** Beautiful Life With U **

:: PATS 2009 ::

PATS iaitu Program Akademik Terbilang Negeri Selangor. Huh dengar ja taklimat psl program yang disarankan oleh PPD ni..blur2 la juga. Terfikir pula mampukah saya memikul & melakukannya. Yerlaa saya ni zero pengalaman dan pengetahuan ttg mengajo ni. Pulak tu saya bukannya dtg drp KPLI atau DPLI ka. Tapi tulaa kena rajin bertanya..guru2 kat sini ada lebih 140 orang memula tuh jenuh gak nk cari guru2 setiap subjek. Program ni dijalankan untuk hanya subjek teras tahun 4 & 5. Disebabkan saya ada mengajar Sains tahun 4..saya tidak dikecualikan drp program ni. Nasib baik satu kelas ja..kalo ada byk kelas jenuh plak nk merekod akademik setiap pelajar.

PATS ini dirancang dengan sistematik bagi membolehkan guru-guru memantau prestasi murid-murid secara lebih berfokus dan mengambil tindakan susulan berdasarkan keupayaan murid. Daripada markah TOV, OTI, Ujian Topikal & PKSR mereka, kita kena buat analisa dan bahagikan kepada 3 sesi. Sesi Pengayaan (Utk murid yg dpt B hendak jadikannya pergi ke A), Sesi Pengukuhan (drp C ke B) & Sesi Klinikal (drp D&E ke C). Selanjutnya tugas guru itu sendiri untuk memastikan setiap murid-murid mencapai target ETR yang telah ditetapkan. Apa yang perlu ada dalam PATS ni; carta gantt, Headcount, Graf Prestasi Murid, Tindakan Susulan, Nota & Lembaran Kerja, nama murid setiap sessi dan rekod pelajaran mereka. Untuk melaksanakannya, kekadang tuh saya curi masa buat tuisyen atau kelas lps sekolah atau Sabtu & Ahad. Tak lama lg Ujian Topikal 2 akan diadakan..saya berharap sangat ada peningkatan hendaknya. Bukan murid2 saja yg gembira saya juga turut bergembira & pada masa tuh kepuasan diri akan dirasai. Ni baru satu program yg perlu dilakukan oleh guru. Ada byk lagi..belum masuk darjah 6..mmg xmenang tangan. Kekadang tu rs sejam waktu mengajar subjek pun mmg x cukup. Selain tu kita juga perlu fikirkan teknik mengajar & bahan2 yg kreatif di dalam pelajaran dan pengajaran (P&P).

Apa2pun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai & menikmati sendiri menjadi seorang pendidik. Sebenarnya bukanlah mudah dan senang untuk menjadi seorang guru sepertimana yang difikirkan oleh kebanyakkan orang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin