Masuk usia 6 bln...anak mama da pandia sebut "buuwaa" (bila dgr cam bunyi buah pun ada) nila perkataan pertamanya dan suka disebut bila dia rs happy. perbendaharaan katanya semakin berkembang dgn sebutan aabaa, baa baa, paa paa dan genap 6 bln 18 hr bersamaan 20 ogos, anakku hafeey dgn jayanya pertama kali menyebut ma..ma. Sungguh aku terharu krn tula perkara yg aku nanti-nantikan. Tapi yg bestnya dia hanya tau menyebut perkataan maa..ma bila dia nangis spt mau minta dikasihani atau nk kan sesuatu . Bila aku ambil n pujuk diamlaa dia..sudah pandai skang yaa. Apa2pun moment ni soo sweet. Sewaktu aku blajo dulu mmg peringkat pertama bayi akan menyebut kv dulu mcm ba, pa, da dan diikuti kvkv baba,papa,mama dan seterusnya dia akn berkembang. Pastikan kita pun ikut skali bertutur dengannya utk develop keyakinannya..sure dia akn rs seronok bertutur krn kita melayaninya. Makin bykla perkara baru n pertuturan baru dia akan blajo.
Skang ni pun dia sudah pandai duduk dgn mengimbangi badannya. Actually dia merangkak pun xlg..aku ada tny org kekdg ada baby yg melangkau proses ini. Dia ligat meniarap ja pusing sana sini. berdiri pun sudah pandai melonjak2 dan bertapak satu dua (berdiri dgn bimbingan kita).
Memasuki fasa ni pun aku telah memperkenalkan kepada his 1st solid food. memula amat payah gak dia nk mkn psl benda baru kan. Aku bg skali sehr tu pun aku mulakan dgn puri buah & sayur carrot. Semuanya aku campurkan dgn susu badan bg menggalakkan dia mkn. Kemudian cerelac beras tanpa susu (tin hijau) dan kini cerelac mix vege or fruit. Aku pernah buatkan dia bubur nasi + lobak + ikan bilis..kemudian di blend halus..tapi dia xnk nk termuntah. mgkn sbb teksturnya xsehalus cerelac dan secair cerelac yg biasa aku buat ataupun psl xda rs susu aku (ntahlaa aku pun xtau). Actually mmg bagus kalo buat bubur bg anak mkn sendiri drp bg cerelac tu..psl dia ada kdgn sukrosa. InsyaAllah akan aku usahakan. Skang ni dia da bole pegang aku da bg dia biskut beras n rusk.
Genap masuk 7 bln..1st time anak aku dpt demam. Cuak gak aku..badannya panas tggi bila tgh mlm. Batuk pun ada skit2. Bila demam beransur pulih dia meragam plak. Aku ingat apa..rupanya sakit nak tumbuh gigi. Hehehe aku da nmpk gigi bwhnya br satu btg nk tumbuh. Start drp situ aku mesti marah dia (marah2 manja) bila dia suka main gigit2 cm slalu dia buat (sakit wei).
Lps drp tu aku ingat anak aku demam psl nk tumbuh gigila..tapi tetiba aku nmpk cam ruam da naik kat badan dia. makin hari makin byk plak. Selera mkn krg xnk mkn langsung. Bila aku nk suap dia tutup n ketap mulut dia xnk. Proses pembuangannya pun cair. Pergi ke klinik dia di sahkan kena campak. Terkejut gak aku psl xsangka la penyakit ni bole melanda drp baby. Doktor ckp penyakit ni mmg xda ubatnya..dia bg ubat sapu ja. Harapkan antibodinya melawan sendiri. Sian anak mama..nk beralih bulan pun ya. Smg cepat sembuh yaa sayang.
Aku selitkan skali foto aidilfitri haritu
Read More......
Alhamdulillah tahun ni sekali lg ada rezeki buat kami utk melakukan aktiviti tahunan kami iaitu berbuka puasa di hotel yang terpilih. Tahun ni abg telah pilih hotel yang bersebelahan dgn klcc. Terkejut gak sy psl hotel ni mmg nmpk so luxurylaa. Disebabkan kami pi time tu ada offer dlm RM108 sekepala. kalo x hari biasa dlm RM200++. Total kami mkn RM 250++ termasuk tax.
