** Beautiful Life With U **

:: Tempat Posting - Tempat Baru ::

So 30 jun 2011 arituh genaplah setahun saya sudah menghabiskan masa belajar KPLI. Saya juga telah menghadiri kursus induksi..maka lengkaplaa sy sebagai salah seorang penjawat awam. Alhamdulillah bg kes kami, abis blajo terus posting xperlu tggu 2-3 bulan br dpt penempatan. Agaknya mungkin prasekolah ni mcm goreng pisang panas skang ni keperluannya....yerla termasuk di dalam NKRA KPM. So esok sudah bermulala saya untuk lapor diri di sekolah baru memandangkan surat posting sudah dikeluarkaan arini.

Tempat posting saya kalini lebih jauh drp tempat praktikum sy. Dulu sy under PPD Klang..kini sy telah berada di PPD Kuala Selangor. Sy pun xsempat survey lg tempatnya mgkn malam ni baru nk survey ngan abg. Tapi sy ada cr maklumat di maps google adalaa dlm 35-40 minit perjalanan. Kawasan sekolah ni kira kawasan kampunglaa muridnya pun xsmpi 1000 org. Xkiralaa kat mana sy akan ditempatkan janji mencari rezeki yang halal...cuma keadaan kesihatan sy yg menjadi penghalang..harapnya segala urusan sy dipermudahkan. Semoga sy dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin Insya-Allah..

Sekolah Lama : SK Sg. Binjai, Meru, Klang (dalam kenangan)
Nama Sekolah Baru : SK Bukit Badong, Bestari Jaya (Kaw. Ijok/Batang Berjuntai) - menggantikan guru prasekolah yg telah bertukar sekolah

Rasa sedih jugak nk meninggalkan anak murid yg sudah semakin rapat dgn sy..terima kasih sy ucapkan kpd Cikgu Aishah selaku guru pembimbing sy..yg telah byk memberi tunjuk ajar. Disebabkan SK Sg. Binjai guru prasekolahnya da penuh..xdptlaa sy nk meneruskan berkhidmat di sekolah tersebut. Sekolah tu ramai guru2 senior org2 meru jugak yg majoritinya kaum jawa...sy pun da ramai kenalan guru disitu...semoga berjumpa lagi

2 comments:

wish u all da best, teacher farah...:)

Alhamdulillah, dah lepas penantian Farah. Sy masih lagi menunggu posting utk KPLI pulak. Huhu.... Penantian memang satu penyeksaan kan?

Blog Widget by LinkWithin