** Beautiful Life With U **

:: Menjangkau Ke 7 Bulan ::

Masuk usia 6 bln...anak mama da pandia sebut "buuwaa" (bila dgr cam bunyi buah pun ada) nila perkataan pertamanya dan suka disebut bila dia rs happy. perbendaharaan katanya semakin berkembang dgn sebutan aabaa, baa baa, paa paa dan genap  6 bln 18 hr bersamaan 20 ogos, anakku hafeey dgn jayanya pertama kali menyebut ma..ma. Sungguh aku terharu krn tula perkara yg aku nanti-nantikan. Tapi yg bestnya dia hanya tau menyebut perkataan maa..ma bila dia nangis spt mau minta dikasihani atau nk kan sesuatu . Bila aku ambil n pujuk diamlaa dia..sudah pandai skang yaa. Apa2pun moment ni soo sweet. Sewaktu aku blajo dulu mmg peringkat pertama bayi akan menyebut kv dulu mcm ba, pa, da dan diikuti kvkv baba,papa,mama dan seterusnya dia akn berkembang. Pastikan kita pun ikut skali bertutur dengannya utk develop keyakinannya..sure dia akn rs seronok bertutur krn kita melayaninya. Makin bykla perkara baru n pertuturan baru dia akan blajo.

Skang ni pun dia sudah pandai duduk dgn mengimbangi badannya. Actually dia merangkak pun xlg..aku ada tny org kekdg ada baby yg melangkau proses ini. Dia ligat meniarap ja pusing sana sini. berdiri pun sudah pandai melonjak2 dan bertapak satu dua (berdiri dgn bimbingan kita)

 Memasuki fasa ni pun aku telah memperkenalkan kepada his 1st solid food. memula amat payah gak dia nk mkn psl benda baru kan. Aku bg skali sehr tu pun aku mulakan dgn puri buah & sayur carrot. Semuanya aku campurkan dgn susu badan bg menggalakkan dia mkn. Kemudian cerelac beras tanpa susu (tin hijau) dan kini cerelac mix vege or fruit. Aku pernah buatkan dia bubur nasi + lobak + ikan bilis..kemudian di blend halus..tapi dia xnk nk termuntah. mgkn sbb teksturnya xsehalus cerelac dan secair cerelac yg biasa aku buat ataupun psl xda rs susu aku (ntahlaa aku pun xtau). Actually mmg bagus kalo buat bubur bg anak mkn sendiri drp bg cerelac tu..psl dia ada kdgn sukrosa. InsyaAllah akan aku usahakan. Skang ni dia da bole pegang aku da bg dia biskut beras n rusk.

Genap masuk 7 bln..1st time anak aku dpt demam. Cuak gak aku..badannya panas tggi bila tgh mlm. Batuk pun ada skit2. Bila demam beransur pulih dia meragam plak. Aku ingat apa..rupanya sakit nak tumbuh gigi. Hehehe aku da nmpk gigi bwhnya br satu btg nk tumbuh. Start drp situ aku mesti marah dia (marah2 manja) bila dia suka main gigit2 cm slalu dia buat (sakit wei).

Lps drp tu aku ingat anak aku demam psl nk tumbuh gigila..tapi tetiba aku nmpk cam ruam da naik kat badan dia. makin hari makin byk plak. Selera mkn krg xnk mkn langsung. Bila aku nk suap dia tutup n ketap mulut dia xnk. Proses pembuangannya pun cair. Pergi ke klinik dia di sahkan kena campak. Terkejut gak aku psl xsangka la penyakit ni bole melanda drp baby. Doktor ckp penyakit ni mmg xda ubatnya..dia bg ubat sapu ja. Harapkan antibodinya melawan sendiri. Sian anak mama..nk beralih bulan pun ya. Smg cepat sembuh yaa sayang.


 Aku selitkan skali foto aidilfitri haritu

Read More......
Blog Widget by LinkWithin