Bagi aku tempatnya mmg best..cantik, comfort, siap ada org main gamelan dan yg plg best juadahanya mmg byk pilihan. Ni di antara one of my favorite hotella. Mozaic dining room ni terbahagi kpd bbrp seksyen..ada seksyen western..kita pilih n time tu baru dia grill. seksyen mskan timur tgh, Chinese cuisine, Japanese cuisine, kerabu & salad, variety of desert, variety of coffee, variety of pasta, pilihan beraneka jus buah-buahn dan byk lagila. Pastikan perut betul2 kosong baru bole melantak...mmg kekenyangan. Tapi pd mereka yg mmg mkn skit rugi skitla psl byr da mahal cam xberbaloi pula. Kami berdua ni mmg hantu makan kuikuikui.
Yang bestnya aku dpt rs beraneka jenis imported keju (
jakunkan yerlaa biasanya beli keju yg kat supermarket tu ja)..rupanya ada gak keju yg xbapa sedap. Kami stay kat situ smpi pkl 9..ramai gak org2 non-muslim yg mengambil kesempatan di bln ramadhan ni utk menikmati tawaran buffet disini. Selepas abis mkn kami bw hafeey jln2 di blakang klcc..mmg sgt2 teruja anak mama ni kan..seronok bkn main dia sepanjang kami berada di situ. Hahaha akhirnya kami pun da penat dan ingin pulang..slamatlaa duit RM20 kami utk byr parking shj (
huhuhu benar2 mahal). Diharapkan tahun2 akan dtg adalaa lg rezki kami utk berbuka posa di hotel lain pula. InsyaAllah...
Read More......
Nita cita bln lps..yela da lama xberblog ni byk betul cita yg da kepuk
(byk sggh story..lama betul menyimpannya). Alhamdulillah akhirnya penantian ku berakhir..selamat juga aku memperolehi diploma pendidikan ku
(setakat diploma pun nak kepoh..ada aku kesah heheh). Ni merupakan konvokesyen berpusat kali ke-2 yang melibatkan seluruh IPG seluruh Malaysia. Ianya diadakan drp 10-13 Julai 2012. Aku berada dalam sidang ke 7 pada 13 Julai bersamaan hari Jumaat. Anakku pada ketika ni, aku xbw psl kesian melihatnya takut tak selesa dgn keadaan tmpt yg padat dengan org ramai. Lgpun aku yg amik anugerah kalo aku tgk org amik anugerah xpa. Konvokesyen tlh diadakan di dewan sri siantan, presint 3 putrajaya.
Alhamdulillah sekali lg aku tlh terpilih utk menereima anugerah kecermelangan bagi kategori Praktikum dan Kokurikulum. Manakala anugerah kecemerlangan akademik tlh diterima oleh kawanku bdk cina. Dia ni mmg alwiz no.1 laa dlm kls aku. Kejanya pantas org belum siap tp bahan semua dia da cari. Lagipun dia da ada master kat luar negara mmg cara pengajian totally berbeza. Aku pun xprnh menyangka akn merangkul 2 drp 3 hadiah psl dlm kelas aku majoriti cina melayu ada dlm 5 org ja...mgkn rezki da berpihak pd aku.
Skang da jd pendidik yg bertauliah...semakin besarla tanggungjawab aku...smg ilmu yg aku curahkan dgn ikhlas kebaikkannya akan diterima kembali oleh anakku.
Read More......
Alhamdulillah skang anakku Hafeey da berusia 6 bln lbh. Ini bererti hasratku utk breastfeednya utk stage yg pertama telah tercapai. Stok susuku juga masih byk sehinggakan stok bln 5 masih belum habis digunakan. Huhuh da nk xpired tu..peti ais mmg asyik penuh dan slalu kena adjust n susun elok2. Di rumah pengasuh anakku minum hanya 4btl x 3oz. Kalo aku ada kelas smpi ptg...5@6 btl x 3oz. Tapi skang da mulakan his 1st solid food..da krg nyusu lgpun mlm2 pun dia da kurang terjaga. Badannya pun da semakin bulat, tembam, montel, montok semuanyalaa. Harapnya ia xlah menjejaskan produktiviti susuku.
