** Beautiful Life With U **

:: Iftar @ Mandarin Oriental Hotel ::

Alhamdulillah tahun ni sekali lg ada rezeki buat kami utk melakukan aktiviti tahunan kami iaitu berbuka puasa di hotel yang terpilih. Tahun ni abg telah pilih hotel yang bersebelahan dgn klcc. Terkejut gak sy psl hotel ni mmg nmpk so luxurylaa. Disebabkan kami pi time tu ada offer dlm RM108 sekepala. kalo x hari biasa dlm RM200++. Total kami mkn RM 250++ termasuk tax.

Bagi aku tempatnya mmg best..cantik, comfort, siap ada org main gamelan dan yg plg best juadahanya mmg byk pilihan. Ni di antara one of my favorite hotella. Mozaic dining room ni terbahagi kpd bbrp seksyen..ada seksyen western..kita pilih n time tu baru dia grill. seksyen mskan timur tgh, Chinese cuisine, Japanese cuisine, kerabu & salad, variety of desert, variety of coffee, variety of pasta, pilihan beraneka jus buah-buahn dan byk lagila. Pastikan perut betul2 kosong baru bole melantak...mmg kekenyangan. Tapi pd mereka yg mmg mkn skit rugi skitla psl byr da mahal cam xberbaloi pula. Kami berdua ni mmg hantu makan kuikuikui.


Yang bestnya aku dpt rs beraneka jenis imported keju (jakunkan yerlaa biasanya beli keju yg kat supermarket tu ja)..rupanya ada gak keju yg xbapa sedap. Kami stay kat situ smpi pkl 9..ramai gak org2 non-muslim yg mengambil kesempatan di bln ramadhan ni utk menikmati tawaran buffet disini. Selepas abis mkn kami bw hafeey jln2 di blakang klcc..mmg sgt2 teruja anak mama ni kan..seronok bkn main dia sepanjang kami berada di situ. Hahaha akhirnya kami pun da penat dan ingin pulang..slamatlaa duit RM20 kami utk byr parking shj (huhuhu benar2 mahal). Diharapkan tahun2 akan dtg adalaa lg rezki kami utk berbuka posa di hotel lain pula. InsyaAllah...

Read More......

Konvokesyen IPGM kali ke-2 2012

Nita cita bln lps..yela da lama xberblog ni byk betul cita yg da kepuk (byk sggh story..lama betul menyimpannya). Alhamdulillah akhirnya penantian ku berakhir..selamat juga aku memperolehi diploma pendidikan ku (setakat diploma pun nak kepoh..ada aku kesah heheh). Ni merupakan konvokesyen berpusat kali ke-2 yang melibatkan seluruh IPG seluruh Malaysia. Ianya diadakan drp 10-13 Julai 2012. Aku berada dalam sidang ke 7 pada 13 Julai bersamaan hari Jumaat. Anakku pada ketika ni, aku xbw psl kesian melihatnya takut tak selesa dgn keadaan tmpt yg padat dengan org ramai. Lgpun aku yg amik anugerah kalo aku tgk org amik anugerah xpa. Konvokesyen tlh diadakan di dewan sri siantan, presint 3 putrajaya.

Alhamdulillah sekali lg aku tlh terpilih utk menereima anugerah kecermelangan bagi kategori Praktikum dan Kokurikulum. Manakala anugerah kecemerlangan akademik tlh diterima oleh kawanku bdk cina. Dia ni mmg alwiz no.1 laa dlm kls aku. Kejanya pantas org belum siap tp bahan semua dia da cari. Lagipun dia da ada master kat luar negara mmg cara pengajian totally berbeza. Aku pun xprnh menyangka akn merangkul 2 drp 3 hadiah psl dlm kelas aku majoriti cina melayu ada dlm 5 org ja...mgkn rezki da berpihak pd aku.

Skang da jd pendidik yg bertauliah...semakin besarla tanggungjawab aku...smg ilmu yg aku curahkan dgn ikhlas kebaikkannya akan diterima kembali oleh anakku.

Read More......

:: First Target Tercapai ::

Alhamdulillah skang anakku Hafeey da berusia 6 bln lbh. Ini bererti hasratku utk breastfeednya utk stage yg pertama telah tercapai. Stok susuku juga masih byk sehinggakan stok bln 5 masih belum habis digunakan. Huhuh da nk xpired tu..peti ais mmg asyik penuh dan slalu kena adjust n susun elok2. Di rumah pengasuh anakku minum hanya 4btl x 3oz. Kalo aku ada kelas smpi ptg...5@6 btl x 3oz. Tapi skang da mulakan his 1st solid food..da krg nyusu lgpun mlm2 pun dia da kurang terjaga. Badannya pun da semakin bulat, tembam, montel, montok semuanyalaa. Harapnya ia xlah menjejaskan produktiviti susuku.

