada satu tmpt ni kami tgk punyalaa ramai org walaupun time tuh da pkl 3ptg lauk pun da tggl saki baki ja. Saya n abg just amik nasi putih & 2 ketul ikan pari serta 1 air. Dalaa ikan parinya xfresh rs cam hanyir hancing..total semua RM17.30...mak aiiii. Camnalaa bole ramai org kat kedai ni.

Huhuh mmg puaslaa ronda da jd cam mkn angin plak..byk lg tmpt2 menarik kami xpi..sehari mmg xckp hahaha hehhe kesian mak kat spital..bagus betul kitaorg ni..xpa ada nurse jaga. ;p

Read More......

:: My New Age At The Garden ::

Happy beday..to you..hepi bday to me...hahah da makin tua da rasanya. Alhamdulillah diharapkan yg terbaik buat diri sendiri & kuarga tercinta. Untuk hari special day saya ni..abg bw mkn2 di sebuah restoran yg ala2 garden gitu (Garden lifestyle & cafe)..tp kat shopping complex & ditgh2 bdr. Errmm tgk tempatnya mmg lawa..ala2 english garden, suasana yg romantik & kondusif dgn alunan instrumen muzik ala2 english.
Saya mmg ckp berpuas ati have dinner kat situ...tempat best, makanan dia mmg best & servicenya yg tip top. Xperlu menunggu lama...mmg jauh perbezaan dgn our anniversary celebration. Seperti biasa..kami order two slice kek (beli sebiji mmg xabisnya)..tp my favorite oreo cheese cake xda. So saya rembat jalaa raspberry & choc cake. Actually kami xsentuh pun kek2 tuh..psl da penuh perut xleh nk sumbat da. Xpalaa kami simpan dlm peti ais ja...sok2 bole mkn.
Cita psl order kami..sy pilih Grilled Rib Eye Steak (RM26.90), abg plak order Grilled Sirloin Steak (RM26.90). Huh..abg nya menu lg best psl dia guna black pepper sauce (sedap saucenya). Tp bab side dish sayanya menu lg best..heheh. Lps tu saya teringin nk mkn spaghetti..so saya order Carbonara spaghetti -RM17.90 (guna cream sauce + bacon + mushroom + parmesan cheese). Time panas2 makan nikmatnya..smpi comot mulut saya mkn. Abg pun mengakui kesedapannya. Air plak kami order Iced Choc (RM9.90). Huh mmg xterlarat nk menghabiskannya..pulak tu order yg bersusu & cheese..bole muak gak. Apa2pun saya bg rating lima bintanglaa..harga pun xlaa semahal mcm kat kedai lain tuh. Tp biasalaa kalo restoran2 sebegini xsah kalo service chargenya x 10%.

Balik drp rumah..saya still membayangkan kesedapan spaghetti & sirloin abg. Thanks abg..

Read More......

:: Pertandingan Mencipta Logo KSB::

Dalam 2 bln yang lps, Kelab Staf Bestari di sekolah ada menganjurkan pertandingan mencipta logo & moto utk kelab itu memandangkan selama hampir 6 thn kewujudannya belum ada satu logo rasmi yg mewakili kelab itu. Disebabkan penyertaannya xkisah bapa byk...saya tibai hantar 3 design logo. Bukan apa..saya memang minat design mendesign ni...tu yang amik Multimedia dulu. Disebabkan ada kebolehan tu..saya pakat try jalaa. Lagipun saya terpk mgkn nilaa cara saya nk menyumbangkan sesuatu utk sekolah. Sekurang-kurangnya..kalo logo saya terpilih, ia akan menjadi satu kenangan yg akan digunakan smpi bebila (selagi KSB xda hajat nk tuko logo barulaa).

Harini saya ada sambutan Hari Guru di Tropicana Golf Club Resort dekat Sunway Damansara. 1st time masuk kaw. tu..mmg makanan, layanan serta tenpatnya mmg bole buat org semua terpegun. Smpi xterlarat saya makan..yerlaa stail buffet. Tahun ni nya sambutan guru mmg havoc..byk dpt sponsor smpi door giftnya pun dpt barangan drp Protect, Colgate & Giacomo- pie dish. Tu baru door gift lum hadiah cabutan bertuah lg heheh. Tapi malangnya saya xbertuah harini....sehinggalaa.....