Just born = W: 3.45 kg ; H: 55cm ; C: 38cm
1 month = W: 4.6 kg
2 month = W: 5.4 kg
3 month = W: 6.2 kg ; H: 60cm ; C: 43cm
4 month = W: 6.8 kg ; H: 64cm ; C: 44cm
5 month = W: 7.2 kg ; H: 65cm ; C: 45cm
6 month = W: 7.5 kg ; H: 66cm ; C: 46cm
BMI nya statik = 17
Aku xprnh menyangka hasratku ini akan tercapai..pernah gak down psl dulu susuku mmg terlalu kurang. Usaha aku perlu double drp org yg susunya meriah. Skang ni pun aku guna pam elektrik still aku kena urut B baru dia kuar lbh skit kalo x..xbp nk kuar. Aku pun masih meneruskan supplement shaklee yang ku ambil iaitu VitaLea, Vit C, Ostemetrix, Alfafa B Comp. Supplement tu sedikit sebyk dpt gak membantu aku dalam memberi kesegaran dan kecergasan utk aku meneruskan aktivitiku seharian. Time pantang dulu aku betul2 sedih..sampikan kena wat power pumping berterusan smpi bbrp mggu. pernah dpt 1 oz utk dua2 belah. Ada gak suara2 yg krg enak srh aku berhenti dan sebagainya..tp aku kuatkan semangat dan menggali ilmu di laman web2 yg berkaitan penyusuan ibu. Aku juga slalu mendapatkan nasihat drp pakar laktasi iaitu pn tuty
(tqvm dengan kata2 perangsang serta semangat yg diberikan). Akhirnya aku berjaya mengumpul stokku sehingga kini yg hampir 1100oz. InsyaAllah aku berharap aku dapat meneruskan penyusuanku sehingga ke tahap yang seterusnya. Tapi apa2 pun kita hanya merancang tp tu semua rezeki Allah yang tentukan. Harapnya adalah lg rezki utk anakku..mmg bukan mudah melalui ni semua byk cabarannya. Dgn anak yg slalu nk berkepit perlu curi2 ms gak nk mengepam..begitu gak disekolah. Kekdg dpt skit kekdg bole tahan. Pernah gak terpk smpi bila aku nk mengepam ja..tp skang da jd rutin rs pelik plak kalo xmengepam satu hari.
Aku berharap sesapa yg ada psg niat nk bfkan anaknya scr eksklusif..dalami ilmu penyusuan sebanyak mungkin..hampirkan diri dan rajin bertanya pd mereka2 yg bf. Kuatkan semangat dan jgn ada perasaan negatif atau mengalah. Akhir skali bykkan doa n baca Ya Matin. InsyaAllah
Read More......
Alhamdulillah akhirnya aku diberi kesempatan dan peluang untuk berblog kembali. Bkn apa sblm ni aku busy dgn kehidupan baru..baru ni dpt adjust timing management. Tipulaa kalo aku kata xda masa terluang langsung..tetapi masa tu aku luangkan khas utk anakku skang yg tlh meningkat usia. Melayan setiap kerenahnya dan melihat setiap hari perkembangan mental,fizikal dan sosialnya berkembang..amat menakjubkan. Walaupun penat bekerja smpi da xbole nk rehat (kerja umah menanti) atau tido ptg (nila keja aku dulu..lps blk sekolah sure tido)...semuanya berbaloi apabila melihat Hafeey ketawa. Kalo dia menangis n mengamuk mau stress gak kekdg. Diapun mmg nakkan perhatian drp mamanya setelah hampir sprh hr xberjumpa. Kalo amik Hafeey drp umah pengasuhnya sure dia gembira sgt melihat aku sambil merengek, mengangkat badan & tangannya utk minta didukung...so sweet.Kalo mamanya xpedulikannya sure dia akan menangis.
hafeey 3-6 bln
Betulkah ni cabaran baby yg BF??? psl anak mama tersgtlaa manja..asyik nk berkepit ja ngan mamanya. nk wat semua keja pun kena berdukung xnk langsung diletakkan sekejap
(walaupun kita ada depan mata). Nak harapkan ayahnya...ayahnya plak slalu blk mlm. Errmm mama nk mandi nk ke toilet ehem..ehem pun kena angkut dia msk skali dlm toilet kalo x dia menangis da rupa cam org kena dera gitu. Tapi yg herannya kat umah pengasuh pandai plak dia bw diri...tny pengasuh xda plak dia buat hal gitu elok ja pengasuhnya bole wat keja. Yelaa aku pun risau kalo dia ni pun menyusahkan pengasuhnya gak. Nak tido pun kena dgn mamanya kat sblh baru bleh tido
(sampai aku pun tertido skali walaupun time tu ada keja sekolah yg nk disiapkan).