Just born = W: 3.45 kg ; H: 55cm ; C: 38cm
1 month = W: 4.6 kg
2 month = W: 5.4 kg
3 month = W: 6.2 kg ; H: 60cm ; C: 43cm 
4 month = W: 6.8 kg ; H: 64cm ; C: 44cm
5 month = W: 7.2 kg ; H: 65cm ; C: 45cm 
6 month = W: 7.5 kg ; H: 66cm ; C: 46cm
BMI nya statik = 17

Aku xprnh menyangka hasratku ini akan tercapai..pernah gak down psl dulu susuku mmg terlalu kurang. Usaha aku perlu double drp org yg susunya meriah. Skang ni pun aku guna pam elektrik still aku kena urut B baru dia kuar lbh skit kalo x..xbp nk kuar. Aku pun masih meneruskan supplement shaklee yang ku ambil iaitu VitaLea, Vit C, Ostemetrix, Alfafa B Comp. Supplement tu sedikit sebyk dpt gak membantu aku dalam memberi kesegaran dan kecergasan utk aku meneruskan aktivitiku seharian. Time pantang dulu aku betul2 sedih..sampikan kena wat power pumping berterusan smpi bbrp mggu. pernah dpt 1 oz utk dua2 belah. Ada gak suara2 yg krg enak srh aku berhenti dan sebagainya..tp aku kuatkan semangat dan menggali ilmu  di laman web2 yg berkaitan penyusuan ibu. Aku juga slalu mendapatkan nasihat drp pakar laktasi iaitu pn tuty (tqvm dengan kata2 perangsang serta semangat yg diberikan). Akhirnya aku berjaya mengumpul stokku sehingga kini yg hampir 1100oz. InsyaAllah aku berharap aku dapat meneruskan penyusuanku sehingga ke tahap yang seterusnya. Tapi apa2 pun kita hanya merancang tp tu semua rezeki Allah yang tentukan. Harapnya adalah lg rezki utk anakku..mmg bukan mudah melalui ni semua byk cabarannya. Dgn anak yg slalu nk berkepit perlu curi2 ms gak nk mengepam..begitu gak disekolah. Kekdg dpt skit kekdg bole tahan. Pernah gak terpk smpi bila aku nk mengepam ja..tp skang da jd rutin rs pelik plak kalo xmengepam satu hari.

Aku berharap sesapa yg ada psg niat nk bfkan anaknya scr eksklusif..dalami ilmu penyusuan sebanyak mungkin..hampirkan diri dan rajin bertanya pd mereka2 yg bf. Kuatkan semangat dan jgn ada perasaan negatif atau mengalah. Akhir skali bykkan doa n baca Ya Matin. InsyaAllah

Read More......

:: Bersiaran Kembali Selepas Menjalani Kehidupan Baru ::

Alhamdulillah akhirnya aku diberi kesempatan dan peluang untuk berblog kembali. Bkn apa sblm ni aku busy dgn kehidupan baru..baru ni dpt adjust timing management. Tipulaa kalo aku kata xda masa terluang langsung..tetapi masa tu aku luangkan khas utk anakku skang yg tlh meningkat usia. Melayan setiap kerenahnya dan melihat setiap hari perkembangan mental,fizikal dan sosialnya berkembang..amat menakjubkan. Walaupun penat bekerja smpi da xbole nk rehat (kerja umah menanti) atau tido ptg (nila keja aku dulu..lps blk sekolah sure tido)...semuanya berbaloi apabila melihat Hafeey ketawa. Kalo dia menangis n mengamuk mau stress gak kekdg. Diapun mmg nakkan perhatian drp mamanya setelah hampir sprh hr xberjumpa. Kalo amik Hafeey drp umah pengasuhnya sure dia gembira sgt melihat aku sambil merengek, mengangkat badan & tangannya utk minta didukung...so sweet.Kalo mamanya xpedulikannya sure dia akan menangis.

hafeey 3-6 bln

Betulkah ni cabaran baby yg BF??? psl anak mama tersgtlaa manja..asyik nk berkepit ja ngan mamanya. nk wat semua keja pun kena berdukung xnk langsung diletakkan sekejap (walaupun kita ada depan mata). Nak harapkan ayahnya...ayahnya plak slalu blk mlm. Errmm mama nk mandi nk ke toilet ehem..ehem pun kena angkut dia msk skali dlm toilet kalo x dia menangis da rupa cam org kena dera gitu. Tapi yg herannya kat umah pengasuh pandai plak dia bw diri...tny pengasuh xda plak dia buat hal gitu elok ja pengasuhnya bole wat keja. Yelaa aku pun risau kalo dia ni pun menyusahkan pengasuhnya gak. Nak tido pun kena dgn mamanya kat sblh baru bleh tido (sampai aku pun tertido skali walaupun time tu ada keja sekolah yg nk disiapkan). Kekdg time nk nenen bknnya nk nyusu sgt tp nk ngentel n kemam ja (nak srh mama dia dok ngan dia ja). Bila dia dgn ayahnya pun sama, xnk dok lama2 pantang nmpk mama sure merengek..huh. Kesiannya abg..mama nk melekat dgn ayahnya pun xleh..sib baik abg dpt memahaminya. Skang semua benda byk da wat sendiri cthnya wat air..mula2 aku nk wat..asyik dok tertangguh ja layan si kecik last2 abg wat sendiri hehehhe (sorry bang). Mmg lps da ada anak ni beban n tanggungjawab kita pun makin bertambah..smg Allah memberikan aku kesihatan, kekuatan, kesabaran dan ketabahan dlm aku menjaga amanah mu ni..dan KAU berikanlah aku kemampuan dalam mendidik anakku menjadi insan yang hebat dunia dan akhirat..Amin

Read More......
Blog Widget by LinkWithin