Antara design logo yang dihasilkan serta hadiah yg saya menangi

Saya diumumkan sebagai Johan mencipta logo & moto KSB. Saya mendapat sijil penghargaan & wang tunai RM150. Oklaa tu kira berbaloi gaklaa yg ptg niat saya ikhlas nk menyumbang sesuatu kpd sekolah yg telah mengajar saya erti seorg guru. Actually ada 5 design logo yg msk akhir...& of course ketiga2 logo saya tercalon..dan xsangka ramai mengundi utk salah satu logo saya. Alhamdulillah....


design logo yang telah mendapat undian ramai & secara rasminya menjadi logo KSB

Akhirnya logo ini akan diguna pakai di dlm urusan rasmi KSB. Semoga KSB akan menjadi "Teras Komuniti Bestari" sesuai dgn moto & nama sekolah ini..SK Subang Bestari.

Read More......

:: Doa Untuk Ibu ::

Harini abah call ckp mak akan kena operate. Terkejut gak saya dgr, sedih & berbaur mcm2 perasaan da..mulala saya dok pk bkn2...walaupun operation lum dijalankan.
Ceritanya drp raya haji thn lps lg mak da start skt asalnya drp semput. Sepatutnya kena tahan wad tp mak xnk psl nk meraikan hari raya bersama (rsnya entry ni pernah sy buat). Bayangkan mak da lama sakit..lps drp kena semput tuh..mak xlarat jln, bangun, tgn rs kebas, xleh berdiri lama2.

Dah mcm2 klinik, hospital pi tp xtau puncanya apa & masih tidak pulih?Siap jumpa pakar..msk kamera dlm mulut, cek segala anggota badan termsk rahim, mkn ubat tu...ubat ni. Berubat secara tradisional pun sudah, siap ada bomoh yg ckp kena buatan orglaa, ada hantulaa huhuhuh sj2 nk duit ja depa ni. Walaupun gitu still xbaik2 lg sakit mak. Saya pun hanya dpt berdoa,sbg anak sy terkilan gak psl xberada disisi mak slalu bila mak nk ke hospital & sebagainya. Apatah lagi soal kewangan...mmg kalo sakit ni duit pun memainkan peranan penting..nasib baik mak jenis beringat menyimpan duit. Bila terpk akan keadaan ini..better kita simpan duit drp skang atau bukak insuran apa2 ka..mana tau penyakit yg xdisangka tetiba dtg.

So Selasa lalu..doktor menyarankan mak buat MRI Scanning ( alat scan yg mcm terowong tuh) dekat Hospital Pantai, Melaka. Nak buat test ni pun dgrnya mahal..nak2 lg kat swastakan. Tu yang arini abah call bgtau resultnya. Hasil keputusan scanning..ada ketulan daging di bhg tengkuk menyumbat salur darah..so darah xbole lalu secara lancar ke seluruh badan. So operation ni utk buat daging tuh. Rsnya nila kali pertama mak kena operate...jadualnya mak akan ditahan wad pd hari Isnin depan & pd keesokkannya operation dijalankan. Kos pembedahan ini juga memakan belanja hampir 20k. Harapnya semua dipermudahkan & berjalan lancar. Dan harap2nya juga xda komplikasi yg berlaku sepanjang pembedahan dijalankan. Seriously..saya plak yg cuak & berdebar.

Saya berharap pd ketika itu saya berada disisi mak..diharapkan kawan2 tolonglaa doakan agar semuanya selamat yaa. Ya Allah..harapnya mak akan sembuh seperti sediakala & semoga semuanya selamat...Amin.

Read More......

:: Fasa 1 - Kemas Rumah ::

Arini..walaupun weekend msh sibuk ngan aktiviti sekolah..aktiviti mengemas umah masih perlu diteruskan. Mcm byk benda perlu dilakukan sehinggakan kekadang xtau nk buat yg mana satu.