Kekdg time nk nenen bknnya nk nyusu sgt tp nk ngentel n kemam ja (nak srh mama dia dok ngan dia ja). Bila dia dgn ayahnya pun sama, xnk dok lama2 pantang nmpk mama sure merengek..huh. Kesiannya abg..mama nk melekat dgn ayahnya pun xleh..sib baik abg dpt memahaminya. Skang semua benda byk da wat sendiri cthnya wat air..mula2 aku nk wat..asyik dok tertangguh ja layan si kecik last2 abg wat sendiri hehehhe (sorry bang). Mmg lps da ada anak ni beban n tanggungjawab kita pun makin bertambah..smg Allah memberikan aku kesihatan, kekuatan, kesabaran dan ketabahan dlm aku menjaga amanah mu ni..dan KAU berikanlah aku kemampuan dalam mendidik anakku menjadi insan yang hebat dunia dan akhirat..Amin
Read More......
1.2.2012 (Rabu)
Hari ni hr terakhir cek up dgn doktor...doktor tny ada tanda2 x? spt biasa sy ckp belum. So arini doktor nk cek VE(vaginal examination). Sblm tu doktor cek BP sy...dlm semggu terakhir ni BP sy jap naik jap turun. So time tu BP sy naik 160/80. Doktor ckp tggi kemungkinan sy kena dipaksa bersalin..krn dia bole memudaratkan ibu bkn anak...xspt kencing manis yg bole memudaratkan anak. Dia cek VE sy da terbukak 3cm. Terkejut gak sy psl sy mmg xda rs sakit tp da bukak jln. So doktor xnk tggu lg..dia srh sy masuk wad esok. Sblm tu pun dia ada bg ubat darah tggi utk hr ni. Estimate berat baby time tu pun da 3.75kg. So doktor xnk tggu lmbt2 takut nanti baby lg bsr kat dlm tu dan sy mengalami trauma utk bersalin.
2.2.2012 (Khamis)
Bangun pagi2 nk bersiap2 ke hosp sy nmpk lendir pekat bercampur darah..da cm jeli. Adakah ni kesan doktor tu rodek2 smlm. Lg sy bertmbh cuak...pkl 10 pg sy cek in msk wad 1blk 3 katil..psl wad sekatil da penuh. Spt biasa..BP sy di cek n alhamdulillah normal blk...sy juga diberi ubat utk buang air bsr...mak ai...sy ingat sy yg buh sendiri. Rupanya nurse tu yg buat..sakit gak memula..yaa la xprnh dijolok kat situ..byk gak gel yg msk. Actually sblm tu lg sy da membuang...so dlm 5 minit gitu sy da xtahan nk ke toilet..2,3 kali gak laa sy ulang alik toilet.
Selesai semua tu..nurse psg CTG utk lihat perkembangan baby n ukur kontraksi. Mmg sy msih belum merasa sakit walaupun drip da di psg ditgn. Doktor xinduce guna ubat yg dimasukkan ke vagina psl pintu rahim sy mmg da terbuka. Hasil keputusan CTG mengatakan mmg ada kontraksi tp skit dan ada masanya baby tido. Sy plak msh berdebar psl sakit bersalin masih belum terasa
Pkl 3 ptg..doktor dtg utk cek jln dan br terbuka 4 cm..lps tu doktor pecahkan air ketuban pki benda alah cm chopstick pjg tirus. Wah trs hangat yg kuar. Mmg byk betul air ketuban yg kuar smpi bbrp kali nurse dtg tukar tmpt alasnya. Sy juga da dipsgkan urine bag utk memudahkan sy membuang air kecil tanpa pergi ke toilet. Huh ada srg nurse da berumur gak yg psgkan urine tu..Masya-Allah sakitnya dia buat..menjerit2 sy ckp sakit last2 dia pggl kwn dia yg buat..ok plak xrs sakit pun. Sy pun xsuka kalo nurse tu cek VE sy..mmg sakit siap sy pegang tgn dia..dia buat cm kasar gitu. Nurse ngan doktor lain buat ok ja.
Slps ketuban sy pecah..bermulala episod kesakitan iaitu kontraksi bersalin drp perlahan menjadi kuat. Sy mengira masa kontraksi sy drp 5 minit menjadi 2 minit sekali. Tangan abg sy pegang kuat2...sambil mulutku membaca ayat2 dan surah2 yg sy hafal. Pkl 5 ptg juga kuarga ku tlh smpi utk melawat sy. CTG diambil lg dan kontraksiku semakin kuat..mengalir juga air mataku ketika itu. Abg xtahan melihat sy dan meminta sy amik epidural. Tp sy berkeras xmau..Akhirnya doktor sarankan sy amik ubat tahan sakit yg diinjek di punggung. Slps diinjek mmg rs krg sakit dan sy pun rasa cm mengantuk gitu. Pkl 7 lbh doktor cek jln, bukaan sy masih 4 cm. Masatu doktor da membebel dia ckp jln sy lmbt buka. Dia bg sy opsyen nk operate x..sy ckp ..tggu lg. Tp sy da xbole diberikan mkn ketika itu...psl takut nanti sy dioperate..so startlaa sudah proses berpuasa.
