Pemandangan seluruh phiphi island drp atas..gambar diambil drp phuketmasterteam.com Kat sini 6.03 am, matahari da mula naik..arini kami bangun awal & sarapan pagi serta bersiap sedia utk tggu VIP van ke Boat lagoon. Destinasi kami seterusnya ialah mengikuti pakej ke Phi-phi Island (termasuk snorkelling). Trip ni drp pagi sampai ke petang pkl 5..kami akan dibawa melawat ke 9 buah pulau..yg merupakan salah satu kawasan Krabi which is the interesting place to visit in Thai. Terdapat gak pakej pi ke James Bond Island serta diving di Andaman Sea. Pakej yg kami ikuti ni di bawah Agensi
'Phuket Master Team' dimana kami dpt offer price satu kepala 2,400 bath. Kami akan menaiki Speed Boat drp Boat Lagoon yg bernama 'Timmie'. Sementara menunggu visitor yg lain..kami dihidangkan dgn minum pagi. Perjalanan kami ke pulau itu memakan masa 1jam lbh.
Alhamdulillah, cuaca pada pagi itu ckp baik. Saya begitu teruja melihat pemandangan pulau & laut yang cantik serta jernih. Subhanallah..begitu indah ciptaan Tuhan. Air lautnya yg biru kehijauan..cukup indah tanpa sebarang pencemaran. Pulau pertama yg kami lawati ialah Phi-phi Don..kat situ terdapat camel rock & batu2 besar yg cukup cantik. Kami bole nampak batu2 karang drp atas laut. Disinilaa buat pertama kalinya saya belajar snorkelling..tok gurunya tentulaa abg.
Mula2 saya nk snorkelling..payah gak nk gunakan alat-alatannya. Mula2 nmpk cam cetek ja airnya psl saya bole nmpak coral reefnya..tp bila saya masuk ja..mak ai dalamnya. Tapi saya dpt lihatlaa coral2 yg masih hidup & cantik serta ikan2 yang begitu byk disekeliling saya. Time tu gak saya rs nk lemas psl xreti lg nk bernafas guna alat tuh..lps tu plak google saya asyik masuk air. Keja saya asyik dok tarik abg jaa..smpi abg ckp rilek..cool. Huiishh time tuh saya rs give up xnk snorkelling lg daa. Tapi lama2 da blajo sure da ok kan.
Selepas bersnorkelling selama 30 minit..kami pergi melihat pemandangan sekeliling di 'Viking Cave'. Kat sini merupakan peninggalan sejarah, dimana terdapat tulisan kuno yg ditulis oleh org2 dahulu pd 300 thn yg dulu. Kat sini, byk org tempatan mengambil sarang burung layang-layang utk dibuat sup & ubat. Kami tidak dibenarkan utk take photo psl takut flash drp camera akan menyebabkan burung layang2 itu lari.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami ke Monkey Beach..iaitu satu pulau yg didiami oleh byk monkey. Disitu kami dibenarkan memberikan makanan pisang ke monyet2 itu dengan syarat jgn beri mkn di kaw. tepi pantai. Takut nanti mereka akan berebut2 serta bertindak ganas dgn menggigit kita. Oleh itu, kami hanya dibenarkan bg makan di kaw. air. Sungguh lucu melihat gelagat monyet2 ni..monyet yg lapar & berani..merekalaa yg akan dtg kpd kita utk mendapatkan pisang itu.
Destinasi kami diteruskan lg ke Loh Sama Bay..kat sini aktiviti snorkelling kami yg ke-dua. Wah skang saya semakin gian bersnorkelling..kalini ikannya xbapa byk..abg ada gak beberapa kali cuba menunjukkan pd saya batu2 karang yg cantik serta cuba menangkap ikan2 disitu. Mmg satu kepuasan dirasa..setelah penat kami diberikan minuman ringan oleh krew2 disitu. Kami meneruskan kembali perjalanan ke 'Maya Beach'. Maya beach merupakan pulau yg dijadikan set rakaman filem 'The Beach' yg dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio. Pantai ni terletak di kawasan teluk spt lagoon. Huh mmg cantik2 sungguh pantai disini..airnya juga sejuk. Kat sini kami rehat selama sejam..puasalaa saya mandi n main air. Kalo tgk pada pasirnya halus da macam tepung.
Setelah puas berehat di pantai ni..tibala masanya kami utk makan tgh hari di satu kaw. perkampungan muslim di ton sai island. Kami dijamu dgn masakan tempatan serta barat spt salad & spagetti. So far puas hatilaa dgn makanan disitu. Setelah kekenyangan, bot kami membawa kami utk explore scenery di Hin Klang..serta pulau2 kecil disekitarnya sblm ke destinasi terakhir kami di Khai Nok Beach. Kat sini, port kami yg plg lama..serta kami dijamu dgn buah2an..oleh krew2 kami. Disinilaa juga aktiviti terakhir snorkelling saya..smpi abg pun da surrender awal. Mmg sungguh memenatkan aktiviti berenang ni kan.
Huh mmg puas betul aktiviti sepanjang harini..dekat atas bot yg memakan masa lbh krg sejam utk sampai..terasa nk tido saya dengan angin yg kuat. Dalam perjalanan pulang, bot kami little bit bumpy sbb melawan angin..nk dekat ptg pun air semakin surut. Sesampainya di boat lagoon, ada keta yg amik kami utk pulang ke hotel penginapan kami. Mmg satu pengalaman yg xkan saya lupakan..satu kenangan yg terindah. Sampai di hotel, kami bersihkan diri..rendam segala baju n ZZZzzZZzzz.
To be continued....
Read More......