Aktiviti kami arini, mengecat dinding hall (kira buat feature wall la). Kami pilih cat Nippon Satin Glo warna '261A Knockout Red' .Warni ni dipilih psl bila tgk warna ni saya rs bersemangat & bertenaga. Cat 1 tin dlm 5L ingatkan xckp psl tinnya nmpk kecik ja..rupanya bole buat smpi 2-3 layer/coat lg. Bg saya cat ni oklaa..harga dlm seratus lbh..yg bestnya bole washable, anti fungus, long-lasting, good scrub resistance & satin smooth sheen. Cat ni water based so kalo terkena pd lantai still bole lap atau cungkil pki penyodok bila kering. Tu yg kami xbapa risau kalo time mengecat terover sana sini. Nila 1st experience saya mengecat umah, mcm best gak..tp jenuh gaklaa nk bg cat tu sekata..psl warna cat ni agak accent.

Sementara menunggu abg abiskan mengecat saya bersihkan kawasan halaman rumah kami yg da tebal dgn lalang liarnya. Huh jenuh juga mencangkul..baru skang terasa sengal2 badan. Mmg berkampung kami disitu..sib baik kipas, lampu, api & air da ada. Lps maghrib kami pun pulang dalam kepenatan..esk nk keja kan..tp sblm tu sempat lg saya berblog ni. Oklaa plan next week nk mengecat lg..lps tuh erm nantilaa fikir.

p/s : Sblm tu sy nk wish "Happy Mother's Day" pd semua ibu2 especially utk org yg disayangi serta kawan2. Tak sempat nk wat entry psl ni. Dan juga esok da start xm PKSR 1 disekolah..Good Luck pd semua student SKSB. Good Nite!!

Read More......

:: Our 4th Celebration @ Chili's ::

Alhamdulillah jadualku sgt2 padat...ni pun curi2 tulis walaupun byk lg kerja perlu disettlekan. Rasanya blog ni akan melahu utk beberapa mggu busy utk proses pindah umah. Walaupun kami berdua sibuk & jumaat abg kena kerja smpi sabtu petang ( 1 May) baru blk..tp malamnya abg msh dapat meluangkan masa bersama2 saya utk meraikan our big day. Tq dear muahhh..

Tahun ni spt biasa..kami mengharapkan & mendoakan yg terbaik dlm perhubungan kami. Destinasi yg kami pilih ialah di Chili's Bangsar. Restoran ni mmg penuh org....kami kena tggu for seated. Kalo drp segi environment mmg xda unsur2 romance pun..so kami mengharapkan makanannya sodap. Harga mmg bole tahan..cam biasa sy suka makanan western. Abg order New York Steak..sy plak order Lamb Shank. Air plak kami order mango jus & green guava jus ..yg bestnya air ni bole refill beberapa kali..smpi xterlarat minum laa. Hidangan kami mmg big sizelaa..kekenyangan sgt. 1st time kami mkn steak dia ada sebut nk raw, medium atau well done. Mula2 xbapa paham..tp lps tu br dpt tgkp. Sorrylaa kami mesti mintak yg well done nya...xlalu laa plak kalo tgk daging uncooked & masih berdarah utk dimakan huhuhu.

Tp seriously sy mmg unsatisfied dgn makanan kami..bg sy oklaa tp memandangkan kami pernah makan yg lg sodap tu yg rs kecewa skit. Walaupun begitu, abg still ceriakan hari & mood sy dgn keadaan yg romantik..mgkn abg nk sy ingat hari yg penting buat kami. Napa sy ckp gitu..hehehe da lama sy xmerasa abg bukakan pintu keta & persilakan sy msk. Bab2 yg lain terlalu segan utk sy kongsikan hehhehe.

Akhirnya dpt juga sy luangkan ms bersama abg..setelah kami asyik sibuk dgn kerja. Byk yg kami bualkan ttg perancangan masa depan..thn ni mmg thn yg rushing buat kami..bak kata abg thn harimau..semuanya mahu dilaksanakan & dicapai pd thn ni. Thanks Abg ;)

Read More......
Blog Widget by LinkWithin