Jam 9 mlm, sy dimasukkan ke labour room, doktor cek bukaan sy da buka 6 cm..time tu sy lega sgt. Sy msh berhrp dia akan buka lg. Sy menahan sakit yg semakin kuat kali ni sy da xtertahan..Abg semakin panik. Xdpt sy gambarkan bagaimana sakitnya..psl mmg 1st time merasanya. Sy ckp ngan nurse nk ubat tahan sakit lg...tp nurse ckp bole amik lg lps 8 jam. Akhirnya tepat pkl 12 tgh mlm...doktor cek lg bukaan sy dan jlnnya masih 6cm. So doktor ckp dia xbleh tggu lg..psl kontraksi sy kuat da mcm jln da terbuka 8-9 cm. Sblm tu ada gak nurse tny samaada sy ada rs nk meneran...mmg xda rs nk meneran pun..yg plg sakit kat bwh perut n pinggang. Doktor ckp mgkn baby sy bsr..so jln ssh nk bukak. Doktor bg opsyen wat (EM LSCS-Emergency Lower Segment Caesarian Section) atau tggu lg utk bbrp jam. Tapi kesannya pintu rahim sy akan membengkak krn terlalu lama sakit yg kuat. Aku pun time tu da xtertanggung lg dgn xda tenaga..dan sy bersetuju utk operate..abg pun menyarankan perkara yg sama.
3.2.2012 (Jumaat)
Jam 12 lbh doktor bius dtg dan menemuramah history kesihatan sy..dan sy dimasukkan ke OT. Akhirnya doktor tuh enjek bwh blakang ku..rs pedih sekejap. Xbbrp saat kemudian bhg bwhku kebas hny dpt merasakan sentuhan tp xkesakitan. Pd ketika itu sakit kontraksiku juga hilang. Jam 1 pg operasi dimulakan..sy dpt merasakan perutku digoncang2 dan divakum. Jam 1.14 kuarlaa bayi yg dinanti2kan. Sy dpt mendengar tangisannya...tangisan syukur yg kuar drp mulutku. Abg msh brd disisiku. Sy rs mengantuk kekdg nk tertido..abg kejutkan sy. Sy tau abg sebenarnya mual tgk drh..psl abg pernh pengsan tgk drh yg byk..tp abg kuatkan semangatnya demiku. Operasi ni mengambil masa krg drp sejam..yg lamanya tang jahit-menjahit tuh.
Selesai semuanya, sy dimasukkan ke wad 1 blk 1 katil. Time tu sy da rs efek ubat bius dimana sy muntah, sakit blakang, menggigil kesejukan dan terasa gatal. Baby diletakkan di nursery..sy hny sempat memandangnya shj.
Syukur sesgt akhirnya..semua berjln lancar. Yg ptg baby selamat xkiralaa bagaimana caranya. Nilaa salah satu pengorbanan ibu dan bkn senang utk mengeluarkan satu nyawa. Sy xprnh serik utk melalui lg semua ini. Dan sy redha di atas segala ketentuan yg telah ditetapkan olehnya. Kita hanya merancang tp DIA yg menetukan segalanya.
Read More......
Alhamdulillah sy telah melahirkan seorang putera yg sudah lama kami nanti-nantikan. Anak kami telah dilahirkan secara c-sect pada 03.02.2012 (20hb beday sy & 12hb beday abg), hari jumaat bersamaan 10 Rabiul Awal. Pada pukul 1.14pg...hr kelahiran putera kami sama dgn hari kelahiran abg iaitu pd hari Jumaat gak cuma abg masanya 1 lbh ptg gitu.
Memperkenalkan kehadiran org baru....
" HAFEEY BIN HILMI" (Yang Memuliakan)DOB:
3.2.2012 Time :
0114 amHari :
Jumaat (10 Rabiul Awal 1433 )Berat :
3.45 kgTempat :
Putra Medical Ctr, Bkt Rahman Putra, Sg. BulohPanjang :
51 cmLilit Kepala :
38 cm Entry sy yg seterusnya, sy akan cerita pengalaman pertama saya untuk melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Insya-Allah
terima kasih pd mrk yg tlh mendoakan kami anak beranak
Read More......
Semlm ari Sabtu..jln2 kat IKEA semata2 nk cr grill pan. Try cr kat giant, carrefour n giant xjumpa pun..niat di hati nk buat msk western ala2 sirloin steak gitu. So hari Ahadnya bermulala operasi grill..menggrill. 1st time pki benda alah ni..xtau napa rs happy gitu mgkn slps tg hasilnya yg menakjubkan :). Lps da ada benda ni bole main2 grill bhn2 lain plak.
Kami ke giant beli Australian beef, bbq sauce (abg suka sos ni) n bhn2 lain. Sy xperap pun daging tuh..psl nk terus mkn lunch punya psl. So just marinate guna garam, black pepper, bwg putih n butter/minyak olive@canola oil. Sayur plak sy pilih broccoli utk digrill gak. Lps tu abg request mash potato di mana abg pilih kentang USA utk digunakan.
Hasil keputusan grillnya kalo org putih ckp 'over cooked' gitu. Almaklumlaa 1st time try..tu yg msk lama takut xmsk. Rupanya msk xyah lama sgt..kalo nk confirmkan try belah skit..kalo msk smpi dagingnya agak keras mmg da terover laa tuh. Lps ni da tau oklaa. Sewaktu grill tu saya sapukan skali bbq sauce yg dibeli tuh. Kalo nk wat sendiri pun bole..tp sy ni nk cpt. Nanti bebila rajin akan ku usahakan wat sendiri. Sauce yg kami beli ni mmg pekat.
Mash potatonya sy rebus n lenyek dgn butter, black pepper, garam n fresh milk..tu sj. Simple n mudah. Slalunya sy tgk rancangan AFC 703 astro tuh..mrk guna cream pekat n chicken stock. Tp krimnya xda so sy gantikan dgn fresh milk. Cuma fresh milk ni mmg berairlaa so xyahlaa nk buh chicken stok tuh. Bole gantikan dgn garam atau kiub ayam. Kalo nk tambah daun apa2ka..bole ja.
Huh mkn satu keping daging dgn sayur n mash potato tuh pun da kenyang sgt. Memula ingat cam xckp heheh. Berjaya misi pd hr ini.
Read More......
Da nk akhir2 ni rajin plak sy masuk ke dapur utk memasak...xtau kenapa badan rs cm sihat n cergas ja. Arini tetiba terasa nk mkn puding cocktail gara2 tgk satu rancangan kat tv ni. Bahan-bahannya xsusah n mudah utk dibuat. Sy sertakan resepinya disini psl sblm ni sy belum pernah postkannya.
***********************************************************************************
Bahan-bahannya :
1. 1 paket serbuk agar-agar 10-11gm (pilihla warna/perisa asli..kalo xda bole amik warna oren atau kuning) - senang skit guna serbuk ni berbanding yg solid tu
2. 2 biji telur saiz kecil @ sederhana
3. 1 tin susu cair
4. 3/4 - 1 cwn gula
5. 1 tin bsr fruit cocktail (boleh dipotong kecil kalo ianya bsr, bole beli saiz tin biasa tp sy suka ada byk cocktailnya)
6. 3 sudu bsr tepung bird's kastard - psl warna kekuningannya
7. 3 cwn air + 1 cwn air cocktail
Cara-caranya :
- masak sehingga larut serbuk agar-agar, air, air cocktail dan gula.
-pukul telur bersama-sama dgn tepung kastard sehingga rata dan tidak berketul
- apabila bahan yg dimasak tadi telah mendidih, bolehlah dimasukkan campuran telur dan tepung ke dalamnya. Pastikan anda kacau sentiasa kerana dikhuatiri telur akan masak dan bergentel.
- Api bole dimatikan dan kacau sehingga adunan agak kental barulah dimasukkan buah-buahan cocktail itu.
- Setelah itu bolehlah dimasukkan ke dalam acuan utk disejukkan
**********************************************************************************
Setelah itu..bole utk dimkn. nyummm...nyummm
Read More......
Alhamdulillah skang sy hanya berkira2 menunggu hari dan masa ja. Kali ni sy nk smbg tanda atau simptom di akhir kehamilan yg sy lalui.
Stretch Mark - Masuk 8 bln rekahan dan gatal2 kat perut ni mmg terjadi. Tapi nasib baik xbrapa ketara atau byk..hanya terdpt dibhg atas ari2. Warnanya kehitaman. Pusat sy pun da betul2 meregang smpi da xda rupa pusat.
Kebas dan Kekejangan - Da nak akhir2 ni, mmg sy alami kejang di kaki, betis dan peha...terutama ketika waktu tidur. Tangan plak kekdg kebas bila buat keja byk atau kekdg bila bgn tido.
Bengkak @ Sembab - Adakalanya kaki dan tangan sy nmpk sembab atau cm bengkak terutama bila sy duduk lama2 tanpa byk gerak. Mulala dia cm mengembang ja. Lagi satu sy prasan bila hamil ni hidung sy pun cm kembang semcm ja heheheh.
Sembelit - Kekdg terjadi terutama time 7 bln lbh...smpi sy ambil ubat sembelit. Tp skang alhamdulillah semakin ok. Bykkan minum air, mkn fiber n buah
Badan cpt panas & berpeluh - Huh mmg slalu n cpt betul badan sy berpeluh. Smpi abg terpaksa psg aircond dlm bilik utk sy
Keletihan - Mmg da akhir2 kehamilan ni sy cpt letih...bila letih sy mula nk tido atau baring ja
Kerap ke toilet - tu sudah semestinya..psl sy da rs berat sgt kat ari2 sy ni. Bila duduk buat keja lama skit..time nk bangun tuh huh sakit..rs cam ada sebiji tembikai atau kelapa kat atas tandun kita tuh.
Tidur - kini tidur sy xbrapa lena..asyik terjaga ja..mgkn dia nk bg sy mudah bangun utk baby kelak. Lg satu sy sering ja mimpi ntah apa2. Bole plak tuh smpi ngigau2...xprnh plak berlaku sblm ni.
Perut mengeras - Dlm 8 bln ke atas..perut sy kekdg mengeras mcm kulit kelapa gitu. Org kata tuh Brixton Hicks...dia xdala sakit cuma xbrapa selesa ja.
Gerakan bayi - Ini adalah sesuatu yg membuat saya seringkali teruja. Disebabkan baby da bsr di dlm rahim. Makanya sy bole rs setiap gerakkannya sehingga suka sy melihat bila perut sy berombak2 dan bergerak2. Sy dapat rs tusukan siku, lututnya dan dia bergerak balas dgn rangsangan yg sy beri. Mmg seronok..abg juga enjoy. Sy juga da bole agak bila waktu aktifnya dan segala aktivitinya. Mmg skang ni aktif betul...doktor pun cek keadaan baby ok dan air ketubannya pun byk. Time 36 mggu arituh..baby kembali songsang..sy da cuak camna bole jd gitu..doktor pun ckp sepatutnya anak 1st ni otot rahim kuat lg..kalo dia xberpusing blk sure kena operate. Lg satu disebabkan dia bsr ssh dia nk berpusing blk kata doktor. Puas sy pujuk baby..siap main dgn lampu picit bg dia kembali ke posisi asal..dan alhamdulillah baby dgr ckp mamanya. Mmg cuak seh
Muntah - Sehingga skang sy masih mengalami muntah2. Xramai sy rs yg alami spt ini...oleh sbb tu berat sy jap naik..jap turun.
Susu - Alhamdulillah..hrp2nya bklaa production susu sy nanti...skang ni slalu laa nmpk dia mengering dan berkerak2. Adalaa nmpk kuar skit xdalaa smpi meleleh2
Tulang rusuk - Skang sy dpt rs tulang rusuk belah kiri sy sakit spt ditekan. Dulu sblm ni bhg blakang kiri badan yg sakit. Tp syukur sepanjang kehamilan ni sy belum lg sakit pinggang atau pedih ulu hati. Doktor ckp baby sy suka bersandar disitu..tu yg sakit spt ditekan2. Agaknya dia selesa dgr jantung mamanya. Dulu kedudukannya songsang. Alhamdulillah msk 7 bln lbh dia da turn ke posisi normal. Skang kakinya pula yg stay disitu.
Mengah - mmg skang asal byk jln cpt mengah, penat. Jln pun da xbrapa betul atau balance..psl nk bw berat kat depan yg semakin membesar. Duduk pun da kena berhati2..xleh rapat2 asyik nk terkangkang gitu. Baby pun asal dia rs terhimpit dgn kedudukan kita pasti dia akan tendang2 mamanya utk bg signal.
Masuk 8 bln sy da mula start pki uniform dan skang sy da dpt rs perut sy da bsr sgt. Walaupun berat sy xnaik byk..xsangka baby sy bsr drp usia gestation nya. Doktor buat ukuran dia lbh 2 mggu drp usianya. Baby mama ni da ambil semua lemak mamanya agaknya. Takpalaa asal baby sihat. Sy pun da lihat wajah 3dnya..errmmm mmg da tembam sesgt..geram plak tgk. Xsabo rsnya. Doktor siap ckp sy bg slh tarikh LMP kot..rsnya cm x..xtaulaa psl period sy ni mmg xbp betul sgt.
Skang ni sy msh mkn ubat doktor iaitu calcium..obimin kekdg..lps tuh sy amik supplement spirulina n DHA. Bkn apa sy amik supplement psl sy muntah2 takut baby xdpt khasiat..rupanya da terlebih sihat anak mama heheh.
Apa yg menarik sy temui adalah dlm tempoh kehamilan rambut sy krg gugur..kalo xdulu asal sikat bole dikatakan adaja gugur. Agaknya perubahan hormon kot
Oklaa kat cn sy nk memohon maaf ats kesilapan yg sengaja atau xsengaja pd kwn2..manalaa tau kan. Doakan agar semuanya slamat ya...berdebar2 rasanya.
Read More......
Weekend yg lps sy tlh pergi jln2 cr makan..yelaa da nk akhir2 ni kan makanlaa yg sedap2 puas2. Nanti dlm pantang xdalaa kemaruk sgt hehehe. Ni merupakan satu2nya restoran yg ada kat Malaysia...lum ada cwgn lain lg. Abg ckp portion dia bsr dgn harga yg not bad. So sy pun trylaa
Kedudukannya terletak di ampang,kl. Restorannya xdala brapa bsr sgt. Sy nk order lamb cm biasa..tp depa da xjualla plak. So sy try burger dia...sy order 'XL Mushroom Wiggy' (RM10.90). Saiz burgernya ada saiz XL dan XXL. Tu dia smpi xtau nk mkn camna. Abg plak order 'Wiggy's BBQ Rib' (RM27). Air plak kami order 100 plus (RM2.50) dan Mango-peach smoothie (RM6). Selain tu, restoran ni glamour gak dgn sausagenya yg bsr n pjg. Sesapa nk cuba try bole try intai2 kat website dia ni http://www.germandeliimbiss.com.my
Huhuhu mmg kekenyangan sgt..smpi kat rumah mata pun da rs ngantuk. Mmg senang hati dpt mkn sedap :).
Read More......
Da lama planning..nk jln2 kat CH ni. tp da ujung thn ni abg asyik busy keja psl sibuk nk apply new system kat opisnya. Alhamdulillah...1 jan yg lps..termakbul juga hasrat di hati nk ke cameron highland. Ni kali ke-2 kami ke cn...dalam keadaan terbuyut2 da ckp bln pun masih ada hati nk jln2 lg. Bkn apa..hajat di hati nk mkn ais krim pop perisa strawberry yg berharga rm2 tu, selain drp nk mkn jagung mutiara n asparagus goreng. ais krim pop ni hanya ada kat CH ja dan jagung mutiara ni manis..bole di makan begitu shj tanpa dimsk psl mmg rsnya sedap. Tapi kena pastikan yg ori laa.
Kami pi xdirancang n pki redah ja. Hotel pun byk yg penuh psl mmg ramai yg bercuti di sana. Lagi plak mmg jam kat CH ni. So kami dok ja kat hotel murah yg ada (breakfast xdisediakan). Nama ja hotel murah byr mahal gak psl pi time peak season kan. Walaupun hotel ni mmg xda aircond n kipas..tp disebabkan cuaca di CH ni sejuk..kami still rs dok dlm aircond...sejukkkkkk. Kami xberjln kemana2 sgt..psl semua tmpt tu kami pernah kunjungi dulu. Kami just beli apa yg kami nk..n lg satu jeruk strawberry...mmg puas betullah sy mkn. Tp tang asparagus tu xda..mgkn bkn musim dia kot..yg ada kim ci. Ada gak jual oren madu (mmg manis sehingga kurang rs masamnya)..bsr betul buahnya..tp kami xbeli psl xteragak pun.
Fuhhh..puas betul berjln kali ni...cm bidan terjun ja plannya. Ingatkan nk pi dlm 7hb jan ni..time tu mgkn org da krg. Tapi disebabkan sy dok pk keadaan sy ni...takut terberanak ja kat sana nanti. Mana tahu kan....so da puas bercuti...harini da pun bermula sesi persekolahan. Smg Allah mempermudahkan segala urusan sy. Amin....
Maaf kali ni mmg xda capture gambo...psl sibuk dok pk nk beli brg heheheh
Read More......